28 February 2011

InsyaAllah..

Last weekend, we managed to meet with few?? (silap, appointment with few) tapi jumpa hanya seorang designer. What has transpired from our meeting?

Mata aku juling dengan derang punya sebut harga...huhu. Well, at least aku tak sepening kepala penaja aku hahahaha.

But, it was very interesting. Aku tak penah went to see any designers before. Macamlah aku nak attend mana2 event yang aku pun tak kose nak pegi kan? Jadi it was kinda different yet exciting experience. Tapi, aku tetap jugak rasa tak perlu berhabis duit sebanyak itu hanya untuk sehelai baju. Walau orang kata cuma sekali dalam hidup nak merasa. Aku tak rasa terkilan kot kalau tak pakai baju mahal-mahal....tapi kalau handbag, yesss! Aku nak beg mahal muahahahaha!

Tapi itu terpulang kepada penaja aku...wahhh, dah macam artis pulak ada penaja ekk? hahaha.

On the other hand, it was such a dramatic weekend. Agak hectic dan penat.

My brother was not feeling very well. It has been almost a week now. So my mommy tukar plan. Tidur kat rumah abang. Tak senang hati mama kalau tak tidur rumah abang. So, lagi elok kalau mama dekat dengan abang. And early this morning, mama, yana and hub and handz and k.herney (with abang, of cos) bergerak ke darul syifa' and then to taiping. Ikhtiar selagi mampu...

It is hard to be a mommy, kan?

Erm...macam-macam dugaan betul akhir-akhir nih.

I would like to quote ayat seorang ustaz nih (aku dengar dalam radio)...
"Anak-anak itu bukan sahaja satu anugerah, tapi juga suatu ujian untuk ibubapa"

Wallahuahlam.

Nota-jari-telunjuk : InsyaAllah, ada jalan. Tuhan tidak akan bebani kita dengan sesuatu yang tak tertanggung dan setiap masalah/ penyakit, ada penyelesaian/ penawar.

25 February 2011

kfc

encik tunang ajak makan kfc malam ni...

erm, camner nak kurus nih?

Baju Nikah

Few days back, my kid sis called me.
Dia tanye aku nak dia sponsor hantaran ker baju nikah.
Ish dia nih, hilang akal ape!
Mestilah aku nak dia sponsor set tv 40" LED with hometheater set!
Hahaha...hanya dalam mimpi ku.

We discussed on my solemnization dress.
Here's my idea on my how my solemnization dress gonna be...
note : tidak kena-mengena dengan my sanding dress.

1. Malas citer panjang-panjang...I want it white like toothpaste!
2. No lace
3. Simple yet elegant
4. Combination dua design (A and B)

A

B

Ok tak? Waddayathink?

nota perut : kan best kalo aku slim cam semut....

kursus, kursus, kursus!

Aku baru balik dari kursus 3 hari. Tak jauh...di KL sahaja.

Sangat seronok berkursus. Sikitpun aku tak fikir pasal kerja.

Dan alhamdulillah...tak ramai yang ganggu call tanya macam2 pasal kerja.

Bos aku memang bagi peluang untuk aku relax 3 hari ni.

Tapi bila masuk ofis pagi tadi...erm, aku tertekan balik.

Meja aku dah penuh dengan macam-macam paperworks!!!

Aku serabut tengok meja aku!!! Uwaaaaaaa!!

Pagi-pagi dah kena marah! Pagi-pagi dah kelam kabut nak buat kerja!

Inilah pengajaran...bila pergi kursus berhari-hari, kena jugak singgah ofis tengok work progress.

Weekend ni nak datang ofis ke tak nak? Datang ke tak?

Erm....

21 February 2011

Photographer

We are looking for our official wedding photographer.

Would be much appreciated if you could suggest any wedding photographers to us.

We are not really particular on our photography session. As long as gambar cantik/unik/menarik. Harga acceptable (prefer less than 1.5k - inclusive services, lodging and transportation). Tapi most photographer nak additional +/- rm300, so I think elok cari yang di melaka.

Kami cuma nak yang basic session...

1. Cover nikah ad sanding
2. 1 Outdoor session
3. Kreatif and artistic (haahahahaha)
4. Prefer more than 1 photographer
5. Photobook with 1 free frame
6. DVD (all edited and unedited pics)
7. Less than 1.5k (inclusive services, lodging and transportation)

Ada tak photographer yang memenuhi kriteria di atas?

