29 December 2009

Dear mr-you-know-who-you-are,

Tinggalkanlah aku...
Tak perlulah mintak maaf lagi sebab satu pun aku tak simpan dalam hati. Jangan ganggu aku lagi. Hilang sudah semua rasa hormat aku pada kau, jadi jagalah maruah kau sebagai seorang lelaki.

Nasihat aku, jadilah lelaki yang bertanggungjawab...
Ingat, kau akan jadi pemimpin suatu hari nanti. Bijaklah buat keputusan.
Perbaikilah kesilapan lalu, majukan diri untuk masa depan kau sendiri. Belajarlah untuk berdiri atas kaki sendiri dan cubalah untuk bersikap positif...
Ingat...kau boleh berjaya sekiranya kau berusaha + doa + tawakal. InsyaAllah.

Jadilah anak dan adik yang baik. Jadilah lelaki yang baik.
Aku bukan ditakdirkan untuk jadi suri dalam hidup kau kerana aku bukan datang dari tulang rusukmu. Aku gagal bahagiakan kau jadi janganlah kau cari aku lagi...

- Roger & Out -
Y'all!
I am officially SINGLE!
Sesiapa nak tahu apa kisah yang jadi...give me a call yer!
HAHAHAHA
Actually, aku kinda lega dan berpuas hati.
PUAS HATI!
So peeps, no more En. Muh4z.
I won't delete the old entries related to him..not even one!
Aku takkan delete walaupun gambar dia besar terpampang.
Biar jadi pengajaran buat aku.
Dia memang sangat-sangat tidak berbaloi untuk aku
I am much better without him and deserve someone yang lebih BAIK, BERTANGGUNGJAWAB, BERIMAN dan yang boleh menjadi PEMIMPIN!
Bukan seorang yang tidak ada pendirian, lemah, tak berdikari
atau yang hanya tahu mengharap ihsan orang lain
NO!NO!NO!
:D
Please note all the words in capital letter adalah ciri-ciri yang tidak ada pada you-know-who!
Walla!
Bukan aku yang rugi...
but it's his LOST bebeh!
But...
aku tidak pernah anggap dia tidak setaraf, tak pernah!
Selagi ada keinginan untuk berubah menjadi lebih baik, tawakal, usaha dan keinginan untuk majukan diri...insyaAllah, akan jadi kenyataan...
Nota pipi :
Moga En. Muh4z berbahagia dengan pilihan seterusnya kerana aku yakin korang sesuai sangat2...

bLiND

After all this time
I never thought we'd be here
When my love for you was blind
But I couldn't make you see it
That I loved you more than you'll ever know
A part of me died when I let you go

I would fall asleep
Only in hopes of dreaming
That everything would be like it was before
But nights like this it seems are slowly fleeting
They disappear as reality is crashing to the floor

When my love for you was blind...

28 December 2009

“Ya Haiyyum, Ya Qayyum, dengan rahmatMu daku memohon pertolongan. Baikilah seluruh urusanku, dan janganlah Engkau serahkan diriku ini kepadaku walaupun sekelip mata”
(Riwayat al-Nasai, dinilai sahih oleh al-Albani).

B...
sayang mintak maaf kalau sayang bukan perempuan yang baik utk B
sayang mintak maaf kalau sayang terlalu memaksa B
sayang mintak maaf kalau sayang selalu lukakan hati B
sayang mintak maaf kalau sayang tak mampu jadi sempurna untuk B
sayang mintak maaf kalau sayang punca B berpaling pada yang lain...

B...
bukan niat sayang menangis untuk meminta simpati B
bukan niat sayang merayu untuk buat B rasa bersalah
bukan niat sayang memaksa kerana merendah2kan B...bukan!

B...
jujur yang B minta, jujurlah yang sayang beri
setia yang B minta, setialah yang sayang beri
tulus yang B minta, setulus hati sayang serahkan
dengan harapan, B pun akan beri yang sama...
serahkan yang sama...

B...
entah mana silap percaturan sayang
tanpa sedar sayang buat B menjauh
sayang mintak maaf kerana cintakan B...

Hanya Tuhan yang tahu...
nilai airmata sayang untuk B...

hati aku disakiti lagi..

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Ya Allah, Sekiranya dia adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya dia ini adalah lelaki yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya dia adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya... dia jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
Tetapi Ya Allah...
Sekiranya dia ditakdirkan bukan untuk diriku
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya dia tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya. .
Sekiranya dia tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya dia menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena
Ya Allah, Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka...
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu
Ya Allah, sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu. .
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..
Ya Allah, Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Bukakanlah hatiku dan dia untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku untuk menjadi isteri yang Solehah di masa hadapan
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu
Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku ingin menjadi isteri yang dirahmati, yang dikasihi , yang solehah...suatu hari nanti. InsyaAllah.
Amin, amin Ya Rabbal Allamin

DUGAAN CINTA JARAK JAUH

PERNAHKAH anda berasa terlalu jauh dengan seseorang? Mengatur janji temu dengan komitmen yang banyak sedangkan pada masa sama, rindu terhadap si dia meluap-luap, pastinya hati tidak keruan dibuatnya.

Percintaan jarak jauh ada kalanya begitu menduga biarpun sesekali terasa seronok dan terbuai oleh kejujurannya. Namun ada juga yang menaruh curiga dengan pasangan kerana takut kasih sayang yang sedang disulam akan terhakis perlahan-lahan.

Bagaimana untuk memelihara dan mengekalkan percintaan jarak jauh yang dilalui? Pelbagai perasaan yang merunsingkan, menyedihkan dan memeningkan apabila berada dalam situasi cinta jarak jauh ini. Pelbagai dugaan dan cabaran perlu dihadapi.

