29 December 2009
Tinggalkanlah aku...
Tak perlulah mintak maaf lagi sebab satu pun aku tak simpan dalam hati. Jangan ganggu aku lagi. Hilang sudah semua rasa hormat aku pada kau, jadi jagalah maruah kau sebagai seorang lelaki.
Nasihat aku, jadilah lelaki yang bertanggungjawab...
Ingat, kau akan jadi pemimpin suatu hari nanti. Bijaklah buat keputusan.
Perbaikilah kesilapan lalu, majukan diri untuk masa depan kau sendiri. Belajarlah untuk berdiri atas kaki sendiri dan cubalah untuk bersikap positif...
Ingat...kau boleh berjaya sekiranya kau berusaha + doa + tawakal. InsyaAllah.
Jadilah anak dan adik yang baik. Jadilah lelaki yang baik.
Aku bukan ditakdirkan untuk jadi suri dalam hidup kau kerana aku bukan datang dari tulang rusukmu. Aku gagal bahagiakan kau jadi janganlah kau cari aku lagi...
- Roger & Out -
bLiND
I never thought we'd be here
When my love for you was blind
But I couldn't make you see it
That I loved you more than you'll ever know
A part of me died when I let you go
I would fall asleep
Only in hopes of dreaming
That everything would be like it was before
But nights like this it seems are slowly fleeting
They disappear as reality is crashing to the floor
When my love for you was blind...
28 December 2009
(Riwayat al-Nasai, dinilai sahih oleh al-Albani).
sayang mintak maaf kalau sayang bukan perempuan yang baik utk B
sayang mintak maaf kalau sayang terlalu memaksa B
sayang mintak maaf kalau sayang selalu lukakan hati B
sayang mintak maaf kalau sayang tak mampu jadi sempurna untuk B
sayang mintak maaf kalau sayang punca B berpaling pada yang lain...
B...
bukan niat sayang menangis untuk meminta simpati B
bukan niat sayang merayu untuk buat B rasa bersalah
bukan niat sayang memaksa kerana merendah2kan B...bukan!
B...
jujur yang B minta, jujurlah yang sayang beri
setia yang B minta, setialah yang sayang beri
tulus yang B minta, setulus hati sayang serahkan
dengan harapan, B pun akan beri yang sama...
serahkan yang sama...
B...
entah mana silap percaturan sayang
tanpa sedar sayang buat B menjauh
sayang mintak maaf kerana cintakan B...
Hanya Tuhan yang tahu...
nilai airmata sayang untuk B...
hati aku disakiti lagi..
Kau ampunilah dosa ku
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Ya Allah, Sekiranya dia adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya dia ini adalah lelaki yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya dia adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya... dia jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
Tetapi Ya Allah...
Sekiranya dia ditakdirkan bukan untuk diriku
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya dia tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya. .
Sekiranya dia tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya dia menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena
Ya Allah, Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka...
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu
Ya Allah, sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu. .
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..
Ya Allah, Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Bukakanlah hatiku dan dia untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku untuk menjadi isteri yang Solehah di masa hadapan
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu
Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku ingin menjadi isteri yang dirahmati, yang dikasihi , yang solehah...suatu hari nanti. InsyaAllah.
Amin, amin Ya Rabbal Allamin
DUGAAN CINTA JARAK JAUH
Percintaan jarak jauh ada kalanya begitu menduga biarpun sesekali terasa seronok dan terbuai oleh kejujurannya. Namun ada juga yang menaruh curiga dengan pasangan kerana takut kasih sayang yang sedang disulam akan terhakis perlahan-lahan.
Bagaimana untuk memelihara dan mengekalkan percintaan jarak jauh yang dilalui? Pelbagai perasaan yang merunsingkan, menyedihkan dan memeningkan apabila berada dalam situasi cinta jarak jauh ini. Pelbagai dugaan dan cabaran perlu dihadapi.
Menangis dan sedih yang amat sangat apabila si dia berubah hati disebabkan rasa sunyi. Untuk mencari jalan mengatasi dan mengekalkan hubungan itu, diperturunkan petua ini supaya anda lebih bertindak rasional serta memperkukuhkan lagi jalinan ikatan selain menyuburkan kasih sayang supaya terus berpanjangan.
