20 September 2010

Aidilfitri 2010

Ok... Aidilfitri 2010, semua balik raya rumah mama&papa kat Melaka. Tahun lepas, aku sorang ikut mama&papa balik Pahang. Raya kedua, baru Aloy ngan Yana join. Tapi tahun ni, selain dari mengikut giliran...adalah kerana nak lansungkan majlis pertunangan yours truly dengan en.Muh4z (sekarang i dah boleh panggil en.tunang *wink*wink*).

My kid-sis dah cuti sminggu awal (soooo heaven...). Aku plak cuti sehari sebelum raya. Jadi, Rabu lepas ofis terus gerak ke Melaka. Banyak kereta tapi lancar. Aloy dah sampai Melaka pagi Rabu. Abang pulak, lepas berbuka baru gerak. By 1030pm...dah sampai rumah. Kami tunggu kakak-dari-kayangan yang sampai petang Khamis (ngelat nih....mementang anak2 dr mnggu lepas dah hantar balik kampung, depa p deting noo...).


Nasib baik raya jatuh hari Jumaat (bersamaan 10 September 2010). Makanya, sempatlah kami buat persiapan pape yang patut. Bz ohhh...my mama macam biasa lah, suka part masak2 nih. Macam2 idea dalam kepala tapi tulah, kesian...sebab mama kan dah berusia sikit. Menu raya pertama, rendang daging dan ayam (wajib wooo...) and nasi dagang. Nyum nyum nyum.


Ok, pendekkan citer. Raya!!!!
Pagi2 (ooppss, saya terlajak tidur) yang lelaki semua bersiap nak semayang raya. Yang perempuan sibuk kat dapur (aku turun lambat sob sob sob) Turun2, tengok semua dah hampir siap. So, mandi2 berhias. Tunggu yang lelaki balik dari masjid.

Few hours later, semua dah balik except my papa. Memang selalu macam tuh. Sebab dia ikut orang masjid beraya ke rumah ahli masjid dulu. So kitorang tunggu punya tunggu punya tunggu...baru papa balik. So, semua ready nak bergambar, bersalaman dan bagi2 duit raya.


Pendekkan lagi citer, semua dah salam2 and anak2 sedara sume dah dpt duet raya. Family kitorang ni memang jarang salam2 sampai nangis2...aku pun pelik. Macam aku, syahdu tu tetap syahdu...tapi kontrol taknak nangis. Ate, malu le kalo aku sorang je yang nangis. Yang len aku tak tau. Erm, pasal duet raya pulak...tahun ni aje dah 10 orang anak sedara. Fuihhh...kalo tahun depan bertambah lagi, botak aku hehehe. Semua adik beradik bagi duet raya kat mama&papa.


Ohh, sesi ambik gambar. Since Abang adalah photographer rasmi dalam rumah...so sesi bergambaran adalah berderetan. Especially, yang pompuan2 laa. Yang paling kecoh...k.lin lerr. Sikit2 gambar die. Pastu kitorang join berkaki-kaki hehehe. Semua amek turn ambil gamba family masing2, pastu anak2, pastu menantu2, pastu cucu pastu pompuan aje, pastu pompuan lagi, pompuan lagi...erm, sampailah penat.
Dekat berjam2 jugak laaa baru selesai sesi fotografi nih. Riuh sekampung terjerit2 rebut giliran and posing2. Erm...Aku letak gamba kami 3 beradik pompuan ajelah. Takmo laa letak yang len...kang derang pemes hahaha.

Ada macam the Kardashians tak?
Hakhakhak


Orang suh pandang kanan, dia pandang atas.
Aiyoo yooo!

Moi papa&mama.
Aku tidak bermekap dipagi raya sbb
bajet nak jaga kulit muka untuk majlis keesokannya.
Hakhakhak

Sekian, malas nak upload gambar dah. Yang len, confidential hakhakhak...

No comments:

Post a Comment