Menangis dan sedih yang amat sangat apabila si dia berubah hati disebabkan rasa sunyi.
Untuk mencari jalan mengatasi dan mengekalkan hubungan itu, diperturunkan petua ini supaya anda lebih bertindak rasional serta memperkukuhkan lagi jalinan ikatan selain menyuburkan kasih sayang supaya terus berpanjangan.

- Percaya pada pasangan

Apabila berjauhan dengan pasangan, kita hendaklah percaya dengan si dia. Pentingnya sikap saling mempercayai dalam berpasangan ini berasaskan kepada tunjangnya iaitu kesetiaan. Percayalah pada si dia yang dia akan setia dan masih menyayangi anda walaupun berada jauh beribu-ribu kilometer jaraknya.

- Setia walaupun jauh

Memang pelbagai dugaan yang akan dihadapi apabila berjauhan. Ketika berjauhan, anda akan terasa sunyi kerana orang yang selalu kita jumpa, tiba-tiba kini jauh dari mata.

Apabila berjauhan, hati menjadi sunyi dan pelbagai perasaan timbul di hati. Ketika inilah kawan menjadi penyeri. Namun begitu, walaupun anda masih mempunyai kawan, kawan hanyalah kawan. Ceria bersama kawan tidak sama dengan ceria apabila bersama dengan orang yang anda sayang. Di sini, ada yang kecundang.

Ada yang berpasangan dan menjalin hubungan dengan kawan disebabkan terasa sunyi. Fikirkanlah, apa perasaan pasangan apabila mendapat tahu yang anda tidak setia? Letakkan diri anda di tempat dia. Adakah anda akan gembira dan suka jika dibuat demikian?

- Berjumpalah walaupun seketika

Jangan jadikan jauh itu sebagai alasan. Cinta perlukan komitmen. Cinta juga adalah tanggungjawab. Walaupun jauh, cuba cari masa untuk berjumpa dengan si dia.

Paling tidak pun apabila ada cuti panjang menjelang. Janganlah tidak berjumpa langsung. Sudah pasti rindu di hati akan semakin memberontak apabila berjauhan.

Jadi, apabila ada kelapangan itu, rancanglah untuk berjumpa. Sudah pasti ini akan mengeratkan lagi hubungan dan dapat mengurangkan rasa rindu.

- Tanyalah khabar

Setiap malam sebelum tidur kalau boleh cuba hubungi si dia untuk bertanyakan khabar. Buat secara selang seli. Hari ini anda yang hubungi dia dan esok giliran dia pula. Dengan cara ini, baru sama-sama berasa susah dan senang.

Jangan mengharapkan si dia saja yang akan menelefon. Sudah pasti dia akan berasa sukar untuk menghubungi anda jika dia saja yang perlu hubungi. Memang cinta perlukan komitmen tetapi ia akan menjadi sukar apabila sebelah pihak saja yang memberikan komitmen. Untuk itu, sama-samalah membantu dalam membina percintaan ini.

- Sambut hari ulang tahun bersama

Sekiranya tidak sibuk, cuba sambut ulang tahun bersama-sama. Sekiranya sambutan hari ulang tahun itu jatuh pada hari bekerja, sambutlah bersama-sama pada hujung minggu selepas itu.

Luangkan masa bersama untuk seketika, sudah pasti dapat menggembirakan antara satu sama lain. Walaupun perjumpaan itu hanya sementara, kenangan ketika berjumpa bersama-sama sambil menyambut hari ulang tahun sudah pasti akan terpahat kukuh di hati.

Mungkin anda akan tersenyum sendirian apabila mengenangkan kembali kenangan manis sebegitu.

- Jangan jadikan jarak sebagai pemusnah

Cinta jarak jauh memang sukar. Memang meronta-ronta hati bila mana rindu itu datang. Apabila keseorangan, sudah pasti kita akan terasa sangat kerinduan itu.

Tetapi ingatlah, jangan jadikan jarak yang jauh itu sebagai pemusnah cinta. Jadikan ia sebagai satu cabaran yang akan memberikan anda lebih bersemangat untuk meneruskan cinta itu.

Apapun rintangan yang ada, jangan jadikan ia sebagai alasan dan penghalang. Tetapi jadikan ia sebagai sesuatu yang dapat menambahkan kasih sayang kita kepada si dia. Apabila jauh, anda akan merasa rindu bukan? Jadi jauh itu bukan satu perkara yang tidak baik, cuma ia salah satu cara untuk memupuk rasa kasih sayang dan mengajar untuk menjadi seorang kekasih yang setia.


Nota rambut : Di 'plagiat' dari http://fitrahalam08.via.my@@@@@@@

24 December 2009

Hari ini En. Muh4z buat aku menangis lagi

Kenapa dia lukakan hati aku?


23 December 2009

@}-- MEMORY LANE --{@

- i love this pic the most -

di awal perkenalan...
masa ni awal lagi...
baru kawan2 aje, bawak En. Muh4z jalan2 Melaka with my sis
we bought a couple-keychain (ehh tadi kata baru kawan2)
erm...I pun konfius dah HAHAHAHAHA
kalo tanye En. Muh4z, die lagi konfius kot!
I rase sweet sangat masa nih...sweet kn?kn?
HAHAHA PERASAN!
sweet sebab masa nih...En. Muh4z ikutttt je cakap I.
Hari2 nak ambik hati I, manjakan I...
tapi sekarang?!?!?!
Erm...lagi lah MANJA gitu, auuuwww!
HAHAHAHA...
don't hate me cuz I'm beautiful HAHAHAHA


erm, this pic ...
he's my partner-in-crime
HAHAHAHA

In both pics, En. Muh4z kelihatan sungguh TINGGI
takpe2...macho je di mataku lalalala~
[kenape kami nampak agak teleng dalam gambar ini?]


