29 August 2013
After few years
Dah lama betol aku tak menulis di blog sendiri. Tadi berkesempatan tgk balik blog dan baca tulisan lama2 dulu. Especially pasal hubungan aku dan en. suami.
Ya, Allah. Terlalu banyak yang dah kami lalui. Perasaan sayang dan benci tu saling bertukar. Tapi alhamdulillah...dengan izin Allah kami bersatu jua. Semoga jodoh kami ini akan dibawa ke syurga, insyaAllah.
Aku sedar, untuk smpai ke mana kami berada sekarang ni...bukan mudah. Cuma Allah swt sahaja yang tahu dan kepada Allah swt aku bersyukur. Kadang-kadang ada sesetengah bahagian tulisan aku tuh..aku sendiri pun malu nak baca dan tak kuasa nak kenang. Tapi overall, tulisan aku tu buat aku rasa lebih menghargai apa disekelling aku, terutamanya keluarga dan en. suami.
Mungkin aku terlalu attached dengan en. suami dulu, tapi smpai sekarang pn masih sgt attached. Aku banyak bergantung pada en. suami jugak. Buat aku terfikir, macam mana kehidupan aku sebelum mengenali en.suami dulu.
Lepas baru kawen dulu, ramai yang tanya...ape perasaan dan perbezaan setelah bergelar suami isteri?
Jawapan aku...
1) Sangat bahagia...kerana salah satu impian aku untuk bersama teman sejati terlaksana
2) Sangat mendebarkan...sebab tak tau apa akan jadi seterusnya
3) Bersyukur...
Perbezaan paling ketara yang aku paling perasan lepas kawen...kami jarang bergaduh. Kalau dulu, kerap selisih faham, gaduh dan merajuk..sekarang dah kurang drama. Merajuk pn tak meleret...sekadar manja2 aje. Tapi, setiap detik perjalanan hidup kami suami isteri...tetap mendebarkan.
Mungkin aku tak cukup menyatakan perasaan aku kepada en.suami...meskipun dia bukanlah insan yang sempurna, meskipun dia tak dapat berikan aku segala kekayaan dan kemewahan dunia, walaupun dia masih lagi terapung-apung untuk mendalami pelbagai ilmu agama dan duniawi...
Tapi dia tetap seorang lelaki yang paling baik yang aku kenal
Dia terus berusaha dan bersedia untuk aku
Dia terus bersabar untuk menjaga dan memaafkan kekurangan aku
Dia terus menjadi seorang yang mendamaikan, meyakinkan dan memanjakan aku
Bila kekurangan aku dan kelebihan dia bersatu...kami mengejek-ejek
Bila kelebihan aku dan kekurangan dia bersatu...kami menjeling-jeling
Bila kekurangan kami bersatu...kami tetap saling menyokong
Bila kelebihan kami pula bersatu...kami panjatkan doa kepada Allah swt agar apa yang kami miliki dan rasai ini diberkati
B,
Terima kasih atas segalanya.
Tak perlu lagi diucapkan tentang perasaan cinta kita...sebab sayang yakin B tau semua itu..
22 October 2010
!!yadhtriB
Sampai malam semalam ada lagi yang sms to wish...tenkiu, tenkiu!!!!
Ni nak stori....
Semenjak dua menjak ni kan en.tunang banyak diam jaaa...busy kerja dan kepenatan belajar uollss... Ari2 kerja OT sampai ke malam. Hari ada kelas pun OT jugak, lepas tuh terus ke kelas. Aku merajuk pun dia tak sempat nak pujuk. Sigh! Aku pun diam laa jugak....
Sampai hari BESDAY, en.tunang hantar sms kol 12:04am (dia claimed jam hp aku yg salah, hp dia sharp 12:00am!) Yer laaa kanda...
Dia tak call pun. Ate, katanyer nak diam aje kan...sama-sama gatal nak diam. Lagipun, aku sendiri pun dah terbongkang time tuh, kalau tepon kang aku merapu sorang2 pulak.
Long stori short, hari BESDAY aku tuh...aku balas laa sms en.tunang.
Aku : Terima kasih wish BESDAY syg...
Him : Tak payahlah berterima kasih. B wajib wish. Syg kn tunang b....
