Sekarang, masa standard untuk aku keluar dari ofis adalah 730~800pm.
Kira oklah tuh. At least sempatlah aku buat macam-macam kat rumah.
Kalau tak dulu, time hectic macam ni dan ditemani pulak oleh si-anu...
mau aku balik 1~2 pagi.
Paling awal pun dia akan lepaskan ko kol 10pm.
Aku pun sekaligus jadi takda kehidupan macam dia gak hakhakhak.
Tapi alhamdulillah my big-bos tak macam tuh.
Tak payah komplikated kan kerja, simple but excellent...setel, balik.
So, bila dah boleh balik awal ni...apa aku buat kat rumah?
Well, kalau weekdays...aku kurangkan aktiviti berjimba.
Weekends kekadang aku masuk opis gak.
Badminton pun dah few weeks aku tak maen sbb MALAS.
Selain dari bergolekan depan tv, aku main SUDOKU...
Dulu main dalam handfon jer tapi sekarang tak larat laa sebab telefon kecik.
Haritu pegi MPH ingat nak beli buku SUDOKU tapi cam tak mengghairahkan le plak.
So, apa yang aku buat...
Tetiap hari sebelum balik rumah, aku akan print dari SUDOKU online.
Hehehehehe
Balik rumah, buat dengan bersungguh-sungguh sampai nak muntah!
Dalam 1130 pm, masuk bilik...baca buku pulak sampai nak muntah lagi.
Bajet mata macam dah rabak, tutup lampu dan tido.
Nak pulak cuaca sekarang malam agak sejuk...syiookkkk!
Begitulah aktiviti aku sejak hampir sebulan bz bekerja nih.
Perasaan nak berjimba dan bercinta pun semakin berkurangan...
Kita tunggu sampai kerja dah berkurang...baru mulakan gaya hidup baru pulak.
Cheers!
nyahs! aku pon suke men sudoku.. jom lawan!..hahah
ReplyDeletebila lg nk jimba2??lalalala
ko dah abes exam ke? ko nak exam mane bleh berjimba...
ReplyDelete