Nota jari tangan sebelah kiri :
Lupa nak WARNING!, entry ini sangat memualkan bagi mereka yang tiada kaitan dengan gambar2 di atas. Harap maklum

Latest Update

1) En. Muh4z didn't come to KL for the interview
2) Last Monday, my collegues semua cuti (MC & EL, inclusive my big-bos), my bos pulak kene pergi p@rli@ment. End-up, aku sesorang kat office...I have to deal with few foreigners and aku failed to understand their English (termasuk kene marah/maki sbb tak paham derg cakap ape....hello! bukan salah aku kalo English ko yg teruk OKKE!)
3) Kemungkinan gaji masuk lebih awal dr yg dikatakan..hip!hip!hoooray!
4) Nak balik Kuantan this Christmas
5) Me catching up kerja baru...it's not that bad! HAHAHAHA
6) I nak deting ngn En. Muh4z....uwaaaa! tak tahan lagi....(erm actually boleh jer tahan lagi, tapi biasalaa...gedik aje yang lebih)
7) I dah mule diet yesterday...tp dinner makan kuew teow goreng HAHAHAHAHA
8) Mau main badminton hari ini...jom!

Sekian, terima kasih.

Salam Hormat.

22 December 2009

Bosan + Sakit Kepala + Malas

sakit kepala

WARNING! :
entry ini penuh dengan gambar peribadi
hanya mereka yang suka busybody dan menyibuk hal hidup orang lain sahaja yang dibenarkan untuk terus membaca.
kalau baca jugak...
faham-fahamlah yer perangai diri sendiri...
tepuk dada tanyalah IMAN!
hahahaha

yerr...
kami tau kami kiut...

@rf@n sgt comel...
yang dukung tu pun cumel jugakkk
ehem ehem ehem
tapi nape @rf@n cam tekejut?
x besh yer tangan orang yang dukung tuh?
rase tulang aje yer?!?
kesiaannnn @rf@n

kami-yang-kiut bersama @rf@n-yang-dipaksa-bergambar
(kisah benar)

si-rambut-cacak-cacak
aauuummmm!
mesti tuan punya badan (dalam gambar di atas) akan menangis dan MERAUNG
merenung gambar recaro fishnet itu
muahahahaha

Nota bontot :
semua gambar ini adalah dari ehsan arkib W910i
yang telah diambil kira-kira sejak zaman paleolitik purba

21 December 2009

kONfiUs

I am really confused.

Since En. Muh4z balik Perak...kitorang AGAK selalu bergaduh. Bila fikir2 balik, kadang2 sebab-musabab yg buat kitorg gaduh tuh are either;


1) Takde kene mengena ngn kitorang

2) Kene mengena ngn orang lain
3) Tahap kejelesan dewa maharaja (ini kategori utk En. Muh4z shj)
4) Kerana gangguan emosi menahan rindu (of coz ini kategori aku laaa, daaa....)
5) Syok sgt gaduh smpai kalo x gaduh rase pelik...kot
6) Sbb org lain...

Erm, dengan itu aku telah membuat spekulasi (erkkk?).
Aku tak boleh berjauhan dgn kekasih hati (yes, dear...i know, i know...drolling eyes!)
En. Muh4z belagak je lebih boleh jauh2 nih..padahal die pun same jer WENGGGG ngn aku!

So, since there's gonna be another intebiu session tomorrow utk En. Muh4z which I'd say peluang cerah utk die dapat...aku telah menggunakan 50% of my kuasa veto to force him datang KL. Up to now, still not sure whether he's coming or not. Hopefully die datang laa...boleh laa I sambil menyelam minum air (buleh laa deting skali walopun skejap).

The question here is..........
should I asked him to come? I mean...force him to come?
the main reason why I beriya2 sgt nak suh die carik keje kt KL is because aku taknak jauh dr die. But I don't think that is the strongest point tuk aku tarik dia dtg KL. That's kinda selfish, don't you think? (Erm, tapi En. Muh4z pun taknak berjauhan jugak)
Plus, it appears to me yg dia hepi keje kat sane, ada family, kawan2 (except da fact that ada 'x-gf' kat sane...which kenapa aku tak tenang die jauh dr aku). Aku konfius...

Aku konfius nak buat keputusan yang terbaik utk masa depan kami...

HELPPPPPPP!!!!

17 December 2009

Kau kata cinta gunakan akal..
Bila aku gunakan, kau yang menyangkal...
Bagaimana nak kekal?

Kau kata cinta gunakan minda..
Bila aku gunakan, kau yang tak percaya..
Bagaimana nak bahagia?

Jika kau dapat memahami hati seorang perindu
Baru kau tahu derita hatiku

Sekiranya derita merinduimu itu sebenarnya bahagia
Aku pilih derita

Apa gunanya bahgia
Jikalau bahagia bersamamu hanyalah untuk sementara waktu
Aku pilih derita merinduimu

from Ahli Fiqir - Derita Merindu

16 December 2009



It has been few days....

Aku fikir benda-benda yang tak elok.
Emosi terganggu, perasaan tak tenteram.
Otak tak boleh focus on job.
Makan pun tak selera, tidurpun terganggu...

Menangis toksah cakaplah.....

I miss my good old-friends...
Kawan-kawan rapat yang boleh kongsi cerita.

I need someone to share my feelings and thoughts.
Other than my partner sebab aku taknak tambah bebanan dia.
Which I think I memang dah banyak bebankan dia lately.
I dah banyak buat dia tertekan.
Erm...

I think...the actual reason of me feeling this way is because sometimes I MISS THE OLD-ME!

MINGLE AROUND peeps!!!

