10 August 2010

Ramadhan 2010

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK

Lord Of The RING~

Oh well, last weekend aku managed ke jewelry store kat Melaka. This time en.Muh4z ada sekali sebab nak carik ring for him as well. My mom yang recommend this store since my dad is quite close with the owner. The store taklah besar sangat tapi suprisingly banyak design dia yang menarik. Bila tengok harga...mak aih, bengkok hati aku. Dengan badan2 bengkok sekali. En.Muh4z lagi laaa...senget terus kepala hakhakhak. Tapi kitorang layan ajelah since my mom yang did da talking. My mom got this special talent dalam bab2 tawar menawar nih. So we just let her do her magic laaa hakhakhak. Magic kah?

Mula-mula cari yang en.Muh4z punya dulu. Tapi design yang en.Muh4z nak tu takde. So dia macam dah gave-up tapi my mom and the owner pujuk jugak sampailah en.Muh4z cair. En.Muh4z explain laa design macam mana yang dia nak and tup tap tup tap..setel bahagian en.Muh4z. Harga lebih kurang yang aku dah bajet untuk dia. Hehehe...bajet dalam RM300 jer tapi dapat jauh lebih kurang dari tu (thanx to extra discount yer uncle!).

Next is my turn pulak. Bincang2 dgn en.Muh4z...nak cari yg dalam RM500-600 jer. Sekali auntie tu angkat yg BESAR punya! Dengan harga2 pun besar jugak. My mak terus angguk2 setuju aku pulak geleng2 sebab menangis tengok harga yang berganda dari bajet asal. Nak menitik air mata aku uwaaaaaaaaa!!! Tapi my mom convince me cakap tunang sekali je, bile lagi nak merasa, bayar deposit jer dulu, sesuai dengan jari I yg montok ni etc2...aku pun terpedaya dengan pujuk rayu my mommy. Oh no! En.Muh4z dah terdiam. Kesian dia. Lari jauh dari bajet.

Pendek cerita, sebelum buat decision tuh...aku try dalam 10 cincin yg lain. Erm, tapi bila dah try yang mama recommend tuh...mmg syok la. Dari jauh orang dh nampak. Tu orang bukan igt aku tunang orang dah tuh...tapi bini orang! Gagagaga! Plan asal nak amek white gold but my mom suggested that I keep that one for wedding nanti. Pikir2 balik...ok jugak macam tuh. Tunggu wedding nnti amek white gold with DIAMONDsss hakhakhak. InsyaAllah.

Is this ring too big for you?
Wait until you see mine!!!
Muahahaha (gelak evil)
Just kidding lorr...

Balik rumah I slow talk dengan en.Muh4z. Aku tau dia pening kepala pikir tapi takpe...we'll find a solution yer dear. We'll figure out together later yer darling!

Pendek cerita lagi, semua barang dah beli. Setel! Dah hantar for gubahan. This time...we just requested for simple yet fabulous gubahan. And of course..with limited bajet. I dont want to spend money on things yang mengarut2. Kalau cincin...aku ok lagik. Terpikir, kalau ring tunang pun dah besar. Kahwin tak payah ring lagi...mintak gelang laa kot. Erm diamond ring tu pulak..tunggulah bila en.Muh4z ada rezeki lebih nnti...besday ke, anniversary ker *wink*wink* hakhakhak.

09 August 2010

Adehhh...

Penat...

dan

Mengantuk...

06 August 2010

Rinduuuuuuuuuuuuuuuuuu~

Ohh...

Dah lame tak citer pasal en.Muh4z yer...

This weekend 2 hati yang telah terpisah akan disatukan kembali...
*macam nak kawen ler plak bunyinya...

Selama sebulan perang-pistol-air dari jarak jauh....

Kini tidak lagi. Boleh tembak face-to-face muahahahaha...

Aku rasa aku dengan en.Muh4z ni memang syok begaduhlah...

Mula-mula aku carik pasal, pastu dia pulak...

Macam larian 100m berganti-ganti...
*tapi en.Muh4z lari lagi laju aaaa...

Ok, ok...sebelum aku melalut lebih2 sampai nak muntah oren, baik aku stop. This weekend gonna be a busy one and full with fun activities! Yeay!

05 August 2010

Memories~ Part 8

Mari kita bercerita tentang zaman pembelajaran saya di sebuah kolej di Suzuk4, Mie dari tahun 2002-2005. Saya adalah pelajar jurusan EE di mana di dalam kelas saya ada lebih kurang 35 lelaki dan cuma 2 gadis (ihik ihik ihik). Salah seorang gadis cun (ehh?) itu adalah saya dan seorang lagi adalah tutor saya yang pelik. I mean, seriously..dia memang pelik!

Nama cikgu kelas saya adalah En. Hanaii yang sangat suka bercerita kesah percintaan beliau dan isteri beliau kepada kelas. Entah apa motif...pelajar2 sampai tertido malah ada yang sampai mengigau dengar cerita pun dia masih boleh senyum sorang2 terkenang kesah cinta diri sendiri. Sungguh tak faham...

