15 July 2010

mana nak carik?

Assalammualaikum warahmatullahiwabarakatuh...

Ehem ehem ehem (sambil tangan terletak rapat macam nak nasyid tuh dan rapatkan saf)

Ekceli, rasa cam segan je nak citer. Tapi sebab I desperately need information and guidelines. So, ada elok jugak aku bercerita dan bertanya khabar.

Aku dgn ehem ehem plan nak bertunang raya nih (plan asal nak buat selepas raya, tapi semalam dah tukar...buat pada hari raya saje). So, tengah prepare nak beli barang-barang hantaran. Perfume dah beli. Skang ni yang tinggal nak beli handfon, kasut, jam tangan dan cincin.

Masalahnya, kami ni bukan nya ada duit sgt. Bajet kecik saja tapi mau yang elok. Aku punye moto shopping, macam biasa... "beli barang murah yang nampak mahal". Bila aku cakap murah...bukan maksudnye nak yang cap ayam macam NOKIA jadi NOKLA. No!No!No!

Maksud aku...nak yang berjenama tapi murah. Maksud yang lebih mendalam...aku nak yang SALE besar-besaran!!!! DISCOUNT 99% gituuu!!!!

Macam cincin...derang kata emas kalau sebelum raya memang murah sikit. Tapi kedai apa dan di mana yang elok? Kalau ada sesape yang tahu kat mana, bila, harga yang murah...mintak jasa baik agar dapat berkongsi info. Tolonglah kami....

Yang aku tau sekarang, SOGO ajerlah. Takkan takde kedai lain dah kot? Nak pergi SOGO tu pun jenuh jugak tau. Jam tangan plak...bila masa yang derang selalu buat SALE besar2 tu ekk?

Kita share infor ekk ekk ekk...korang baik...

No comments:

Post a Comment