29 September 2010

Serabut...

Bz giler...

Pergh...tak menang tangan. Baru merasa penangan bila kerja 4 orang dibahagikan pada 2 orang. Fuhhh...terkial2 jugak laa nak mencarik sumber, perah otak, stadi, fail berabuk...jangan aku pengsan kat sini kang sudahhhhhhh...

Okeh, sambung later.

Sigh!

Tadi dah taip...hilang pulak.

Kang laa tulis balik. Skang ni penin kepala banyak kerja....

24 September 2010

samb. AIDILFITRI 2010

Owh...gamba2 dari kamera abang dah up dalam fb.

Jadi seharusnya aku update dan kasik tepek...


Ni kampung belah papa. Kami balik beraya ke kampung pada Aidilfitri pertama lepas sesi bersalam-salaman, pemberian duit raya dan gambar-bergambaran (haihh..selagi boleh bahasa melayu terabur). Skang kat kampung ada maklong aje. Anak2 maklong a.k.a sepupu2 ku dari k.l dan singapore semua balik. Fun!

Dulu, aku rapat dengan arwah atok ngan nenek. Dulu, masa arwah ada lagi...kami bergambar di lokasi yang sama dan posisi pun lebih kurang. Dulu bukan pagi raya je amek gamba macam ni, malam sebelum dan selepas pun ada jugak kalo tak silap aku. Sebab aku ingat ada satu gambar tu aku pakai baju tido. Dulu arwah atok & nenek yang dok kt kerusi tengah2. Skang ni digantikan oleh maklong, pakngah and papa. Erm...rindu arwah. Al-Fatihah....

Sepupu2 belah papa ni semua dah senior2. Anak2 derang sebaya aku. Tapi aku lagi rapat dengan sepupu2. Derang sempoi! Ini pun bukan semua ada dalam gamba. Ada yg M.I.A, ada yg tengah makan, ada yg dh balik, ada gak yg x sampai lagi....Famili belah sini ada 4 generasi, Tapi generasi ke-4 beraya kampung belah satu lagi...


Cheeky boys...geram sangat dgn arf4n ni tau! Happy 24/7. Sepupu2 dia yg lain dah penat, dia boleh aktif sengsorang dalam gelap ke sana kemari. Ish, geram sungguh! Nak gigit2. Papepun, dalam reramai my nephews tuh...dialah yg paling periang sekali. Dulu masa dia sakit, terasa sgt kemuraman suasana sbb dah xde gelak tawa dari dia. Alhamdulillah, Allah swt panjangkan nyawa dan moga arf4n dipanjangkan lagi nyawa, dimurahkan rezeki dan jadi anak yg soleh. A-min.

F4him pun rajin melayan arf4n. Sooo kiut....yg kh4lish tuh, dah pancit kot.


Tengoklaa tu arf4n...orang nak amek gamba, dia sorang yg dok sebok ke mende len. X sempat paklong nak posing. H4ndzalah pun same, pandang akak tash4 ker? Sayang aloy & famili xde dalam gambar ni...kalau tak, cukup korum (aloy beraya rumah mentua dulu kat melaka gak). Ni k.lin laa yg pilih lokasi. Kat ceruk ni jugak nak amek gamba raya tahun ni. Kene laa tarik nafas semua supaya muat berposing...


Ok, this one better than da first one. At least, semua menghadap kamera.

Erm, oklah..nak buat mende lain pulak.

23 September 2010

PERANGGGGG!!!!

Since last Sunday, saya perang dingin dengan en.tunang kerana dia bagitahu saya yang ex-gf dia sms-ed wish selamat hari raya dan selamat bertunang. Few weeks before that, ex-gf ada sms-ed en.tunang bertanyakan tentang hubungan kami. En.tunang tidak reply any of the sms.

Note : Rupa-rupanya dia masih mengikuti perkembangan en.tunang dari kawan-kawannya...


Memang confirmed en.tunang tidak reply atau layan ex-gf yang kegersangan itu. Tapi saya tetap naik hangen.

