30 July 2010

Collegues...


Memories~ Part 5

School break in 2004. Masa tu musim fall kot. Ke winter. Tak ingat. Aku ikut Ha, Ben, Moshi and few others travel to southern Japan. Dari Suzuk4 turun ke Kyot0, Hiroshim4, Yamaguch1, Kur3 sampailah ke Kyuu$hu. Enjoy gila! Seminggu asyik naik turun train. Kadang-kadang naik bas. Sampai belari-lari okke kejar train! Aku sampai demam tapi gigih jugak laa ikut diorang travel. Tempat tido pun tak menentu. Main telefon jer orang tanya boleh tumpang ke tak. Maklumlah..time long school break ni, cume foreigners jer yang tinggal kat hostel. So hostel diorang dah jadi macam hostel kitorang jugak. So much fun! Best nyer kalau boleh buat macam tuh lagi...erm. Rindunya...


Pulau apa entah..
Miyaj1m4 kot...


Hiroshim4
Lokasi serangan bom atom WWII





Erm...masalahnyer, korang nampak jelas ker????
Aku tak nampak...hehehe.

SALE

Tadi lunch keluar dgn my collegues. Window shopping kat alamanda. SALE!!! Handbag murah2. Dah konpius nak beli ke tak. Ingat nak beli barang2 hantaran terus. Beli je handbag tu buat hantaran. Murah uollsss! 50% off!!! Biasa rm200...sekarang dah jadi rm100. Kalo rm500...sekarang dah jadi rm250. Bukan selalu dapat beli satu item rm500 nih. Mase SALE ni lah nak merasa kan?Lenyek jer sumer barang yang SALE letak atas dulang..boleh kah? Sekarang dah telebih barang pulak...aiyooo!

29 July 2010

Memories~ Part 4

Ok...asyik citer zaman kat Jepong aje. Since aku balik Mesia...I met few nice and great people. Balik dari Japan, rehat 2 weeks, terus masuk kerja. Aku stayed with my big-bro kat Puch0ng.

Memula masuk kompeni N3C...aku x berapa syok sgt. Rasa nak tuka kerja. Alasan paling kukuh kenapa aku cakap macam tuh sebab cik ab0t0 agak kejam dengan aku muahahahha. Dia adalah super garang ok! Kerek-kerek dengan aku...sedih tau.

But then, adalah sorang minah ayu ni..namanyer d1ana. ehem ehem, d...if you're reading this, extra kredit untuk aku yer! hahaha. After few weeks aku rapat dengan d...barulah sikit-sikit aku borak-borak dengan ab0t0. Scarrryyyy! Hahahaha. Dan-dan jer die cakap awal-awal tanak kawan dengan aku sebab aku pakai blusher pergi opis...daaa! aku sumpit baru tau!

Tapi lama-kelamaan, kamceng ler pulak. Akhirnya, jadi grup le plak kitorang kat ofis. Ada stori je...share sesame. Naik jatuh kehidupan...sumer share dengan derang. Berjimba pun bersama-sama. Ngumpat pun bersama. Makan pun bersama. Nangis pun bersama. Lepak surau pun bersama. Sampailah D dapat kerja baru and meninggalkan kami. Lepas tu sorang-sorang benti keje. Tapi masuk pulak budak baru macam @li and j@j@. Semua pun nice and fun.

Erm...rindu jugak kat kawan-kawan kat ofis lama. I shared a lot with them. Sampai sekarang pun kontek lagi dan kadang-kadang lepak jumpe borak-borak.

Muke ab0t0 nmpk besar sbb dia nak kongka kamera hahaha
ohh, patutnya malam tuh bukan aku vvip tp m3l...
entah macam mana nampak macam aku plak yg vvip nyer dlm gambar ni..

a1nun,m3l,me,d,y4nt1e,ab0t0

ada beli kasut yg sama, ada yg vogue da vass.
dinner at sunw4y hotel 2008
mana satu kaki aku? *hint* kaki besar hehehe



ab0t0, d, m3l, a1nun, y4ntie, m3l, sh3la,@li, J@j@, lind4

Memories~ Part 3

Semalam ber'jimba'an dengan Nyahz kat Bangsar. Dekal kol 10 baru jumpe and lepak kedai mamak ajo. Tengah dok mengimbas kenangan lalu..sekali nampak N0rman H4kim dengan dulu-kekasih-gelap-kini-kekasih-cerah. Ok...tu bukan tujuan utama entri nih.