I have this event tonight somewhere in KL.
Since this gonna be my first time to attend 'that' kind of 'celebration'...aku adalah sedikit cuak. Dahlah my partner-in-crime dah takde kat KL balik perak..I dah tak ada sape dah nak ajak ( I mean...kawan2 adalah but tak syok laa kan...) I asked F@r@h if she's interested to join...die gelakkan aku. She said this kind of event bawak partner baru besh...d@mn! Nak ngadu kt En. Muh4z..but I think I will only make him more serabut and tension with me. I've been acting like melo-drama-queen lately..He cannot tahan. How?
Well, that is a different story I guess..

Ok, back to the original story...
Since my 'other' collegue tu pegi with his GF, takkan I nak dok tecegat tengah2 derg deting plak kan? mau I kene lepuk kang...nak pergi sendiri, I'm not that confident yet. Plus, takut jam.
Ajak other collegues, sumer cam malas pegi pulak...then, kebetulan my bos offer pegi skali together with big-bos...so I pun agreed.
Balik ofis, I told my roomie...die gelakkan aku ckp boring giler pegi dgn bos. Siap cakap kalau die, sanggup pegi sorang2...
well, what to do...first time, bodo pun bodo laa aku...ngeh ngeh ngeh.

Erm...mesti boring nanti.
Kalaulah boleh pergi ngn En. Muh4z kan best..erm...sedihlah!

Nota Kepala :
There's gonna be another event tomorrow night...hopefully F@r@h could make it tomorrow! I asked her to be my date esok! I bercinta dengan F@r@h ajelah...dah En. Muh4z takde kat sini...sedih lagik! uwaaa!

Nota Leher :
Erm my current job nih memang selalu kena attend event yang-ntah-pape-ntah...
boring kalau takde partner...
erm partner ku jauh.................................................
Am currently listening to Radja - Patah Hati

"...kau sering pergi tinggalkanku;
.... lama-lama kau dan aku menjauh;
akhirnya cinta putus lagi...."

This is too deep...
I need a break from all....

I'm a mess
"Kita ibarat daun-daun yang berguguran, sedahan tapi tidak bersatu,
mungkin kita terlalu lambat dipertemukan dan terlalu awal untuk dipisahkan"


Nota tangan :
Kalaulah ada orang nyanyikan lagu 'Spider - Relaku Pujuk' for me...

14 December 2009

uNm0tiVAtED

Aku tak ada semangat berkerja hari ini
Aku tak ada semangat nak keluar rumah hari ini
Aku tak ada semangat nak bercakap dengan orang hari ini
Aku tak bersemangat nak makan hari ini...GOOOD! bolehlah berdiet!
HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA

...



@}-- Jangan Kau Lepaskan --{@


ALEXA - JANGAN KAU LEPASKAN

Peluklah diriku dan jangan kau lepaskanku
Dan jangan kau lepaskanku darimu

Ku takkan pernah tertawa
Ku takkan pernah bahagia
Ku takkan pernah merasakannya
Bila kau tak di sini
Ku takkan pernah tertawa
Ku takkan pernah sempurna
Ku takkan pernah merasakanmu
Bila kau tak di sini

Izinkan aku berlutut mengharap kau tuk kembali
Izinkan aku berharap dirimu kembali
Dan kembali
Dan kembali lagi

Peluklah diriku dan jangan kau lepaskanku
Dan jangan kau lepaskanku darimu

Ku takkan pernah tertawa
Ku takkan pernah bahagia
Ku takkan pernah merasakannya
Bila kau tak di sini
Ku takkan pernah tertawa
Ku takkan pernah sempurna
Ku takkan pernah merasakanmu
Bila kau tak di sini

Izinkan aku berlutut mengharap kau tuk kembali
Izinkan aku berharap dirimu kembali
Dan kembali
Dan kembali lagi

Peluklah diriku dan jangan kau lepaskanku
Dan jangan kau lepaskanku darimu

11 December 2009

W3DD1NGs

Banyaknye jemputan kahwin bulan nih..
Unfortunately, banyak yang I x dapat attend due to below reason;

1) Semuanya jauh2...johor, kelantan, kedah etc
2) Kenape tak pegi yang jauh2? Sebab...gaji I masuk bulan 2! So sekarang I cume menumpang kasih sayang femili dan jugak cik-abang-yang-sorang-tuh-takde-orang-lain-dah. Nak makan pun berkira ok...kesian kan?
3) Tak ada orang yang sponsor (get it? since I xde duet so kenalah carik sponsor aite?!)
4) Kalau ada pun orang yang nak sponsor, tak ada teman pulak...sigh!
5) Sibuk..baru kerja laa katakan, tengah rajin giler nih...
6) Penat..sebab kerja jugak
...
...
...
100) Malas....hahahaha (#100 ok alasan malas...seresly!)

Tapi deep down inside memang agak sedih laa tak dapat attend wedding kawan2 yang rapat mahupun yang agak rapat hahaha. Such as wed Mel kat Johor. I dah plan since only-God-knows when. Memang excited giler nak pergi since I like Mel...a lot! Erm, maybe takde rezeki...but I do wish bile my wedding nnti Mel could make it. Erm, sedihlah...sedih sangat2. I tak tau cam mane nak mintak maaf kat Mel...erm.

Well, another story.
I got one invitation card from embassy for their emperor's birthday...erm, sounds cool and I was like, "yeay! nak pergi!" but then, they eja my name wrongly. My name is N0R4 4ZL1ND4 J44P4r bukan NORHAZLINDA HASSAN lah wei! Saper norhazlinda hassan ni anyway?!?! Taulah people just call me L1ND4...tapi...isk isk isk. Awan yang terpilu sungguh....terus rasa tak mau pergi lagi dah...sob sob sob

Ok peeps, got to go!

@}-- heavy-hearted --{@

...he's going away for a while...

