Banyak cerita. Tapi malash...
Oh, semalam sampai rumah dalam 930pm gitu.
Lepas mandi-manda...terus panjat kerusi nak tepek bintang-bintang kat dinding (glow-in-da-dark thingy). Dah selesai one side, turun kerusi sebab nak move to the other side...tak semena-mena aku terjatuh (tiada golekan berlaku....fuhhh). Tapi entah macam mana, kaki tersadung pada kaki kerusi. Jadinya, kerusi kayu yang bafak berat itu telah menghempap kaki kiri sehingga terkoyak kulit aku. Meraung sakan laa aku. Terus terbaring sambil lakukan golekan minor. Menitik air mata tahan sakit. Dekat 4-5minit gak aku terbaring atas lantai sebab pedih yang amat. Lepas tu mama tepon, terus aku ngadu.
Aku : Ma, tadi kngah jatuh kerusi.
Mama : Haa? Buat ape panjat kerusi? Pastu camne?
Aku : Nak tepek bintang tu laaa...terkoyak kulit kaki tau..(mintak simpati uolllsss).
Mama : Ohh, yer ker...cantik dah tampal?
Aku : Ngaaaa....
Boleh mak aku wat donno je lepas aku ngadu 'kulit kaki terkoyak'? Aisehh...
Alaa, die pun tak heran dah kot. Takat terkoyak kulit kena hempap kerusi. Dia dulu sampai rabak-rabak, terkoyak tang 'sinun' beranakkan 5 orang...relaks aje hehehe. Lagipun, kalau laa kecederaan aku seres, mesti aku yang tepon dia dulu. Tak pun aku sampai nangis-nangis meraung mintak tolong kat dia kn?kn?kn?
Lepas aku dah explain betapa gorgeous dan marvellousnya bilik aku lepas tepek bintang-bintang...
Mama : Sakit lagi kaki?
Aku : Sakitlah. Esok nak m.c. laa...
Mama : Manja! Mengada-ngada lebih tau!
Aku : Hehehehe....
Uwaa....aku kurang kasih sayang sob sob sob.
Tapi takda laa aku m.c. Tak koser...nak bermanja je yang lebih...
Oklah, tu saje. Bai!
Nota-kulit-kaki-terkoyak : Bukannya terkoyak pun, melecet saja....tapi drama MUSTI mahu lebihhhh beb!
ko mmng pelakon drama.. kalah fasha sandha
ReplyDeletelorr...i kan NORA.............
ReplyDelete.
.
.
.
danish lalalala~