21 June 2010

Jujur Dan Setia

Soalan
Kenapa jujur dan setia itu penting dalam perhubungan?

Jawapan
1) Kita kena jujur supaya hubungan kita jadi lebih indah. Kalau pasangan kita jujur dan setia, tidakkah itu bahagia dan indah namanya.

2) Sekiranya kita tidak mampu bersikap jujur, itu bermaksud kita sebenarnya masih lagi belum bersedia untuk memikul tanggungjawab. Sekiranya kejujuran itu tidak ada maka sudah tentu kesetiaan pun masih belum dapat dilaksanakan.

3) Kesetiaan dan kejujuran merupakan kriteria paling penting dalam hubungan. Andai salah satu kriteria penting ini tiada, sesuatu hubungan itu tidak akan pergi jauh. Kerana penipuan atau kecurangan secara jelas tidak pernah membahagiakan. Fakta : tiada satu manusiapun mahu dirinya dicurangi. Pedih!

4) Tiada kejujuran, tiada kepercayaan. Sekali dua mungkin boleh dimaafkan, tapi andai kata berkali-kali berjanji dan bersumpah untuk tidak ulangi tapi masih melakukannya juga...itu mungkin tanda untuk anda berlalu pergi.


Soalan
Andai si dia jelas telah mencurangi anda beberapa kali, apakah tindakan yang perlu anda lakukan?

Jawapan
1) Angkat kaki...cari yang lain.

2) Berhenti jujur dan setia pada dia! Ramai lagi yang mampu untuk jujur dan setia pada anda. Kumbang bukan seekor. Anda juga boleh menduakan dan bergembira.


Nota pendek :

Video (3g)
01/04 00:37 019909***4 00:02:41
01/04 00:43 019909***4 00:16:23
02/04 14:36 019909***4 00:00:10
02/04 14:38 019909***4 00:02:56
05/04 13:57 019909***4 00:01:53
05/04 14:44 019909***4 00:02:13
06/04 14:32 019909***4 00:03:53
07/04 12:09 019909***4 00:01:16
07/04 14:13 019909***4 00:03:12
07/04 14:32 019909***4 00:00:51
*03/04 dan 04/04 adalah weekends jadi dia bersama dengan teman wanitanya (ehh, kejap...dia kata tak ada teman wanita laaa). So, line tak clear laa untuk sesi curang-mencurangi ni kan...

Panggilan telefon
Tidak terkira dari 31/03 hingga 07/04
(kerana selepas itu sudah tidak dilayan lagi, kesiannnn...)

Di ikuti dengan 6 MMS gambar terkini dan ter'jambu'....

2 bulan kemudian, cerita putar belit, fakta diterbalikkan...





2 comments:

  1. Ko rase prepaid bley tgk call list x? (T____T)

    ReplyDelete
  2. ape hal pakai prepaid ni beb...gaji masuk bulan2...pakai line laa ekk ekk muahahha.
    Jangan marah yerr ;)

    ReplyDelete