@}-- I know WE can make it through --{@
InsyaAllah


10 December 2009

::::: JANJI :::::

Janji apa?

Sesiapapun boleh berjanji
Sesiapa juga boleh memungkiri janji

Lebih menyakitkan
Bila dijanjikan sesuatu yang terlalu diharapkan
Tapi diabaikan kemudian hari

Aku juga punya perasaan!

.::DIAM::.

Kadang-kadang kena tanya...aku DIAM
Kadang-kadang kena marah...aku DIAM
Kadang-kadang kena tengking...aku DIAM
Kadang-kadang kena maki...aku DIAM

Memang aku akan DIAM
Aku akan terus DIAM

Sebab bagi aku...
DIAM lebih baik dari melemparkan kata-kata yang menyakitkan hati
Biar kerana DIAM aku ditanya, dimarah, ditengking dan dimaki
Daripada biarkan mulut binasakan suatu perasaan...
Perasaan orang yang kita sayang...

Untuk itu, aku pilih untuk terus DIAM
Andai kata kerana DIAM ini aku dibenci

Aku minta maaf...


08 December 2009

- sEKaDAr mENgiSi tEMpAt kOSOng-


...seriusnyer...

...takutttt...

tapi i loike!


pasal kete je die berkerut dahi camni
ngan i x penah pun
ehh ker penah?!?!
.............
uwaaaaa!!!!

Yang Lebih Hebat Dari Cinta


Cinta semata-mata tidak akan mampu mempertahankan keharmonian rumahtangga. Perkahwinan dimulakan oleh cinta tetapi disempurnakan oleh tanggungjawab. Cinta itu satu rasa yang bertunjangkan perasaan. Perasaan tanpa kekuatan jiwa dan kematangan berfikir akan goyah apabila berdepan dengan ujian. “Perasaan” adalah hamba yang baik tetapi tuan yang sangat teruk. Justeru, jika ingin selamat, pastikan perasaan “bekerja” untuk kita, bukan sebaliknya.

Akan tiba masanya, sesuatu yang kita lihat indah dahulu tidak indah lagi kini. Jika kita hanya bergantung kepada perasaan, cinta kita akan tercalar. Pada ketika itu cinta memerlukan tanggungjawab dan tanggungjawab menuntut satu kepercayaan. Ketika cinta mula goyah di pentas rumahtangga, tanggungjawab akan datang menyelamatkan “pertunjukan” dengan peranan yang lebih berkesan.

Cinta memang hebat, tetapi ia tidak dapat menandingi tanggungjawab. Cinta yang hebat ialah cinta yang ditunjangi tangung jawab. Cinta itu untuk memberi bukan untuk menerima. Lafaz, “aku terima nikah,” oleh suami musim lalu bukan bererti menerima sebaliknya untuk memberi. Suami memikul tanggungjawab untuk memberi kasih-sayang, perhatian, pembelaan, didikan dan segalanya…

Kata bijak-pandai, dipercayai lebih utama daripada dicintai. Kita selalunya merasa bertuah apabila dicintai – samada oleh suami, isteri, ibu-bapa atau sahabat-sahabat. Tetapi percayalah, jika kurang dipercayai, lama kelamaan cinta orang kepada kita akan terhakis. Lihatlah betapa banyaknya perhubungan yang terputus antara ibu-bapa dengan anak, suami dengan isteri, pemimpin dengan pengikut, justeru hilangnya kepercayaan.

Bila hilang kepercayaan, rasa cinta, hormat, kasih dan taat akan musnah. Sampai bilapun manusia lebih mempercayai mata berbanding telinganya. Maksudnya, apa yang dilihat (perbuatan) lebih berkesan untuk meraih kepercayaan berbanding apa yang didengar (percakapan) – action speaks louder than words.

Jadi apabila kita merasakan orang bawahan (subordinate) kita samada isteri, anak, pekerja mahupun pengikut, semakin sukar memberi ketaatan, kerjasama dan kesetiaan itu adalah petanda kita sudah hilang pengaruh. Hilang pengaruh, kerana hilangnya kepercayaan dan hilangnya kepercayaan bila tidak ada integriti.

Tegasnya, kita tidak boleh memimpin hanya berbekalkan cinta, apatah lagi harta atau kuasa… kepercayaan lebih utama!


Nota jari kaki :

Entri di atas telah di 'plagiat' dari blog orang lain.

Aku malu nak tulis mende camni sebab belom kahwin maa...

Malu laaa...ish malu betol nih...plis don hate mi!

Tapi betol ape yang di kata oleh penulis (tepuk tangan sikitttt)...

Semoga kita sama-sama boleh ambik pengajaran....A-min


04 December 2009

iMPiAN

S.A.Y.A.N.G
Senang di lafazkan
Sukar di lupakan
Susah di buktikan
Payah di fahami

Kita renung-renungkan dan selamat beramal
~lalalala~

03 December 2009

K E R J A

Hari ni saya bawak my laptop to ofis sebab ofis saya yang agak miskin x cukup bajet nak belikan laptop utk staff baru...pelik2. Kalau dapat extra elaun ok jugak..
Erm...laptop belom dapat tapi bos dah suruh macam2...tekejar2 jugak lah aku nak siapkan kerja...

Erm..tapi tak baik komplen banyak2 sal keje...
Sekarang kat ofis, so nak buat kerja...
bile tensen nanti sambung lagi...daaa...

01 December 2009

S.U.R.A.T

Saya sedang menaip surat letak jawatan cik muh4z
(mengada2 tau...br keje dh nak resign)
rase nak geget...
tapi takkan kenyang laa geget cik muh4z...tulang aje.

Nnti bile die dah jauh...kami jadi macam dulu2...
WEEENNNNNNNNNNNNNNNNNGGGGG!!!