Tujuan asal...bila dah jumpe Nyahz semalam, bukak laa cerita kesah dulu2. Pasal kitorang travel during summer 2008 tuh. Nyahz pun hilang semua gambar sob sob sob. Dan dia juga lupa siapa yang bawa kami ke puncak bukit kat T0yama dulu. Tapi Nyahz masih lagi simpan gambar yg aku rasa antara yg buat aku rindu gegile nak travel bersama dengan Nyahz lagi. Nyahz cakap...kawan aku yg bawak naik bukit tuh...tapi siapa? aku tak ingat wehhh...

Well, enjoy the pics aje laa...


Nyahz with sub4ru kat Ch1rih4ma
Kaver tudung senget...
Nape gamba aku takde kat sini?? Sob sob sob


"Uihhh...apa tu?"
Aku betol2 tak ingat siapa bawak kami malam tuh.
Kami jumpa siapa dan macam mana kami sampai ke sana.
I like this pic da most!


Best kan Nyahz?!?!?!?

Nyahz..kita plan ke Korea lagi nak? Korea Selatan boleh..Utara pun boleh...kat utara aku ade kontek hek hek hek..kang ade plak yg ingat aku k0mun1s kanggg...naya!

28 July 2010

tenang~

Adalah tenang berkerja minggu ini...

Ahhhh....bestnyer!

Nak pergi Jepun.......

26 July 2010

Memories~ Part 2

Me in 2004

Saya

Saya

Saya

Saya lagi

Memories~ Part 1

Nampak tak motif asal gambar ni?
Bukan nak ambik gambar signage tuh tapi gambar rainbow daa...
Betol-betol berhenti kat simpang semata2 nak ambik gambar ni.
Nampak tak?

It was my last summer break in Japan. Aku dari Naga0ka berjalan sampai ke Ish1kaw4 and turun lagi sampai K4nazaw4 nak jumpa my Vietnamese friend, Ha. Masa ni aku drive berdua dengan Nyahz. Dia tak berani bawak kereta aku so aku drive sorang-sorang pergi dan balik. We spent almost a week on road. Memang enjoy gila! Aku pun tak sangka kitorang boleh tahan and sampai ke tempat-tempat yang tak pernah plan pun nak pergi. Tapi memang niat dalam hati, sebelum balik Malaysia, nak pergi Ish1kaw4 sebab dulu aku apply masuk Ish1kaw4 tapi tak dapat dengan alasan...diorang nak lelaki sahaja. Fuhh, kecik ati I tau!

This is my Viatnamese friend, Ha.
We met again after almost 2 years terpisah.
We met kat kolej dulu. Both major EE.
Tapi Ha my junior masa tuh. We were quite close.
Owh, I miss her! Dia ni pun gila jugak kadang2.

Abaikan muka aku yang kepenatan memandu itu...

It was a last minute plan. Semua orang balik Malaysia. Yang perempuan cuma tinggal aku, Nyahz and few others. Dalam ramai-ramai yang tinggal tuh, aku paling ngam dengan Nyahz. Even sampai sekarang pun we still see each other bila ada kelapangan. Aku masa tuh tak balik Malaysia sebab pikir tu will be my last summer in Japan...so sayang laa nak balik. Another 6 months aku akan balik Malaysia jugak for good. Nak ajak boys, erm...leceh. Sebab nanti nak tido dalam kereta ke, bukak tudung ke, melalak ke, meraung ke, mengilai ke etc2. Hehehe. Tapi bila fikir-fikir balik...memang aku dengan Nyahz ni gila jugak lah. Berani buat macam tuh. Alhamdulillah tak ada pape jadi dan perjalanan pergi dan balik selamat. Kalau tak....naya je! Gila betol kitorang! Kereta pun tak ada buat perangai sepanjang perjalanan.

Owh, masa ni aku dah pakai kereta Sub4ru tu 4-5 bulan kot. Beli masa winter, tak pakai kereta pun. Masa spring, ramai orang pakai kereta, jadi aku tumpang kereta orang ajelah. Ni bila summer, ramai balik Malaysia...masa tu laa baru nak betol-betol test kereta sendiri kan?kan? Dan hasilnya, sangat puas hati! Ish, bila pikir balik...memang bodoh berani gila laa aku dengan Nyahz masa tuh. Tak pikir panjang kalau ada pape yang jadi. Ish ish ish.