- Percaya pada pasangan
Apabila berjauhan dengan pasangan, kita hendaklah percaya dengan si dia. Pentingnya sikap saling mempercayai dalam berpasangan ini berasaskan kepada tunjangnya iaitu kesetiaan. Percayalah pada si dia yang dia akan setia dan masih menyayangi anda walaupun berada jauh beribu-ribu kilometer jaraknya.
- Setia walaupun jauh
Memang pelbagai dugaan yang akan dihadapi apabila berjauhan. Ketika berjauhan, anda akan terasa sunyi kerana orang yang selalu kita jumpa, tiba-tiba kini jauh dari mata.
Apabila berjauhan, hati menjadi sunyi dan pelbagai perasaan timbul di hati. Ketika inilah kawan menjadi penyeri. Namun begitu, walaupun anda masih mempunyai kawan, kawan hanyalah kawan. Ceria bersama kawan tidak sama dengan ceria apabila bersama dengan orang yang anda sayang. Di sini, ada yang kecundang.
Ada yang berpasangan dan menjalin hubungan dengan kawan disebabkan terasa sunyi. Fikirkanlah, apa perasaan pasangan apabila mendapat tahu yang anda tidak setia? Letakkan diri anda di tempat dia. Adakah anda akan gembira dan suka jika dibuat demikian?
- Berjumpalah walaupun seketika
Jangan jadikan jauh itu sebagai alasan. Cinta perlukan komitmen. Cinta juga adalah tanggungjawab. Walaupun jauh, cuba cari masa untuk berjumpa dengan si dia.
Paling tidak pun apabila ada cuti panjang menjelang. Janganlah tidak berjumpa langsung. Sudah pasti rindu di hati akan semakin memberontak apabila berjauhan.
Jadi, apabila ada kelapangan itu, rancanglah untuk berjumpa. Sudah pasti ini akan mengeratkan lagi hubungan dan dapat mengurangkan rasa rindu.
- Tanyalah khabar
Setiap malam sebelum tidur kalau boleh cuba hubungi si dia untuk bertanyakan khabar. Buat secara selang seli. Hari ini anda yang hubungi dia dan esok giliran dia pula. Dengan cara ini, baru sama-sama berasa susah dan senang.
Jangan mengharapkan si dia saja yang akan menelefon. Sudah pasti dia akan berasa sukar untuk menghubungi anda jika dia saja yang perlu hubungi. Memang cinta perlukan komitmen tetapi ia akan menjadi sukar apabila sebelah pihak saja yang memberikan komitmen. Untuk itu, sama-samalah membantu dalam membina percintaan ini.
- Sambut hari ulang tahun bersama
Sekiranya tidak sibuk, cuba sambut ulang tahun bersama-sama. Sekiranya sambutan hari ulang tahun itu jatuh pada hari bekerja, sambutlah bersama-sama pada hujung minggu selepas itu.
Luangkan masa bersama untuk seketika, sudah pasti dapat menggembirakan antara satu sama lain. Walaupun perjumpaan itu hanya sementara, kenangan ketika berjumpa bersama-sama sambil menyambut hari ulang tahun sudah pasti akan terpahat kukuh di hati.
Mungkin anda akan tersenyum sendirian apabila mengenangkan kembali kenangan manis sebegitu.
- Jangan jadikan jarak sebagai pemusnah
Cinta jarak jauh memang sukar. Memang meronta-ronta hati bila mana rindu itu datang. Apabila keseorangan, sudah pasti kita akan terasa sangat kerinduan itu.
Tetapi ingatlah, jangan jadikan jarak yang jauh itu sebagai pemusnah cinta. Jadikan ia sebagai satu cabaran yang akan memberikan anda lebih bersemangat untuk meneruskan cinta itu.
Apapun rintangan yang ada, jangan jadikan ia sebagai alasan dan penghalang. Tetapi jadikan ia sebagai sesuatu yang dapat menambahkan kasih sayang kita kepada si dia. Apabila jauh, anda akan merasa rindu bukan? Jadi jauh itu bukan satu perkara yang tidak baik, cuma ia salah satu cara untuk memupuk rasa kasih sayang dan mengajar untuk menjadi seorang kekasih yang setia.
