Semalam, aku keluar ofis awal. 530 sharp!
Almaklumlah, bos semua tak ada :D.
Went to Alamanda with a friend.
Had dinner and bought a bottle of mineral water.
Lama melepak kat kedai makan.
Borak-borak. Siap ada budak datang promote perfume.
About 715pm, masing-masing nak gerak balik.
Dari Alamanda terus nak balik rumah.
Kalau ikutkan, memang sempat sangat maghrib kat rumah.
Jadi, pembawakan kereta adalah nice and steady sambil menikmati panorama senja.
About 1.5km away from my 'banglo tingkat 5', suddenly aku rasa kereta laen macam.
Tak stabil dan bau asap.
Jeng! Jeng! Jeng!
Tayar belakang pecah daaa!!! Aku risau rim kemek jerrr....
Alhamdulillah, masa tu aku tak bawak laju.
Sedangkan kebiasaannya, aku memang bawak laju sebab jalan lurus dan lapang.
Terus bagi hazard light, park di bahu jalan.
Tarik nafas dan 'bertendang'.
Terus telefon en.tunang. Padahal sebelum tuh aku baru bebel-bebel marah en.tunang.
Dah jadi camni, kena la jadi ayu dan manis balik pada en.tunang. Auuuuwww! Hahaha.
Aku pun tak tau kenapa aku tepon en.tunang.
Padahal bukannya dia boleh datang pun.
Sesi mengadu dan suara sedikit sebak bagi menggambarkan suasana.
En.tunang suruh tunggu. Entah tunggu apa pun aku tak tau.
Letak telefon, kepala ligat fikir siapa kawan lelaki yang terdekat.
Erm, kenapa mesti kawan lelaki?
Kawan-kawan, rim saya ada 5 nuts, 17-inch dan brand mugen. Berat.
Walaupun dah beberapa kali tengok bapak dan en.tunang tukarkan tayar...
Aku tetap rasa aku tidak akan tukar tayar sendiri.
Nak tepon abang atau adik, cam menyusahkan derang pulak jauh.
My gud-fren from old-days, lagi lah jauh.
My old-fren yang dekat, kang bini dia bising pulak.
Last choice, terpaksa jugak telefon kawan lelaki yang bujang2 dari ofis.
Bila call, derang dah tau and dah on the way ke tempat kejadian.
Ajaib! Hebat derang ni ada sixth sense.
Rupa-rupanya en.tunang dah telefon mintak tolong diorang dulu.
Patutlah suruh aku tunggu. Aku ingat en.tunang nak mintak tolong kawan dia ke.
Rupanya, dia suruh kawan aku jugak hehehehe. Seb bek dan alhamdulillah.
Sesi tukar tayar hanya memakan masa 15min hasil kerahan tenaga 2 eligible bachelors.
Berkenan kalau makcik2 nak buat menantu nih.
Sorang, status aku tak tau macam mane...single atau tak.
Lagi sorang, ada skandal dah kot. Di bawa bersama pada malam kejadian.
Muehehehe...papepun, terima kasih kepada mereka yang membantu.
Kepada en.tunang juga kerana tambah perisa cerita.
En.tunang cakap kat derang yang aku dah menangis kat tepi jalan tak tau nak buat ape.
Bagus laling sorang nih, nak 'drop my water face' yer.......
Sekian, panjang giler jadinya entri nih.
No comments:
Post a Comment