03 December 2010

Wedding Invitation...

There are few wedding invitations this weekend.
Sampai aku pun tak tau which one I should pick.
Antara yang jauh dan dekat, bukan ke kita disarankan kepada yang lebih dekat?
Antara yang jemput bulan Ogos dengan yang jemput bulan 11?

Erm, bila banyak wedding invitations macam ni....
Kena laa cek akaun bank cukup ke tidak...

Papepun, kalau aku pegi yang jauh...boleh jalan2 sekali.
Kalau yang dekat, jimat dan boleh berehat.

Kalau ikutkan hati, nak je penuhkan semua jemputan...
Tapi hakikat aku cuma insan biasa...ehh, melo-dramatik pulak.

Ciao!

02 December 2010

Sudoku~

Sekarang, masa standard untuk aku keluar dari ofis adalah 730~800pm.
Kira oklah tuh. At least sempatlah aku buat macam-macam kat rumah.
Kalau tak dulu, time hectic macam ni dan ditemani pulak oleh si-anu...
mau aku balik 1~2 pagi.
Paling awal pun dia akan lepaskan ko kol 10pm.
Aku pun sekaligus jadi takda kehidupan macam dia gak hakhakhak.
Tapi alhamdulillah my big-bos tak macam tuh.
Tak payah komplikated kan kerja, simple but excellent...setel, balik.

So, bila dah boleh balik awal ni...apa aku buat kat rumah?
Well, kalau weekdays...aku kurangkan aktiviti berjimba.
Weekends kekadang aku masuk opis gak.
Badminton pun dah few weeks aku tak maen sbb MALAS.
Selain dari bergolekan depan tv, aku main SUDOKU...
Dulu main dalam handfon jer tapi sekarang tak larat laa sebab telefon kecik.
Haritu pegi MPH ingat nak beli buku SUDOKU tapi cam tak mengghairahkan le plak.
So, apa yang aku buat...
Tetiap hari sebelum balik rumah, aku akan print dari SUDOKU online.
Hehehehehe
Balik rumah, buat dengan bersungguh-sungguh sampai nak muntah!

Dalam 1130 pm, masuk bilik...baca buku pulak sampai nak muntah lagi.
Bajet mata macam dah rabak, tutup lampu dan tido.
Nak pulak cuaca sekarang malam agak sejuk...syiookkkk!

Begitulah aktiviti aku sejak hampir sebulan bz bekerja nih.
Perasaan nak berjimba dan bercinta pun semakin berkurangan...
Kita tunggu sampai kerja dah berkurang...baru mulakan gaya hidup baru pulak.

Cheers!

30 November 2010

Last day in November 2010

Erm...my November 2010 didnt end well.

Aku sakit hati sangat-sangat.

Kerja banyak sangat-sangat.

Nak shopping sangat-sangat tapi kecewa sangat-sangat.

Sekejap jer Disember dah sampai...hopefully Disember will bring kegembiraan.

A-min.

27 November 2010

InsyaAllah~

Everytime you feel like you cannot go on, you feel lost...
That your're alone, you feel so helpless, you can't see which way to go...

Everytime you commit one more mistake, you feel you can't repent...
That its way too late, you're so confused...

Don't despair and never loose hope
Cause ALLAH is always by our side
Raise your hands and pray...

Ya, Allah...
Guide my steps, don't let me go astray...
InsyaAllah, we'll find a way...


Source : InsyaAllah, Maher Zain

26 November 2010

They want a war? Give them war!

Dari segi sejarah, Jepun satu-satunya negara Asia yang terlibat dalam WWII.

Jepun was the biggest-super-power country in Asia, politically and economically.
Sekarang, China is the number-one country in Asia, economically. Jepun dropped to #2.
Politically, China is on the way, climbing...tak lama lagi will be on the top.

Pernah dengar pasal China's 60-years plan? How they devoted their 30-years into economic and 30-years after that into politic? Economic development yang China achieved over the past 30-years is a historic phenomenon and I think Chinese people should thank Deng Xiaoping, their extra-ordinary leader yang launched reform and open-door policy in 1970s and came up with the idea of 60-years plan. Genius, no?

