13 October 2010

10.10.10

My cuz's reception was on 10.10.10.
After the reception, mama papa bertolak dari KL to Melaka dalam jam 830pm and sampai Melaka at 3am!

Kenapa? Sebab tragedi kemalangan 10.10.10.

At first, aku taknak dan malas nak blog about it. But after few days, aku fikir kenapa masih ramai driver bas/ lori/ treler etc kat Malaysia yang bawak vehicle derang macam saiz derang tu sebesar basikal roda tiga? Yang jadik mangsa pulak, orang lain...ramai pulak tuh!

Masa kat Jepun dulu, jarang dengar berlaku accident teruk2 dan melampau macam nih. Even dalam sejarah bullet train derang pun boleh kira dengan jari baper kali je berlaku tragedi macam ni. Aku tak paham kenapalah kat Malaysia ni tak abes2 tragedi macam nih. Negara keliling kita tak abes2 di timpa bencana alam, negara kita pulak tak abes2 dengan bencana buatan manusia sendiri.....*geleng2 kepala*

Dulu kat Jepun, aku pernah laa few times naik bas tambang and express derang. Aku sangat confident dengan derang punya servis.

Kenapa aku confident? Below are the reasons why...

Pertama, ikut average speed limit.
Ex. : Derang akan kira tempoh perjalanan dengan kadar kelajuan sederhana (average speed limit). Let say, speed limit bas on highway is 80-100km/hr...derang akan calculate timing dengan kelajuan 90km/hr.

Kenapa derang buat macam tuh? Untuk pastikan bas tidak dipandu lebih laju dari limit.

Kedua, jadual/ timing derang memang excellent.
Ex. : Kalau kau boleh sampai KL dari Melaka dalam masa 2 jam dengan kelajuan bas 100km/hr, derang akan buat perkiraan masa dengan anggaran bas cuma bergerak selaju 90m/hr (so, akan ambil masa lebih lama dari 2 jam kan?kan?) dan ambil kira kadar kesesakan bergantung pada waktu perjalanan bas. Andai bas gerak waktu rush hours, mesti laa traffic mencanak-canak kan?kan? They'll put that into consideration bila buat jadual perjalanan bas.

Yang menariknya, andai trafik dan bas bergerak lancar yang memungkinkan bas tiba ke destinasi lebih awal dari jadual, bas tu akan berhenti di r&r terakhir (sebelum station terakhir) lebih lama. Biasanya, waktu berhenti di r&r, driver akan pastikan keadaan di dalam bas dan keselesaan penumpang serta jelaskan kenapa berhenti lebih lama. Andai kata bas terlewat sampai, jangan risau...as they'll provide you a notis explaining what happened and mintak maaf. Sopan kan?kan?

Kenapa? Supaya waktu bertolak/ ketibaan terancang. Sekali gus, boleh rancang perjalanan lebih awal.

Ketiga, bas hanya berhenti sekali selepas bertolak dan sebelum tiba destinasi akhir.
Ex. : Bas akan berhenti di r&r yang pertama selepas bertolak dan sekali lagi r&r terakhir sebelum tiba destinasi.

Kenapa? Supaya jadual perjalanan tak terganggu dan penumpang boleh laa nak pergi toilet ke makan ke...sekali gus, sistem nyah-kumbah badan pun perlu sistematik yer kawan-kawan...

Keempat, driver sangat disiplin.
Ex. : Pakai uniform, sarung tangan, catat buku rekod sebelum/ selepas perjalanan. Ramah dengan penumpang (misalnya, travel malam....sebelum buka lampu bas, driver akan minta izin dari penumpang). Sopan kan?kan?

Kenapa? Aku pun tak pasti...yang penting, keselesaan dan keselamatan penumpang diutamakan.

Kelima, patuh undang-undang lalulintas
Ex. : Takdenyer ko nak tengok orang Jepun tekan pedal minyak dalam-dalam sebab nak kejar lampu oren wehhhh! Yang tekan minyak bila lampu oren tu...only in Malaysia wehhhh...

Kenapa? Hijau = Jalan, Oren = Sedia utk berhenti, Merah = Berhenti! Capisci!?

Keenam, sentiasa hormat orang dan beri laluan
Ex. : Kalau nak keluar simpang, tak perlu kau tunggu 4, 5 hari untuk orang bagi laluan. Akan ada je orang yang bagi kau jalan kalau dalam undang-undang dah termaktub hak kau dulu untuk kau jalan. Tak payah nak hon-hon atau berlumba siapa yang patut jalan dulu.

Kenapa derang macam tu? Itu namanya ADAB! Sepanjang aku duk Jepun, tak pernah lagi aku tengok bas dok kat fast lane...memotong cuma perlu sahaja. Tapi kalau drebar bas dah tak tahan nak terkucil...aku tak tau laa macam mane.

JADI....

Aku sarankan Malaysia hadkan speed limit untuk bas. Let say, buatlah maximum speed untuk bas/ lori/ treler etc 110km/hr....Kalau derang nak cepat sampai, silalah bertolak lebih awal. Aku jugak nak sarankan, agar para pemandu bas/ treler/ lori ni buat rekod pemanduan dan diperiksa oleh supervisor masing-masing. Bukan susahpun...

Sesekali, apa salahnya bagi motivasi talk untuk para pemandu. Mereka pun manusia yang kadang-kadang perlukan galakan untuk menjadi lebih cemerlang dalam kerjaya derang...

Nota-jari-tembam : Lately, selalu tengok lori kena tahan dan saman...tak pernah pulak tengok bas/ treler ditahan dan disaman. Ke aku jer yang tak pernah tengok dan tau?

Nota-lengan-pun-tembam : Aku kagum dengan Jepun sebab derang bleh publish buku jadual (inclusive date, time, destination...very detailed) perjalanan bas dan train dan frequently update if there is any changes. Labih kagum, memang buku itu sangat relevan sebab pergerakan bas/ train SEJIBIK macam dalam buku. Sangat senang untuk travel esp backpack travel.....

Nota-budak-tembam : I used to love backpack and travel....

2 comments:

  1. ouh..skrg dh xpkai nota-kaki ye..kaki ko lenguh ke ape?huhu..
    agree with u 100% nyahss....respect dgn cara pemanduan public trnsport kt jepun.xdela lembab pon.ikut je jdual,tiba dgn tepat masa nya plak tuh...
    cume ak tk agree part hadlaju tuh...FYI,b4 this (b4 raya xsilap) depa pmndu2 bas mntak dnaikkn hadlaju ke 110km/h sbb slalu org komen lmbat smpai...mane tak lmbatnye,gdepart pon lewat dr masa yg sepatutnya..
    sdgkn hadlaju masih 90km/h pn derg dh bwk ala2 evo10..aku naik celica (cnvert ke kelisa..ahaks) 120km/h pn xdpt kja..bygkn brape speed die time tuh.......

    ReplyDelete
  2. itulaa pasal....
    jadual bas gerak kol 7am...tapi driver sampai kol 830am. kalau sampai destinasi sama cam jadual gak, mesti driver tu bawak bas cam edward cullen (betol ke eja nama die?) dalam twilight bleh terbang2 tuh.

    aku penah naik bas delayed sejam stgh sbb driver lambat bangun tido. pastu gelabah makan roti 2 ketol smbil siku pegang stereng (aku punye seat depan skali). seb bek bas tu duk kat second lane...kalo fast lane, aku mati kecuakan dulu kot...

    nota-kaki-tak-lenguh-lagi : owh celica convert kelisa ekk?? bukan silvia ekk asalnyer?

    ReplyDelete