Kenapa en.tunang tidak sound sahaja se-das atau 2-das ex-gf supaya jangan ganggu lagi?!?!

Saya tidak faham. Jadi di depan saya en.tunang telah sound ex-gf. Ex-gf telah meroyan dengan mengutuk dan memaki en.tunang dan saya berlebih-lebihan. Sah, gila meroyan! En.tunang berang dan tidak mahu berleretan. Tapi saya tidak puas hati lagi. Selamba ko jer minah rempeyek nak kutuk aku lelebey pehal?!?! Ko tak puas hati, meh lah gaduh tarik-tarik rambut! (Hahahaha, tidakkah kiut begitu?) Ko bajet ko sangat cun se-cun Lisa Surihani kah? Bleh blah okke...ko tetap minah muke pecah dan kentut ko tetap busuk okke! (Ooopss! Yer, kesabaran ku telah melompat pagar).

Note : I'd say, desperate people do desperate things...no?

Apa2 pun...kalau ex-gf ada sms lagi, saya gerenti akan berlaku Perang Atom abad ke-21. Kalau sanggup perang dengan saya, sila sediakan baju kalis peluru dan bom yer.

Sekian.

P.S I LOVE YOU : Hari ini kami berdamai sedamai Tasik Titiwangsa...


Alhamdulillah.


engagement preparation

Erm...aku dh start beli barang2 hantaran dari bulan 8. First skali, beli perfume. Utk en.tunang, senang je nak carik. Dalam kepala die dh ada few choices. Tapi nak carik yang aku punye, penat wooo...terlalu byk pilihan, rambang 'hidung' instead of mata sbb puas dh bau sumer jenis perfume.

Lepas tu, dalam tgh bulan 8...baru start carik kain utk baju (baju aku). Yang lawaknyer, plan asal warna tema adalah putih dan kalerful. Tapi susah gile nak carik kain lace yang berkaler-kaler nih. Jadinyer, aku tukar sikit laa...amek putih hijau. Aku bajet, tak mau spend banyak duit on baju. Nak yang simple je ke. Made a promise to myself, tidak mahu jejak kaki ke Jakel. Kang aku terbabas...

Jadik, kami satu famili pegi Semua House aje. Aku, mama, papa, en.tunang, famili k.lin and famili aloy. Semua aim kaler hijau laa. Aku rase dekat half dozen tokeh tu turun kan kain and lace kaler hijau...last2, k.lin bersuara, "Nda, nape awak tak amek kaler pink? Lagi cantik..macam yg tuh, haa...yg tuh pun cantik, yg tuh! Eh, itu lg cantik" and so on...

Yang aku heran nyer...bila k.lin ckp mcm tuh, semua terus setuju angguk2 kepala laa, k.niza pun bersuara gak "Aah laa k.ngah, k.niza pun rasa pink lagi cantik".

Aaaa sudah! Last2...dengan aku skali angguk2 setuju nak kaler pink gak. En.tunang pun terjebak angguk2 jugak. Siap cakap pink lagi sesuai dgn kulit aku laa etc. Ehh, ehh...derang nih, suka cenggini tau. Seb bek i loikkeee!

Kesimpulan, kamik ambik pink.

Pastu ke SACC, nak carik gift untuk orang datang. Erm, aku bajet rm2 satu item...tapi bila kita bawak mak2 orang pegi pilih...of course laa dah jadi lain nyer.

Bila sudah terjebak dengan mak2 orang...
Gift for guests, haruslah kalerful.
Macam2 kaler ada. ni baru few kaler je nih.

Erm, tetibe macam malas pulak nak sambung citer. Sebab rasa mcm panjang je lagi. Dah ler aku ni, kalau citer...mesti nak meleret2. Skip2 jer laa...

Dah beli sume barang hantaran, nak hantar gubah pulak. Yg my side punye mmg my mama dah aim nak buat kat k4mal nih. My mama berkenan sangat laa ngn hasil tangan si k4mal ni since dia jugak yg gubahkan untuk my merisik dulu.

