15 November 2010

Cet cet mencecet...

Sekarang,
10 new tasks masuk....

Kemudian,
masih lagi 10 tasks...

Sampai tahun depan pun 10 tasks dok betenggek atas meja lagi...

Eh, apa aku membebel nih? Nak kosongkan otak nak isi input baru pulak ni wehhhh!!!!

Input! Input! Apa aku nak 'auta' atas 45 pages nih?

Ekonomi? Aku tau bajet rm10 satu ari untuk brekfas, lunch dan dinner...baper percent aku jimat? baper percent aku rugi? Aihhh...awat SPM dulu tak amik ekonomi nih. Tau guna ekonomi handalan jaa....

OK, as always...aku 'weng' kena study and report back within 24hours. Ada masa lagi hapdet blog? Huih, multitasker!!!

Ciao!

12 November 2010

Badminton...

Semalam g men badminton lagi. Memula cam takda orang nak men. Sekali amekk ko...ramai okke!
So much fun! Celonot walopun balik dengan sedikit kekejangan sebab frekuensi regangan-hampir-maksimum beberapa kali dan sedikit kesejukan. Balik dengan cuaca yang sejuk...seronok tarik selimut dan liat bangun pagi walaupun azan subuh bagai menggegar tingkap bilik dan suara imam...alahai, syahdu gile aku dengar, sedapppp! Tapi tatapppp tak bangun gak...tunggu jam loceng gak yang kejutkan aku....ngeh ngeh ngeh. Nak men lagi......

Simple

Kalau kita nampak orang terjatuh tangga, hulurkan tangan untuk membantu.
Tapi kalau yang terjatuh tu tak mahu hulurkan tangan untuk dibantu...then, just walk away.

Kalau orang dalam kesusahan, kita hulurkan bantuan.
Tapi kalau orang yang susah tu pun taknak terima bantuan, lantak dialah.

Kalau orang bodoh taknak terima tunjuk ajar dan panduan, itulah dia bodoh sombong.

Despite all the hectic and stupid things happening around me lately, aku rasa sangat happy.
Terima kasih en.tunang for such pearls of wisdom...
Thank you for your effort to make me smile and happy...

Ish, tetibe senyum sorang-sorang pulak...

Daa, hepi weekends y'all!

09 November 2010

Sejarah mungkin berulang...

Dulu masa aku form 4, my english teacher pernah nasihatkan aku....

"Betapa dari perasaan tak puas hati tentang sesuatu perkara yang kecil, bila dibiarkan tanpa diatasi dan tiada kompromi boleh menyebabkan perang yang amat besar"


In smaller scope :

Hanya kerana isteri tak puas hati cara suami picit ubat gigi, dipendamkan sahaja, tidak diatasi dan tiada kompromi...selepas 4 tahun, penceraian berlaku.


In larger scope :

Betapa pertikaian sejarah antara China-Jepun dibiarkan berlarutan sampai ke zaman moden, tanpa diatasi dan tiada kompromi, satu masalah kecil yang tercetus sahaja sudah cukup untuk membuatkan kedua-dua negara agresif memperkukuhkan angkatan tentera masing-masing.


Dulu masa teacher aku cakap macam tuh, of courselah aku pikir pasal kahwin-cerai sahaja. Syok ooo pikir sal kahwin-kahwin nih masa zaman remaja dulu. Bila sal cerai aje, scarrryyy mak!

Sekarang bila dah dewasa dan hampir matang (well i'm not 100% matang pun lagi, not until i'm 60 i think. Matang is a big word!!! Huge responsibility!!!) Baru aku faham...

Zaman Hang Tuah dulu, kerana maruah sanggup berbunuhan.

Zaman sekarang, terasa hati atau tersalah cakap pun boleh berbunuhan.

Makin lama, nilai nyawa manusia makin menurun. Tapi nilai emas, makin lama makin naik.

Bila nilai nyawa manusia makin menurun, secara lansung membuktikan tahap kesyukuran terhadap anugerah nikmat Allah swt pun makin menurun. Bukankah nyawa itu suatu anugerah nikmat Allah swt yang dipinjamkan kepada para manusia agar dapat beriman kepada-Nya?

Bila nyawa boleh di'ambil' oleh manusia sendiri, secara tak lansung membuktikan betapa manusia itu sendiri cuba untuk mengambil alih kuasa hakiki yang Maha Pencipta.

Kes Sosilawati :

Pesalah akan dihadapkan ke mahkamah. Bagi aku, fakta membuktikan pesalah memang membunuh. Patut atau tak dia pun dijatuhkan hukuman bunuh? Bagi aku teramat PATUT! Tak payah nak naik turun mahkamah...BUNUH sahaja! Orang kejam macam tu tak patut hidup...

