09 November 2010

Sejarah mungkin berulang...

Dulu masa aku form 4, my english teacher pernah nasihatkan aku....

"Betapa dari perasaan tak puas hati tentang sesuatu perkara yang kecil, bila dibiarkan tanpa diatasi dan tiada kompromi boleh menyebabkan perang yang amat besar"


In smaller scope :

Hanya kerana isteri tak puas hati cara suami picit ubat gigi, dipendamkan sahaja, tidak diatasi dan tiada kompromi...selepas 4 tahun, penceraian berlaku.


In larger scope :

Betapa pertikaian sejarah antara China-Jepun dibiarkan berlarutan sampai ke zaman moden, tanpa diatasi dan tiada kompromi, satu masalah kecil yang tercetus sahaja sudah cukup untuk membuatkan kedua-dua negara agresif memperkukuhkan angkatan tentera masing-masing.


Dulu masa teacher aku cakap macam tuh, of courselah aku pikir pasal kahwin-cerai sahaja. Syok ooo pikir sal kahwin-kahwin nih masa zaman remaja dulu. Bila sal cerai aje, scarrryyy mak!

Sekarang bila dah dewasa dan hampir matang (well i'm not 100% matang pun lagi, not until i'm 60 i think. Matang is a big word!!! Huge responsibility!!!) Baru aku faham...

Zaman Hang Tuah dulu, kerana maruah sanggup berbunuhan.

Zaman sekarang, terasa hati atau tersalah cakap pun boleh berbunuhan.

Makin lama, nilai nyawa manusia makin menurun. Tapi nilai emas, makin lama makin naik.

Bila nilai nyawa manusia makin menurun, secara lansung membuktikan tahap kesyukuran terhadap anugerah nikmat Allah swt pun makin menurun. Bukankah nyawa itu suatu anugerah nikmat Allah swt yang dipinjamkan kepada para manusia agar dapat beriman kepada-Nya?

Bila nyawa boleh di'ambil' oleh manusia sendiri, secara tak lansung membuktikan betapa manusia itu sendiri cuba untuk mengambil alih kuasa hakiki yang Maha Pencipta.

Kes Sosilawati :

Pesalah akan dihadapkan ke mahkamah. Bagi aku, fakta membuktikan pesalah memang membunuh. Patut atau tak dia pun dijatuhkan hukuman bunuh? Bagi aku teramat PATUT! Tak payah nak naik turun mahkamah...BUNUH sahaja! Orang kejam macam tu tak patut hidup...

Siapa aku untuk tentukan patut atau tidak untuk dia hidup? Kuasa ditangan aku ker? Hidup dia milik aku ker? Kenapa kita tak hormat keputusan 'TUAN' pemilik hakiki hidup dan nyawa si pesalah tuh? Kerana Dia telah janjikan hukuman ke atas setiap kesalahan yang dilakukan manusia di atas muka bumi ni, kerana Dia lebih mengetahui....kerana Dia MAHA MENGETAHUI.

Setiap yang salah di muka bumi, layak terima pembelaan. Layak untuk diperbaiki dan layak untuk bertaubat. Taubat itu juga bukan milik kita...itu juga 'hadiah' dari Dia untuk hamba-Nya.

Setiap yang salah harus diperbetulkan. Jika tidak diperbetulkan, teruslah hidup dalam kesalahan. Hidup yang terus dalam kesalahan sama dengan kehidupan dalam kegelapan. Maka, kembalilah kita kepada kehidupan tanpa ketamadunan...

Wallahuahlam.


Nota-tak-boleh-tidur-malam :
Aku pun pelik nape english teacher aku tak speaking mat salleh bila nasihatkan anak murid. Erm....mungkin dia takut anak murid tak paham bahasa mat salleh, jadi nasihat dalam bahasa melayu lebih menikam kalbu kot....


Nota-kaki-lebam-lagi :
Japan do not have their own troops. Depends on US. Please read world history. Esp. WWII.

No comments:

Post a Comment