Itu k4mal dgn one of da staff kat situ.
Gadis myanmar tapi cakap melayu mabeles wooo...
Bunga kt tgh2 tuh bukan gubahan yer.

Barang hantaran en.tunang plak, plan asal nak tempah kat my fren, ms.d@lie. Aku syok tengok die punye hasil, simple yet elegant. Murah pulak tuh. Tapi dah dok terkecoh2, kejap nak macam nih, kejap macam tuh. End up, my mama suh buat satu tempat aje. Senang nak kira and senang nak simpan. Since en.tunang dari nogori kan, so kitorang bleh letakkan smua barang hantaran tu kat homestay je siap2. No need for them to bawak all the hantarans all the way from nogori. Certain hantarans like sirih junjung, buah, coklat etc ok laa kot.

en.tunang yang keterujaan melampau pilih material utk gubahan hantaran
Rambang mata woo...sume cantik2.
Belah en.tunang, kaler merah putih.

My bekas cincin utk en.tunang. Tantek takk?
My side, tema kaler pink. Burung tu tomel kn?kn?

Erm...ape lagi nak citer ekk? Citer sal tunang stil tak up2 lagik sbb gambar yg ada dlm tgn aku skarang adalah sgt limited. Nak tnggu my 2 photographers tak rasmi a.k.a abang & aloy. Abang dah up dlm fb...aloy punye blom nmpak lagi. So, kasi hold dulu laa...

22 September 2010

Kesibukan...

Minggu ni banyak betul kerja...

Takut tak sempat siapkan semua.
Tapi, walaupun banyak kerja...aku tetap merasa happy dan tenang.

Sebab apa?
Hehehe...sebab supervisor tak ada.
Jadi semua kerja terus deal dengan big-bos.

Yeay!
Cuma...haruslah nervous terlebih.
Jangan dia campak kerja aku sudah....a-min.

21 September 2010

Tak Boleh Tidur...

Semalam, masuk bilik dalam jam 1215am. Tak mengantuk tapi takut susah nak tidur nnti. Dok main msg2, dekat jam 1am baru terlelap.

Tapi dalam jam 3am gitu, aku terjaga. Aku sedar2, rasa macam aku tengah komplen panas dan hari nak hujan. Aku cuba sambung tido. Tapi tak boleh jugak.

Akhirnya, sampai jam 6am aku masih duk golek2 cube untuk tidur.

Macam2 aku buat dengan harapan mata akan mengantuk and aku terlelap. Tapi hampa. Aku minum air, makan ubat mengantuk...still tak lelap jugak. Aku kacau mimi&joni, tengok tv etc2.

Masuk bilik balik, naik katil, selimut dan cuba pejam mata.

Akhirnya, jam 7 pagi baru terasa kesan ubat mengantuk tuh. Itupun asyik tejaga2 sbb jiran2 dah sibuk bersiap nak pegi opis. Bising laa sikit. Last2, aku bangun jam 750am...mandi dan ke ofis.

Petang, hujan le plak. dugaan betol. Berat mata...x sabar2 nak balik rumah untuk tido.

Sekian, terima kasih.

20 September 2010

My white lilies...

Actually, aku berangan nak hand-bouquet yang macam ni;

1) White
2) Lily
3) 3-5 stalks
3) Simple

Yang macam ni...

Atau macam ni...


Ataupun macam ni...

Memang dah niat, nak jugak ada hand-bouquet and after da majlis...nak hand it to en.Tunang. So, on the evening before the majlis...I went to few florist. Padahal, aku memang dah booked online few days earlier tapi saje je nak compare dengan kedai lain. Alhamdulillah, aku memang puas hati dgn florist online tadik. Hasilnya...

Ni gamba a day after the majlis. Bunga tu dah rosak sket sebab en.Tunang dah bawak berjalan smpai ke Johor and patah balik ke Nogori. Walaupun laen sket dari angan2 tapi tetap puas hati.
Kesimpulannya, saya suka hand-bouquet itu...