Kasik rehat sikit...dah jauh perjalanan.

Ekceli, banyak gambar yang kitorang ambik. Tapi dah hancus sebab bapak ku re-format PC aku. Gambar semua ilang. Sob sob sob. Ini pun gambar yang ada lagi dalam email. So sumer gambar kecik-kecik ajo.

Masa ni kat K4nazaw4. Aku lupa apa nama pantai ni.
Chirih4ma kalau tak silap aku.Memang femes.
Singgah 7E, beli map dan cari tempat2 menarik and pantai ni was listed as top 5.


Kenapa pantai ni femes? Erm, macam mana nak explain ekk. Pantai ni, kalau kita lalu lalang dari jalan raya...memang tak nampak. Sebab kene menurun bukit (curam dalam 50-100m). Turun-turun je bukit terus ada 'highway' made from sand and pantai. Memang busy laa 'highway' tuh. Kereta lalu lalang. And you just have to park your car on 'bahu jalan', terus terjun laut. Erm...mesti korang tak paham kan? Kene pergi tgk sendiri laa...

Busy betol jalan ni...
Panjang gila 'highway' ni. 2-5km kalau tak silap.
Memang kawasan pelancongan, ramai mandi manda.

Papepun, memang seronok sangat! Macam2 tempat aku pergi...dari lurah berpantai sampai laa ke puncak bukit menikmati panorama malam. Ehh jap. Aku tak ingat siapa yang bawak kitorang pergi puncak bukit tuh. Yang aku igt..lelaki, aku baru kenal and of course laa Malaysian. Erm...macam mana kitorang jumpa laki tuh ekk? Ohh my God! Nyahz...aku dah lupa. Macam mana kitorang sampai bukit tu pun aku lupa! Tapi memang best dan superb! Dalam perjalanan...banyak betol tempat2 menarik yang kitorang jumpe and of coz laa sesat bagai! Tapi fun sgt2! Tiap kali nampak tempat bes je..kitorang benti amek gamba. Just the two of us! Aku ambik gamba Nyahz...Nyahz ambik gambar aku hahaha.

Tepi tasik mana entah..

Entah kat mane...lupakkk!

Kitorang on road seminggu aje sebab kitorang kena kerja. Nyahz keje kat western restaurant, aku plak keje buat sushi. Bila balik Naga0ka balik...rasa hepi sangat2 sebab ada experience macam tuh dengan Nyahz yang memang sporting. Dapat jugak aku jelajah Japan dengan Sub4ru tu dan spent time dengan Nyahz. Sungguh heaven!

Entah bila dapat buat lagi macam tuh. Niat hati kalau ada rezeki nak pergi Japan lagi jalan-jalan. Tak dapat Japan...Korea pun ok jugak!

Sweet Dreams - Beyonce

Lagu ini saya tujukan kepada kekasih hati saya yang jauh di mata tapi dekat di hati iaitu En.Muh4z.
(Owh, sungguh skema...)



Every night I rush to my bed
With hopes that maybe I'll get a chance to see you
When I close my eyes I'm going out of my head
Lost in a fairytale, can you hold my hands and be my guide?

Clouds filled with stars cover the skies
And I hope it rains, you're the perfect lullaby
What kinda dream is this?

You could be a sweet dream or a beautiful nightmare
Either way I don't wanna wake up from you
(Turn the lights on)

Sweet dream or a beautiful nightmare
Somebody pinch me, your love's too good to be true
(Turn the lights on)

My guilty pleasure, I ain't going no where
Baby long as you're here I'll be floating on air
'Cause you're my

You can be a sweet dream or a beautiful nightmare
Either way I don't wanna wake up from you
(Turn the lights on)

I mention you when I say my prayers
I wrap you around all of my thoughts
Boy you're my temporary high

I wish that when I wake up you're there
To wrap your arms around me for real
And tell me you'll stay by side

24 July 2010

Memories~

Since few days back, aku ada sesi mengemas dan menggodek email lama. So jumpa laa gambar2 lama dan kenangan2 silam...cewwwaahhhh.