Aku : Yer ker? Macam dah jauh je (aku kena censor-d kan the exact words...maluuuuu~)
Him : Mana ada...
Aku : Hakikat...
Him : Tungguuu....
Aku : Syg asyik kena tgu je, dari dulu smpai skang...
En. tunang diammmmmmmmm seribu bahasa...
Haa...korang tengoklah. Betapa diam nyer kitorang skang nih. Sms pun sepatah2. Bazir kredit aje. Lepas tuh, en.tunang memang diam aje tau. Aku pun balik rumah. Plan nak kemas rumah ajelah (Mithali gitu sambut BESDAY sorang2 mengemas rumah aje tau...). Dalam pada masa yang sama, dok tepk2 laa jugak apa makna en.tunang suh tunggu tuh...erm.
Tengah syok golek2 tengok drama tv3 sal si chinta chanduri tuh, en.tunang sms lg...
Him : Kat mana?
Aku : Napa nak tau?
Him : Siap2 cepat...
Aku : Haaa???
Him : B dah nak sampai rumah dah ni, lepas maghrib keluar. Kita g makan..
Aku pun apa lagi... kegembiraan *Lompat tinggi2 cecah atap pastu golek2 cam ayam golek*
Hip!Hip!Hoorayy!
Bila nampak jer en.tunang...dia senyum aje. Aku plak? Terus meleleh ko!!! Nangis macam dia baru marah aku hekhekhek (erm....dah lama tak kena marah ni, rindu le plak). Gedixx! En.tunang pun terkejut naper aku nangis. Dia ingat aku tak suka dia datang..aissshhh ada ka macam tuh! Orang terharu okke!!! TERHARU!!!!
Adegan meleleh dan pujuk-memujuk memakan masa selama 8 minit sahaja. Tak lama pong...tak puas aku nangis hahahaha. Kenapa aku nangis dan ke'terharu'an lalu menggedix melampau??
Sebabnyer, en.tunang penat kerja uolls...en.tunang bukan kerja duk depan komputer duk dalam bilik ekon. Kejenyer dari 9am, kadang2 sampai kol 8pm then terus ke kelas malam habis dalam kol 12am gitu, sampai umah dekat pukol 1am, tido dalam 130am. Hari2 rutin yang sama. Kalau tak ada kelas...kadang2 dia kerja sampai 11pm. Erm...kuat kerja en.tunang nih. I loike! Semalam dia datang pn, ponteng satu kelas. Oppsss! Bocoq rahsia....
Aku tak tau macam mana lagi nak ucap terima kasih kat dia sebab sanggup laa susah payah datang dari melaka just because dia nak spend my birthday together. Erm, I guess...tak perlu emas permata pun to touch one's heart. I'm already touched by his sweet gesture *wink*wink*. See!!! Senang je nak jaga aku nih....hakhakhak.
Kami keluar makan. Main western dish for each of us, tambah lagi side dish *tamak haloba uollsss*. Last2, nak tergolek atas lantai sebab kenyang sangat. Itupun aku gatal ada ati nak makan kek and eskrim and coklat lagi tuh. Tapi seb bek tak melayang nafsu setan tuh....
Lepas makan kami pusing2 kejap...borak2 dan luah perasaan etc, en.tunang bertolak balik ke melaka. Just imagine laa...I only managed to spend few hours with him. En.tunang kena balik sebab pagi ni nak kerja.
Erm............................................thank you, b.
En.tunang, I love you....
08 October 2010
Can you keep a secret?
Chikazukitai yo kimi no risou ni
Soba ni itemo, too mawashi na yogen wo sagashiteru
Kizutsukenai to yakusoku shitemo
Oshaberi jyanai to shoumei shite yo
Kanashikunai yo kimo ga iru kara
Kanashikunaru to kimi wo yobu kara
Dare ni mo iwanaide
Dare ni mo wakaranai
Sugu ni wa kawarenai
Konomama secret...
I want to get closer to your thoughts
Even if I'm by your side, I search for ways to express it
Even though you promised not to hurt me
Prove to me this is real
I'm not sad anymore because you are here
I'll call your name whenever I'm sad
Don't tell anyone
Nobody will understand
I can't change all of a sudden
20 September 2010
My white lilies...
1) White
2) Lily
3) 3-5 stalks
3) Simple
Yang macam ni...

Atau macam ni...

