Saya copy-paste artikel ini dari blog lain.
‘Kahwinilah perempuan-perempuan itu kerana 4 perkara. Kerana kecantikkannya, kerana hartanya, kerana keturunannya. Maka pilihlah ia kerana (kecantikkan) agamanya (akhlak). Maka akan beruntunglah kedua tanganmu’
Apalah sangat harta kekayaan sekiranya wanita itu tidak mampu memberikan manfaat dari sudut kebaikan? Begitu jugalah pada kecantikkan, sejauh mana kecantikkan itu mampu mengekalkan kebahagiaan sehingga ke akhir perhubungan? Bunga yang cantikpun akan layu, apatahkan lagi kecantikkan yang ada pada kulit yang akan mereput juga akhirnya nanti.
Rupa yang cantik dan jelita jika selalu ditatap akan bosan juga akhirnya. Kualiti bukan dilihat pada fizikal semata-mata tetapi pada nilai dan harga. Kerana itulah kekayaan harta, ketinggian pangkat, dan lain-lain nilaian material tidak dapat menandingi kuasa sebuah akhlak. Kerana akhlak adalah nilai kepunyaan diri.
Apalah gunanya mempunyai mulut dan bibir yang cantik jika gunanya hanya untuk memaki hamun dan menyebut perkataan-perkataan yang tidak sopan bagi seorang wanita? Apa guna sekiranya percakapan wanita cantik hanya menyakitkan hati pasangan lelakinya? Tiada nilai, apa lagi manfaat.
Jangan mudah terpedaya dengan kecantikkan yang sekejap. Ia tidak kekal dan bukan juga jaminan sebuah kebahagiaan yang hakiki. Tetapi bukan bermakna saya menghalang terus daripada mencari yang cantik-cantik. Carilah, tidak mengapa kerana itu juga berupaya menyumbang kepada kebahagiaan. Sejuk mata memandang akan sejuk juga di hati maka suasana akan menjadi damai.
Kadangkala orang terpengaruh akan kecantikkan, bagi mereka yang cantik itu baik. Akhirnya terus memilih yang cantik. Lalu apa kurangnya pada yang tidak cantik? Kalau anda yang pernah merasai madu, jangan terkejut melihat sarangnya yang hodoh, mungkin anda yang melihat akan berkata kotor! Tetapi lihat saja pada hasilnya, madu bukan saja yang enak, bahkan menjadi penawar kebanyakkan penyakit. Begitulah perumpamaannya.
Bunga juga begitu, bukan semua bunga yang cantik wangi baunya. Ada yang tidak berbau bahkan ada juga yang busuk baunya. Kalau anda perhatikan, bunga yang cantik jarang berbau wangi atau paling kurangpun, tiada berbau. Begitu juga wanita masa kini. Ramai yang cantik-cantik, tetapi nilai dan harga sudah tiada atau paling kurangpun...ada diskaun!
Bukan wanita sahaja, sama juga dengan lelaki. Tampan dan macho bukan jaminan dia seorang yang bertanggungjawab. Lelaki tanpa rasa tanggungjawab sama sahaja dengan bunga yang cantik tetapi tiada berbau. Tanggungjawab untuk mendidik dan melindungi wanita dibawah jagaannya adalah sebaik-baik lelaki.

No comments:
Post a Comment