Nota rambut : Di 'plagiat' dari http://fitrahalam08.via.my@@@@@@@
23 December 2009
@}-- MEMORY LANE --{@
di awal perkenalan...
masa ni awal lagi...
baru kawan2 aje, bawak En. Muh4z jalan2 Melaka with my sis
we bought a couple-keychain (ehh tadi kata baru kawan2)
erm...I pun konfius dah HAHAHAHAHA
kalo tanye En. Muh4z, die lagi konfius kot!
I rase sweet sangat masa nih...sweet kn?kn?
HAHAHA PERASAN!
sweet sebab masa nih...En. Muh4z ikutttt je cakap I.
Hari2 nak ambik hati I, manjakan I...
tapi sekarang?!?!?!
Erm...lagi lah MANJA gitu, auuuwww!
HAHAHAHA...
don't hate me cuz I'm beautiful HAHAHAHA
In both pics, En. Muh4z kelihatan sungguh TINGGI
takpe2...macho je di mataku lalalala~
[kenape kami nampak agak teleng dalam gambar ini?]
Nota jari tangan sebelah kiri :
Lupa nak WARNING!, entry ini sangat memualkan bagi mereka yang tiada kaitan dengan gambar2 di atas. Harap maklum
Latest Update
2) Last Monday, my collegues semua cuti (MC & EL, inclusive my big-bos), my bos pulak kene pergi p@rli@ment. End-up, aku sesorang kat office...I have to deal with few foreigners and aku failed to understand their English (termasuk kene marah/maki sbb tak paham derg cakap ape....hello! bukan salah aku kalo English ko yg teruk OKKE!)
3) Kemungkinan gaji masuk lebih awal dr yg dikatakan..hip!hip!hoooray!
4) Nak balik Kuantan this Christmas
5) Me catching up kerja baru...it's not that bad! HAHAHAHA
6) I nak deting ngn En. Muh4z....uwaaaa! tak tahan lagi....(erm actually boleh jer tahan lagi, tapi biasalaa...gedik aje yang lebih)
7) I dah mule diet yesterday...tp dinner makan kuew teow goreng HAHAHAHAHA
8) Mau main badminton hari ini...jom!
Sekian, terima kasih.
Salam Hormat.
22 December 2009
Bosan + Sakit Kepala + Malas
WARNING! :
entry ini penuh dengan gambar peribadi
hanya mereka yang suka busybody dan menyibuk hal hidup orang lain sahaja yang dibenarkan untuk terus membaca.
kalau baca jugak...
faham-fahamlah yer perangai diri sendiri...
tepuk dada tanyalah IMAN!
hahahaha
yang dukung tu pun cumel jugakkk
ehem ehem ehem
tapi nape @rf@n cam tekejut?
x besh yer tangan orang yang dukung tuh?
rase tulang aje yer?!?
kesiaannnn @rf@n
aauuummmm!
mesti tuan punya badan (dalam gambar di atas) akan menangis dan MERAUNG
merenung gambar recaro fishnet itu
muahahahaha
Nota bontot :
semua gambar ini adalah dari ehsan arkib W910i
yang telah diambil kira-kira sejak zaman paleolitik purba
21 December 2009
kONfiUs
Since En. Muh4z balik Perak...kitorang AGAK selalu bergaduh. Bila fikir2 balik, kadang2 sebab-musabab yg buat kitorg gaduh tuh are either;
1) Takde kene mengena ngn kitorang
2) Kene mengena ngn orang lain
3) Tahap kejelesan dewa maharaja (ini kategori utk En. Muh4z shj)
4) Kerana gangguan emosi menahan rindu (of coz ini kategori aku laaa, daaa....)
5) Syok sgt gaduh smpai kalo x gaduh rase pelik...kot
6) Sbb org lain...
Erm, dengan itu aku telah membuat spekulasi (erkkk?).
Aku tak boleh berjauhan dgn kekasih hati (yes, dear...i know, i know...drolling eyes!)
En. Muh4z belagak je lebih boleh jauh2 nih..padahal die pun same jer WENGGGG ngn aku!