Blah blah blah...go and find buku sejarah dunia/ China or 'wiki' or google it...

China : Friend or foe?
Source : Google images


Pernah dengar pasal Asian Dragons/ Tigers?

Aku pun tak sure saper dragons and saper tigers. Aku malas google but if I'm not mistaken, *Asian Dragons/ Tigers tu refers to China, Hong Kong, Taiwan, Singapore, Japan and South Korea. Kalau tak silap aku jugak...India dah termasuk dalam kategori ni jugak. And then, there are *Tiger Cub Economies refers to 4 dominant countries in South East Asia (SEA) : MALAYSIA, Indonesia, Philippines and Thailand. I know, I know...kita ni tiger cub je, kiut wattt?!

Ok, aku citer sal kuasa-kuasa besar Asia ni next time.
Arini, topik hangat semasa is pasal Korean Peninsula.



So, what's up with both North and South Korea?
North Korea attacked Yeongpyeong (South Korea on 23 Nov 2010).

Yeongpyong island, South Korea on 23 Nov 2010

After the artillery attack

North Korean territory view from Yeongpyeong

Preparing for war!?!?!
Another war in Asia? Experienced war in 1950s not enuff ke? How much more your people kena suffer? Erm, I personally rasa both countries pun made mistakes...apehal dengan provocations and all? Well, derang nak perang...perang laa. Bukan ada kena mengena dengan aku pun.

Preparing...
Preparing. Kalau tengok news, dah ada banyak US-South naval ship kat Laut Kuning...stand-by.

Erm...but if you think deeply, how sure menda ni wont give any impact on us? Sekarang Koreans, arituh China-Jepun pun tegang but luckily Jepun ni tak seagresif China. But dalam kes Korean nih, dua-dua besar kepala ok! Other countries hope that US and China will play their part as their role are very important to influence both North and South.

Perasan tak, sekarang semua tertumpu pada Asia. US bersiap sedia China take over their place as world-power. US pun gabra tapi kontrol macho okke. Jepun dah gelabah biawak since few years ago and finally this year, derang tumbang jugak di tangan China.

Kalau Korean berperang, tak mustahil nanti perang sesama negara Asia akan berlaku jugak. Misalnya, China-Jepun, China-India, China-etc2. Semua pun tak puas hati dengan China ekk, pasal disputed territories. Sumer pun China claimed dia punya. Nasib baik Malaysia ni sedar diri negara kecik, rakyat 1/10 jer kot dari China...tak payah gaduh2, kita 'berebut' cara damai hehehe. Baper nisbah tentera kita dengan tentera China? Aku tak tau...

Itu semua kuasa-kuasa besar Asia. Apa jadi kalau kuasa-kuasa besar Asia dok sibuk berperang? Siapa akan sengih sampai ke telinga??

Aku personally bukan nyer excited sangat kalau China take over US. I mean, seriously...ada pro and kon. Tapi when it comes to Asia...I would like to see Asia as a well-respected nations. Bukanlah sekarang orang tak respect Asia tapi I want more than that hahahaha. Aku nak when people mention Asia je, you get the same reaction macam bila ko sebut Europe or America.

Erm, menceceh leleby plak aku ni ekk. Aku cuma nak cakap, tak payahlah berperang. Stop all the provocations. Kalau berperang, susahlah aku nak pegi ber'holiday' to Seoul nanti nak beli keronsang hehehehe...

* Kalau silap, tolong betulkan. Itu based on apa yang aku tahu sahaja.

Nota-tangan-kiri :
Aku memang dah lama nak stori pasal Asia nih tapi tiap kali nak menulis, ada jer menda lain kacau. Aku suka baca buku-buku berkaitan Asia tapi malas nak cerita...kesimpulannya, marilah kita STANDING IN THE EYES OF THE WORLD lalalala~

25 November 2010

Tertekan...

Tertekan...

Napalah tak setelkan awal2 dulu...

Dah sekarang datang bergolek-golek lagi...