Jadi kawan2..kalau tengok saya WENG, itu adalah angkara cik muh4z yang jauh dari diriku...
SOB SOB SOB

Gonna miss you...that's for sure...

22 November 2009

Tipu + Menipu + Ditipu

I'd like to think myself as someone yang tak suka menipu. Aku memang jarang menipu unless apabila terpaksa dan boleh memudaratkan (mudaratkah?). Tipu yang kecik2 tu penahlah...such as kalau my fren call kol 10am tanya tengah buat ape, aku jawap tengah sidai baju walhal (wow! walhal tuh...) aku tengah begolek lagi atas katil...malu uolsss! Bukan niat nak menipu...tapi cover line baek punya...
Atau...
bila bos follow-up keje...laju aje jawab and biasanya jawapan aku mestilah excellent all da time!
Padahal ade jer yg blom complete tp ckp dh complete...tu yang bos sayang kot...nak hidup laa katakan...

Erm...
pendek kate, aku memang kurang terer nak menipu dan x suke sangat menipu, apatah lagi di tipu.
Lagi satu, kalau dah menipu...rase x tenang. Itu yang paling x best skali...

Tapi aku memang pernah menipu dan siapa yang tak pernah? Angkat tangan sikit...

SCARRRRRRYYYY~

Cuak oooo...kereta semua laju2

Tak ingat da exact date tapi ada beberapa orang saksi termasuklah da car's owner and yours truly. Did promise her(Ms. @li of course..) not to tell anyone 'bout it...tapi tak boleh laa @li...tak tahan nak citer jugak.

It was somewhere dekat shah alam (which seksyen aku tak tau) tapi ada exit to federal hi-way.
Ms. @li with confidence and all laju aje nak masuk federal when Muh4z noticed die masuk salah lorong and all other cars gerak opposite our way!!!

Bla bla bla...
Pendek cerita...kami semua selamat pusing balik.
But, cik Muh4z yang turun kereta to stop other cars...not-so-brillliant-idea laa sayang, bahaya tau!
Luckily, kami semua selamat sampai ke destinasi and none of us bukak cerite tuh lagi (@li made us promised her not to tell anyone)...
Ape2 pun...tu dah jadi kenangan. Kenangan yang kelakar dan SCARRRYYYY okke!

UNFORGETFUL YOU

YOU


ME


US

k-A-M-i

Ok...
dah lewat...
malas nak menaip di tengah malam di kala orang lain di ulit mimpi...

Lagipun, malas laa menaip nnti kurus jari2 I tau...

So, enjoy da pics yer...

kami yang sengal di malam jumaat
(jangan tegur)

live demonstration kepada cik muh4z
(nak test kelenturan tangan cik muh4z)

selepas almost 30mins demo dan sesi
gelak-tawa-sampai-hampir-pecah perut...
finally, cik muh4z berjaya membentukkan jari
jemari yang keras itu
lawak giler okke!

aktiviti kami setelah merasakan tidak ada aktiviti
yang lebih berfaedah dari melakukan ini

model kereta-ku

model kereta-mu

jangan jeles uollsss, I jadik model dalam blog I sendiri...

21 November 2009

tEMbAmKaH?


Tembam kan? Puhlizzz, I'm not talking 'bout myself laa...
but this cute boy (Muh4z's 1yr 8months nephew : Amirul Hakim)
And, comelkan aku??? Hakhakhakhak
Silalah bersabar yer kawan2...

Dulu & Sekarang = Before & After

Dulu = Before
.............................
.........................

.....................
.................
..............

...........

........
.....

..
.
Sekarang = After

Sweet kan?kan?kan?
Tolonglah jangan muntah hijau, kuning atau oren okke...

sAyONArA pARtAy!

On my last working day at N*C tuh, my collegues (group of close friends) ada buat SMALL farewell 'partay'...ada jemputan luar jugak tuh, jangan main2. Seb baek derang cool aje aku heret cik Muh4z dan seb bek gak cik Muh4z x kesah diheret bersama2...

sila abaikan jerawat itu lalala~

kek di sponsor oleh our lovely Ms. @li...cedapppp
(resipi keturunan yang sangatlah rahsia)

Atas kek tu ada nama Ms. j@j@ jugak sbb die pun sebok2 aje nak tumpang glamour malam tuh tau...saje je nak steal my thunder mueheheh....well, actually the very next day tu birthday Ms. j@j@ yang ke dot dot dot (kang aku kene lempang sbb bgtau umo die kang)...so Ms. @li nak buat sekali laa...overall, we had fun that night. Me & Mr. Muh4z proceed to cinema mau nonton wayang romentik gitttuuu...
Sedey laa...budak2 ni laa member gelak, ngulo, nangis (ade ke?), ketawa, senyum kambing aku spanjang kat N*C dulu....sayang derang sumer...muaacchhhhssss

d'SAYONARA~

Ape g@N buat di belakang?

Last day kat ofis, tak de plan pun nak ambik gamba ngn collegues so that's why aku x bawak aku punye camera. Sekadar menumpang kasih sayang cik @b0t gune her camera and pulun camera ofis...muehehe. Kata dah last day, pulun aje laa...

Ramai jugak rupanya tak tau aku dh nk blah...erm, PR x baper bagus laa nih. Tp somehow seronok jugak reaction orang2 nih...ade yang terkejut, ade yang tergamam (soo sweet), ade yang angguk2 etc..

Agak sedih jugak tapi pada mase yang sama ada jugak yang menyakitkan hati terutamanya MAK LONG & anak beranak (KAK LONG & ADIK)...
Erm tau laa nak marah aku BLAH sbb tahun lepas habis-habisan pujuk aku...tp come-on laa...
I have the right to choose kan..so just let me go laa...kot yer pun nak hangin ngn aku, macamlah aku x penah jadik ko nyer 'peberet engineer' muahahhahaha matilaaa kalo one of my ex-collegues bace nih...sabar aje laa korang yer...aku dh BLAH pong :D

Sylvia-mOi-sOo

mOi da' lADy b0Ss

Nota kaki : Ms. @b0t, nak gambar camera ko....n goodluck with adik yer...