Siapa aku untuk tentukan patut atau tidak untuk dia hidup? Kuasa ditangan aku ker? Hidup dia milik aku ker? Kenapa kita tak hormat keputusan 'TUAN' pemilik hakiki hidup dan nyawa si pesalah tuh? Kerana Dia telah janjikan hukuman ke atas setiap kesalahan yang dilakukan manusia di atas muka bumi ni, kerana Dia lebih mengetahui....kerana Dia MAHA MENGETAHUI.

Setiap yang salah di muka bumi, layak terima pembelaan. Layak untuk diperbaiki dan layak untuk bertaubat. Taubat itu juga bukan milik kita...itu juga 'hadiah' dari Dia untuk hamba-Nya.

Setiap yang salah harus diperbetulkan. Jika tidak diperbetulkan, teruslah hidup dalam kesalahan. Hidup yang terus dalam kesalahan sama dengan kehidupan dalam kegelapan. Maka, kembalilah kita kepada kehidupan tanpa ketamadunan...

Wallahuahlam.


Nota-tak-boleh-tidur-malam :
Aku pun pelik nape english teacher aku tak speaking mat salleh bila nasihatkan anak murid. Erm....mungkin dia takut anak murid tak paham bahasa mat salleh, jadi nasihat dalam bahasa melayu lebih menikam kalbu kot....


Nota-kaki-lebam-lagi :
Japan do not have their own troops. Depends on US. Please read world history. Esp. WWII.

Nonsense

Erm...after almost 1 year and 6 months aku ber'blogging' ni, I noticed that most of my entries tak berbentuk ilmiah lansung. Erm...I personally think that is just not quite right. I should write more on my thoughts on current issues happening around me. But still...menda-menda yang ada kaitan dengan aku laa. Or maybe not....

Because, so far I only wrote (or should I say, reported? no?) my daily routine and what's happening with my life so that people get updated or not. Sigh! Boring kan? Not me! Well, aku of course laa tak boring cuz aku suka je syok sendiri cerita pasal diri sendiri kan...it feels good when you can bebel about your stuffs and do what you likes. Erm...tapi sampai bila?

I will write on my thoughts on certain issues. At least I can let it out. Takda laa aku rasa sangat aku ni otak-udang kan....mau lah jugak rasa well-educated, well-mannered and well-raised kan...

Erm...kang aku ni tenggelam dalam dunia hiburan semata-mata ler pulak. Jadi, elok kita kembangkan ilmu, buka dada untuk terima menda baru dan insyaAllah, kita akan jadi manusia yang cemerlang, gemilang dan terbilang! (betol ka turutan?).

Ekceli, few things happening lately. Some of it makes me realize the importance for me to develop myself to be a better person. The most important, how it reminded me to be grateful and say syukur to Allah swt. Ada masa aku lupa, walau sekecil kuman baik atau buruk yang berlaku...Allah swt tak pernah terlepas pandang aku. Kerana Dia aku hidup, kerana Dia aku disini, kerana Dia aku senyum, kerana Dia aku diduga, kerana Dia aku bersabar, kerana Dia aku lalui semua. Erm...I know, entah apa laa yang aku nak cakap ni.

Oklah, kang lagi panjang bebel...lagi aku lupa matlamat asal entri nih.

Aku cuma nak cakap...I should start menulis dengan menggunakan akal, kadang-kadang. Kadang-kadang tulis dengan menggunakan hati. Kadang-kadang tulis dengan hentam brono. Kadang-kadang....aku punya sukalah nak tulis apa pun! Ish, ter'emo' plak...hakhakhak.

08 November 2010

Salad

FYI, aku dah masuk rumah baru 'banglo' 15 tingkat for few months now. Dulu, sebelum masuk rumah, selalu laa berangan nak hias macam-macam. But to be realistic, I could not afford to make all my angan-angan jadi kenyataan at the moment. There are so many things I need to focus and consider. Priority~! So, inilah masanya betapa aku perlukan STRATEGY~

" Plan your work and work your plan"

Owh, sebenarnya nak citer lain...

Bila dah masuk rumah, selalu laa berangan nak lengkapkan dapur cepat-cepat. Aku nak buat salad yang best-best. Berangan nak beli the best ingredients and nice bowl etc. Tapi, sampai sekarang pun tak buat-buat. Bowl pun tak beli lagi. Inikan pulak ingredients nyer.

Kesimpulan, berangan itu memang indah. No?

Kepentingan untuk tahu hujung pangkal cerita...

To 'my dear',

"Even a great advocate pun perlu tahu cerita sebenar sebelum membela anak guam"

Kalau tidak, kita cuma membuta tuli membentuk jalan cerita mengikut kehendak diri sendiri dan kepentingan peribadi. Semua orang berhak untuk menceritakan keadaan sebenar.

Kita ni bukan barbarian.

