14 September 2010

Opss, terlupa...

Lupe nak announce...

I'M BACK!

Cuti raya 4 hari sahaje...sekian, harap maklum.

Nota-kuku-besi : Citer pasal raya dan majlis dot dot dot menyusul kemudian yer (bila dah ada gamba, baru gempak sket nak citer muehehehe)

Signal!

Aku tak paham kenapa rakyat Malaysia ni paling malas nak bagi signal sebelum masuk simpang? Enkorang ingat aku ni ada antena atas kepala ke bleh baca apa dalam kepala otak engkorang?!?

Jari tu berat sangat ke nak tolak batang signal tuh? Nak mudah macam mana lagi?

Aku notis, yang paling malas nak bagi signal ni biasanya lelaki. Yer, lelaki! Apa yang susahnye bang nak bagi signal? Tolak atas bawah aje pong. Ni kalo nak tengok muvi blu ke, porn ke, lucah ke (ada beza ke sumer tuh? bukan same je ke?)...pandai plak ko tekan banyak2 button bersusah payah nk donlod. Ish, geram! Otak letak kat lutut!

Yang tengah baca nih, tolong laa rajin gerakkan sikit jari tuh bagi signal sebelum masuk simpang. Kang orang langgar kete ko, ko bising. Tak pun kalo motorist langgar kete ko, kan dah susah nak bawak ke sepital pulak. Dah ada kemudahan, taknak guna. Nak mudah macam mana lagi baru hidup kita jadi lebih mudah?! Tolonglah bersyukur dengan mengaplikasikan segala kemudahan yang dah disediakan!

Ish, emosi!

Lagi satu, ni jadi kat t3sco m3laka.

Aku parking kat sebelah dalam which is, by right tak boleh parking pun dalam tuh. But since dalam kete aku ada 2 icing kek yang besar, bunga hidup yang bodo2 aku kene charge mahal, 2 nieces aku yang comel tgh tido dan my cuzin dalam kete...so aku masuk jugak laa that area sebab redup sikit. Aku turun kete nak g amek blueberry tart yang mak aku dh order kejap. Dalam 5 minit gitu...aku pun nak kua laa kan.

Erm, terang-terangan kat atas pintu kluar tu tulis no entry...tapi ada satu mangkok hayun ni dok sibuk mengadap pintu kluar tu sbb nak masuk. Aku pulak time tu bawak subaru so lorong yang kecik tu penuh dengan kete aku je. Tak muat der kalo ko nak masuk.

So, skang ni dah berebut sape yang nak kene kuar or masuk dulu. Erm, tapi kalo ikutkan laa...bukan ke aku yang kena kuar dulu? Sebab, kalau aku tak kluar...macam mana dia nak masuk? Betul tak? Tapi tak...di kepala mamat itu, dia pikir dia yang patut masuk dulu. Ko nak masuk celah mana bang? Ko ingat wira hitam ko tuh boleh terbang? atau melompat?

Aku ke depan kan lagi kete aku sbg hint "oi bro-otak-kat-bontot, aku nak kuar ni...". Lepas tu dia ke depan kan kete dia sambil maki2 dan buat isyarat tangan kat aku. Perghhh! Hangen aku bai! Hangen2!

Ekceli, aku pun tak boleh parking kat area tu sebenarnye. No entry. Padan muke aku jugak. Tak pasal2 kene maki dek orang hekhekhek.

Sekian.

Ohh, sila ingat...jangan malas bagi signal sebelum masuk simpang atau berhenti di tepi jalan! Kalau tak...aku lastik!

Daa...

Nota-ketiak : Urm, aku adalah tidak mencarut yer kawan2. Tak baik tau....kalau marah pun, kita sumpah dia jatuh longkang (dalam hati), sudahlah.....hakhakhak

07 September 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri!!!!!!

Since last week dengar2 citer raya jatuh hari Khamis.....yer kerrr??!?!

Uwaaa...den mintak cuti stat khamis....rabu malam musti dah jam!

Mommy!!! Nak balik...

My kid sis last sunday lagi dah balik kampung...bestnyer!

Kat ofis ni pun aku rasa dah ramai stat cuti rabu...

