Showing posts with label Hari Raya. Show all posts
Showing posts with label Hari Raya. Show all posts

24 September 2010

samb. AIDILFITRI 2010

Owh...gamba2 dari kamera abang dah up dalam fb.

Jadi seharusnya aku update dan kasik tepek...


Ni kampung belah papa. Kami balik beraya ke kampung pada Aidilfitri pertama lepas sesi bersalam-salaman, pemberian duit raya dan gambar-bergambaran (haihh..selagi boleh bahasa melayu terabur). Skang kat kampung ada maklong aje. Anak2 maklong a.k.a sepupu2 ku dari k.l dan singapore semua balik. Fun!

Dulu, aku rapat dengan arwah atok ngan nenek. Dulu, masa arwah ada lagi...kami bergambar di lokasi yang sama dan posisi pun lebih kurang. Dulu bukan pagi raya je amek gamba macam ni, malam sebelum dan selepas pun ada jugak kalo tak silap aku. Sebab aku ingat ada satu gambar tu aku pakai baju tido. Dulu arwah atok & nenek yang dok kt kerusi tengah2. Skang ni digantikan oleh maklong, pakngah and papa. Erm...rindu arwah. Al-Fatihah....

Sepupu2 belah papa ni semua dah senior2. Anak2 derang sebaya aku. Tapi aku lagi rapat dengan sepupu2. Derang sempoi! Ini pun bukan semua ada dalam gamba. Ada yg M.I.A, ada yg tengah makan, ada yg dh balik, ada gak yg x sampai lagi....Famili belah sini ada 4 generasi, Tapi generasi ke-4 beraya kampung belah satu lagi...


Cheeky boys...geram sangat dgn arf4n ni tau! Happy 24/7. Sepupu2 dia yg lain dah penat, dia boleh aktif sengsorang dalam gelap ke sana kemari. Ish, geram sungguh! Nak gigit2. Papepun, dalam reramai my nephews tuh...dialah yg paling periang sekali. Dulu masa dia sakit, terasa sgt kemuraman suasana sbb dah xde gelak tawa dari dia. Alhamdulillah, Allah swt panjangkan nyawa dan moga arf4n dipanjangkan lagi nyawa, dimurahkan rezeki dan jadi anak yg soleh. A-min.

F4him pun rajin melayan arf4n. Sooo kiut....yg kh4lish tuh, dah pancit kot.


Tengoklaa tu arf4n...orang nak amek gamba, dia sorang yg dok sebok ke mende len. X sempat paklong nak posing. H4ndzalah pun same, pandang akak tash4 ker? Sayang aloy & famili xde dalam gambar ni...kalau tak, cukup korum (aloy beraya rumah mentua dulu kat melaka gak). Ni k.lin laa yg pilih lokasi. Kat ceruk ni jugak nak amek gamba raya tahun ni. Kene laa tarik nafas semua supaya muat berposing...


Ok, this one better than da first one. At least, semua menghadap kamera.

Erm, oklah..nak buat mende lain pulak.

20 September 2010

Aidilfitri 2010

Ok... Aidilfitri 2010, semua balik raya rumah mama&papa kat Melaka. Tahun lepas, aku sorang ikut mama&papa balik Pahang. Raya kedua, baru Aloy ngan Yana join. Tapi tahun ni, selain dari mengikut giliran...adalah kerana nak lansungkan majlis pertunangan yours truly dengan en.Muh4z (sekarang i dah boleh panggil en.tunang *wink*wink*).

My kid-sis dah cuti sminggu awal (soooo heaven...). Aku plak cuti sehari sebelum raya. Jadi, Rabu lepas ofis terus gerak ke Melaka. Banyak kereta tapi lancar. Aloy dah sampai Melaka pagi Rabu. Abang pulak, lepas berbuka baru gerak. By 1030pm...dah sampai rumah. Kami tunggu kakak-dari-kayangan yang sampai petang Khamis (ngelat nih....mementang anak2 dr mnggu lepas dah hantar balik kampung, depa p deting noo...).


Nasib baik raya jatuh hari Jumaat (bersamaan 10 September 2010). Makanya, sempatlah kami buat persiapan pape yang patut. Bz ohhh...my mama macam biasa lah, suka part masak2 nih. Macam2 idea dalam kepala tapi tulah, kesian...sebab mama kan dah berusia sikit. Menu raya pertama, rendang daging dan ayam (wajib wooo...) and nasi dagang. Nyum nyum nyum.


Ok, pendekkan citer. Raya!!!!
Pagi2 (ooppss, saya terlajak tidur) yang lelaki semua bersiap nak semayang raya. Yang perempuan sibuk kat dapur (aku turun lambat sob sob sob) Turun2, tengok semua dah hampir siap. So, mandi2 berhias. Tunggu yang lelaki balik dari masjid.

Few hours later, semua dah balik except my papa. Memang selalu macam tuh. Sebab dia ikut orang masjid beraya ke rumah ahli masjid dulu. So kitorang tunggu punya tunggu punya tunggu...baru papa balik. So, semua ready nak bergambar, bersalaman dan bagi2 duit raya.