So aku bajet, few days ni...aku akan tepek gambar2 lama dan kesah2 silam aku. Muehehehe. Rasa kembang hidung pun ada gak ni hahahaha...

BODOH!

BODOHHHHHHHHHH!!!!!

Enough said...
Dah terlalu banyak aku bersabar dan mengalah!

23 July 2010

hand-bag

Nak handbag...

Erm...
Macam tak percaya. Dah setahun aku tak beli handbag dan 6 bulan tak beli kasut. Dah berbulan-bulan aku tak beli apa-apa untuk diri aku sendiri. Owh, last March aku ada beli t-shirt dua helai RM20 setiap satu! Hurm...

Erm...
Sedihnyer aku...

Aku sedih...
Sedih....

Handphone

Berangan...

Ekceli, memang dari dulu nak beli telefon baru since my phone memang sangat-sangat nazak. Tapi sampai sekarang tak dapat-dapat tukar. Erm...

Dari nak...


Tukar kepada...


Lepas tu...


Erm...makin lama makin bertukar angin kepada yang lebih murah. Sebab tak mampu.

Erm...bila aku pulak yang akan dapat apa yang aku nak?

22 July 2010

Ohh megi...

Ok, smlm plan nak puasa. Sekali bergayutan sampai 2 pagi. Terus tak sedar bangun sahur (minum air sajo). Pastu pagi-pagi telefon dah berdering berkali-kali and sms masuk pasal kerja. Sakit mental aku. Kalau buah hati yang telefon...sejuklah sikit hati. Ini tak..aku yang kena kejutkan dia plak tuh. Itu yang makin betambah geram aje tengok. Nak jadik kisah, lepas kejut dia, aku pulak sambung tidur. Hehehe. Malas nak masuk kerja awal-awal. Tapi bila fikir dengan waras..elok aku besiap pegi keje cepat.

Erm, motif cerita dengan tajuk bercanggah?

Ohh, aku teringin makan megi. Ingatkan kalau puasa hari ni nak berbuka dengan megi letak sardin. Heaven ohh...tapi sebab tak puasa, so menu malam kang belum tentu lagi. Tapi kalau makan megi jugak apa salahnye kan?kan?

Ok2, memang entri tak ada ilmu pengetahuan...

Ngee...

:)

20 July 2010

.:: aku rasa kosong ::.

erm...ada banyak angan-angan yang nak dicapai sepanjang hidup. tapi sampai hari ni, satu-satu angan-angan aku hancur berkecai. erm...bukan aku tak boleh hidup tanpa angan-angan. tapi bukan ker angan-angan tu lah yang buat hidup kita indah, manis dan menarik. jadi, bila satu persatu angan-angan aku hilang...bayangkanlah betapa kosong yang aku rasa...

aku rasa kosong...


Tanam-tanaman...

Hari ini aku sedih sebab berperang dengan en.Muh4z. So, nak lupakan en.Muh4z kejap..saya pergi shopping!!! Woot! Woot! Saya shopping pokok! Hahaha...

Dah lama nak beli tapi dok bertangguh-tangguh. Mata aku ni kering sangat dok kat ofis. Aircond 24/7. So, ada eloknya letak pokok hidup kat sebelah. Kasik sejuk sikit...Ni kalau agak-agak hangin dengan bos, aku NGAP aje pokok ni ratah buat ulam hakhakhak.

.:: BUKAN POKOK SEBENAR ::.

Seronoknyer dah ada pokok hidup nih...tantek! Nak tepek gamba tapi henfon aku adalah loser. Semalam kena campak hampir berderai dah. Erm...apalah nasib aku nih jadi macam nih.

Yang masalahnya, pokok aku ni kiutttt aje. Tapi aku takut mati jek. Kena siram baper kali sehari aaa? Nak banyak mana air? Segelas? Sebotol? Alamak! Aku mane retik nak menjaga tanam-tanaman nih. Aiyooo! Aku harap pokok ni kuat hidup lama demi kecintaan ku pada mu ohh... I love you pokok!

Erm...nak bagi nama apa ekk tanaman pertama aku nih? Erm..joni dah, mimi dah...haaa, aku nak panggil nama kekasih cinta monyet ku dulu..psttt, rahsia!