Ada?

Sila panjangkan kepada kami maklumat lanjut potographer berkenaan!

Terima kasih in advance!

Lambat

Aku masuk lambat 40minit ke ofis.

Gara-gara perut yang memulas-mulas dan kesejukan melampau.

Tepat 830, telefon dah berdering.

Supervisor aku dah sibuk tanya pukul berapa aku nak sampai ofis.

Grrrrrr!!!!

Amarah betul laa aku!

Hari-hari aku sampai pagi-pagi buta, ko buat2 tak nampak aje aku!

Siap menipu bagitau officer lain aku tak datang kerja!!!!

Ape lahanat laa orang jenis macam nih...

Dah tanya aku kol 830 and aku dah cakap aku akan sampai kejap lagi, dia suruh lagi PA dia kacau2 aku telefon lagi tanya pukul berapa nak masuk ofis.

Sungguh lahabau...aku nak masuk toilet pun tak senang la!

Lagi lahabau...aku sampai2 ofis, takda pulak kerja yang urgent. Boleh pulak panggil borak2 kat ofis dia. Watdaheaven sungguh laaa...

Ish, sabar aje laa............(mode : carik2 rambut sendirik)
Aku rasa, tekanan darah aku boleh naik dengan supervisor cenggini.

17 February 2011

Checklist

I came up with a checklist for my wedding preps.

1.Kursus Pra-Perkahwinan
2. Blood test (HIV Test)
3. Prosedur Nikah (Borang Nikah etc)

Phase One : Back To Basic
1. Baju Nikah
2. Baju Sanding
3. Mak Andam
4. Pelamin
5. Canopy
6. Bridesmaid

Phase Two : F&B
1. Hi-tea (Solemnization)
2. Lunch (Reception)
3. Kek 2-tiers
4. Dessert

Phase Three : Life in da Fab lane
1. Room Decor (Lamp, vase etc)
2. Curtain
3. Cadar

Phase Four : Memory lane
1. Kad jemputan
2. Tags (Tqs)
3. Ribbon
4. Dor gift/ Gift box (VIP etc)
5. Titbits (cookies etc)
6. Photographer

Phase Five : Lullaby
1. PA System
2. Gamelan (KIV)
3. Kompang

Phase Six : Inilah Cinta hahahaha
1. Tok Kadi
2. Bunga Pahar
3. Penginapan family members
4. Dulang Hantaran
5. Bunga Manggar
6. Signage (signboard tunjuk arah)

Ada apa-apa yang tertinggal tak?
Saya sudahi dengan serangkap pantun...

Buah durian didalam besen
Ambil parang tolong bukakan
Saya budak baru nak kahwin
Kalau salah, tolong ajarkan

16 February 2011

Pening kepala lagi...

Kali ni, pening kepala sebab nak buat persediaan perkahwinan.

Dum, dum, dum....

Mind me, kursus kahwin pun belum pergi lagi nokksss!!!

Target : March (date yet to be confrmed by en.tunang)
Since aku free aje setakat ni sampai march. But i think, things will get hectic by end of march.

Erm..aku pening kepala.
Plan macam-macam...tapi duit ade ker??

Plan macam nak kahwin anak raja tuh..aisehhh, kena buat byk lagi budget cut laa cenggini.

Any advise?

14 February 2011

Penin, angin, muntah

Dah dekat seminggu...
Petang-petang mesti aku mula pening kepala...
Lepas tuh angin-angin je badan....
Kedian, mulalah rasa nak muntah...

Kenapa ekk?
Risau lerr pulak nih...


Lagi satu...
Dah dekat sebulan aku injured main basketball...
Tapi sakit pada lutut masih ada...
Last weekend, aku baru perasan cam tulang lutut aku dah 'lari'...
Timbul ke atas lerr pulak...
Mak aku suh g xray...
Adehhh...

10 February 2011

Tak sihat...

Hari ni badan rasa lemah-lemah...macam nak demam.
Tapi hari ini aku ada meeting.
Esok aku pegawai bertugas dari 9pagi-9malam.
Macam mana ni? Janganlah aku sakit...a-min.