Seorang pembunuh pun diberi peluang untuk membela diri di dalam makhkamah, inikan pula kita yang masih bebas untuk mempertahankan hak masing-masing. Kita jadilah seorang juri yang adil, dengar dahulu cerita kedua-dua belah pihak. Kemudian, gunakanlah deria kurnian Allah swt untuk menilai dan membuat keputusan.

Deria bukan hanya pada mata untuk melihat, tapi juga pada telinga untuk mendengar. Mulut untuk berkata-kata, hati untuk merasa naluri, akal untuk berfikir dengan waras. Allah swt ciptakan kesemua deria saling melengkapi. Bila kesemua deria sudah digunakan tapi telinga ditutup dari mendengar...tidak lengkap lagi putaran untuk sebuah keputusan yang bijaksana. Bila dibuka hati dan akal untuk mengizinkan telinga mendengar, bukalah kedua-dua belah telinga untuk mendengar. Jangan pula kemudian digunakan telinga untuk menilai. Wallhuahlam.


To 'my dear',

I know you gonna read this eventually. Walau tak pernah kau minta maaf dari aku, tapi aku nak kau tahu...aku tetap maafkan kau tiap kali sebelum aku tidur. Kerana itu tanggungjawab aku. Hanya kau yang lebih tahu apa di dalam hati dan akal kau. Aku harap kau tak perlu merasa bagaimana yang aku rasa sepanjang hidup kau. InsyaAllah. Kesombongan kau lebih membahagiakan kau dari sepatah ucapan maaf...I get it.


Nota-hati-terluka :
Ehem ehem...this is not related to en.tunang, obviously. But I do miss him, like...a lot! Being in a long-distance relationship is quite mencabar jugak yer *pat on my back*LOL!

Ohh, KL-Melaka can be considered as long-distance relationship ka? I have a friend yang bercinta for almost 3-4 years, met only few times (less than 10 times!)...one in Malaysia, the other one in UK...fuhh! Itu lagi jauh beza mencabar ka?kan? Bravo to both of you guys! *Dah kawen dah pun, she's pregnant! Hip!Hip! Hooray!* They're really cute together....

04 November 2010

Xtau siapa

O!25!3!!68


jUST A sELF-rEMINDER
Vanakkam!


HAPPY DEEPAVALI!


Dilwale Dulhania Le Jayenge!

Kuch Kuch Hota Hai!






Yeeehhhhhaaaaaaaaaaa!


01 November 2010

Kakiku kaket = Kakiku sakit

Banyak cerita. Tapi malash...

Oh, semalam sampai rumah dalam 930pm gitu.
Lepas mandi-manda...terus panjat kerusi nak tepek bintang-bintang kat dinding (glow-in-da-dark thingy). Dah selesai one side, turun kerusi sebab nak move to the other side...tak semena-mena aku terjatuh (tiada golekan berlaku....fuhhh). Tapi entah macam mana, kaki tersadung pada kaki kerusi. Jadinya, kerusi kayu yang bafak berat itu telah menghempap kaki kiri sehingga terkoyak kulit aku. Meraung sakan laa aku. Terus terbaring sambil lakukan golekan minor. Menitik air mata tahan sakit. Dekat 4-5minit gak aku terbaring atas lantai sebab pedih yang amat. Lepas tu mama tepon, terus aku ngadu.

Aku : Ma, tadi kngah jatuh kerusi.
Mama : Haa? Buat ape panjat kerusi? Pastu camne?
Aku : Nak tepek bintang tu laaa...terkoyak kulit kaki tau..(mintak simpati uolllsss).
Mama : Ohh, yer ker...cantik dah tampal?
Aku : Ngaaaa....

Boleh mak aku wat donno je lepas aku ngadu 'kulit kaki terkoyak'? Aisehh...

Alaa, die pun tak heran dah kot. Takat terkoyak kulit kena hempap kerusi. Dia dulu sampai rabak-rabak, terkoyak tang 'sinun' beranakkan 5 orang...relaks aje hehehe. Lagipun, kalau laa kecederaan aku seres, mesti aku yang tepon dia dulu. Tak pun aku sampai nangis-nangis meraung mintak tolong kat dia kn?kn?kn?

Lepas aku dah explain betapa gorgeous dan marvellousnya bilik aku lepas tepek bintang-bintang...

Mama : Sakit lagi kaki?
Aku : Sakitlah. Esok nak m.c. laa...
Mama : Manja! Mengada-ngada lebih tau!
Aku : Hehehehe....

Uwaa....aku kurang kasih sayang sob sob sob.

Tapi takda laa aku m.c. Tak koser...nak bermanja je yang lebih...

Oklah, tu saje. Bai!

Nota-kulit-kaki-terkoyak : Bukannya terkoyak pun, melecet saja....tapi drama MUSTI mahu lebihhhh beb!