Innalillah...
Patutnyer aku plan nak continue cerita pasal my raya but unfortunately I have sad news to share. My cuzin (K.lina) passed away yesterday approximately at 1130am. Macam tak percaya cuz just a day before that aku lepak borak dgn die and plan nak lepak sama2 kat bukit tinggi laa, nak join die kursus esq laaa etc2. Masa dapat tau tuh...mmg shocked sangat2..x percaya! Dahlaa tak ada sape tau the actual story (at that time) so memang blur. I terus tak fikir panjang, informed my superior I need to take emergency leave and rushed to TTDI.
Masa sampai rumah maklong, yang ada cume my cuzins 2 orang aje. Yerlaa...ari raya kan, semua tak ada kat kl lagik. Even my maklong and paklong, ali n wife n k.liza pun ada kat Kuantan lagi. On the way to TTDI tuh, aku dok fikir macam mana perasaan maklong and paklong. Berat sungguh dugaan yang diorang kene hadapi (last year both paklong, maklong and k.lini major accident, and my paklong br aje pulih). Ish..even sampai sekarang pun aku susah nak percaya lagi...
Tapi, apa yang mampu aku buat sekarang cuma sedekahkan al-fatihah dan yasin banyak2 untuk arwah. Walaupun mungkin aku tak serapat dgn arwah macam cuzin2 aku yang lain...tapi die tetap cuzin aku dan aku sayang die. Die cuzin aku yang pertama 'pergi tak kembali'...
Bile fikir, memang sedih...tapi tak ada apa yang boleh kembalikan die. Sudah itu takdir yang telah ditetapkan Allah swt untuk arwah. Takdir kite yang masih hidup belum tau lagi. Entah siapa pulak yang akan menyusul arwah pun kita tak tau.
Bile fikir tu semua, aku rasa insaf. Betapa Allah stw Maha Kaya. Sekelip mata nyawa yang dipinjamkan sementara boleh di tarik balik. Sudah bersediakah aku untuk pergi mengadap Maha Pencipta? Cukupkah taubat aku atas dosa2 aku? Cukupkah amalan aku sepanjang puluhan tahun hidup di muka bumi ni? Macam mana kalau malam nanti nyawa aku akan di tarik? Setiap kali selepas solat, aku selalu doa agar aku dimatikan dalam keadaan beriman, InsyaAllah. Begitu juga untuk mama, papa, abang, aloy, k.lin dan liana. A-min.
Sedekahkan Al-fatihah untuk arwah, semoga dijauhkan dari azab kubur yang Maha Dahsyat, di ampunkan segala dosa dan ditempatkan dikalangan orang2 yg soleh. A-min. Arwah memang seorang yang cheerful. Jarang nak tunjuk masalah pada kami sekeluarga walaupun kami tau mungkin die depressed. Kehilangan arwah buat aku hargai semua ahli keluarga aku yang masih hidup. Betapa kite selalu lupa untuk menghargai orang sekeliling sementara mereka masih ada. Semoga aku tak lupa untuk tunjukkan kasih sayang pada ahli keluarga yang jauh dan dekat. InsyaAllah. A-min.
* Ahli keluarga maklong dan paklong memang tabah. Betul lah agaknye...orang yg baik dan beriman itu dugaan nyer lebih berat. Aku kagum dengan maklong dan paklong. Walaupun dalam sedih tapi maklong dan paklong masih mampu senyum pada hadirin yang tersangatlah ramai di rumah. Solat jemaah magrib pun sampai ke luar rumah dan ramai yang solat jenazah. Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment