31 May 2010

Kerja...

Hari ni start kerja balik. Last week aku cuti from Khamis (Jumaat adalah wesak day). En.Muh4z was here. Mak (en.Muhaz's) operate mata kat selayang. So, jadual kami hari2 adalah berulang-alik ke hospital. Smlm en.Muh4z on the way balik sms-ed me tanya...."kali ni dating rasa penat kan?"

Think about it, memang penat sgt. Tido awal pagi, bangun dah nak dekat tgh hari..mane tak penatnya! Tapi seronok laa! Jumpe adik-beradik en.Muh4z (even not all of them..but they're pretty cool). My parents came to see their friend kat CCU at da same hospital so dah alang-alang tu they came to visit Mak en.Muh4z as well laa..then g makan-makan. So hepi ohhh...

Cume on the last nite before en.Muh4z balik esok tu kami ada sedikit sesi tak-begaduh-tapi-merajuk-dan-malas-nak-pujuk. Masing2 ego tuh...but I hv to admit laa, patutnyer aku laa yang pujuk en.Muh4z masa tuh tapi keras ati gak nak en.Muh4z yang pujuk. Sudahnya...esok bangun pagi rasa nyesal pastu nak nangis2 ckp ngn en.Muh4z. Aisehhh...terasa comel plak diri sendiri hahahahahahahahahahaha. seb bek en.Muh4z cair bile aku pujuk muehehhehe.

Apa lagi nak citer ekk...erm. Kami baru dapat tgk ironman 2. Igt kitorg je lambat tak tgk lagi. Sekali ramai je lagi org yang tak tgk lagi. Lepas tu g tgk shrek pulak together with family en.Muh4z. Itu pun sementara nak tunggu masa melawat Mak en.Muh4z kat hospital. M4kdik ngan 4w4 yg jaga kat sana. Erm satu yang lawaknyer en.Muh4z ni...dia tak pnah tgk lagi ironman 1, shrek 1 and 2. So I have to explain to him dgn agak pnjg lebar gak laa. "ehh, itu bini dia ke, kawen dengan dragon macam mana?", "ehh, sayang...dia nak pegi mana tuh, siapa orang jahat tuh?", "ehh sayang, dia tak tau ke dia kena 'ranjit'?" and the list goes on. Luckily, dia paham gak citer nyer and yang paling penting...dia enjoy tgk citer tuh! en.Muh4z ni dulu agak kurang tgk wayang dan tv. Tapi kalau karaoke...dia memang hebat. Tapi aku pulak kurang sket karaoke ni...so kalo pegi dgn die mmg selalu la kene paksa nyanyi. Aku pun terpaksa dalam rela macam dia jugak yang terpaksa dalam rela layan aku tgk wayang...ish, ni yang "I love you" ni hahahahaha.

Ohhh, lagi satu. Jumaat lepas adalah birthday en.Muh4z yang ke-2x tahun!!!! Yip,yip,hooray!

Ohh...itu buat enrti len laa...lalala~

Bai!

26 May 2010

Dah sehat...

Saya demam dan selsema dan migrain.
Oleh itu, saya telah mendapatkan cuti sakit selama 2 hari.
Fuhh...weekend x keluar rumah. Tapi boleh sakit jugak. Bagaimanakah?

Tapi hari ini saya sudah semakin sihat. Alhamdulillah.
Walaupun masih susah untuk tidur malam....

Ok, nak kerja!
Bai!

22 May 2010

L + E + L + A + K + I

Ok...to be honest, I'm not an expert in men+lelaki department (or even 'jantan' if that matter). So banyak mende yang aku tak tau. So far, mostly aku involved dengan loser, if-you-know-what-i-mean. And so I thought, as I'm growing up...aku gonna know them better. But, boy I was wrong!

Ok, lelaki...pada umur berapa dia akan matang dan boleh berfikir sebagai seorang dewasa? Well, I know..people say, men's life start at 40. But for god sake...takkan umo 40 baru boleh guna otak untuk berfikir sebagai seorang lelaki? Aku tak paham...

And, biasanya lelaki akan puas enjoy sampai umur berapa? Adakah lelaki mampu untuk fikir kesan tindakan atau pilihan yang dia buat akan memberikan kesan bukan pada hidup dia seorang sahaja, tapi orang disekeliling terutamanya orang yang sayang pada dia?

I've been with someone 27 but still macam budak2 dan tak matang. But, at least dia fikir pasal orang sekeliling. And now, I'm with someone 25, better than da previous one but still...seems macam dia 'lost'. I've known someone 24...very bertanggungjawab and matang. Tapi ada jugak yang umur 24 aku kenal...tetap hampagas.

My question here is, how do I know lelaki yang macam mana yang tak akan break my heart over and over again? Lelaki macam mana yang will put my interest first before his? I'm tired with guys yang belum cukup dewasa, tak cukup matang dan yang masih merasakan suatu beban untuk jalankan tanggungjawab sebagai seorang LELAKI!

21 May 2010

orAit

orAit...

Semalam...
Setelah sesi berlembut-lembutan dan alah-mengalahan bersama ehem ehem, kami berdamai secara rawak dan sedikit lawak. Terus loving2 ohhhh...

Hari ini, saya selsema.
Adakah kerana tahap keterujaan melampau setelah boleh bermesra-mesraan? Mungkin...
Atau adakah kerana hormon serabut saya sudah tiada lagi maka hormon adrenalin saya melonjak-lonjak? Erm...apakah hormon adrenalin? Please 'wiki' it....and I assumed betol laa hormon adrenalin sebab saya malas untuk 'wiki'. Kalau salah, tolong jolokkan (whatde...!?!?!?) <--pantun buah cempedak di luar pagar, get it!?!? get it?!?!

Ok, sekali lagi entri tidak berilmu tapi sedikit pengetahuan untuk yang suka bzbodi...

mUAhahaHa

20 May 2010

Like...SERIOUSLY!

Ok..mood aku memang tersangat2 teruk since last monday. Nak mengamuk aje keje nyer...yang En.Muh4z ni pun satu...apelaa salah nyer kalo die mengalah lagi dan lagggggiii...

Seb bek lembut gak ati...

cair i...

auwwwww...

ok...entri takde isi.
yang penting aku nak orang tau aku penat minggu ni..penat menyerabutkan diri.

sekian, terima kasih.

Nota perut :
Owh, semalam aku free sgt2 di ofis. skali kol 5 ptg...nice! keje datang bergolek2 like watdeheven! tung tang tung tang..kol 6 baru aku bleh perah otak pk buat ayat kasik cantik punya...last2, balik lambat jugak semalam...sigh!

siGh!

1) Kadang-kadang kesenangan yang ada di depan mata mengaburi matlamat asal kehidupan kita dan apa yang kita betul-betul mahukan dalam hidup.

2) Kadang-kadang kita terlalu ingin jadikan imaginasi kita suatu kenyataan hingga kita terlupa bahawa imaginasi itu juga boleh menghancurkan kebahagian kita yang sebenar tanpa disedari.

3) Kadang-kadang kita terlupa bahawa kebahagian yang sementara itu tidak akan membawa kebaikan kepada kita.

Orang kata...

Kalau si lelaki betul-betul nak jadikan seorang perempuan itu sebagai isterinya, dia akan buat dan cuba segala-galanya dan berusaha sehabis mampu untuk berkahwin dengan perempuan itu.


Mari kita tutup buku...

Ciao!

19 May 2010

serabut

macam-macam aku pikir...

tertekan giler!

aku sakit hati!

aku kecewa!

aku SERABUT!


Owh...bila tengok figure kat atas nih, macam kiut ler plak.
Tak nampak cam serabut pun.
Tapi aku serabuttttttt!!!!

Owhhh...

Patutlaaa aku angin semacam satu minggu ni...asyik nak mengaaaamukkkkkk aje dan benci sumer orang. Rupe-rupenya 'kawan lama' nak datang melawat. Makanya, dalam meeting tadi terkemut-kemut aku nak menahan marah sumer orang sebab brief kat bos aku slow nak mampus...korang tau tak aku rasa cam nak hempuk kepala sekor-sekor? Opss...maafkan bahasaku yang agak kasar itu. Kan i dah cakap 'kawan lama' i datang melawat....

Sempena dengan 'lawatan' ini...aku nak berkongsi lawak yang aku rasa ada kene mengena jugak laa pasal 'lawatan kawan lama' nih...sebelum itu, biar aku gelak dulu sorang2...

MUAHAHAHAHAHAHAHAHA!

Sumber lawak diperolehi dari laman web komersial.
Bukan nukilan asli diriku yang berharga ini...



TAJUK : ALASAN NAK BALIK AWAL

Seorang Boss entah macam mana mood dia memang baik sungguh pada suatu hari tu. Sesiapa yang nak minta balik 5 jam lebih awal hari ni dia bagi. Tapi alasannya hanya satu jer boleh guna.

Haaaa!! Alasannya mestilah pasal sembahyang SAHAJA! Tau-tau macam tu ader 4 orang pekerja bawahan datang berjumpa dengan Boss ni;

Mula-mula seorang kerani biasa;

Kerani : Boss, buleh saya pulang awal? Saya balik nak solat kat rumah boss, leh tak?
Boss : Tak boleh!!! Kat sini kan ader surau, sembahyang jemaah lagi banyak pahalanya!

Kemudian, datang pula seorang supervisor;

Supervisor : Saya bulih balik awai kut Boss?
Boss : Hang apa pasai??
Supervisor : Saya nak balik tengok anak saya sembahyang Zohor ke tak? Ntah-ntah dia ponteng…
Boss : Tak boleh balik, hang telefon saja bini hang suruh dia tengok!

Pengurus Syarikat pula mencuba nasib;

Pengurus : Boss!
Boss : Ha, pasal pulak ni?! Nak balik awal gak ker?
Pengurus : Errrrr!! Yer boss! Boss baik!! He!He!He!
Boss : Alasan apa lak ngko nie?
Pengurus : Saya nak balik sembahyang orang mati… Ada orang kampung saya ninggal pagi tadi, nak sembahyang jenazah…! Boleh kut boss yer pulang awal?
Boss : Tak bolehhh!!! Itu Fardhu Kifayah jer! Orang kampung lain yang ramai tu boleh sembahyangkan. Doa kat sini pun boleh!! Dah! Pergi buat kerja!

Tiba pula giliran Mat Peon;

Mat Peon : Boss! Saya nak balik awal boleh tak?
Boss : Naper?
Mat Peon : Isteri saya telefon, dia kater dia dah boleh sembahyang!
Boss : Yer ker??? Ha! Kalu gitu awak baliklah…Kesian awak dah seminggu nunggu!!!
Mat Peon : Ima Acih Boss!!! Wahahahahahahah!!


Lawak di atas tidak ada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang telah mati. Harap maklum.

18 May 2010

SERABUTTTTTTTTTTT!!!

AKU SERABUT SEKARANG!

JANGAN TEGUR!!!!

AKU BENCI SEMUA ORANG SEKARANG!

17 May 2010

my YOUNGEST nephew

ehem ehem ehem...
my youngest nephew is my kid-sis punya anak laa, of course! si M0HD H4NDZ4L4H or his very famous yet chinky nickname M4M4T hahaha. Pipinya sudah tembam! Tapi kulit dia dah gelap sikit lah. Yang si ibu nyer pulak dah tak sabar2 nak keluar rumah berjalan-jalan. Aisehh..

Ok itu sahaja, ape? Gamba?
Uwaaa...aku sedih. Memori kad ku jahanam, henfon aku daif...aku sedih.
Aku nak pegi menangis kejap.

UWAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!

14 May 2010

Hari ini agak membosankan.
Semalam tidur aku mengigau.
Mengigau marah kat en.Muh4z.
Muahahaha...tidakkah agak scary itu?
Sampai dalam mimpi pun aku nak bebel lagi kat en.Muh4z LOL


Psstttt...jangan bagitau en.Muh4z, dia tak tau.

13 May 2010

Doakan untuk En.Muh4z berjaya

Owh lupa nak announce.
En.Muh4z nak sambung belajar.
It's gonna be tough since En.Muh4z dah tinggalkan sekolah almost 5 years ago. Banyak yang kene catch-up. Kesian en.Muh4z. He has to usaha zillion kali ganda compared to others. Bertambah pulak dengan macam2 dugaan lately ni.

Sabar yer b...insyaAllah kalau b usaha, ikhlas dan tawakal, Tuhan akan permudahkan segala urusan b. A-min.

Jadi, tolong yer uollsss...doakan untuk kejayaan en.Muh4z. Semoga en.Muh4z tabah dengan segala halangan. Dan kena selalu ingat, untuk berjaya bukan mudah. Terutamanya bagi orang-orang macam kita yang perlu bermula dari bawah.

Walau dari dalam tanah kita menggali jalan keluar, tapi pasti bertemu cahaya dipenghujungnya.

12 May 2010

p.e.l.a.n.g.i

Engkau tiba, bagaikan pelangi
Tak bercahaya, namun kau berseri

Tapi cukup...menghiburkan hati ini


Khas untuk orang yang telah menerima sms ini

Uuuuu.....

Uhhh...gamba sape tu uolllsss? Aicehhh cehhh...malu laa i...

Ade lagi, ade lagi!!!

..................
...................
..................
..............
......
.

Sila jangan jeles...
Dan
Tolonglah muntah HIJAU atau OREN


Bagilaa chance kat aku yang jauh terpisah dari en.Muh4z ni melayan perasaan. Kesian kat aku. Sob sob sob. Rinduuuuuu...rindu serindu rindunyaaaa (tolong nyanyi irama lagu spoon yer, dan tolong jaga 'pitching') <---eja 'pitching' camne aaa? Susah wooo cinta jarak jauh ni...jangan jadi cinta padang jarak padang tekukur sudah...nak jauh2 nih, hati kena kental hahahaha uwaaaaaaaaaaa!!! aku nak g nangis lagi...jap yer, away...


Nota rambut :
Gambar tu sume gambar lama. Masa tu aku teman en.Muh4z tukar lampu kereta. Aku duk dlm kereta sebab panas....lagipun, i kan PRINCESS. Mana buleh duduk tempat panas nih MUAHAHAHAHAHA

Tak ada isi

Assalammualaikumwarahmatullahiwabarakatuh dan salam 1 Malaysia!!!
Cewahhh....

Aku bangun pagi tadi punye laa susah. Every 5 mins aku snooze alarm sampai jam aku pn dh malas nk snooze, off terus. Hahaha...I hate you jam! Tapi lepas bangun, mandi menggunakan shower yg selebar 2 tapak tanganku...owh, indah sungguh dunia. Terus semangat untuk menghadapi kehidupan hari ini walaupun sedikit lambat ke ofis hehehe. Aku bajet aku dh lambat sungguh laa tuh, skali smpai ofis aku tgk budak bilik aku pn x smpai lagi...
Ok, this morning ade meeting...

Owh, semalam i went for late dinner with my bro, borak2 sket pastu balik. Sampai umah, tgk budak2 sumer dah nak tdo...aku pun masuk tdo. Dgn perut penuh nyer terus tdo...erm agaknyer sebab tulah malas bangun pagi agaknyer....erm...

Ok, entri kali ni tak ada isi tersurat dan tersirat...
Aku nak makan nasik lemak...jangan kaco.
bai!

