03 September 2010

Mutiara Kata~

Dah lama tak letak mutiara kata yer...

Kali ni nak letak mutiara kata banyak2...

Ehem, ehem...en.Muh4z pun sila baca dan muhasabah diri yer laling. Kang dinda merajuk kang...silap2 mengamuk kang. Sebagai bakal tunang, dinda dah ada suku kuasa veto yer. Lepas tunang, dapat separuh kan?kan?kan? Hakhakhak...
(seb bek en.Muh4z xde intenet nak baca blog aku sekarang...biar bulan depan baru dia baca...selamat aku hekhekhek)

"Tugas pertama seorang lelaki adalah untuk menjadi dirinya sendiri"

"Pilihlah seseorang untuk anda cintai dan cintailah pilihan anda itu"

"Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya"

"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."

"Pemimpin yang berjaya ialah orang yang boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih atas daripadanya dan boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih bawah daripadanya."

"Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan."

"Apabila kepercayaan telah hilang lenyap, kehormatan telah musnah, maka matilah orang itu."

"Sekiranya seorang manusia dipanggil sebagai seorang penyapu sampah, dia harus menyapu sama sepertimana Michelangelo melukis atau Beethoven memainkan muziknya, ataupun Shakespeare menulis puisinya. Dia harus menyapu dengan begitu baik sekali sehingga semua yang terdapat di syurga dan dunia akan berhenti dan berkata disinilah tempat tinggal seorang penyapu sampah yang paling hebat, yang telah melakukan kerjanya dengan baik sekali."

"Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.

2 comments:

  1. bln dpan bru balak ko on9??mksudnye pah tunang r ..kekekeke...
    aku nak mutiara betul ...xnk mutiara kata...

    ReplyDelete
  2. nak mutiara betul yer..aku belikan ko kerang, ko peram laa smpai die jadi mutiara. ok ka? ke ko nak kerang bakar? aku suke kerang rebus cicah sos...uhhh cedapp!

    ReplyDelete