18 November 2010

Selamat Menyambut Aidil Adha

Assalammualaikum peeps!

Forgot to wish uols AIDIL ADHA, but it is better late than never,no?

Jadi, apakah aktiviti saya pada hari raya Aidil Adha?

Well, saya tidak ada plan. My parents went back to Kuantan. So did my sisters. Diorang boleh cuti lama. Saya tak boleh cuti. Nanti naik tanduk collegues saya sebab mereka sangat busy sekarang.

So, my plan was to melepak dirumah abang. Malam sebelum Aidil Adha, saya main sudoku sampai 4 pagi. Menjelang subuh (i mean, 1 and half hour after the azan), en.tunang sms...

Him : Kita tengok orang sembelih lembu nak?
Me : Heh? Camne nak tengok nye?
Him : Nanti kita g laa tengok kat masjid...
Me : Huhuhu...nak!nak!nak! (Maknenye, en.tunang nak datang ler tuh! Hepi nyer aku!)
Him : Ok, kang b sampai tepon. Pakai baju kurung yer, b pakai baju melayu...

Semangat uollsss...pakai sedondon pink lagi. Wahhh, syok sendiri gitu....

En. tunang sampai dalam kol 845am. Ingat nak pegi brekfas, tapi haruslah kedai sumer tutup. So, ke masjid puchong ler kami. Katanye, masjid tumbang 16 ekor lembu. Masa kami sampai, orang dah abes semayang raya. Sesak gila...cam malu pun ada. Apa tidaknya, semayang raya tak pegi...tapi sebok nak tengok lembu (well, aku takleh semayang pong time tu, en.tunang pulak dari melaka, so tak sempat ler semayang). Pastu kang tetibe je beratur nak amik daging hekhekhek. Tunggu punya tunggu (kat luar pagar sebab parking penuh), tak nampak tanda-tanda lembu nak ditumbangkan dalam masa terdekat. Ramai orang datang keliling lembu-lembu siap usap-usap lagi tuh. Dah macam kat zoo pulak. Memandangkan mata aku dah agak rabak, aku ajak en.tunang balik rumah abang dulu.

Jadi, bila sampai rumah abang...makan-makan. Kherney masak menu raya huhuhu. Tip top! Borak-borak. Abang tak berapa nak sihat. According to kherney, he didnt sleep well for few days now. In fact, dia agak diam. Erm, so many things bothering his mind sekarang nih. So, I dont want to make him lagi serabut. So, I ajak en.tunang pegi tengok lembu lagi. This time, bawak my niece and nephews sekali. Oh man, they were really excited ok! Siap nyanyi2 lagu nak tengok lembu kena sembelih nih. Memula en.tunang suh I tinggal, so that I could take a nap. Tapi, buleh ker en.tunang nak jaga 3 orang budak sorang-sorang?

Jadi, aku pun mengekor jugak lah. Bukan senang nak jaga 3 orang kanak-kanak yang very eager to see and learn new things ni tau. They were very energetic. Masa kami sampai masjid tuh (masjid yang sama, masjid puchong), almost half of the lembu-lembu dah disembelih. Uwaaa...aku tak berapa syok sangat nak tengok. So, aku dengan tasha dok jauh-jauh sket. KHalish and Fahim jer gigih ikut en.tunang. Tapi ended up, khalish pun tak sanggup nak tengok sangat. Fahim gigih. En.tunang siap dukung and letak atas bahu. Seb bek fahim tu kecik lagi. Cube kalo aku yang mintak en.tunang dukung...hehehehe.

Masa tengah tengok satu persatu lembu kena sembelih tuh, tasha and khalish tanya banyak jugak soalan-soalan. Ada yang aku boleh jawab, aku jawab. Ada gak yang aku tak berani jawab. En.tunang pulak jauh duk sibuk tengok lembu kena sembelih dengan fahim. Tapi syok gak tengok sebenarnya, I like the part when everyone bertakbir before sembelih. Rasa sayu aje. Then tasha tanya, "why we must watch this kind of torture? I pity the lembu" Kenalah explain that this is not torture bla bla bla. Then, khalish nyampuk..."I pity the lembu too. Abang dont want to eat meat lagi lepas nih" Yep, masa nak balik aku tanya nak makan apa...pandai pulak mintak mcdonald!!!! Funny laa budak-budak kecik nih....kiut aje.

Then bila sampai rumah...diorag pun tak sabar-sabar laa citer kat parents derang. Erm...I took a nap kejap while waiting for aloy to datang rumah abang. Bila bangun, it was almost 2pm. Aloy pegi KLCC dulu. Cehh....

Dah alang-alang cuti nih, aku ajak laa en.tunang pegi IKEA. Since, banyak jemputan kahwin ujung-ujung tahun nih...so aku nak beli banyak-banyak terus, senang citer. We bought presents for our bakal-pengantin friends. Dalam 4-5 hadiah cenggitu and we spent less than RM100 (inclusive our lunch there)! Murah giler kan? Cuz presents yang kitorang beli tu elok plus IKEA kan..Rasa cam worth it sesangat...so, sekarang yang tinggal cuma nak balut je hadiah2 tuh...


Erm, oklah. Penat dah taip. Nnti nak letak gambar en.tunang dukung fahim. So kiut...daa!

No comments:

Post a Comment