12 October 2010

"He who wants a rose, must respect the thorn"

Sejak kenal en.tunang, aku perasan yang en.tunang ni seorang yang sayangkan kawan-kawan. Kalau kawan-kawan dia susah hati, dia akan turut susah hati. Dia akan cuba sedaya upaya nak tolong kawan-kawan. Tapi kadang-kadang, ada jugak kawan-kawan en.tunang yang seolah-olah tak menghargai, menganiayai, tikam belakang, cakap belakang etc. Aku cukup tak suka bila en.tunang tertekan bila ada kawan-kawan dia yang buat dia macam tuh. Jadi aku selalu laa 'meracuni' en.tunang....

"Pada kita, dia adalah seorang kawan. Tetapi belum tentu pada dia, kita adalah kawan"

Obvious ke aku ni terlalu evil? *rolling eyes*
Okehh, aku bukan nak cerita pasal en.tunang tapi nak cerita pasal diri sendiri. Hahahaha.

Aku memang tak ramai kawan rapat. Boleh bilang dengan jari tapi diorang ni memang betol2 seorang sahabat bagi aku.

Dalam aku berpesan-pesan pada en.tunang, aku sendiri pun pernah jugak 'terlebih batas' dengan kawan-kawan ni. Bila aku dalam keadaan tertekan, bermasalah etc...tanpa fikir panjang aku luahkan and citer pada kawan-kawan yang aku sendiri tak pasti samada derang ni boleh dipercayai atau tak. Kadang-kadang apa yang aku cerita tu, rutin kehidupan biasa dan aku tak rasa itu satu isu yang besar pun tapi ada jugak individu yang so-called kawan ni jadikan keadaan/ cerita aku tu sebagai platform untuk dia tonjolkan kekurangan/ kelemahan dalam kehidupan aku supaya life dia nampak perfect dan terbaik berbanding orang lain.

Ada antara kawan-kawan yang betol-betol tumpang simpati dan tak kurang jugak yang depan aku lain tapi belakang lain. Ada yang ambil kesempatan dengan ke'dukacita'an aku untuk buat diri merasa lg 'superior' dari aku, merasakan life derang lagi happening dan boombastic dari aku etc. Ada yang sampai tahap sanggup menjaja cerita aku depan orang lain supaya orang nampak betapa 'low' nye aku tak sehebat kebahagiaan yang dia sedang kecapi sekarang.

Aku tak kesah, aku tak berdendam. Tapi saat aku sedar apa yang dia buat tu, saat tu jugak dia dah pilih di mana tempat dia dalam hidup aku. Aku nak terasa hati pun takda makna. Cuma aku kena ingatkan diri sendiri...

"Allah swt dah tentukan bahagian masing-masing. Kalau hari ini aku di bawah, akan tiba masa aku merasa berada di atas. Bila aku di atas pulak, aku kena sentiasa bersedia untuk kembali ke bawah. Apa pun yang jadi dalam hidup aku, itu adalah bahagian aku."

Nota-kaki-melecet : Banyak stori pending tapi buat2 lupa dan tak sedar. Bercerita ikut suka hati diri sendiri.




No comments:

Post a Comment