Padan muka kepada diri sendiri....

24 November 2010

Jiwang kejap..

Kepala tengah berserabut pasal kerja.
Tengah tensen2, dok pikir "what can make me smile even just for a second?"

Makan!!!

No! No! En.tunang pesan suruh diet sebab katanya aku sudah bertambah, tambah, tambah, tambah SEHATTTTTT. Erm, alhamdulillah. Tanda cukup makan minum malah terlebih.

Erm, nak 'bercinta' dengan en.tunang tapi dia busy. Jadi kita jiwang sorang-sorang. I sms-ed a lot of sweet and romantic poems kepada en.tunang. En.tunang tak balas pun...

After almost half an hour, baru dia reply. As I expected...memang buat aku tersenyum sorang-sorang dan cair tapi beku balik dengan cepat sebab suhu dalam bilik ni macam ko nak simpan mayat! His gentle words memang kinda soothing at times macam sekarang nih.

Note :
The other day aku meroyan, but he stayed calm and keep saying all the nicest words.

One thing that I noticed, tiap kali kalau keadaan tegang, en.tunang akan cakap..."syg, mengucap syg (sambil dia bacakan), tarik nafas hembus (sambil dia tarik nafas & hembus few times), basuh muka...tidurlah syg. Moga esok akan lebih baik dari hari ni". Seresly, everytime...dia akan cakap ayat yang lebih kurang sama macam tuh.

Tapi everytime bila part dia cakap "tidurlah" aku akan meroyan sekali lg and I think sampai sekarang en.tunang tak paham kenapa aku meroyan balik bila dia cakap macam tuh. Aku tau niat dia baik...tapi en.tunang (I know u gonna read this suatu hari nanti b), the reason adalah kerana aku nak terus dia bercakap dengan aku. Aku nak dia terus cakap all the nicest words. Macam mana nak cakap ekk, macam nak dia temankan sampai aku terlelap. Boleh? Hahaha...melampau!!! Well, nasiblah dapat 'bunga' cam aku nih. I love you, b!

Ok, back to work. Aku dah mula mengantuk....

Kita insan biasa...

Peluklah erat hati ini, dan
jagalah selalu.

Sedih dan ketawa,
kita akan tetap bersatu.

Kuatkanlah dinding hatimu,
biar aku tetap menjadi bungamu.
Akan aku cipta damai untukmu.
InsyaAllah.

23 November 2010

Sibuk uolsss...

Aku busy...


Itupun aku nak citer kat semua orang supaya orang tau sebab aku tau semua orang pun busy.

Aku busy...



Sigh...tertekan!

Sudah mula rindu untuk keluar pejabat tatkala matahari masih belum terbenam.

Miss you my boo...erm, sape lagi...en.tunang laa.
I know...korang musti boring. Ada aku kesah?

18 November 2010

Selamat Menyambut Aidil Adha

Assalammualaikum peeps!

Forgot to wish uols AIDIL ADHA, but it is better late than never,no?

Jadi, apakah aktiviti saya pada hari raya Aidil Adha?

Well, saya tidak ada plan. My parents went back to Kuantan. So did my sisters. Diorang boleh cuti lama. Saya tak boleh cuti. Nanti naik tanduk collegues saya sebab mereka sangat busy sekarang.

So, my plan was to melepak dirumah abang. Malam sebelum Aidil Adha, saya main sudoku sampai 4 pagi. Menjelang subuh (i mean, 1 and half hour after the azan), en.tunang sms...

Him : Kita tengok orang sembelih lembu nak?
Me : Heh? Camne nak tengok nye?
Him : Nanti kita g laa tengok kat masjid...
Me : Huhuhu...nak!nak!nak! (Maknenye, en.tunang nak datang ler tuh! Hepi nyer aku!)
Him : Ok, kang b sampai tepon. Pakai baju kurung yer, b pakai baju melayu...

Semangat uollsss...pakai sedondon pink lagi. Wahhh, syok sendiri gitu....