(Declaration x Birth) + Day

At our 'tempat biasa' on my very special day

18 November 2009

dot dot dot

Sudah masuk tempat keje baru
Dag!Dig!Dug!
Hari2 pun cuak okke...
diorang ni macam nak membuli pun ade gak...

Yang lagi aku hangin is that my previous company sudah hantar surat cinta...
suruh bayar satu bulan gaji...
perghhh!!1
nasib baik gaji aku bukan 10k..
sungguhpun x smpai pun separuh dr 10k...
tp senget gak laa aku nak bayar
installment tak buleh ka bos? hahaha

06 November 2009

~SAYONARA~


..............................................
I'm Leaving It All Behind
..............................................

05 November 2009

G.4.m.B.4.R

Bila tangan-orang-yang-tak-expert ambik gambar, inilah hasilnyer!

Buwwweeekkk

Tapi takpe, tetap sayang gituuu...lalala~

it is OK!

What shall I do when my existence in the office tidak lagi dihargai?
..
..
..
..
..
..
1) mengULOR
2) jangan siapkan kerja (tomorrow is my last day!!! woot! woot!)
3) clearkan meja macam dah tak ada orang duduk situ
4) tunggu depan pintu and punch card exactly at 530! heaven uollss!
5) sok audit, nasib laa ko kak long handle sendiri...
gua sudah malas mau sapot.
aku tak cuti ni pun dah cukup baik...
nasib baek 5-years-younger-looking-cik-abot ada menghiburkan hati
muahahaha

04 November 2009

H.U.L.K

Apparently, mE laa si-hijau-yang-comel itu and hIM laa si-coklat-yang-AGAK-pendek-dan-kecik itu HAHAHA...

Nak tunggu hIM jadi cam si-hijau-yang-comel-dan-incredible-hulk itu sampai bejanggut laa kot bapakku (and pls note that my bapak tak penah ada janggut okke...so could you imagine how long i have to wait for him to grow and grow and grow???? LOL) HAHAHAHAHAHAHAHA


HAHAHAHA
Tapi tak apa...sekarang I have solution to our problem (problem laa sgt..gedik aje yg lebih nih, hIM laa yang gedik not mE! HAHAHA)

I will upload the photo of my-brilliant-yet-extremely-genius-solution later k!


Nota kaki : Entry kali ni banyak HAHAHA sbb keadaan sangat tertekan...aku adalah WENG dan STRESS! HAHAHA

::: mOI kOIBITO :::

mE
..........
.......
.....
...
.

hIM
..........
........
......
...
.

uS
..........
........
......
...
.

uS aGAIN wITH dIFFERENT mODE



...you still have all of me...
I love you
(Ye...silalah muntah hijau)
Rolling eyes :P

03 November 2009

Memilih PASANGAN (peringatan untuk diri sendiri)

Saya yakin Allah SWT telah menetapkan jodoh buat setiap insan...kerana Allah SWT itu Maha Mengetahui dan Maha Penyayang. Cepat atau lambat tibanya jodoh bukanlah bermakna seseorang itu bernasib baik atau sebaliknya. Sekurang-kurangnya...itu apa yang saya percaya dan yakini.

Saya mahu mencari pasangan yang bukan sekadar peneman hidup tapi lebih dari itu. InsyaAllah.
So saya nak share tips untuk mencari pasangan ideal (which is of course not in my own words but copied it from our very own famous paper) supaya saya dan yang masih mencari boleh jadikannya panduan...InsyaAllah!

1. Pegangan Agama
Pegangan agama merupakan perkara utama yang harus diambil berat. Bagaimanakah pegangan agama pasangan anda? Jika isteri memerlukan tunjuk ajar, adakah anda sanggup mendidik serta member semangat? Lebih-lebih lagi jika beliau saudara baru.
Bagi isteri pula, adakah anda pasti bahawa pasangan anda boleh menjadi ketua keluarga yang baik dan seterusnya mendidik anda ke jalan yang benar?




2. Menyayangi pasangan
Adakah anda menyayangi pasangan sepenuh hati? Anda boleh menilainya dari sekarang. Si dia sentiasa bersama anda di kala anda susah dan senang. Si dia juga sentiasa risau jika anda pulang lewat dari kerja seorang diri. Jika ya, Si dia benar-benar adalah teman hidup anda.


3. Kesihatan
Adakah anda pasti tahap kesihatan masing-masing? Pastikan pilihan anda bebas daripada pengaruh dadah atau penyakit jangkitan kelamin. Jika pasangan mempunyai rekod penyakit genetik yang mungkin menimpa anak-anak, adakah anda telah bersedia dan sanggup dari segi mental?
Tanya diri sendiri sama ada anda sanggup menghadapi risiko. Buatlah ujian HIV atau talasemia sebelum berkahwin. Pastikan anda tidak berahsia mengenai kesihatan anda pada pasangan anda.



4. Kewangan
Perkara ini mungkin kelihatan remeh tetapi akan menimbulkan masalah besar jika tidak dipersetujui dari awal. Anda berdua harus berbincang bagaimana perbelanjaan keluarga patut dibahagikan. Adakah suami menanggung 70 peratus manakala isteri 30 peratus atau masing-masing 50 peratus. Atau adakah suami sanggup menanggung 100 peratus perbelanjaan manakala isteri menyimpan wang gaji sebagai simpanan keluarga?
Mungkin ada di antara pasangan yang akan bertengkar semasa sedang berbincang mengenai perbelanjaan keluarga tetapi sekurang-kurangnya anda akan tahu sifat serta prinsip hidup pasangan mengenai wang sebelum anda berkahwin.