Ataupun macam ni...

Memang dah niat, nak jugak ada hand-bouquet and after da majlis...nak hand it to en.Tunang. So, on the evening before the majlis...I went to few florist. Padahal, aku memang dah booked online few days earlier tapi saje je nak compare dengan kedai lain. Alhamdulillah, aku memang puas hati dgn florist online tadik. Hasilnya...
Ni gamba a day after the majlis. Bunga tu dah rosak sket sebab en.Tunang dah bawak berjalan smpai ke Johor and patah balik ke Nogori. Walaupun laen sket dari angan2 tapi tetap puas hati.Kesimpulannya, saya suka hand-bouquet itu...
16 August 2010
30 July 2010
SALE
09 June 2010
.:: entri bergambar ::.
.:: dalam perjalanan pulang ke melaka ::.
.:: sementara ketibaan bas en.Muh4z di lokasi biasa kami ::.ohh...sungguh bersih kulit wajahku dulu, natural beauty gituu...
.:: ohh...sedikit menggeletis ::.en.Muh4z dah tak bagi saya pakai baju itu lagi, baju itu cantik...ohh
.:: dalam perjalanan ke temerloh ::.
.:: ohh...tingginya kekasihku, lepas karaoke ye bang? ::.
.:: merenung laut dengan harapan ternampak ikan duyung ::.rupa-rupanya si duyung tengah ambilkan gambar MUAHAHAHA
INI ADALAH KAMI
.:: saya tak ingat bila gambar ini diambil ::.
.:: en.Muh4z kata gambar ini diambil di Scotland, layankan aje ::.
.:: yer, saya tau. baju yang sama tapi lokasi dan hari yg berbeza ::.Nota bahu : More piccas to come! Jangan meluat yer...dah gian sgt nak tunjuk gambar kat orang ni!
15 April 2010
Yeay! Yeay! Yeay!
Yeay! Yeay! Yeay!
Lap Dancing! Hungga! Hungga!
Menari exotic ler plak..
Erm tak sabarnya...
17 March 2010
Pesanan
Nak yang cantik, ada yang lebih cantik lagi
Nak yang bergaya, ada yang lebih bergaya lagi
Nak yang macho, ada yang lebih macho lagi
Nak yang putih, ada yang lebih putih lagi
Nak yang tinggi, ada yang lebih tinggi lagi
Nak yang membahagiakan....?
Kita tak akan pernah rasa cukup
dan kita jarang dapat katakan, "Apa yang aku ada kini mencukupi"
Bersyukurlah sekiranya apa yang sudah dimiliki itu memadai dengan keperluan dan kemampuan diri...
Redhalah dengan pasangan sekiranya dia bisa menggembirakan
Walau pernah dia menjadi racun, tapi belajarlah untuk menjadi penawarnya.
InsyaAllah, akan bahagia dunia akhirat.
18 January 2010
05 January 2010

sanggup ku tempuh agar aku bisa ketemu kamu..
jika aku bisa menangis
aku sanggup menangis sepanjang hayatku agar kau bisa ketahui
bahawa aku cinta padamu..
Nota telinga
Telah beribu malam kita bercinta dan bahagia,
kerana itu satu malam yang gerhana tidak mampu memisahkan kita
03 January 2010
En. Muh4z bagi saya 'sesuatu' pada malam New Year! Woot! Woot!
Sooooooooooooo happy! Agak terkejut sambil senyum malu2 tapi hati melonjak2-nyaris-jatuh-jambatan-tapi-kena-cover-sebab-ramai-orang. HAHAHAHA so boleh tak paham apa yang saya rasa masa dapat tuh? Heaven okke! (bape byk tanda seruan daaa...)
THANK YOU EN. MUH4Z!

P/S : I LOVE YOU, B!
28 December 2009
DUGAAN CINTA JARAK JAUH
Percintaan jarak jauh ada kalanya begitu menduga biarpun sesekali terasa seronok dan terbuai oleh kejujurannya. Namun ada juga yang menaruh curiga dengan pasangan kerana takut kasih sayang yang sedang disulam akan terhakis perlahan-lahan.
Bagaimana untuk memelihara dan mengekalkan percintaan jarak jauh yang dilalui? Pelbagai perasaan yang merunsingkan, menyedihkan dan memeningkan apabila berada dalam situasi cinta jarak jauh ini. Pelbagai dugaan dan cabaran perlu dihadapi.