Aidilfitri 2010

Ok... Aidilfitri 2010, semua balik raya rumah mama&papa kat Melaka. Tahun lepas, aku sorang ikut mama&papa balik Pahang. Raya kedua, baru Aloy ngan Yana join. Tapi tahun ni, selain dari mengikut giliran...adalah kerana nak lansungkan majlis pertunangan yours truly dengan en.Muh4z (sekarang i dah boleh panggil en.tunang *wink*wink*).

My kid-sis dah cuti sminggu awal (soooo heaven...). Aku plak cuti sehari sebelum raya. Jadi, Rabu lepas ofis terus gerak ke Melaka. Banyak kereta tapi lancar. Aloy dah sampai Melaka pagi Rabu. Abang pulak, lepas berbuka baru gerak. By 1030pm...dah sampai rumah. Kami tunggu kakak-dari-kayangan yang sampai petang Khamis (ngelat nih....mementang anak2 dr mnggu lepas dah hantar balik kampung, depa p deting noo...).


Nasib baik raya jatuh hari Jumaat (bersamaan 10 September 2010). Makanya, sempatlah kami buat persiapan pape yang patut. Bz ohhh...my mama macam biasa lah, suka part masak2 nih. Macam2 idea dalam kepala tapi tulah, kesian...sebab mama kan dah berusia sikit. Menu raya pertama, rendang daging dan ayam (wajib wooo...) and nasi dagang. Nyum nyum nyum.


Ok, pendekkan citer. Raya!!!!
Pagi2 (ooppss, saya terlajak tidur) yang lelaki semua bersiap nak semayang raya. Yang perempuan sibuk kat dapur (aku turun lambat sob sob sob) Turun2, tengok semua dah hampir siap. So, mandi2 berhias. Tunggu yang lelaki balik dari masjid.

Few hours later, semua dah balik except my papa. Memang selalu macam tuh. Sebab dia ikut orang masjid beraya ke rumah ahli masjid dulu. So kitorang tunggu punya tunggu punya tunggu...baru papa balik. So, semua ready nak bergambar, bersalaman dan bagi2 duit raya.


Pendekkan lagi citer, semua dah salam2 and anak2 sedara sume dah dpt duet raya. Family kitorang ni memang jarang salam2 sampai nangis2...aku pun pelik. Macam aku, syahdu tu tetap syahdu...tapi kontrol taknak nangis. Ate, malu le kalo aku sorang je yang nangis. Yang len aku tak tau. Erm, pasal duet raya pulak...tahun ni aje dah 10 orang anak sedara. Fuihhh...kalo tahun depan bertambah lagi, botak aku hehehe. Semua adik beradik bagi duet raya kat mama&papa.


Ohh, sesi ambik gambar. Since Abang adalah photographer rasmi dalam rumah...so sesi bergambaran adalah berderetan. Especially, yang pompuan2 laa. Yang paling kecoh...k.lin lerr. Sikit2 gambar die. Pastu kitorang join berkaki-kaki hehehe. Semua amek turn ambil gamba family masing2, pastu anak2, pastu menantu2, pastu cucu pastu pompuan aje, pastu pompuan lagi, pompuan lagi...erm, sampailah penat.
Dekat berjam2 jugak laaa baru selesai sesi fotografi nih. Riuh sekampung terjerit2 rebut giliran and posing2. Erm...Aku letak gamba kami 3 beradik pompuan ajelah. Takmo laa letak yang len...kang derang pemes hahaha.

Ada macam the Kardashians tak?
Hakhakhak


Orang suh pandang kanan, dia pandang atas.
Aiyoo yooo!

Moi papa&mama.
Aku tidak bermekap dipagi raya sbb
bajet nak jaga kulit muka untuk majlis keesokannya.
Hakhakhak

Sekian, malas nak upload gambar dah. Yang len, confidential hakhakhak...

Mencari mood...

Aiyoo...

Mood nak stori-telling tak sampai2 lagi. Banyak nak citer tapi mati kutu nak mulakan camne.

So tunggulah dulu ekk..ekk...