11 May 2010

BOH-SAN!

hari ini adalah salah satu hari yang tidak memberansangkan. semalam aku dah sakitkan hati en.Muh4z...erm, seb baek en.Muh4z kebal orangnya...arini pulak, kene baca byk material sebab aku telah menerima 'wahyu' untuk buat report. sigh! tapi tugasan kali ni aku x berapa nak komplen sbb aku rasa bagus jugak at least aku bleh blaja and kumpul information. itu yang mahal.

aku nak carik rumah sewa tapi masih lagi tidak ada semangat untuk pergi tgk sorang2. aku pun pelik laa..kenapa perangai aku macam ni? kenapa tak boleh nak pegi mane2 sorang2? ish...aku rasa pelik dan ajaib.

macam mana laa aku nak hidup berjauhan sepanjang masa dgn en.Muh4z macam ni?

10 May 2010

HAPPY MOTHER's DAY

Owh lupa pulak nak update pasal hari ibu...

Aku wish my momi lambat...sbb bangun lambat, sedikit lalok dan terlupa. Hehehe...tahun ni tak ada hadiah and celebration pun from me macam tahun2 yang sudah. Mcm yang semua tau laa...aku kan dh tak berduit sekarang nih. Nak bli kek untuk diri sendiri pun x dapat...erm. Ish, sedih le plak. Erm oklaa..mood aku bercampur aduk..kejap sedih, pastu hepi. Kejap hepi, pastu sedih pulak dah...macam rojak mamak kat bukit cine tuh...sob sob sob sob

Aku wish some of my frens happy mother's day jugak....
tapi byk yg balas wish aku tu dengan soalan..."bila kau nak kawen?"
erm...ntahlah. dengan keadaan sekarang, suffice for me to say...macam takkan kawen dlm masa terdekat kot. mungkin lg 5 thn paling awal pun...

aku je yang tak merasa jadik mak lagi..yang len sume dh bleh buat family plan. erm...
ok, aku nak pergi menangis....

Sampai bila?

Aku cuba selalu untuk mengerti
Tapi tak mampu bertahan lagi

Sampai bila harus begini?
Bilakah pula akan kau mengerti apa yang aku rasakan?

Aisy4h is 11 today!

Oklah, one thing that made me smile today...

My niece, Aisy4h turned 11 today! She's my first niece...
I still can remember her smiley face masa kecik2 dulu. So kiut, funny and adorable. Sekarang dah besar...dah boleh swap sandals dah dengan aku. Dah tinggi...dah pandai borak2 and gossip2. Owh, i miss her!

HAPPY BIRTHDAY AISY4H!

No,no! Kek itu bukan aku yang buat. In fact, aku tak tau sape yang buat sebab aku cilok dari google images sahaje. Sekian, harap maklum.

Aku TERTEKAN!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Aku sakit ati, kecewa, tertekan dan geram!!!

1) Nak carik rumah
2) Rim tayar kena curik
3) Dia

No. 1
Tengah mencarik. Aku rasa nak duduk sorang2 tapi hujung bulan aku makan pasir nak bayar sewa. Sekarang ni duit memang asyik tak cukup. Nak kata gaji kecik...takdalaa kecik mane pun. Cuma kurang sikit dari keje dulu. Aku tensen!

No. 2
Nyesal tak jual awal2 dulu. Dok tangguh2..last2 kena curik. Curik dua pulak tuh...abes tuh aku nak buat ape dengan lagi dua tu bahlol!?!? Tapi tak apa, aku anggap itu bukan rezeki aku atau sbg penghapus dosa2 kecik aku (erm...padahal dosa besar pun banyak gak). Tapi kalo si pencurik yang bahlol tu curik untuk kegunaan diri sendiri, aku doakan moga dia di langgar treler dan digilis di leher oleh treler itu. Pastu aku bangun pagi tgk berita kt tv atau paper...aku dpt tgk tangan yg dia gunakan tu untuk curik rim aku tu bersepai atas jalan dan gambar rim aku terselit sket dlm gamba atau kluar tv! Ye, ye...daya imaginasi saya sgt tinggi dan kejam...jadi awas sape yang menganiaya aku. Muahahahaha...ehh gelak pulak. Aku tengah tensen nih!