Menangis dan sedih yang amat sangat apabila si dia berubah hati disebabkan rasa sunyi. Untuk mencari jalan mengatasi dan mengekalkan hubungan itu, diperturunkan petua ini supaya anda lebih bertindak rasional serta memperkukuhkan lagi jalinan ikatan selain menyuburkan kasih sayang supaya terus berpanjangan.
- Percaya pada pasangan
Apabila berjauhan dengan pasangan, kita hendaklah percaya dengan si dia. Pentingnya sikap saling mempercayai dalam berpasangan ini berasaskan kepada tunjangnya iaitu kesetiaan. Percayalah pada si dia yang dia akan setia dan masih menyayangi anda walaupun berada jauh beribu-ribu kilometer jaraknya.
- Setia walaupun jauh
Memang pelbagai dugaan yang akan dihadapi apabila berjauhan. Ketika berjauhan, anda akan terasa sunyi kerana orang yang selalu kita jumpa, tiba-tiba kini jauh dari mata.
Apabila berjauhan, hati menjadi sunyi dan pelbagai perasaan timbul di hati. Ketika inilah kawan menjadi penyeri. Namun begitu, walaupun anda masih mempunyai kawan, kawan hanyalah kawan. Ceria bersama kawan tidak sama dengan ceria apabila bersama dengan orang yang anda sayang. Di sini, ada yang kecundang.
Ada yang berpasangan dan menjalin hubungan dengan kawan disebabkan terasa sunyi. Fikirkanlah, apa perasaan pasangan apabila mendapat tahu yang anda tidak setia? Letakkan diri anda di tempat dia. Adakah anda akan gembira dan suka jika dibuat demikian?
- Berjumpalah walaupun seketika
Jangan jadikan jauh itu sebagai alasan. Cinta perlukan komitmen. Cinta juga adalah tanggungjawab. Walaupun jauh, cuba cari masa untuk berjumpa dengan si dia.
Paling tidak pun apabila ada cuti panjang menjelang. Janganlah tidak berjumpa langsung. Sudah pasti rindu di hati akan semakin memberontak apabila berjauhan.
Jadi, apabila ada kelapangan itu, rancanglah untuk berjumpa. Sudah pasti ini akan mengeratkan lagi hubungan dan dapat mengurangkan rasa rindu.
- Tanyalah khabar
Setiap malam sebelum tidur kalau boleh cuba hubungi si dia untuk bertanyakan khabar. Buat secara selang seli. Hari ini anda yang hubungi dia dan esok giliran dia pula. Dengan cara ini, baru sama-sama berasa susah dan senang.
Jangan mengharapkan si dia saja yang akan menelefon. Sudah pasti dia akan berasa sukar untuk menghubungi anda jika dia saja yang perlu hubungi. Memang cinta perlukan komitmen tetapi ia akan menjadi sukar apabila sebelah pihak saja yang memberikan komitmen. Untuk itu, sama-samalah membantu dalam membina percintaan ini.
- Sambut hari ulang tahun bersama
Sekiranya tidak sibuk, cuba sambut ulang tahun bersama-sama. Sekiranya sambutan hari ulang tahun itu jatuh pada hari bekerja, sambutlah bersama-sama pada hujung minggu selepas itu.
Luangkan masa bersama untuk seketika, sudah pasti dapat menggembirakan antara satu sama lain. Walaupun perjumpaan itu hanya sementara, kenangan ketika berjumpa bersama-sama sambil menyambut hari ulang tahun sudah pasti akan terpahat kukuh di hati.
Mungkin anda akan tersenyum sendirian apabila mengenangkan kembali kenangan manis sebegitu.
- Jangan jadikan jarak sebagai pemusnah
Cinta jarak jauh memang sukar. Memang meronta-ronta hati bila mana rindu itu datang. Apabila keseorangan, sudah pasti kita akan terasa sangat kerinduan itu.
Tetapi ingatlah, jangan jadikan jarak yang jauh itu sebagai pemusnah cinta. Jadikan ia sebagai satu cabaran yang akan memberikan anda lebih bersemangat untuk meneruskan cinta itu.