So, since there's gonna be another intebiu session tomorrow utk En. Muh4z which I'd say peluang cerah utk die dapat...aku telah menggunakan 50% of my kuasa veto to force him datang KL. Up to now, still not sure whether he's coming or not. Hopefully die datang laa...boleh laa I sambil menyelam minum air (buleh laa deting skali walopun skejap).
The question here is..........
should I asked him to come? I mean...force him to come?
the main reason why I beriya2 sgt nak suh die carik keje kt KL is because aku taknak jauh dr die. But I don't think that is the strongest point tuk aku tarik dia dtg KL. That's kinda selfish, don't you think? (Erm, tapi En. Muh4z pun taknak berjauhan jugak)
Plus, it appears to me yg dia hepi keje kat sane, ada family, kawan2 (except da fact that ada 'x-gf' kat sane...which kenapa aku tak tenang die jauh dr aku). Aku konfius...
Aku konfius nak buat keputusan yang terbaik utk masa depan kami...
HELPPPPPPP!!!!
17 December 2009
Bila aku gunakan, kau yang menyangkal...
Bagaimana nak kekal?
Kau kata cinta gunakan minda..
Bila aku gunakan, kau yang tak percaya..
Bagaimana nak bahagia?
Jika kau dapat memahami hati seorang perindu
Baru kau tahu derita hatiku
Sekiranya derita merinduimu itu sebenarnya bahagia
Aku pilih derita
Apa gunanya bahgia
Jikalau bahagia bersamamu hanyalah untuk sementara waktu
Aku pilih derita merinduimu
from Ahli Fiqir - Derita Merindu
16 December 2009
Aku fikir benda-benda yang tak elok.
Emosi terganggu, perasaan tak tenteram.
Otak tak boleh focus on job.
Makan pun tak selera, tidurpun terganggu...
Menangis toksah cakaplah.....
I miss my good old-friends...
Kawan-kawan rapat yang boleh kongsi cerita.
I need someone to share my feelings and thoughts.
Other than my partner sebab aku taknak tambah bebanan dia.
Which I think I memang dah banyak bebankan dia lately.
I dah banyak buat dia tertekan.
Erm...
I think...the actual reason of me feeling this way is because sometimes I MISS THE OLD-ME!
MINGLE AROUND peeps!!!
Since this gonna be my first time to attend 'that' kind of 'celebration'...aku adalah sedikit cuak. Dahlah my partner-in-crime dah takde kat KL balik perak..I dah tak ada sape dah nak ajak ( I mean...kawan2 adalah but tak syok laa kan...) I asked F@r@h if she's interested to join...die gelakkan aku. She said this kind of event bawak partner baru besh...d@mn! Nak ngadu kt En. Muh4z..but I think I will only make him more serabut and tension with me. I've been acting like melo-drama-queen lately..He cannot tahan. How?
Well, that is a different story I guess..
Ok, back to the original story...
Since my 'other' collegue tu pegi with his GF, takkan I nak dok tecegat tengah2 derg deting plak kan? mau I kene lepuk kang...nak pergi sendiri, I'm not that confident yet. Plus, takut jam.
Ajak other collegues, sumer cam malas pegi pulak...then, kebetulan my bos offer pegi skali together with big-bos...so I pun agreed.
Balik ofis, I told my roomie...die gelakkan aku ckp boring giler pegi dgn bos. Siap cakap kalau die, sanggup pegi sorang2...
well, what to do...first time, bodo pun bodo laa aku...ngeh ngeh ngeh.
Erm...mesti boring nanti.
Kalaulah boleh pergi ngn En. Muh4z kan best..erm...sedihlah!
Nota Kepala :
There's gonna be another event tomorrow night...hopefully F@r@h could make it tomorrow! I asked her to be my date esok! I bercinta dengan F@r@h ajelah...dah En. Muh4z takde kat sini...sedih lagik! uwaaa!
Nota Leher :
Erm my current job nih memang selalu kena attend event yang-ntah-pape-ntah...
boring kalau takde partner...
erm partner ku jauh.................................................
"...kau sering pergi tinggalkanku;
.... lama-lama kau dan aku menjauh;
akhirnya cinta putus lagi...."
This is too deep...
I need a break from all....
I'm a mess
"Kita ibarat daun-daun yang berguguran, sedahan tapi tidak bersatu,
mungkin kita terlalu lambat dipertemukan dan terlalu awal untuk dipisahkan"
Nota tangan :
Kalaulah ada orang nyanyikan lagu 'Spider - Relaku Pujuk' for me...