No.3
Aku dah tak tau dah apa yang aku patut buat and cakap untuk bagi semangat pada dia. Aku kecewa. Aku putus harap. Aku tertekan sangat2! Aku dah bosan terus macam ni...dah telalu lama aku tunggu keadaan untuk berubah...tapi makin lama makin teruk...


AKU TERTEKAN!!!
JANGAN TEGUR!!!!

06 May 2010

HADIAH

Erm...
bila dah free macam ni baru boleh semak jadual peribadi.

Erm...as mentioned in my earlier entry, my kid-sis dah bersalin. I pulak tak belikan hadiah lagi untuk baby. Ish...macam mane nih? Nak beli ape?

I was thinking...lagi elok for me to buy present for da momi ke or da baby? Well, semua orang datang bagi hadiah untuk baby tapi takde orang beli hadiah untuk momi. Ish..tapi kang si daddy nyer pulak mintak hadiah jugak. Botak ler aku!

Nak beli ape aa? Takkan aku nak beli baju baby? sarung tangan baby? sarung kaki baby? tak vogue da vass laa status aku sbagai makcik yang diva and 'coolness' ini hahahaha. Dulu kawen nyer aku dh beli hadiah besar wooo...sampai sakit pinggang aku mengangkutnyer...mahal wooo...sampai nipis wallet aku. hahaha. Erm untuk baby ni aku tak beli yang mahal2 kot...sebab aku gerenti sepanjang tempoh die membesar nnti aku akan laburkan byk duit jugak untuk dia hahaha. nanti adalah mak nya buat birthday party laa, school party laa, makan-makan laa..uwaa, scary bila aku mengenangkan itu sumer. Ko bayangkan ada 10 anak sedara macam tuh. Suku gaji aku bagi derang. Tapi itu kalo aku bagi laa hahahaha. Tapi..kalo aku beli present untuk dia sekarang pun, bukannyer dia tau aku yang belikan. Baik aku belikan untuk maknyer. Tapi nak beli ape untuk maknyer? Ish...tak kena pulak.
Ish serabut plak aku pikir sal nk beli hadiah nih. Nak beli ape aa? Aku g usha control car/ helikopter arituh...tp baby mane reti men lagi...

Erm weekend ni aku usha laa hadiah ape yang sesuai..
Nak g carik rumah sewaan nih...haa yang tu bleh jadi hadiah untuk maknyer kot. Aku nak kluar dari rumah dia...so nnti boleh laa dia nak tgk tv tonggeng2 ker, masak nasik sambil bogel2 ker hahaha sungguh kelucahan orang2 yang dah kahwin nih mueheheh.

Owh eniwei, bukan aku yg lucah yer ckp sal masak nasik bogel2...itu adalah nasihat dari bapak kawan aku. Katenye tak elok menumpang umah orang dh kawen ni lelame...yerr pacik, saya tau. Pacik tolong carikkan rumah utk saya dan anak pacik, BOLEH?

free

i'm free like a bird!

Hari ini aku merasa ajaib..
Kerana aku sudah tidak ada pending files on my plate!
Hip,hip,hooray!

Masa berlalu dengan sangat perlahan sampai aku sakit kepala kerana terlalu free.
Tak tau nak buat apa..
gosip-gosip : Sudah
makan-makan : Sudah
calling-calling : Sudah (called my ex-collegues and Y4n4 jer)
gaduh-gaduh : Sudah (dengan en.Muh4z je...)
ngumpat-ngumpat : Sudah (dengan budak bilik aku jer)

Ape lagi nak buat? Sakit kepala dah ni, free sangat LOL

Ish bile ada keje, tak menang tangan, masa jalan laju aje...tau2 dh malam.
Erm...tu laa...komplen byk sgt...