-n3rd-

19 July 2010

PuasA

Tak sampai lagi sebulan dah nak masuk Ramadhan. Erm, macam tak sabar-sabar pulak. Nak pergi pasar ramadhan, sahur dengan mama papa, bukak puasa sorang-sorang (uwaaa...cedihhnyer!), terawih...erm, rindu pulak suasana macam tuh. Dulu puasa kat kompeni lama...best. Bukak puasa dengan collegues. Sekarang ni aku rasa macam susah kot. Semua buat hal masing-masing. Lagi-lagi laa aku nak masuk rumah baru duduk sorang-sorang nih.

Erm, sempena dah nak ramadhan nih..aku puasa hari ni. Penat jugak laa. Dah setahun tak puasa...memang lain macam laa rasanya. Kepala dah wenggg nak buat kerja pun tak jalan. Tapi itu bukan sebab puasa tapi sebab semalam tidur banyak...jadi kepala dah berat semacam jer nak berfikir. InsyaAllah, khamis ni pun nak puasa lagi...

Tak syok nak buat kerja macam nih...tak boleh nak berfikir sangat. Sakit kepala...

18 July 2010

Penat..

Semalam pegi meeting terpaksa. Dah ler kena bayar RM10 untuk makan mihun dan air teh. Kalau biasa kat kedai total RM3! Tak dapat goodies dengan alasan datang lambat. Kepala-hotak lu! Aku datang setengah jam sebelum event mula! Buduh!

Erm..minggu depan nak pindah rumah. Kena pergi bersihkan rumah seorang diri. Wehh...aku nak diet!!!!!!! Help!!!! Berat naik mencanak-canak nih...nak laa nampak cantik sikit pakai baju bertunang nanti..sob sob sob. Aku sedih dan depress....

16 July 2010

--> joni <--

"Adehhh, den tosopit...help!help!"
"Banyak bonar sampah ateh mejo ni! Buek somak yo!"
(owh by the way, joni memang terer cakap nogori, kenan en.Muh4z)


" Aiyoo...I malu laa en.Muh4z tenung I lama-lama"
"I nak balik...I tak kira! Hantar I balik sangkar I sekarang jugak!"
"I nak jumpa mimi!!!! I miss you mimi!!!"




P/S : Aisehh, inilah jadi bila kebosanan dan tak tau nak buat apa...tak ada idea nak tulis apa daa...

15 July 2010

GambaR

Dok belek folder gambar dengan ehem ehem...baru teringat nak tepek gambar ni. Masa ni we all went there with ab4ng's family. Niat nak bawak budak-budak jalan..tapi yang kitorang plak yang sexcited amek gamba. En.Muh4z lagi ler...posing mengalahkan model rempit tuhh...mahal sehhh!


.:: Kontrol, kontrol...sengih, orang nak amek gamba ::.

.:: I love this pic, dah jadi wallpaper pun ::.

.:: Hero Remaja M4njung P0int ::.

.:: Owh mak ekau den tokojut! ::.
So gorgeous muahahaha!

Sekian, tanyangan tamat.
Ehh, ada lagi satu...last, last.

Muka sedih, pakai sunglass kaver mata bengkak nangis sebab sedih nak hantar en.Muh4z balik. Inilah saat aku paling tak suka tau. Tiap kali nak hantar dia balik je..macam-macam drama tau. Kekadang cam dram korea, kekadang mexico, kekadang sepanyol, drama indon pun penah uolls....ni laa naseb bercinta jarak jauh. Nasib baik aku ni jenis setia dan baik tau. En.Muh4z tak penah lagi tengok aku buat prangai pelik-pelik ni...erm. Tetibe dah tak tau nak cakap apa. Daaa...

mana nak carik?

Assalammualaikum warahmatullahiwabarakatuh...

Ehem ehem ehem (sambil tangan terletak rapat macam nak nasyid tuh dan rapatkan saf)

Ekceli, rasa cam segan je nak citer. Tapi sebab I desperately need information and guidelines. So, ada elok jugak aku bercerita dan bertanya khabar.

Aku dgn ehem ehem plan nak bertunang raya nih (plan asal nak buat selepas raya, tapi semalam dah tukar...buat pada hari raya saje). So, tengah prepare nak beli barang-barang hantaran. Perfume dah beli. Skang ni yang tinggal nak beli handfon, kasut, jam tangan dan cincin.