Apapun rintangan yang ada, jangan jadikan ia sebagai alasan dan penghalang. Tetapi jadikan ia sebagai sesuatu yang dapat menambahkan kasih sayang kita kepada si dia. Apabila jauh, anda akan merasa rindu bukan? Jadi jauh itu bukan satu perkara yang tidak baik, cuma ia salah satu cara untuk memupuk rasa kasih sayang dan mengajar untuk menjadi seorang kekasih yang setia.
Nota rambut : Di 'plagiat' dari http://fitrahalam08.via.my@@@@@@@
08 December 2009
Yang Lebih Hebat Dari Cinta

Cinta semata-mata tidak akan mampu mempertahankan keharmonian rumahtangga. Perkahwinan dimulakan oleh cinta tetapi disempurnakan oleh tanggungjawab. Cinta itu satu rasa yang bertunjangkan perasaan. Perasaan tanpa kekuatan jiwa dan kematangan berfikir akan goyah apabila berdepan dengan ujian. “Perasaan” adalah hamba yang baik tetapi tuan yang sangat teruk. Justeru, jika ingin selamat, pastikan perasaan “bekerja” untuk kita, bukan sebaliknya.
Akan tiba masanya, sesuatu yang kita lihat indah dahulu tidak indah lagi kini. Jika kita hanya bergantung kepada perasaan, cinta kita akan tercalar. Pada ketika itu cinta memerlukan tanggungjawab dan tanggungjawab menuntut satu kepercayaan. Ketika cinta mula goyah di pentas rumahtangga, tanggungjawab akan datang menyelamatkan “pertunjukan” dengan peranan yang lebih berkesan.Cinta memang hebat, tetapi ia tidak dapat menandingi tanggungjawab. Cinta yang hebat ialah cinta yang ditunjangi tangung jawab. Cinta itu untuk memberi bukan untuk menerima. Lafaz, “aku terima nikah,” oleh suami musim lalu bukan bererti menerima sebaliknya untuk memberi. Suami memikul tanggungjawab untuk memberi kasih-sayang, perhatian, pembelaan, didikan dan segalanya…
Kata bijak-pandai, dipercayai lebih utama daripada dicintai. Kita selalunya merasa bertuah apabila dicintai – samada oleh suami, isteri, ibu-bapa atau sahabat-sahabat. Tetapi percayalah, jika kurang dipercayai, lama kelamaan cinta orang kepada kita akan terhakis. Lihatlah betapa banyaknya perhubungan yang terputus antara ibu-bapa dengan anak, suami dengan isteri, pemimpin dengan pengikut, justeru hilangnya kepercayaan.
Bila hilang kepercayaan, rasa cinta, hormat, kasih dan taat akan musnah. Sampai bilapun manusia lebih mempercayai mata berbanding telinganya. Maksudnya, apa yang dilihat (perbuatan) lebih berkesan untuk meraih kepercayaan berbanding apa yang didengar (percakapan) – action speaks louder than words.
Jadi apabila kita merasakan orang bawahan (subordinate) kita samada isteri, anak, pekerja mahupun pengikut, semakin sukar memberi ketaatan, kerjasama dan kesetiaan itu adalah petanda kita sudah hilang pengaruh. Hilang pengaruh, kerana hilangnya kepercayaan dan hilangnya kepercayaan bila tidak ada integriti.
Tegasnya, kita tidak boleh memimpin hanya berbekalkan cinta, apatah lagi harta atau kuasa… kepercayaan lebih utama!
Nota jari kaki :
Entri di atas telah di 'plagiat' dari blog orang lain.
Aku malu nak tulis mende camni sebab belom kahwin maa...
Malu laaa...ish malu betol nih...plis don hate mi!
Tapi betol ape yang di kata oleh penulis (tepuk tangan sikitttt)...
Semoga kita sama-sama boleh ambik pengajaran....A-min
04 December 2009
iMPiAN
Senang di lafazkan
Sukar di lupakan
Susah di buktikan
Payah di fahami
Kita renung-renungkan dan selamat beramal
~lalalala~
21 November 2009
Dulu & Sekarang = Before & After
04 November 2009
::: mOI kOIBITO :::
03 November 2009
Memilih PASANGAN (peringatan untuk diri sendiri)
Saya mahu mencari pasangan yang bukan sekadar peneman hidup tapi lebih dari itu. InsyaAllah.