Aku nak ambil kesempatan ini untuk mengucapkan....


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAFKANLAH ZAHIR DAN BATIN
BUANG YANG KERUH, AMBIL YANG JERNIH

BERHATI-HATI MEMANDU
Kalau mengantuk, rehatkan badan dulu

Counting days...

* WARNING! : Entri panjang & berabuk. Subjek utama adalah aku dan en.Muh4z *

Erm...raya kedua (insyaAllah) majlis pertunangan antara aku dengan en.muh4z. Aku rasa dah few times aku mentioned sini tapi never mention da date/ day. Dah macam kepoh-chi. Al-maklumlah...this is the first and only time in my life kot bertunang. Of course laa aku nak kecoh2 hakhakhak. Lagipun mende yang baik, elok laa berkongsi kan?kan?...

Erm...rasa berdebar tu memang ada. En.Muh4z lagi laa...selalu cakap dia cuak and berdebar. Dulu lepas merisik pun, walaupun ada sedikit drama tamil...tak abis2 en.muh4z cakap he felt different lepas antar cincin. Am not sure how different yang dia rasa...tapi aku yakin different yang bagus laa. A-min.

Masa merisik dulu, aku tak rasa berdebar or cuak pun. Cuma malu tu ada laa. Al-maklumlah...hari tu aku la yang jadi perhatian kan. Tapi alhamdulillah semua nye berjalan dengan lancar. Harap2 majlis tunang ni pun berjalan dengan lancar. Kali ni aku memang berdebar giler...

Masa musim merisik tuh, selalu jugak bergaduh dengan en.Muh4z...tapi makin lama aku tengok, en.muh4z ni makin sabar pulak. Kalau aku marah2...dia tak cepat melatah. Dia cakap lembut2, sikit2...lama2 dia diam biarkan aku sejuk sendiri. Tapi tu laa...kekadang mulut aku ni bleh tahan gak jahatnyer. Erm...lepas tuh, bila tengok style dia yang diam biarkan aku sejukkan ati sendiri tu pun aku bleh hangen satu badan tau. Geram aje aku nengok....tapi alhamdulillah jugak dia macam tuh. Lama-kelamaan aku akan sejuk sendiri jugak.

Memang aku banyak lukakan hati en.Muh4z (tapi takpe..dia pun sama gak!*wink*). Sungguhpun macam tuh, dia jugak laa yang paling banyak buat aku gembira, terharu, bangga, sayang, cinta, bahagia dan macam2 lagi lah. Kekadang dia laa yang buat aku gelak sampai nak guling2 atas lantai. Dengan dia jugak laa aku boleh buat lawak bodoh antarabangsa...Dia jugaklah yang selalu buat aku rasa seolah2 aku perempuan sempurna utk dia (cewwaaahhh! malu i nak cakap mcm tuh tau...*blushing*). Thank you, b...

Macam2 dugaan dah aku kongsi dengan en.Muh4z dalam tempoh singkat bercinta ni. Menangis, ketawa, suka, duka, jatuh, bangun, kejayaan, kegagalan. Kitorang berjaya tempuhi sampai ke tahap ini. Jauh lagi perjalanan hubungan kami. Kadang2 aku ragu2 jugak...mampu ke kami bertahan nak hadapi dugaan yang mendatang. Tapi en.Muh4z laa yang akan selalu yakinkan aku. Tiap kali tempuh dugaan...dialah orang pertama yang akan ingatkan aku, dugaan tu sbg pengalaman yang akan kuatkan lagi semangat kita untuk terus bersama. Alhamdulillah.

Aku berdoa, dalam hati tak pernah lupa...moga Allah memberkati, ibubapa merestui, keluarga menyayangi, kawan2 menyenangi dan kami menghargai hubungan kami. Aku tau...mesti ada yg pikir masih terlalu awal utk aku cakap macam ni. Yerlaa...baru nak bertunang je kot. Tapi inilah yg aku rasa sekarang. InsyaAllah, kalau en.Muh4z jodoh aku...takkan kemana. A-min.

Nanti kalau dah kawin, aku nak diri aku kenang perasaan yang aku rasa sebelum bertunang ni...Lepas tunang nnti, aku citer perasaan lps tunang le pulak. Hekhekhek.

