Erm...macam mana nak start cerita yer?
My previous entries ada kene mengena with my relationship with En. Muh4z. Ada beberapa teman yg ambil berat, terima kasih. It was real. Thank you.
3 minggu yang lepas adalah minggu-minggu yang menyeksakan. Selama 3 minggu emosi aku tak stabil, tertekan, sedih, merana, kecewa dan airmata tak lekang-lekang dari membasahi pipi. Tiap2 mlm aku hrap bleh tido cepat supaya aku tak payah fikir beban yg aku tanggung and beharap semua akn bertambah baik pagi esok. Tapi tiap2 malam jugak aku tak boleh tido and berjaga fikirkan apa salah silap kelalaian aku sampai jadi mcm nih. Kerana apa yg dh jadi buat malam2 aku jadi gerhana. Puncanya biarlah hanya aku dan En. Muh4z yang tahu.
Sampai minggu lepas, dah macam-macam yang aku kene tanggung tanpa mengetahui kisah yang sebenar. Bila dah tahu cerita pun, aku tetap taknak putus asa. Aku terus cuba yang terbaik sampai aku rasa lelah untuk terus mencuba. Sampai aku rasa aku tak mampu buat apa-apa lagi. Aku pun tak sangka yg aku mampu bertahan smpai tahap camtu. Entah dari mane dtg semangat utk pertahankan hubungan kitorang nih. Entah dari mana dtg keberanian utk aku bersemuka dgn punca masalah kami. Erm...
Apa yg aku fikir & rasa mase tuh, aku sayang En. Muh4z.
Tapi hati mana yg akn sabar selamanya? Hati mana yg mampu tanggung semuanya? Bila hati dah merelakan akal menenangkan perasaan...aku terpaksa redha. Bila aku dah mula rase lelah, dah tak mampu nak tanggung lagi dan putus asa, Tuhan bukakan pintu jalan penyelesaian buat kami. Aku bersyukur. Alhamdulillah.
Sekarang keadaan dah semakin baik. Aku masih bersama En.Muh4z. Aku nak jadikan apa yg dh berlaku sebagai kenangan. Semoga dgn apa yg telah terjadi, kami boleh perbaiki diri, betulkan keadaan dan moga hubungan kami akan jadi lebih erat dr sbelumnya. InsyaAllah.
Nota dahi :
Aku takkan delete entries sbelum nih. En. Muh4z pun dh izinkan.
Nota ketiak :
B...biar semua ni jadi pengalaman yg mematangkn kita untuk lebih mengeratkan hubungan kita dan mengajar kita untuk lebih menghargai apa yg kita ada sekarang. insyaAllah. I love you.
No comments:
Post a Comment