So saya nak share tips untuk mencari pasangan ideal (which is of course not in my own words but copied it from our very own famous paper) supaya saya dan yang masih mencari boleh jadikannya panduan...InsyaAllah!
1. Pegangan Agama
Pegangan agama merupakan perkara utama yang harus diambil berat. Bagaimanakah pegangan agama pasangan anda? Jika isteri memerlukan tunjuk ajar, adakah anda sanggup mendidik serta member semangat? Lebih-lebih lagi jika beliau saudara baru.
Bagi isteri pula, adakah anda pasti bahawa pasangan anda boleh menjadi ketua keluarga yang baik dan seterusnya mendidik anda ke jalan yang benar?
2. Menyayangi pasangan
Adakah anda menyayangi pasangan sepenuh hati? Anda boleh menilainya dari sekarang. Si dia sentiasa bersama anda di kala anda susah dan senang. Si dia juga sentiasa risau jika anda pulang lewat dari kerja seorang diri. Jika ya, Si dia benar-benar adalah teman hidup anda.
3. Kesihatan
Adakah anda pasti tahap kesihatan masing-masing? Pastikan pilihan anda bebas daripada pengaruh dadah atau penyakit jangkitan kelamin. Jika pasangan mempunyai rekod penyakit genetik yang mungkin menimpa anak-anak, adakah anda telah bersedia dan sanggup dari segi mental?
Tanya diri sendiri sama ada anda sanggup menghadapi risiko. Buatlah ujian HIV atau talasemia sebelum berkahwin. Pastikan anda tidak berahsia mengenai kesihatan anda pada pasangan anda.
4. Kewangan
Perkara ini mungkin kelihatan remeh tetapi akan menimbulkan masalah besar jika tidak dipersetujui dari awal. Anda berdua harus berbincang bagaimana perbelanjaan keluarga patut dibahagikan. Adakah suami menanggung 70 peratus manakala isteri 30 peratus atau masing-masing 50 peratus. Atau adakah suami sanggup menanggung 100 peratus perbelanjaan manakala isteri menyimpan wang gaji sebagai simpanan keluarga?
Mungkin ada di antara pasangan yang akan bertengkar semasa sedang berbincang mengenai perbelanjaan keluarga tetapi sekurang-kurangnya anda akan tahu sifat serta prinsip hidup pasangan mengenai wang sebelum anda berkahwin.
5. Kerjaya dan cita-cita
Adakah anda pasti tahap cita-cita pasangan anda? Bagi wanita, sudahkah anda berbincang dengan pasangan mengenai cita-cita serta kemahuan kerjaya yang ingin anda kecapi? Adakah pasangan sebagai suami mendorong serta bersetuju untuk memberikan sokongan atau sebaliknya? Bincang dengan hati terbuka, lebih-lebih lagi jika anda bercita-cita tinggi.
Bagi lelaki yang bercita-cita tinggi, elok jika anda memberitahu pasangan tentang peranan yang anda harapkan daripada seorang isteri supaya pasangan anda boleh membuat keputusan yang sewajarnya.
6. Kesesuaian
Adakah anda berdua sesuai untuk masing-masing? Adakah anda seorang yang peramah manakala pasangan pula seorang yang pendiam? Atau adakah anda seorang yang panas baran manakala si dia juga begitu? Sesuaikah anda? Tepuk dada tanya selera.
7. Persefahaman
Persefahaman antara satu sama lain amat penting dalam institusi perkahwinan. Jika tiada persefahaman maka tiadalah kebahagiaan dalam berumah tangga.
8. Keperluan seksual
Maksud keperluan seksual adalah bolehkah pasangan anda memenuhi cita rasa seksual anda? Maksudnya, wanita atau lelaki yang bakal anda kahwini mestilah menarik minat anda dari segi fizikal dan seksual kerana keperluan batin adalah sebahagiaan daripada kehidupan berkahwin.
Sekian...
Note : Ada kawan saya pesan, "Linda, jangan bergantung pada takdir dan doa je...kene usaha jugak". Saya jawab, " Awak, jangan bergantung dengan harapan usaha akan berhasil tanpa doa jugak". Pendek kate, dua-dua pun kepala batu taknak ngaku salah hahahaha