5. Kerjaya dan cita-cita
Adakah anda pasti tahap cita-cita pasangan anda? Bagi wanita, sudahkah anda berbincang dengan pasangan mengenai cita-cita serta kemahuan kerjaya yang ingin anda kecapi? Adakah pasangan sebagai suami mendorong serta bersetuju untuk memberikan sokongan atau sebaliknya? Bincang dengan hati terbuka, lebih-lebih lagi jika anda bercita-cita tinggi.
Bagi lelaki yang bercita-cita tinggi, elok jika anda memberitahu pasangan tentang peranan yang anda harapkan daripada seorang isteri supaya pasangan anda boleh membuat keputusan yang sewajarnya.



6. Kesesuaian
Adakah anda berdua sesuai untuk masing-masing? Adakah anda seorang yang peramah manakala pasangan pula seorang yang pendiam? Atau adakah anda seorang yang panas baran manakala si dia juga begitu? Sesuaikah anda? Tepuk dada tanya selera.


7. Persefahaman
Persefahaman antara satu sama lain amat penting dalam institusi perkahwinan. Jika tiada persefahaman maka tiadalah kebahagiaan dalam berumah tangga.


8. Keperluan seksual
Maksud keperluan seksual adalah bolehkah pasangan anda memenuhi cita rasa seksual anda? Maksudnya, wanita atau lelaki yang bakal anda kahwini mestilah menarik minat anda dari segi fizikal dan seksual kerana keperluan batin adalah sebahagiaan daripada kehidupan berkahwin.



Sekian...

Note : Ada kawan saya pesan, "Linda, jangan bergantung pada takdir dan doa je...kene usaha jugak". Saya jawab, " Awak, jangan bergantung dengan harapan usaha akan berhasil tanpa doa jugak". Pendek kate, dua-dua pun kepala batu taknak ngaku salah hahahaha

02 November 2009

I MISS YOU LIKE CRAZY~

! m!Ss yOU L!k3 cR4Zy
wH3n ! tH!Nk oF yOU
! dON'+ kNOw wH4+ +O dO
wH3N w!LL ! S33 yOU 4g4!N?
! m!Ss yOU L!k3 cR4Zy
3v3Ry m!Nu+3 oF 3v3Ryd4y
.....

30 October 2009

S3MP1+

Sekarang saya (read : kami) agak kesempitan

What a tough phase for me (read : both of us)

How could I survive another 3 weeks without #!&*#&?

Semua ini dugaan.

Dan tiada dugaan yang tiada penyelesaian.

Semoga Allah STW bukakan minda dan mata kami untuk melihat jalan penyelesaian kepada segala dugaan yang kami lalui. A-min

Nota kaki : Semoga kami dikurniakan ketabahan dan kecekalan hati. A-min

27 October 2009

s3R4Bu+

Hari ini,
aku serabut...

Serabut dengan masalah kerja (baru dan lama)
Serabut dengan masalah duit (gaji dan simpanan)
Serabut dengan masalah peribadi (perasaan dan pasangan)
Serabut dengan diri sendiri (tak paham kenapa aku serabut sangat)

Why? why? why?
ish ni dah macam why2 analysis le plak...
uwaaa...gonna miss my current work environment
(ab0+, j@j@, @li, sh3la etc)

Tonight,
ada projek...
wish me luck!
Semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan semua urusan. A-min

24 October 2009

My not-so-approved-weekend

Am currently somewhere out-of-kl.
Very interesting I would say but not so great cause deep down inside ada mende yang tak kena...

22 October 2009

After 27 years...

You all...
I turned 27 yesterday!
Woot! Woot!
Well no big party and such
(not even fancy candle-lite dinner or boombastic presents)
(ni bukan mengungkit yer)
Not that aku nak sangat pun (tp teringin sket2 tu adalaa.....)
Biasalah, perempuan kan...
Naluri tu lebih kurang aje...

BUT...
There were few things yang jadi on my 27th birthday yesterday for me to kenang2 later in future...

1) I submitted my resign letter (as mentioned in previous post)
2) Orang-disebelah-sana (ehem ehem mind me, now bukan lagi orang-disebelah-sana but dah jadi orang-sebelah-sini jugak) went for an interview and immediately accepted (you can do it!chaiyok!chaiyok!)
3) Immediately we (read : dia) decided to move and stay in KL (ni yang makin sayang nih...)
4) Me and him are officially in serious relationship (well, dulu 'something in the air' aje...)
5) ............................... itu aje.

Others :
1) Orang pertama yg wished me birthday was Ms @li. So terharu dear...
2) 2nd person was Mr. @mer. Pun terharu jugak (after so long x kontek)
3) 3rd person was HIM...takpelaa lambat pun janji ingat. Tapi next year kalo lambat lg, siaplaa...hahaha
4) 4th 5th ....13th were my family members and close friends
5) 14th ...30th were my ofismates (i bagitau kat ramai orang even yang selisih on the way to ladies :D muahahaha gile nak attention hahaha)
6) Lo3o and Kud3 x wish pun (arinih baru Lo3o wish)
7) Dating kat 'tempat biasa' with HIM
8) This year birthday dinner a bit diff with previous sbb aku yang blanje HIM (well, orang tuh baru nak mula hidup baru kan...) i sungguh memahami...ihik ihik ihik solehah gitu...
9) HIM hutang 2 presents...lalalala~ apelaaa yang die nak bagi..i nak pilih tak bagi, kedekut! :P

Itu ajelaa..
Later peeps!
Korang yang baca nih dah wish me birthday blom?