Oleh kerana dalam kelas tersebut, terlalu sedikit gadis dan hanya saya seorang pelajar asing atau mereka panggil 'alien' sob sob sob...maka, mereka melayan saya dengan baik walaupun ada jugak antara mereka yang hampir setiap hari saya sumpah supaya jatuh longkang. Walaupun kadang2 saya selalu juga dibuli terutamanya di padang bola (kelas wajib untuk lulus yer...tak kira lelaki atau perempuan kena main bola sepak...), tetapi mereka masih menjaga saya dengan baik terutamanya pasal makanan. Mereka sanggup mencuba makanan saya sehingga habis separuh pinggan semata-mata untuk memastikan makanan saya tidak mengandungi sebarang daging/ayam/pork atau alcohol. Walaupun saya sudah meminta tukang masak supaya tidak dimasukkan semua itu ke dalam menu saya tapi mereka tetap baik hati untuk double confirm kan untuk saya. Saya tidak membantah kerana merasakan dengan cara itu saya boleh kurus. Tetapi silap...kerana mereka gemar bawa saya ke kedai kopi dan kek. D@mn you!

Tak nampak yerr? Takpelah...tapi kalau terer, cariklah di mana saya. Hekhekhek

Dalam kelas saya, majoriti tidak gemarkan tutor saya (seorang lagi gadis) kerana dia adalah teramat pelik seperti suka mencuri kertas projek kami dan kadang2 mencuri makanan rakan sekelas. Rakan sekelas juga menjangkakan saya akan menjadi antara pelajar top 10 tetapi hakikatnya saya cuma top 20. Sob sob sob...sungguh tragis. Saya tak tau kenapa susah sangat saya nak skor! Mungkin kerana terlalu banyak mengutuk dan mengumpat Yamano dan si tutor dan menguap terlalu banyak kali tatkala mendengar cerita Encik Hanaii.

Dalam kelas tersebut, saya paling rapat dengan Tanabe. Tanabe adalah seorang yang sangat tinggi dan baik dan rajin belikan barang untuk saya seperti gam, pemadam dan keropok ikan. Saya ada meminati seorang rakan kelas saya yang bernama Kawashima. Saya meminati Kawashima kerana rupanya yang iras Fukuyama Masaharu. Fukuyama Masaharu adalah sangat hensem dan suaranya adalah sangat sedap. Saya tidak ada gambar Kawashima kerana saya malu dan dia suka membuli saya di padang bola.

Ini bukan Kawashima tapi Fukayama Masaharu.
Hensem kan?kan? Cumelll....

Ini adalah saya dan Tanabe. Kenapa saya memegang pen???
Mungkin supaya ia kelihatan sama seperti sebatang rokok di tangan Tanabe?

Ada beberapa rakan kelas saya tidak berapa sukakan saya kerana saya selalu mendapat layanan 'lebih' dari cikgu2. Eleh, derang jeleslaa tuh! Kadang2 cikgu beri tumpuan lebih kepada saya dalam kelas. Yelaa...dah ko cakap laju. Aku x sempat salin ape ko cakap pastu padam papan hitam cepat sangat. Macam mane aku nak paham? Aku cakap melayu kang...korang cakap aku kurang ajar pulak. Ish! Emo pulak saya...

Antara pelajar yg saya selalu sumpah jatuh
longkang adalah Deguchi dan Yamano.

Pasukan futsal kelas saya yang jarang2 menang hahaha

Saya takut mereka tapi mereka tidak takut saya...

Dulu masa di Suzuka, saya tidak ramai kawan melayu kerana hanya saya seorang gadis melayu terakhir di sana. Tetapi saya rapat dengan pelajar senior kerana sebaya, seperti Megu dan Yuri. Saya juga rapat dengan alien2 yg lain seperti Shiko (Kenya) dan Ha (Vietnam). Kadang2 saya rindu pada mereka semua...

Yuri nak belajar pakai tudung

Shiko yg garang tapi kaya giler.
Motif? Hahaha

Lepak lepas kecewa kalah basketball

Sekian. Pena ler pulak...sambung lenkali...

Happy x 4

Yosh! Semalam telah berjaya melepakkan diri dengan gigih. Fun giler! Dah lama sangat2 tak lepak dengan kawan2. Mula2 lepak kat Empire Subang, pastu gerak ke Shah Alam pulak.