Tahun ni, tahun pertama bercinta dgn en.Muh4z. Jauh lagi tu perjalanan...macam mana bile tahun kedua? ketiga? kelima? kesepuluh? keduapuluh? ketigapuluh? Aku berharap...tahun2 yang mendatang, kami akan makin tabah, sabar, redha, tenang dan lebih menghargai dan menghormati kasih sayang kami. InsyaAllah.

Dimasa akan datang...tanggungjawab masing2 akan makin bertambah. Tanggungjawab pd diri sendiri, keluarga, pasangan, negara dan agama. Ish...takuttttt. Mesti dugaan yang datang pun bukan mcm masa awal2 bercinta ni. Moga kami cepat matang dalam menangani semua masalah dan cabaran. A-min.

Antara gambar terawal. Masa ni baru sebulan dua kami ehem ehem (jatuh hati) rasanya.
En.Muh4z suka sangat laa ejek gambar nih. Sorang version nipis, sorang lagi version tebal.
Sob sob sob. Seb bek memang realiti mcm tuh. Tak jadik nak kecik ati.


Ni pun antara gambar masa awal2 mula nak bercinta. Konon malu2 tapi mahu.
Aisehh...masa tu bahasakan diri saya-awak lagi. Kelakar.
Masa ni weekend aku bawak en.Muh4z jalan2 kat j0nkerwalk.
Weekend tu kali pertama aku bawak en.Muh4z jumpa family aku.
Siap bergambar bagai...

Raya Haji (Aidiladha) tahun lepas.
Kali pertama aku bawak en.Muh4z balik kampung aku.
Dengan orang kampung aku en.Muh4z adalah sangat ngam. Terlebey2.
Sila abaikan muka aku yang macam ikan buntal itu.


Masa ni kitorang dah sembang berangan pasal merisik.
Almaklumlah, kat wedding orang kan...haruslah aku berangan lebih.
2 bulan lepas tuh. I dah dirisik. Auwwwww!
Gedikksss!


Erm...malas plak nak upload gambar bebanyak. Lagipun, gambar masa merisik takde dalam laptop aku nih. Gambar lepas dah merisik pun tak transfer lagi. So takat ni jela. En.Muh4z called just now cakap ada not-so-good-news. Aisehhh...ni yang tak tenang nih. Dia pulak tengah drive tak boleh nak citer terus. Saje je buat aku berdebar2 tau!

Oklaa...daa!

baJu beRtUNanG

Semalam tido dalam jam 12am. By 6 dah tersedar. Aku dah sahur sebelum tido. So bangun jam 4am untuk minum air. Jadi, sekarang ni aku penin kepala sebab terjaga few times tido semalam. Cuba tido balik around 7am. Tapi tak boleh lelap. Last2, aku siap2..gerak ke ofis terus. Bukan selalu awal macam nih...

Ingat nak balik rehat kejap ke ape...tapi masalahnyer, petang nanti nak ke S.A lagi. Nak pergi amek baju bertunang pulak. Last weekend dah pergi. Tapi hasilnye macam kurang memuaskan. So requested tambah laa pape yang patut kasi nampak meriah sikit.

Erm, sebab majlisnyer malam kan...so biar laa kasik bling2 sket. Tapi entahlaa...tailor tu lupe kot. Tengok laa nanti hasilnye macam mane nanti. Takmo laa kecewa lagi macam mule2 pegi tengok tuh...

Lesson learnt : Lenkali jangan tempah last minit. Tetapkan tarikh tunang awal2. Bila dah tau...kan senang!

Nota-kepala-pening : Ohh, ekceli plan asal nak tunang end of October. Tapi ayah en.muh4z mintak lepas raya or on raya day itself pulak....

06 September 2010

moi iPOD

Aku tak mampu beli iPhone.
Tapi aku pernah beli iPod tahun 2003-2004 (kalau tak silap laa...).
2-3 tahun lepas, ex-bf aku merosakkan iPod tu dgn muke slambe.
Aku paksa dia betulkan tapi hampeh, lepas tangan.