Masalahnya, kami ni bukan nya ada duit sgt. Bajet kecik saja tapi mau yang elok. Aku punye moto shopping, macam biasa... "beli barang murah yang nampak mahal". Bila aku cakap murah...bukan maksudnye nak yang cap ayam macam NOKIA jadi NOKLA. No!No!No!

Maksud aku...nak yang berjenama tapi murah. Maksud yang lebih mendalam...aku nak yang SALE besar-besaran!!!! DISCOUNT 99% gituuu!!!!

Macam cincin...derang kata emas kalau sebelum raya memang murah sikit. Tapi kedai apa dan di mana yang elok? Kalau ada sesape yang tahu kat mana, bila, harga yang murah...mintak jasa baik agar dapat berkongsi info. Tolonglah kami....

Yang aku tau sekarang, SOGO ajerlah. Takkan takde kedai lain dah kot? Nak pergi SOGO tu pun jenuh jugak tau. Jam tangan plak...bila masa yang derang selalu buat SALE besar2 tu ekk?

Kita share infor ekk ekk ekk...korang baik...

14 July 2010

aman...

since end of last week...
aku rasa aman berkerja...hehehe

tapi aku rasa...
keamanan itu akan berakhir tak lama lagi...sigh!

big bos bercuti 2 minggu...
aiyoooo! tak best lah!

saya suka kerja dengan big bos....
aiyo lagi...

12 July 2010

c.o.a.c.h

Tantek tak?

diamond RING

Last weekend, saya sempat jalan-jalan ke beberapa kedai emas (berjalan-jalan???). Saje je nak cuci mata sambil layan perasaan dan berangan. Saya ada impian dan keinginan untuk memakai cincin berlian. Cincin berlian yang besar punyaaaaa!!! (jari i kan besar uollsss).

Dulu, teringin nak dapat cincin berlian yang bentuk macam ni...
.:: Saya bayangkan kalau pakai kat jari, mesti cantik ::.

So, hari tu...saya try lah. Syok...sebab cantik sangat. Memang dari dulu berangan nak pakai cincin macam tuh. Pastu try bentuk lain pulak sebab tengok cincin kawen puan @liyah bentuk 4 segi macam cantik jugak dia pakai....
Bila pakai bentuk yang ini, macam tak cantik pulak kat jari saya. So, tak berapa berkenan sangat. Sekali SA tu cadangkan saya cuba yang 3 stones punya. Memula macam taknak sebab memang dari dulu berangan nak yang batu seketul aje. Tapi SA tu insist jugak nak suh saya cuba. Jadi, dengan tak berapa nak rela hati...saya cuba jugak.

Sekali....amek ko!
Tetiba macam cantik sangat2 bila pakai kat jari sendiri. Terus macam cair dan terlupa angan2 nak batu sebijik jer. Terus berangan nak yang 3 stones pulak. Cantik tak? Saya suka sangat2. Teringin jugaklah. InsyaAllah, ada rezeki...saya beli. Tapi buat masa sekarang...tidaklah kot. Erm...

Mintak-mintak saya sempat merasa pakai cincin berlian, a-min.

Erm...

Hari ini...mengantuk sangat. Malas nak bangun pagi dan malas nak buat kerja di pejabat. Minggu ni saya banyak pakai duit. Saya sangat penat. Rasa seperti mahu pergi spa. Tapi itu memerlukan duit lagi. Saya sudah lama tidak ke spa. Kali terakhir saya ke spa adalah pada Februari 2009 di Bali. Erm...saya sangat teringin ke spa. Sangat seronok kalau dapat ke spa terutamanya apabila saya terasa mental, jiwa dan fizikal saya sangat penat seperti sekarang. Erm...saya ingin ke spa. Ada sesiapa boleh cadangkan mana2 spa atau nak ajak saya ke spa?

08 July 2010

Super Penat....lalala~

Aku teramat penat...sekian, harap maklum.

01 July 2010

pEnat!

Erm...

Mental aku pEnat

Jiwa aku pEnat

Fizikal aku pEnat



Aku...

pEnat lakukan semua seorang diri

pEnat menjaga dan mempertahankan seorang diri

pEnat menangis...