Pendekkan lagi citer, semua dah salam2 and anak2 sedara sume dah dpt duet raya. Family kitorang ni memang jarang salam2 sampai nangis2...aku pun pelik. Macam aku, syahdu tu tetap syahdu...tapi kontrol taknak nangis. Ate, malu le kalo aku sorang je yang nangis. Yang len aku tak tau. Erm, pasal duet raya pulak...tahun ni aje dah 10 orang anak sedara. Fuihhh...kalo tahun depan bertambah lagi, botak aku hehehe. Semua adik beradik bagi duet raya kat mama&papa.


Ohh, sesi ambik gambar. Since Abang adalah photographer rasmi dalam rumah...so sesi bergambaran adalah berderetan. Especially, yang pompuan2 laa. Yang paling kecoh...k.lin lerr. Sikit2 gambar die. Pastu kitorang join berkaki-kaki hehehe. Semua amek turn ambil gamba family masing2, pastu anak2, pastu menantu2, pastu cucu pastu pompuan aje, pastu pompuan lagi, pompuan lagi...erm, sampailah penat.
Dekat berjam2 jugak laaa baru selesai sesi fotografi nih. Riuh sekampung terjerit2 rebut giliran and posing2. Erm...Aku letak gamba kami 3 beradik pompuan ajelah. Takmo laa letak yang len...kang derang pemes hahaha.

Ada macam the Kardashians tak?
Hakhakhak


Orang suh pandang kanan, dia pandang atas.
Aiyoo yooo!

Moi papa&mama.
Aku tidak bermekap dipagi raya sbb
bajet nak jaga kulit muka untuk majlis keesokannya.
Hakhakhak

Sekian, malas nak upload gambar dah. Yang len, confidential hakhakhak...

07 September 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri!!!!!!

Since last week dengar2 citer raya jatuh hari Khamis.....yer kerrr??!?!

Uwaaa...den mintak cuti stat khamis....rabu malam musti dah jam!

Mommy!!! Nak balik...

My kid sis last sunday lagi dah balik kampung...bestnyer!

Kat ofis ni pun aku rasa dah ramai stat cuti rabu...

Aku nak ambil kesempatan ini untuk mengucapkan....


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAFKANLAH ZAHIR DAN BATIN
BUANG YANG KERUH, AMBIL YANG JERNIH

BERHATI-HATI MEMANDU
Kalau mengantuk, rehatkan badan dulu

03 September 2010

Ops, tambah info raya...

Tadikan aku attend taklimat by miros pasal kajian corak perjalanan ketika musim perayaan...jadinye, nak kongsi info.

Menurut miros, setiap kali perayaan (aku tak sure perayaan apa...mungkin hari raya aidilfitri, mungkin deepavali, mungkin chap goh mei atau mungkin juga hari gawai...tapi musim perayaan laa yang pasti). Katanye, setiap musim perayaan...average 18 orang mati setiap hari di atas jalan raya akibat kemalangan (ini tak termasuk akibat serangan jantung, strok, darah tinggi etc di atas jalan raya yer). Ok, itu sahaja info setakat ini...


Nota-kulit-melecet-terkena-gelang-bakal-tunang (kulit en.Muh4z yer, bukan kulit ku) : Info yang nak dikongsi, pendek aje. Tapi mukadimahnyer...mak aihhh. Satu perenggan aku tulis!

RAYAku, RAYAmu jua...

Wahh...tajuk tak mau kalah tuh!

Sebenarnye tak tau nak citer ape. Tapi sebab dah lama tak tepek gamba dalam blog dan berceloteh syok sendiri dalam blog sendiri...so nak jugak laa melalut sikit.

Tadi ada taklimat pasal ops bersepadu by miros. Aku antara 40 yang tepilih untuk isi diari perjalanan. Woo hoo! Okeh laa tuh...tak penah seumo hidup buat diari perjalanan. Dan hari ini baru aku tau...terminologi 'odometer' itu adalah bermaksud 'mileage'. Aku ingat kene ukur tahap bau kereta ku...aisehh!

Odour + metre = Odo + meter. Get it?!? Get it?!?

Ok, ni dah lari dari topik asal. Aku nak citer pasal raya. Erm...bukan citer. Tapi feeling raya dan nostalgia raya. Raya dulu dengan sekarang, dah terasa lain. Dah tak sama...kan?kan?

Aku masih mude belia dan cumel gituuu...ahaks!
Muke pun penuh dengan ketulusan...


Ini gambar raya tahun 2000 ker 2001 entah. aku pun tak ingat. Masa ni beraya kat T0kyo. Syok walaupun ada sedikit kesyahduan. Beraya di perantauan. Sob sob sob. Seb bek kali pertama beraya dikejauhan, masih ramai kawan2. Cube kalo kali pertama tuh aku dh kene campak masuk kampung suzuk4 tu pastu kena raya sorang2. Tak ke begegar suzuk4 tu dengar aku meraung raya sorang2? Dah ler tiap kali raya...musim periksa. Ohhh! Nehi! Nehi! Tapi itu semua tinggal kenangan...manis walaupun masih kurang gula hakhakhak. Ok, tak kelakar.