Minggu lepas, aku tunjuk kat en.Muh4z iPod tu.
iPod tu dh tersimpan dlm kotak 2-3 tahun kot.
Aku dah tak penah bukak or tengok.
Magika, en.Muh4z betulkan iPod tu...skang dh berfungsi!
Waaaaaaaaaaaaaa!!!*Woot!*Woot!*. Bertambah sayang.

Syahdu gak laa bile bleh gune balik iPod tuh.
Sebabnyer...lagu2 dalam tuh sumer lagu agak lama.
Jenis lagu yang aku rasa sekarang ni aku tak tepikir pn nak dgr kot.

Dulu suke sgt laa layan lagu emo-rock cam 'the used' and 'taking back sunday'.
Sekarang ni aku dh tak de dgr nama band derang. Tak tau laa ada lagi ke tak.
Dulu aku layan gak rock keras ni cam 'slipknot', 'system of a down', 'nightwish', jane's addiction', 'disturbed', 'korn' etc. Tapi 'metallica' aku x minat le pulak.
Erm...sekarang ni aku pun tak tau derang ni ada lagu baru ke tak?
Ke aku yang tak tau? Band 'n.e.r.d' ada lagi tak?
Suke betul ngn phar3ll tuh. Lagu pun ngarut2 jer.

Erm, bila dengar balik lagu2 yang aku penah suka dulu...terasa betapa berbeza nya keadaan dlu and sekarang. Tapi bleh lagi nak layan lagu2 tu sumer.
Cume sbb lagu dh lama kan...syahdu laa sket. Hehehe.
Dulu time nak exam, nak stadi...mmg layan rock keras and emo-rock.
Rase puas hati and bleh fokus.
Erm, sebab tu aku x dapat jd top 10 kat kolej dlu kot.

Cehh...hampa. Telalu fokus dgr lagu...bukan buku.

RnB and ballad dulu pun bes2. Layan 'destiny's child', 'usher', 'aaliyah' etc...
Sekarang pun layan lagi...cume lagu2 jepun je aku dh kurang dengar.
Cuba dengar balik lagu 'fukuyama masaharu'...dah tak rasa "ummpphhh!" dah.
Erm, makin dewasa kot (taknak cakap lagi tua yer...)

Ish...rindu pulak zaman belajar dulu......
Bile terkenang zaman belajar kat jepun dulu...
Kadang2 buat aku rindu, senyum sendiri...
Kekadang rasa malu ada gak...nyesal dan nyampah.

Tapi tu semua tetap akan tersimpan elok dalam lipatan sejarah hidup aku...

Aku rindu kenangan tu semua.
Aku nak cipta kenangan yang lebih sukar untuk dilupakan buat masa akan datang.
InsyaAllah....
----------------------------------------------------------------------------------

Nota-kaki-bersilang : Sekarang byk layan lagu melayu since en.Muh4z raja lagu2 melayu nih...

03 September 2010

Mutiara Kata~

Dah lama tak letak mutiara kata yer...

Kali ni nak letak mutiara kata banyak2...

Ehem, ehem...en.Muh4z pun sila baca dan muhasabah diri yer laling. Kang dinda merajuk kang...silap2 mengamuk kang. Sebagai bakal tunang, dinda dah ada suku kuasa veto yer. Lepas tunang, dapat separuh kan?kan?kan? Hakhakhak...
(seb bek en.Muh4z xde intenet nak baca blog aku sekarang...biar bulan depan baru dia baca...selamat aku hekhekhek)

"Tugas pertama seorang lelaki adalah untuk menjadi dirinya sendiri"

"Pilihlah seseorang untuk anda cintai dan cintailah pilihan anda itu"

"Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya"

"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."

"Pemimpin yang berjaya ialah orang yang boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih atas daripadanya dan boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih bawah daripadanya."

"Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan."

"Apabila kepercayaan telah hilang lenyap, kehormatan telah musnah, maka matilah orang itu."

"Sekiranya seorang manusia dipanggil sebagai seorang penyapu sampah, dia harus menyapu sama sepertimana Michelangelo melukis atau Beethoven memainkan muziknya, ataupun Shakespeare menulis puisinya. Dia harus menyapu dengan begitu baik sekali sehingga semua yang terdapat di syurga dan dunia akan berhenti dan berkata disinilah tempat tinggal seorang penyapu sampah yang paling hebat, yang telah melakukan kerjanya dengan baik sekali."

"Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.

Ops, tambah info raya...

Tadikan aku attend taklimat by miros pasal kajian corak perjalanan ketika musim perayaan...jadinye, nak kongsi info.

Menurut miros, setiap kali perayaan (aku tak sure perayaan apa...mungkin hari raya aidilfitri, mungkin deepavali, mungkin chap goh mei atau mungkin juga hari gawai...tapi musim perayaan laa yang pasti). Katanye, setiap musim perayaan...average 18 orang mati setiap hari di atas jalan raya akibat kemalangan (ini tak termasuk akibat serangan jantung, strok, darah tinggi etc di atas jalan raya yer). Ok, itu sahaja info setakat ini...


Nota-kulit-melecet-terkena-gelang-bakal-tunang (kulit en.Muh4z yer, bukan kulit ku) : Info yang nak dikongsi, pendek aje. Tapi mukadimahnyer...mak aihhh. Satu perenggan aku tulis!

RAYAku, RAYAmu jua...

Wahh...tajuk tak mau kalah tuh!

Sebenarnye tak tau nak citer ape. Tapi sebab dah lama tak tepek gamba dalam blog dan berceloteh syok sendiri dalam blog sendiri...so nak jugak laa melalut sikit.

Tadi ada taklimat pasal ops bersepadu by miros. Aku antara 40 yang tepilih untuk isi diari perjalanan. Woo hoo! Okeh laa tuh...tak penah seumo hidup buat diari perjalanan. Dan hari ini baru aku tau...terminologi 'odometer' itu adalah bermaksud 'mileage'. Aku ingat kene ukur tahap bau kereta ku...aisehh!

Odour + metre = Odo + meter. Get it?!? Get it?!?

Ok, ni dah lari dari topik asal. Aku nak citer pasal raya. Erm...bukan citer. Tapi feeling raya dan nostalgia raya. Raya dulu dengan sekarang, dah terasa lain. Dah tak sama...kan?kan?

Aku masih mude belia dan cumel gituuu...ahaks!
Muke pun penuh dengan ketulusan...


Ini gambar raya tahun 2000 ker 2001 entah. aku pun tak ingat. Masa ni beraya kat T0kyo. Syok walaupun ada sedikit kesyahduan. Beraya di perantauan. Sob sob sob. Seb bek kali pertama beraya dikejauhan, masih ramai kawan2. Cube kalo kali pertama tuh aku dh kene campak masuk kampung suzuk4 tu pastu kena raya sorang2. Tak ke begegar suzuk4 tu dengar aku meraung raya sorang2? Dah ler tiap kali raya...musim periksa. Ohhh! Nehi! Nehi! Tapi itu semua tinggal kenangan...manis walaupun masih kurang gula hakhakhak. Ok, tak kelakar.

Cerita basi...

Nak cerita apa aku buat pada hari MERDEKA!

Pada lewat malam MERDEKA, Ms. Nyahz sms-ed me tanya plan nak buek apo and sekali gus ajak lepak sekali. Aku masa tu ada kat B@nting pergi carik kuih raya. Kebetulan, bebuka pose dengan kengkawan n3c dulu....@bot, j@j@ and @li kat bukit t1nggi. Of cos en.Muh4z join sekali.

Nak dijadikan cerita, tengahari tu aku bermasam muke dengan en.Muh4z (mind you, aku kat opis dan en.Muh4z kat tmpat len tapi tetap buleh bermasam muke you...kelassss!). Aku pun tak ingat sebab ape tapi sebab aku laa yang terasa hati kot. Meleret bermasam-masaman sampai waktu berbuka. Bile jumpe diorang kat kenny rog3rs...otomatikli loving2 pulak dah dengan en.Muh4z. Erm.....selalunye macam tu laa. Angin ribut takda...tetibe perang. Pastu...tup tap tup tap, loving2 balik. Ehh...aku nak cite mende len sebenarnyer. Terbabas pulak...

Ok, malam MERDEKA. Fokus lind4...fokus!

