14 September 2010

Signal!

Aku tak paham kenapa rakyat Malaysia ni paling malas nak bagi signal sebelum masuk simpang? Enkorang ingat aku ni ada antena atas kepala ke bleh baca apa dalam kepala otak engkorang?!?

Jari tu berat sangat ke nak tolak batang signal tuh? Nak mudah macam mana lagi?

Aku notis, yang paling malas nak bagi signal ni biasanya lelaki. Yer, lelaki! Apa yang susahnye bang nak bagi signal? Tolak atas bawah aje pong. Ni kalo nak tengok muvi blu ke, porn ke, lucah ke (ada beza ke sumer tuh? bukan same je ke?)...pandai plak ko tekan banyak2 button bersusah payah nk donlod. Ish, geram! Otak letak kat lutut!

Yang tengah baca nih, tolong laa rajin gerakkan sikit jari tuh bagi signal sebelum masuk simpang. Kang orang langgar kete ko, ko bising. Tak pun kalo motorist langgar kete ko, kan dah susah nak bawak ke sepital pulak. Dah ada kemudahan, taknak guna. Nak mudah macam mana lagi baru hidup kita jadi lebih mudah?! Tolonglah bersyukur dengan mengaplikasikan segala kemudahan yang dah disediakan!

Ish, emosi!

Lagi satu, ni jadi kat t3sco m3laka.

Aku parking kat sebelah dalam which is, by right tak boleh parking pun dalam tuh. But since dalam kete aku ada 2 icing kek yang besar, bunga hidup yang bodo2 aku kene charge mahal, 2 nieces aku yang comel tgh tido dan my cuzin dalam kete...so aku masuk jugak laa that area sebab redup sikit. Aku turun kete nak g amek blueberry tart yang mak aku dh order kejap. Dalam 5 minit gitu...aku pun nak kua laa kan.

Erm, terang-terangan kat atas pintu kluar tu tulis no entry...tapi ada satu mangkok hayun ni dok sibuk mengadap pintu kluar tu sbb nak masuk. Aku pulak time tu bawak subaru so lorong yang kecik tu penuh dengan kete aku je. Tak muat der kalo ko nak masuk.

So, skang ni dah berebut sape yang nak kene kuar or masuk dulu. Erm, tapi kalo ikutkan laa...bukan ke aku yang kena kuar dulu? Sebab, kalau aku tak kluar...macam mana dia nak masuk? Betul tak? Tapi tak...di kepala mamat itu, dia pikir dia yang patut masuk dulu. Ko nak masuk celah mana bang? Ko ingat wira hitam ko tuh boleh terbang? atau melompat?

Aku ke depan kan lagi kete aku sbg hint "oi bro-otak-kat-bontot, aku nak kuar ni...". Lepas tu dia ke depan kan kete dia sambil maki2 dan buat isyarat tangan kat aku. Perghhh! Hangen aku bai! Hangen2!

Ekceli, aku pun tak boleh parking kat area tu sebenarnye. No entry. Padan muke aku jugak. Tak pasal2 kene maki dek orang hekhekhek.

Sekian.

Ohh, sila ingat...jangan malas bagi signal sebelum masuk simpang atau berhenti di tepi jalan! Kalau tak...aku lastik!

Daa...

Nota-ketiak : Urm, aku adalah tidak mencarut yer kawan2. Tak baik tau....kalau marah pun, kita sumpah dia jatuh longkang (dalam hati), sudahlah.....hakhakhak

No comments:

Post a Comment