Showing posts with label Mutiara Kata. Show all posts
Showing posts with label Mutiara Kata. Show all posts

08 March 2011

Doa Pembuka 12 Pintu

"Allahumaftah Lii Abwaabil Khairi, wa abwaabas salamah, wa abwaabas sihati, wa abwaaban ni'mati, wa abwaabal barakti, wa abwaabal quwwati, wa abwaabal mawaddati, wa abwaabar rahmati, wa abwaabar rizqi, wa abwaabal 'ilmi, wa abwaabal maghfiroti, wa abwaabal jannati, Ya Arhamar Rohimiin."

Ya Allah, bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu-pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu Syurga, Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Nota-siku : Tak tau kenapa tak boleh upload doa nyer in arabic...i'll try again later k!

07 March 2011

Happy

I MUST BE HAPPY

NO MATTER WHAT!

22 December 2010

Not-So-Deep-Thought-Of-The-Day

One of the life's mysteries is how a 2 pound box of candy can make a person gain 5 pounds.

21 December 2010

Mengata orang~

You can tell more about a person by what she says about others than you can by what others say about her....

Paku dulang
Paku serpih
Mengata orang
Dia yang lebih.

Inspiring, huh?

“Having once decided to achieve a certain task,
achieve it at all costs of tedium and distaste.
The gain in self-confidence of having accomplished
a tiresome labor is immense.”


12 October 2010

moneyMONEYmoney

Money is not everything
But everything needs money

08 October 2010

I feel gooooooooooooooooooood~!

" Just because you feel good,
doesn't make you right "

05 October 2010

Bersalaman dan bemaafan...

Just a thought...

Kenapa pada hari raya, kebiasaannya orang yang lebih muda MESTI bersalaman dan meminta maaf dari yang lebih tua?

Mustahilkah untuk yang lebih tua membuat salah dan silap kepada yang lebih muda?
Adakah yang lebih tua tidak ada membuat dosa seperti melukakan hati, mengumpat, mengutuk, meghasut dan sebagainya ke atas yang lebih muda?
Tidak pernah berlakukah makcik2/pakcik2 yang mengumpat dan melukakan hati anak menakan? Tidak pernah terjadikah abang2/kakak2 yang menhasut dan megutuk adik2?

Jadi, harus ditukar persepsi masyarakat. Bukan yang lebih muda sahaja yang harus memohon maaf dari yang lebih tua...yang lebih tua pun harus lebih lembut hati untuk memohon maaf dari yang lebih muda juga.

Tidak pernah tertulis di mana-mana hanya yang lebih muda MESTI memohon maaf. Memohon dan memberi kemaafan itu terbuka kepada semua golongan. Dari yang muda kepada yang tua, dari yang tua kepada yang muda.

Wallahuahlam bi shawab~

03 September 2010

Mutiara Kata~

Dah lama tak letak mutiara kata yer...

Kali ni nak letak mutiara kata banyak2...

Ehem, ehem...en.Muh4z pun sila baca dan muhasabah diri yer laling. Kang dinda merajuk kang...silap2 mengamuk kang. Sebagai bakal tunang, dinda dah ada suku kuasa veto yer. Lepas tunang, dapat separuh kan?kan?kan? Hakhakhak...
(seb bek en.Muh4z xde intenet nak baca blog aku sekarang...biar bulan depan baru dia baca...selamat aku hekhekhek)

"Tugas pertama seorang lelaki adalah untuk menjadi dirinya sendiri"

"Pilihlah seseorang untuk anda cintai dan cintailah pilihan anda itu"

"Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya"

"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."

"Pemimpin yang berjaya ialah orang yang boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih atas daripadanya dan boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih bawah daripadanya."

"Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan."

"Apabila kepercayaan telah hilang lenyap, kehormatan telah musnah, maka matilah orang itu."

"Sekiranya seorang manusia dipanggil sebagai seorang penyapu sampah, dia harus menyapu sama sepertimana Michelangelo melukis atau Beethoven memainkan muziknya, ataupun Shakespeare menulis puisinya. Dia harus menyapu dengan begitu baik sekali sehingga semua yang terdapat di syurga dan dunia akan berhenti dan berkata disinilah tempat tinggal seorang penyapu sampah yang paling hebat, yang telah melakukan kerjanya dengan baik sekali."

"Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.

10 August 2010

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.
Al Baqarah:216

02 March 2010

Menarik...

I copied this from blog lain...
Menarik...
And it is true...

Sesungguhnya, lidah wanita itu akan menjadi semakin tajam apabila lidah lelaki menjadi semakin bercabang


Lelaki yang cantik,adalah:-

1)Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2)Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3)Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun
4)Lelaki yang tenang dan lapang dada
5)Lelaki yang baik sangka
6)Lelaki yang tak pernah putus asa


Perempuan yang gagah,adalah:-

1)Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2)Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3)Perempuan yang tabah menangung kerinduan setelah ditinggalkan
4)Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.