p0SiTivE

i've been meaning to wirte about this but i have not had the chance to do so.

last week, i've attended an executive talk on neuro linguistic by someone yang saya respek. well, ekceli saya dah pernah dengar some of the contents few months back. cuma mungkin kali ni cara penyampaian agak berbeza and i could take this oppportunity to see it in different angle. the talk is very helpful for me to sedar apa yang paling penting dalam hidup.

penceramah mulakan dengan topik : POSITIF

i have to admit...saya memang ada membenci orang. bukan seorang, 2 orang atau 3 orang...tp ramai. and this guy tanya audience..apa yang buat kita benci? apa yang telah dia buat? apa yang dia dah cakap yang buat kita benci? etc2...

ex. : i benci si'krukk,krukkk'
Question : why do i hate him?
Answer : because of his bad manners blah bla bla...
Question : Apa yang baik ada pada dia
Answer : dia banyak knowledge
Conclusion : bukan saya benci dia, tapi saya benci perangai dia.

dalam setiap orang, ada yang baik, ada yang buruk. tapi kenapa kita nak perbesarkan keburukan dan kelemahan lebih dari kebaikan dan kelebihan

i feel bad.

kenapa saya benci orang?
even kadang-kadang, dengan family members pun boleh berlaku perkara-perakar macam ni.

No, i don't hate them. I don't hate my family.
In fact, I love them. they mean the world to me.
tapi perselisihan dan ketidak-fahaman satu sama lain tu laa yang kadang-kadang buat kita terasa lantas terus menterjemahkan perasaan kita itu pada benci. sedangkan, bukan kita benci. kita masih sayang.

To my mama :
K.ngah sayang mama sangat2. Kalau mama takde, separuh dunia k.ngah dah hilang. No one can ever replace her. Walaupun k.ngah byk lawan cakap, degil dan kurang ajar...but mama's loves for me x pernah berubah...thank you mama!

To papa :
Papa laa lelaki yang paling baik dan terbaik skali dalam dunia nih. Tak mungkin dah k.ngah jumpa lelaki macam papa lagi dah.

To ab@ng :
Abang susah nak marah adik2. tapi k.ngah tau abang sayang kitorang semua. abang bleh jaga kitorang kalau mama papa dah tak ada nanti. Moga abang cepat sembuh...k.ngah nak anak2 k.ngah nanti kenal siapa pak long derang...

To @loy :
Paling garang dalam adik beradik but because of da 'garang'ness masa mengajar.k.ngah kecik2 dulu laa buat k.ngah tanam azam nak ikut jejak aloy. I wanna be smart like him.

To K.l1n :
Hohoho...yang ini tak boleh cakap lah...though kitorang x physically rapat...tapi dengan k.lin laa yang k.ngah paling sayang skali sebab kecik2 dulu...k.lin laa yang jaga k.ngah walaupun 'agak' selalu buli k.ngah. k.ngah x boleh dan tak pernah rasa nak gaduh ngn k.lin. i love her so much. she's da coolest sister ever...

To Liy@n4 :
I ada seorang aja adik and I'm very proud of her. She turns out to be someone great. We used to share stories, shoppings, gossips etc...tapi sekarang dah tak ada. mungkin sebab dia pun dah besar and tua kot hahaha. I love her too walaupun kalo ikutkan dengan dia jugak laa yang i byk selisih pendapat pun...tapi what's life kalau tak ada semua tu kan?kan? Itu yang fun LOL

To En. Muh4z :
Thank you. U rock my world...and selalu buat perasaan berbunga kembang-kembang walaupun kadang2 buat bunga tu kuncup balik hahahaha. I love you b.

To my ex-es :
Padan muka korang tak dapat aku hahahaha (eh, cam byk sgt ex hahaha LOL)

Note :
Aku tulis ni, macam laa diorang baca. Erm takpe...this blog is more like a diary. Sekadar luahan apa yang aku rasa. Yang penting, aku sendiri tau.

Peace, no war!

