04 March 2010

Teori and Tips

I have few theories and tips to share :

Theory 1
Seseorang itu kuat cemburu bukan kerana kasih sayang yang amat mendalam tapi kerana perasaan ingin menguasai. Kenapa ingin menguasai? Kerana dia merasakan apa yang ada pada dirinya tidak pernah cukup lantas ingin menjadikan apa sahaja yang didampinginya hanya miliknya seorang, agar dia boleh merasa puas. Walhal, dia telah meletakkan dirinya dikalangan mereka yang lemah kerana kekurangan diri mereka sendiri sehingga memerlukan insan lain untuk membuatkan dirinya lengkap. Kenapa kuat cemburu? Kerana takut menjadi lelaki dayus?
Adalah lebih dayus seseorang itu apabila mengambil kesempatan atas kejujuran dan menganiaya kepercayaan orang lain. Lebih dayus daripada itu, apabila mengheret individu lain yang sepatutnya dipimpim ke lembah kehinaan.
* Isteri itu bukan hak, tapi anugerah - Cinta, 2008

Theory 2
Apabila seseorang yang cukup dikenali bersikap kuat cemburu tetapi tiba-tiba berubah menjadi seorang yang boleh bertolak-ansur dengan kecemburuannya...AWAS! Itu bukan kerana dia telah berubah tetapi sebenarnya dia telah/ sedang/ terus melakukan sesuatu di belakang anda tanpa pengetahuan anda. Dia bertolak-ansur dengan anda agar anda tidak mengungkit apabila dia sudah terkantoi nanti!

Theory 3
Jangan berkongsi segala cerita peribadi dengan pasangan anda (sekiranya pasangan anda lelaki) kerana PASTI mereka akan menggunakan semula cerita yang telah dikongsi itu untuk salahkan anda demi kepentingan diri mereka sendiri suatu hari nanti.

Contoh
L : Awak ramai kawan lelaki yer...
P : Aah, dulu kawan sekolah saya lebih ramai lelaki. Tambahan pula, saya berada di sekolah yang sama hampir 6 tahun! Tapi kami semua sekadar kawan...

6 bulan kemudian...
P : Macam mana awak kenal semua perempuan ini? Kenapa ada ramai kawan perempuan baru yang saya tak tau sebelum ini? (Sudah terkantoi)
L : Ohh...awak ramai kawan lelaki boleh!?!? Saya pun mau cari kawan perempuan juga!


* Lelaki sebegini menunjukkan tanda-tanda mereka tidak boleh memimpin dengan baik.

Untuk tips, saya kongsi kemudian. Saya ingin berfoya-foya kerana selama ini saya terlupa yang saya ada ramai kawan lelaki...

Oppss...terkantoi sudah!
Ciao!

No comments:

Post a Comment