Mari kita bercerita tentang zaman pembelajaran saya di sebuah kolej di Suzuk4, Mie dari tahun 2002-2005. Saya adalah pelajar jurusan EE di mana di dalam kelas saya ada lebih kurang 35 lelaki dan cuma 2 gadis (ihik ihik ihik). Salah seorang gadis cun (ehh?) itu adalah saya dan seorang lagi adalah tutor saya yang pelik. I mean, seriously..dia memang pelik!
Nama cikgu kelas saya adalah En. Hanaii yang sangat suka bercerita kesah percintaan beliau dan isteri beliau kepada kelas. Entah apa motif...pelajar2 sampai tertido malah ada yang sampai mengigau dengar cerita pun dia masih boleh senyum sorang2 terkenang kesah cinta diri sendiri. Sungguh tak faham...
Oleh kerana dalam kelas tersebut, terlalu sedikit gadis dan hanya saya seorang pelajar asing atau mereka panggil 'alien' sob sob sob...maka, mereka melayan saya dengan baik walaupun ada jugak antara mereka yang hampir setiap hari saya sumpah supaya jatuh longkang. Walaupun kadang2 saya selalu juga dibuli terutamanya di padang bola (kelas wajib untuk lulus yer...tak kira lelaki atau perempuan kena main bola sepak...), tetapi mereka masih menjaga saya dengan baik terutamanya pasal makanan. Mereka sanggup mencuba makanan saya sehingga habis separuh pinggan semata-mata untuk memastikan makanan saya tidak mengandungi sebarang daging/ayam/pork atau alcohol. Walaupun saya sudah meminta tukang masak supaya tidak dimasukkan semua itu ke dalam menu saya tapi mereka tetap baik hati untuk double confirm kan untuk saya. Saya tidak membantah kerana merasakan dengan cara itu saya boleh kurus. Tetapi silap...kerana mereka gemar bawa saya ke kedai kopi dan kek. D@mn you!
Tak nampak yerr? Takpelah...tapi kalau terer, cariklah di mana saya. Hekhekhek
Dalam kelas saya, majoriti tidak gemarkan tutor saya (seorang lagi gadis) kerana dia adalah teramat pelik seperti suka mencuri kertas projek kami dan kadang2 mencuri makanan rakan sekelas. Rakan sekelas juga menjangkakan saya akan menjadi antara pelajar top 10 tetapi hakikatnya saya cuma top 20. Sob sob sob...sungguh tragis. Saya tak tau kenapa susah sangat saya nak skor! Mungkin kerana terlalu banyak mengutuk dan mengumpat Yamano dan si tutor dan menguap terlalu banyak kali tatkala mendengar cerita Encik Hanaii.
Dalam kelas tersebut, saya paling rapat dengan Tanabe. Tanabe adalah seorang yang sangat tinggi dan baik dan rajin belikan barang untuk saya seperti gam, pemadam dan keropok ikan. Saya ada meminati seorang rakan kelas saya yang bernama Kawashima. Saya meminati Kawashima kerana rupanya yang iras Fukuyama Masaharu. Fukuyama Masaharu adalah sangat hensem dan suaranya adalah sangat sedap. Saya tidak ada gambar Kawashima kerana saya malu dan dia suka membuli saya di padang bola.
Ini adalah saya dan Tanabe. Kenapa saya memegang pen???
Mungkin supaya ia kelihatan sama seperti sebatang rokok di tangan Tanabe?
Mungkin supaya ia kelihatan sama seperti sebatang rokok di tangan Tanabe?
Ada beberapa rakan kelas saya tidak berapa sukakan saya kerana saya selalu mendapat layanan 'lebih' dari cikgu2. Eleh, derang jeleslaa tuh! Kadang2 cikgu beri tumpuan lebih kepada saya dalam kelas. Yelaa...dah ko cakap laju. Aku x sempat salin ape ko cakap pastu padam papan hitam cepat sangat. Macam mane aku nak paham? Aku cakap melayu kang...korang cakap aku kurang ajar pulak. Ish! Emo pulak saya...
Antara pelajar yg saya selalu sumpah jatuh
longkang adalah Deguchi dan Yamano.
Pasukan futsal kelas saya yang jarang2 menang hahaha
Saya takut mereka tapi mereka tidak takut saya...
longkang adalah Deguchi dan Yamano.
Pasukan futsal kelas saya yang jarang2 menang hahaha
Saya takut mereka tapi mereka tidak takut saya...
Dulu masa di Suzuka, saya tidak ramai kawan melayu kerana hanya saya seorang gadis melayu terakhir di sana. Tetapi saya rapat dengan pelajar senior kerana sebaya, seperti Megu dan Yuri. Saya juga rapat dengan alien2 yg lain seperti Shiko (Kenya) dan Ha (Vietnam). Kadang2 saya rindu pada mereka semua...
No comments:
Post a Comment