Nota kuku :
Ehh bukan asalnya tadi nak cite pasal executive talk tu ke? erm....tetibe mood bertukar citer pasal lain plak...eniwei, itulah apa yang aku dapat dari execuive talk tuh...bagus, lenkali bleh attend lagi.

05 May 2010

Beg








sakit kepala

erm semalam gaduh dengan en.muh4z

sakit kepala...
rasa malas jerr nak datang keje...
rasa nak baring and rehat...
sakit kepala...

ade iras muke aku tak? comelkan?kan?
hahaha

04 May 2010

'krukk,krukkk' kene sawan...

macam tajuk entri di atas...

si 'krukkk,krukkkk' diserang sawan jam 345petang...

pagi2 ko buat ape 'dogol'?
smlm ko sms aku mintak nombo buat ape 'kambing'?

dasar 'krukk, krukkk' betollah!

Erm tapi...lately, nampak dah kurang frekuensi 'kruukk, krukkk' nyer...
alaa...dah tak fun laa macam ni! kurang modal aku nak mengutuk....sigh!

03 May 2010

ehem ehem [not so important] announcement!

hi peeps!

aku adalah TIDAK busy sekarang!
hip,hip, hooray!!!!
heaven u all...ish ish ish. tp tu la...hakikat kehidupan, nikmat dunia hanya sementara. nnti adalaa si 'krukk, krukk' datang menghancurkan kedamaian hidup aku kat ofis nih...aisehhh.

walopun aku sudah free, tapi mood untuk update blog tu blom datang lagi. erm, mungkin kene pegi mandi bunga dulu kot?!?! kasi mood tu datang balik?

owh anyway...my kid-sis dah delivered a cute-lil-boy last saturday at 2.02AM. Masuk labour room dari kol 12PM...bayangkan lah jenuh dia nak tunggu baby dia klua...but alhamdulillah cuz dia dapat bersalin normal. mintak-mintak aku nantipun dapat bersalin normal dengan selamat.a-min...tapi takuttttt....

funny stories during this weekend...
my kid-sis was in da hospital for 2 days and kena charged RM4k++. I was not at da hospital during check-out as i need to do some house works (ex : kemas2, basuh2, lepak2 and what-not!). So after check-out, my dad called me just to say this...
"haa kakngah, adik awak kene bayar rm4k...mahalkan? itu bersalin normal tau! Hurm...oklah, awak nnti gud lak laa yer, hihihi (gelak evil okke bapakku!)"
that's all! bapakku gigih mendail nombor telefon ku semata-mata utk wish me 'gudlak'? cehh....

smpai di rumah, my mom keep 'bebel'ing pasal pantang and jahitan and luka and darah blah blah blah...which make me soooo 'ngilu' ok! pergh! seksa nyer beranak! i told my mom..."kalo camtuh punye seksa, kakngah amek anak angkat ajelah!" my mom sengih sambil buat muke nak sekeh kepalaku..kot (xtau laa die nak sekeh ker, gigit ker, pancung ker...but muke itu laaa yang die buat)

malam tu pulak, my dad nak balik melake dulu...so die pun hug n kisses n all...last skali die pegi kt baby...die cakap ngn baby...
"oklah MAT, atuk balik dulu yer!"
we all were like....@$%#$# wha? MAT!?!?!?!?! for god-sake, my kid-sis named her boy mohd h4ndz4l4h!! but my dad just called him MAT!?!?!? then. i tegur lah..."pa, nama dia mohd h4ndz4l4h laaa"...selamba je bapak aku jawab "panjang sangatlah, MAT lagi senang"

aisehh...sabor aje laa yer MAT ngan atuk kamu tuh
dunia ini memang penuh dengan pancaroba ...HAHHAHAHAHA

ehh...dah rajin update blog?
tepuk tangan sikittttt
KELEPAK, KELEPAK, KELEPUNG, KELEPUNG, KELEPAK...
ehh...len macam pulalk bunyi nyer yeop!