En. tunang sampai dalam kol 845am. Ingat nak pegi brekfas, tapi haruslah kedai sumer tutup. So, ke masjid puchong ler kami. Katanye, masjid tumbang 16 ekor lembu. Masa kami sampai, orang dah abes semayang raya. Sesak gila...cam malu pun ada. Apa tidaknya, semayang raya tak pegi...tapi sebok nak tengok lembu (well, aku takleh semayang pong time tu, en.tunang pulak dari melaka, so tak sempat ler semayang). Pastu kang tetibe je beratur nak amik daging hekhekhek. Tunggu punya tunggu (kat luar pagar sebab parking penuh), tak nampak tanda-tanda lembu nak ditumbangkan dalam masa terdekat. Ramai orang datang keliling lembu-lembu siap usap-usap lagi tuh. Dah macam kat zoo pulak. Memandangkan mata aku dah agak rabak, aku ajak en.tunang balik rumah abang dulu.

Jadi, bila sampai rumah abang...makan-makan. Kherney masak menu raya huhuhu. Tip top! Borak-borak. Abang tak berapa nak sihat. According to kherney, he didnt sleep well for few days now. In fact, dia agak diam. Erm, so many things bothering his mind sekarang nih. So, I dont want to make him lagi serabut. So, I ajak en.tunang pegi tengok lembu lagi. This time, bawak my niece and nephews sekali. Oh man, they were really excited ok! Siap nyanyi2 lagu nak tengok lembu kena sembelih nih. Memula en.tunang suh I tinggal, so that I could take a nap. Tapi, buleh ker en.tunang nak jaga 3 orang budak sorang-sorang?

Jadi, aku pun mengekor jugak lah. Bukan senang nak jaga 3 orang kanak-kanak yang very eager to see and learn new things ni tau. They were very energetic. Masa kami sampai masjid tuh (masjid yang sama, masjid puchong), almost half of the lembu-lembu dah disembelih. Uwaaa...aku tak berapa syok sangat nak tengok. So, aku dengan tasha dok jauh-jauh sket. KHalish and Fahim jer gigih ikut en.tunang. Tapi ended up, khalish pun tak sanggup nak tengok sangat. Fahim gigih. En.tunang siap dukung and letak atas bahu. Seb bek fahim tu kecik lagi. Cube kalo aku yang mintak en.tunang dukung...hehehehe.

Masa tengah tengok satu persatu lembu kena sembelih tuh, tasha and khalish tanya banyak jugak soalan-soalan. Ada yang aku boleh jawab, aku jawab. Ada gak yang aku tak berani jawab. En.tunang pulak jauh duk sibuk tengok lembu kena sembelih dengan fahim. Tapi syok gak tengok sebenarnya, I like the part when everyone bertakbir before sembelih. Rasa sayu aje. Then tasha tanya, "why we must watch this kind of torture? I pity the lembu" Kenalah explain that this is not torture bla bla bla. Then, khalish nyampuk..."I pity the lembu too. Abang dont want to eat meat lagi lepas nih" Yep, masa nak balik aku tanya nak makan apa...pandai pulak mintak mcdonald!!!! Funny laa budak-budak kecik nih....kiut aje.

Then bila sampai rumah...diorag pun tak sabar-sabar laa citer kat parents derang. Erm...I took a nap kejap while waiting for aloy to datang rumah abang. Bila bangun, it was almost 2pm. Aloy pegi KLCC dulu. Cehh....

Dah alang-alang cuti nih, aku ajak laa en.tunang pegi IKEA. Since, banyak jemputan kahwin ujung-ujung tahun nih...so aku nak beli banyak-banyak terus, senang citer. We bought presents for our bakal-pengantin friends. Dalam 4-5 hadiah cenggitu and we spent less than RM100 (inclusive our lunch there)! Murah giler kan? Cuz presents yang kitorang beli tu elok plus IKEA kan..Rasa cam worth it sesangat...so, sekarang yang tinggal cuma nak balut je hadiah2 tuh...


Erm, oklah. Penat dah taip. Nnti nak letak gambar en.tunang dukung fahim. So kiut...daa!