Tazkirah - Lelaki Dayus

Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW berkata : ” Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaitu Si DAYUS, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak” lalu sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu DAYUS? , berkata nabi : “IAITU ORANG YANG TIDAK MEMPERDULIKAN SIAPA YANG MASUK BERTEMU DENGAN AHLINYA (isteri dan anak-anaknya)
(Riwayat At-Tabrani ; Majma az-Zawaid, 4/327 dan rawinya adalah thiqat)


Lunch tadi keluar beramai-ramai menaiki avanza N3L. On the way balik, niat N3L nak pasang cd ceramah agama berkaitan KAHWIN (sempena puan @liy@h yang br bernikah weekend lepas). Tapi x jumpe cd tu. Aku & my other collegues nampak pulak cd ceramah agama tajuk lelaki dayus. Terus paksa N3L pasangkan...

Tak sempat dengar habis sbb hadis nyer saje dah panjang...

The purpose of me writing this down is not to condemn kaum lelaki. Tapi I do believe ramai orang yang tak tau apa kategori dayus yang sebenarnye. Ape yg kita tau, kalo lelaki pukul pompuan, die lelaki dayus. Sedangkan kite kene tau apa punca lelaki itu memukul sebenarnya. Tapi kalo lelaki yg pukul pmpuan sbb alasan kepala-mak-bapak-die dan belasah pmpuan smpai lunyai cam nk siang ikan keli, itu bukan lelaki, itu orang utan (ehh, orang utan pun x camtuh tau)! Sama jugak kalo lelaki yg gune duit pompuan. Kite kene tau ape sbb die gune duit pmpuan tu, gune atau pinjam? Bukan senang-senang jatuh status dayus pada seseorang lelaki tu.

Apa yg menarik pasal ceramah tuh, die lebih menekankan status dayus dari aspek tanggungjawab seseorang lelaki. Ceramah tu menekankan keperluan lelaki untuk mengamalkan sikap ambil berat dan cemburu. Betapa dayus nyer seorang lelaki tu kalau tidak pernah bertanya atau tak ambil kesah tentang pergaulan isteri atau anak-anak. Atau dengan alasan cinta kepada isteri maka seorang lelaki itu tidak ada perasaan cemburu dan keinginan untuk mengambil kisah tentang kehidupan si isteri (alaa...pendek kata, lepas tangan. Atau kerana 'kepercayaan' terhadap pasangan).

So now, bile aku pikir-pikir balik....aku selalu marah en.Muh4z sbb selalu bzbodi tanye macam2. Setiap kali nak keluar, mesti berjela-jela kene bentang dulu kat dia baru dia puas ati. Dengan sape, buat ape, naik ape, kat mane etc2. Jadinya, elok jugak en.Muh4z buat macam tuh, prektis....hakhakhak. Cumanya, aku je laa yang tak tahan asyik nak angin jer bile die tanye macam2...kekadang dpn kawan2, depan bos etc. Rasa geram aje...

Sabar yer l1nd4...sabar. Even dalam ceramah tu pun die galakkan pmpuan bersabar kerana itu memang tanggungjawab seorang lelaki.
InsyaAllah...

13 January 2010

Kata - Kata Hikmat Hari Ini (3)

Dalam kepala kaum wanita ada kekurangan,
tetapi dalam hati mereka ada kelebihan.

Kata - Kata Hikmat Hari Ini (2)

Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat

Kalaulah kita tidak mampu untuk menggembirakan orang lain,
janganlah pula kita menambah dukanya.

Kata - Kata Hikmat Hari Ini (1)

Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupa dan pakaiannya.
Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya.
Hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar adab dan akhlaknya.

09 January 2010

Kata-Kata Hikmat Hari ini (6)

Kita tidak boleh mengubah masa silam.
Kesilapan yang berlaku tetap telah berlaku.
Ambil iktibar dan berubah perbaiki kesilapan.
Jangan musnahkan masa depan kerana masa silam.
(Insaf, taubat dan perbetulkan keadaan)

Kata-Kata Hikmat Hari Ini (5)

Lebih baik seseorang wanita mengahwini lelaki
yang mencintainya daripada lelaki yang beliau cintai,
kerana dengan itu lelaki yang mencintainya
itu akan melaksanakan tanggungjawabnya sepenuh hati
dan pasti kedua-duanya akan bahagia.

Kata-Kata Hikmat Hari Ini (4)

Janganlah kamu berkawan dengan
orang yang suka melakukan maksiat,

nanti hilang kebencian kamu terhadap maksiat
(Solat adalah pendinding diri dari melakukan maksiat)