Ok, plan asal memang aku laa yg gatal nak ke Empire tuh, ajak Nyahz...minah tuh layan aje. Sebab dah terliur tengok orang sumer citer pasal Whisk's macaroons and red velvet. Seres terliur ok! So, semalam derang sumer setuju...tunggu kt Summit. Janji kol 8, tapi haruslah 830 baru nampak batang hidung sumer kan sbb situ memang traffic mencanak-canak. Then terus gerak ke Empire. Aku ni area Subang memang fail. Nasib baik ada driver yang mantooooppppp! Hahahaha. Sampai2 je terus pegi Whisk but unfortunately, dah x banyak choices yg tinggal. Datte, dekat kol 920 baru sampai kot. Surprisingly, red velvet ada byk lagi cuz it was yg ke6 or ke7 that day. Tapi...macaroons dah tak banyak!!! Tinggal peanut butter aje! Sob sob sob. Aku terkejut jugak laa sebab cafe nyer kecik aje. Yer, memang sumer dah cakap kedai dia kecik tapi tak sangka laa pulak sekecik itu. Tapi tetap mabeles uoolllsss! And at first I thought da owner is chinese but I was wrong. The owner melayu rupanya...kot. Hahaha.
(Gambar tak ada sebab semua bukan pem'blogger' tegar. Tapi aku telah google images! Gigih nyahzz!!!!)



Walaupun macaroons dah nak habis, tapi aku amek jugak lah. Cedapppp uolsss...sampai jilat jari. Silap2 jari kaki pun nak jilat. Hehehe. Kitorang order 2 red velvet, hummingbird and carrot cake. Bagi aku...red velvet dia biasa2 je tapi hummingbird dia boleh tahan. Jenuh jugaklah kitorang nak habiskan. Tapi of coz laa habis jugak akhirnya cuma hummingbird je x larat dah sebab besar sgt. Borak2 kat situ siap heret orang kedai sembang skali. Yang si @cid banyak pulak nak komplen. Note : Jaga-jaga kalo ko bawak @cid bejalan2. Tetibe je kang ada mende dia nk komplen. Hehehe. Macaroons dia memang mabeles giler!!! Kesimpulannya, aku akan pegi sana lagi untuk dapatkan macaroons dia yg lain pulak. Oh, mommy..i'm loving it!


Lepas dah kebas gigi sbb makan manis2 extremely banyak...we made a move to Shah Alam pulak. Sensei kitorang tuh nak ajak lepak port dia pulak. Layankan aje...aku bajet dah makan manis2 mcm tuh, kenyang dah. Cuma teringin nak minum teh tarik. Ada pulak kureng sket kalau kedai mamak ni. So macam oklaa ikut si sensei gi kedai lain. kat seksyen 7. Sampai sana order minum2...sambung borak, ngumpat, gosip dan kenangan lalu. Dekat 2 jam gak kat situ. Fun!

Dipendekkan citer, tinggal aku dgn Nyahz kat Summit. Borak2 sket (tak puas noks!) pastu kena balik sbb aku x bawak kunci rumah. Kang takde sape sedar aku smpai umah kang..takkan nak tido luar rumah pulak kan? Dipendekkan lagi citer...semua sampai ke rumah masing2 dengan selamat. Sangat puas hati. Plan seterusnya telah dibincangkan oleh AJK yg berkenaan iaitu aku dan Nyahz hehehe. Tak sabarnye nak tunggu next session!

Ohh...sebagai penutup, terimalah....macaroons!!! Harap2 tidur malam ni mimpi hujan macaroons...oh, heaven sungguh! Taaa....


04 August 2010

Hang out ~2nd Session

Ok, today...me gonna hang out with da same crowd. Gonna be a blast! Blast laa sgt kan...padahal sesi gosip kecil-kecilan. Tambah lagi bila ada male yg join...so kerancakan bergosip kekadang terbantut. Dari citer pasal artis, kutuk diri sendiri 'gemmmss'..tetibe tukar citer pasal bola pulak. Kekadang bola jaring atau bola beracun sahaja hakhakhak. Tak sabarnyer...aku dari minggu lepas nak makan dessert aje...seb bek diorang2 itu sporting sanggup melayan aku. Gonna love them foreva! Yeay!

02 August 2010

Memories~ Part 7

OMG!!!!!!!!!!!!!!!

Yer, itu saya. Cuba teka yang mana satu.

Memories~ Part 6

B0t0...mung ingat lagi dop kito ambek gamba ni?
Time boring kat opis (opis lama yang fun!),
ni laa keje kami. Boleh pulak stokin sama dengan b0to.
Sebab tu memang stokin dia yang aku pau! Muehehe

Tak lama lagi...

Lagi seminggu...dah nak masuk Ramadhan. Alhamdulillah dah abes ganti puasa semua. Pada yang belum tuh, nak tunggu ape lagi? Gantiler cecepat. Erm, lagi seminggu jugak...genap sebulan x jumpe en.Muh4z. Gagagaga..lama ooo! Inilah yang paling lama kot. Erm...masing2 ada komitmen. Masing2 tgh berjimat. Minggu ni en.Muh4z turun kl. Sebab tak mau laa biasakan tak jumpa lama2. Lagipun en.Muh4z kena jugak turun kl sebab banyak urusan yg nak diselesaikan. Nak g carik cincin, hantar barang2 hantaran, beli barang hantaran, pilih kek etc2. Ish, macam2 laa.

Erm...dah tak tau nak tulis apa. Daa!