08 December 2009

Yang Lebih Hebat Dari Cinta


Cinta semata-mata tidak akan mampu mempertahankan keharmonian rumahtangga. Perkahwinan dimulakan oleh cinta tetapi disempurnakan oleh tanggungjawab. Cinta itu satu rasa yang bertunjangkan perasaan. Perasaan tanpa kekuatan jiwa dan kematangan berfikir akan goyah apabila berdepan dengan ujian. “Perasaan” adalah hamba yang baik tetapi tuan yang sangat teruk. Justeru, jika ingin selamat, pastikan perasaan “bekerja” untuk kita, bukan sebaliknya.

Akan tiba masanya, sesuatu yang kita lihat indah dahulu tidak indah lagi kini. Jika kita hanya bergantung kepada perasaan, cinta kita akan tercalar. Pada ketika itu cinta memerlukan tanggungjawab dan tanggungjawab menuntut satu kepercayaan. Ketika cinta mula goyah di pentas rumahtangga, tanggungjawab akan datang menyelamatkan “pertunjukan” dengan peranan yang lebih berkesan.

Cinta memang hebat, tetapi ia tidak dapat menandingi tanggungjawab. Cinta yang hebat ialah cinta yang ditunjangi tangung jawab. Cinta itu untuk memberi bukan untuk menerima. Lafaz, “aku terima nikah,” oleh suami musim lalu bukan bererti menerima sebaliknya untuk memberi. Suami memikul tanggungjawab untuk memberi kasih-sayang, perhatian, pembelaan, didikan dan segalanya…

Kata bijak-pandai, dipercayai lebih utama daripada dicintai. Kita selalunya merasa bertuah apabila dicintai – samada oleh suami, isteri, ibu-bapa atau sahabat-sahabat. Tetapi percayalah, jika kurang dipercayai, lama kelamaan cinta orang kepada kita akan terhakis. Lihatlah betapa banyaknya perhubungan yang terputus antara ibu-bapa dengan anak, suami dengan isteri, pemimpin dengan pengikut, justeru hilangnya kepercayaan.

Bila hilang kepercayaan, rasa cinta, hormat, kasih dan taat akan musnah. Sampai bilapun manusia lebih mempercayai mata berbanding telinganya. Maksudnya, apa yang dilihat (perbuatan) lebih berkesan untuk meraih kepercayaan berbanding apa yang didengar (percakapan) – action speaks louder than words.

Jadi apabila kita merasakan orang bawahan (subordinate) kita samada isteri, anak, pekerja mahupun pengikut, semakin sukar memberi ketaatan, kerjasama dan kesetiaan itu adalah petanda kita sudah hilang pengaruh. Hilang pengaruh, kerana hilangnya kepercayaan dan hilangnya kepercayaan bila tidak ada integriti.

Tegasnya, kita tidak boleh memimpin hanya berbekalkan cinta, apatah lagi harta atau kuasa… kepercayaan lebih utama!


Nota jari kaki :

Entri di atas telah di 'plagiat' dari blog orang lain.

Aku malu nak tulis mende camni sebab belom kahwin maa...

Malu laaa...ish malu betol nih...plis don hate mi!

Tapi betol ape yang di kata oleh penulis (tepuk tangan sikitttt)...

Semoga kita sama-sama boleh ambik pengajaran....A-min


No comments:

Post a Comment