14 December 2009
uNm0tiVAtED
Aku tak ada semangat nak keluar rumah hari ini
Aku tak ada semangat nak bercakap dengan orang hari ini
Aku tak bersemangat nak makan hari ini...GOOOD! bolehlah berdiet!
HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA
@}-- Jangan Kau Lepaskan --{@
Peluklah diriku dan jangan kau lepaskanku
Dan jangan kau lepaskanku darimu
Ku takkan pernah tertawa
Ku takkan pernah bahagia
Ku takkan pernah merasakannya
Bila kau tak di sini
Ku takkan pernah tertawa
Ku takkan pernah sempurna
Ku takkan pernah merasakanmu
Bila kau tak di sini
Izinkan aku berlutut mengharap kau tuk kembali
Izinkan aku berharap dirimu kembali
Dan kembali
Dan kembali lagi
Peluklah diriku dan jangan kau lepaskanku
Dan jangan kau lepaskanku darimu
Ku takkan pernah tertawa
Ku takkan pernah bahagia
Ku takkan pernah merasakannya
Bila kau tak di sini
Ku takkan pernah tertawa
Ku takkan pernah sempurna
Ku takkan pernah merasakanmu
Bila kau tak di sini
Izinkan aku berlutut mengharap kau tuk kembali
Izinkan aku berharap dirimu kembali
Dan kembali
Dan kembali lagi
Peluklah diriku dan jangan kau lepaskanku
Dan jangan kau lepaskanku darimu
11 December 2009
W3DD1NGs
Unfortunately, banyak yang I x dapat attend due to below reason;
1) Semuanya jauh2...johor, kelantan, kedah etc
2) Kenape tak pegi yang jauh2? Sebab...gaji I masuk bulan 2! So sekarang I cume menumpang kasih sayang femili dan jugak cik-abang-yang-sorang-tuh-takde-orang-lain-dah. Nak makan pun berkira ok...kesian kan?
3) Tak ada orang yang sponsor (get it? since I xde duet so kenalah carik sponsor aite?!)
4) Kalau ada pun orang yang nak sponsor, tak ada teman pulak...sigh!
5) Sibuk..baru kerja laa katakan, tengah rajin giler nih...
6) Penat..sebab kerja jugak
...
...
...
100) Malas....hahahaha (#100 ok alasan malas...seresly!)
Tapi deep down inside memang agak sedih laa tak dapat attend wedding kawan2 yang rapat mahupun yang agak rapat hahaha. Such as wed Mel kat Johor. I dah plan since only-God-knows when. Memang excited giler nak pergi since I like Mel...a lot! Erm, maybe takde rezeki...but I do wish bile my wedding nnti Mel could make it. Erm, sedihlah...sedih sangat2. I tak tau cam mane nak mintak maaf kat Mel...erm.
Well, another story.
I got one invitation card from embassy for their emperor's birthday...erm, sounds cool and I was like, "yeay! nak pergi!" but then, they eja my name wrongly. My name is N0R4 4ZL1ND4 J44P4r bukan NORHAZLINDA HASSAN lah wei! Saper norhazlinda hassan ni anyway?!?! Taulah people just call me L1ND4...tapi...isk isk isk. Awan yang terpilu sungguh....terus rasa tak mau pergi lagi dah...sob sob sob
Ok peeps, got to go!
10 December 2009
.::DIAM::.
Kadang-kadang kena tengking...aku DIAM
Kadang-kadang kena maki...aku DIAM
Memang aku akan DIAM
Aku akan terus DIAM
Sebab bagi aku...
DIAM lebih baik dari melemparkan kata-kata yang menyakitkan hati
Biar kerana DIAM aku ditanya, dimarah, ditengking dan dimaki
Daripada biarkan mulut binasakan suatu perasaan...
Perasaan orang yang kita sayang...
Untuk itu, aku pilih untuk terus DIAM
Andai kata kerana DIAM ini aku dibenci
Aku minta maaf...