So dari b@nting tuh, gigih laa balik cecepat ke putrajay4. En.Muh4z pun ON aje. Dia tak penah jumpe Nyahz. So, I guess...bagus jugaklah ajak lepak dengan Nyahz skali. Suruh Nyahz heret "mr.B" die skali....buwwwweeekkkkk! Pot melepak adalah sangat save cost dan bajet-gempak-tapi-hampeh. Lepak kat salah satu jamb4tan kat Putrajay4. Ramai gak orang melepak masa tuh. Banyak family bawak anak2 bajet nak tengok bunga api tapi kehampaan. En.Muh4z bawak M1mi & J0ni. So, ramai laa orang yang duk tegur2 and tengok2. Ada satu brother tuh, dengan anak2 dia 4 orang kamceng pulak dengan en.Muh4z. Siap boleh tuka2 nombo tepon. Siap tuka2 sejarah kehidupan (beginilaa uollss kalau dapat laki yang peramah beno...). Aku redha.

Dipendekkan cerita, Nyahz sampai tepat jam 12 malam. Malam itu suram sebab tak ada bunga api pun kt putrajay4. Bajet dah bosan lepak2 borak2 kat situ...Nyahz ajak gerak ke tempat lain. Aku ngan en.Muh4z adalah malas hendak ke bandar. Kitorang tak teruje sangat nak sambut MERDEKA pong. So, tunggu "mr.B" nyahz...buwwweeekkk lagi!. Kami gerak ke S.K sahaja. Lepak kedai mamak depan rumah b4ya. Aku sms-ed dia nak ajak lepak. Tapi dia dah tido. Zannen! Ajak l0b0 jugak...tapi adalah penyegan sebab kapel2 je yang lepak. Cesss!

Kami lepak sampai lewat pagi jugak laa...sampai mata aku agak2 dah berpinar2....barulah en.Muh4z ada hati nak ajak aku balik. Jadi kamipun balik tanpa tengok bunga api malam itu.

Keesokannya, bangun bila matahari dah atas kepala (fuhh, dah lama tak bangun lewat gitu uollsss). Tunggu en.Muh4z. Kami gerak ke S.A. Nak ke pasar ramadhan S.A. Alang2 tu...gi U1tM S.A ambek anak sedara en.Muh4z, si 4w4 untuk bebuka sesama. Kami ke param S.A. Best bangat!!! Lagi best dari param putrajay4!!! Rambang mata I memilih u...

Plan asal, beli2 makanan pastu cari laa pot bebuke kat mane2. Tapi sebab hari tu hujan, so pilihan lokasi adalah terhad. Jadi, si 4w4 suggest bebuka kat kampus dia. Aku ngan en.Muh4z besetuju. Banyak jugak kitorang beli. Nasi beriyani dan nasi ayam utk aku dan en.Muh4z. Tak lupe tongkeng ayam, makanan exotic utk en.Muh4z. 4w4 beli nasi kerabu, ketupat, rendang dan kek batik milo. Dessert aku beli tepung pelita, puding karamel. Air masing2 pilih sendiri. Aku amek bandung cincau, en.Muh4z amek jagung and 4w4 amek jambu. Jadi kamipun tunggu laa waktu berbuka kat kampus si 4w4. Lokasi baeekkk punya...siap ada meja kerusi, sinki dan sudu garpu sekali. Borak2 dengan en.Muh4z, rasanya masa tuh macam kitorang ni datang melawat anak kat asrama pulak. Citer kat 4w4...die gelak2 je. Musti dalam hati die seram sejuk kalo dapat bapak yang gilo2 cam en.Muh4z. Kalo mak macam aku...best so takpe! Hakhakhak. Nanti dah tua2 nnti...cenggitu laa gamaknye aku ngan en.Muh4z. Bongkok2 datang tgk anak blaja kat universiti. Fuhh...berangan le pulak.

Lepas makan, kami sembang2 kejap. Then bergegas plan nak balik ke puch0ng rumah ab4ng.

Sekian. Itu sahaja xtvt di hari MERDEKA. Sungguh bebas melakukan xtvt mengikut kehendak hati ngeh ngeh ngeh.

Sekali tak tau nak buat penutup macam mana. Takda idea. Daaa....