08 December 2009
- sEKaDAr mENgiSi tEMpAt kOSOng-
Yang Lebih Hebat Dari Cinta
Cinta semata-mata tidak akan mampu mempertahankan keharmonian rumahtangga. Perkahwinan dimulakan oleh cinta tetapi disempurnakan oleh tanggungjawab. Cinta itu satu rasa yang bertunjangkan perasaan. Perasaan tanpa kekuatan jiwa dan kematangan berfikir akan goyah apabila berdepan dengan ujian. “Perasaan” adalah hamba yang baik tetapi tuan yang sangat teruk. Justeru, jika ingin selamat, pastikan perasaan “bekerja” untuk kita, bukan sebaliknya.
Akan tiba masanya, sesuatu yang kita lihat indah dahulu tidak indah lagi kini. Jika kita hanya bergantung kepada perasaan, cinta kita akan tercalar. Pada ketika itu cinta memerlukan tanggungjawab dan tanggungjawab menuntut satu kepercayaan. Ketika cinta mula goyah di pentas rumahtangga, tanggungjawab akan datang menyelamatkan “pertunjukan” dengan peranan yang lebih berkesan.Cinta memang hebat, tetapi ia tidak dapat menandingi tanggungjawab. Cinta yang hebat ialah cinta yang ditunjangi tangung jawab. Cinta itu untuk memberi bukan untuk menerima. Lafaz, “aku terima nikah,” oleh suami musim lalu bukan bererti menerima sebaliknya untuk memberi. Suami memikul tanggungjawab untuk memberi kasih-sayang, perhatian, pembelaan, didikan dan segalanya…
Kata bijak-pandai, dipercayai lebih utama daripada dicintai. Kita selalunya merasa bertuah apabila dicintai – samada oleh suami, isteri, ibu-bapa atau sahabat-sahabat. Tetapi percayalah, jika kurang dipercayai, lama kelamaan cinta orang kepada kita akan terhakis. Lihatlah betapa banyaknya perhubungan yang terputus antara ibu-bapa dengan anak, suami dengan isteri, pemimpin dengan pengikut, justeru hilangnya kepercayaan.
Bila hilang kepercayaan, rasa cinta, hormat, kasih dan taat akan musnah. Sampai bilapun manusia lebih mempercayai mata berbanding telinganya. Maksudnya, apa yang dilihat (perbuatan) lebih berkesan untuk meraih kepercayaan berbanding apa yang didengar (percakapan) – action speaks louder than words.
Jadi apabila kita merasakan orang bawahan (subordinate) kita samada isteri, anak, pekerja mahupun pengikut, semakin sukar memberi ketaatan, kerjasama dan kesetiaan itu adalah petanda kita sudah hilang pengaruh. Hilang pengaruh, kerana hilangnya kepercayaan dan hilangnya kepercayaan bila tidak ada integriti.
Tegasnya, kita tidak boleh memimpin hanya berbekalkan cinta, apatah lagi harta atau kuasa… kepercayaan lebih utama!
Nota jari kaki :
Entri di atas telah di 'plagiat' dari blog orang lain.
Aku malu nak tulis mende camni sebab belom kahwin maa...
Malu laaa...ish malu betol nih...plis don hate mi!
Tapi betol ape yang di kata oleh penulis (tepuk tangan sikitttt)...
Semoga kita sama-sama boleh ambik pengajaran....A-min
04 December 2009
iMPiAN
Senang di lafazkan
Sukar di lupakan
Susah di buktikan
Payah di fahami
Kita renung-renungkan dan selamat beramal
~lalalala~
03 December 2009
K E R J A
Erm...laptop belom dapat tapi bos dah suruh macam2...tekejar2 jugak lah aku nak siapkan kerja...
Erm..tapi tak baik komplen banyak2 sal keje...
Sekarang kat ofis, so nak buat kerja...
bile tensen nanti sambung lagi...daaa...
01 December 2009
S.U.R.A.T
(mengada2 tau...br keje dh nak resign)
rase nak geget...
tapi takkan kenyang laa geget cik muh4z...tulang aje.
Nnti bile die dah jauh...kami jadi macam dulu2...
WEEENNNNNNNNNNNNNNNNNGGGGG!!!
Jadi kawan2..kalau tengok saya WENG, itu adalah angkara cik muh4z yang jauh dari diriku...
SOB SOB SOB
Gonna miss you...that's for sure...