18 July 2010

Penat..

Semalam pegi meeting terpaksa. Dah ler kena bayar RM10 untuk makan mihun dan air teh. Kalau biasa kat kedai total RM3! Tak dapat goodies dengan alasan datang lambat. Kepala-hotak lu! Aku datang setengah jam sebelum event mula! Buduh!

Erm..minggu depan nak pindah rumah. Kena pergi bersihkan rumah seorang diri. Wehh...aku nak diet!!!!!!! Help!!!! Berat naik mencanak-canak nih...nak laa nampak cantik sikit pakai baju bertunang nanti..sob sob sob. Aku sedih dan depress....

16 July 2010

--> joni <--

"Adehhh, den tosopit...help!help!"
"Banyak bonar sampah ateh mejo ni! Buek somak yo!"
(owh by the way, joni memang terer cakap nogori, kenan en.Muh4z)


" Aiyoo...I malu laa en.Muh4z tenung I lama-lama"
"I nak balik...I tak kira! Hantar I balik sangkar I sekarang jugak!"
"I nak jumpa mimi!!!! I miss you mimi!!!"




P/S : Aisehh, inilah jadi bila kebosanan dan tak tau nak buat apa...tak ada idea nak tulis apa daa...

15 July 2010

GambaR

Dok belek folder gambar dengan ehem ehem...baru teringat nak tepek gambar ni. Masa ni we all went there with ab4ng's family. Niat nak bawak budak-budak jalan..tapi yang kitorang plak yang sexcited amek gamba. En.Muh4z lagi ler...posing mengalahkan model rempit tuhh...mahal sehhh!


.:: Kontrol, kontrol...sengih, orang nak amek gamba ::.

.:: I love this pic, dah jadi wallpaper pun ::.

.:: Hero Remaja M4njung P0int ::.

.:: Owh mak ekau den tokojut! ::.
So gorgeous muahahaha!

Sekian, tanyangan tamat.
Ehh, ada lagi satu...last, last.

Muka sedih, pakai sunglass kaver mata bengkak nangis sebab sedih nak hantar en.Muh4z balik. Inilah saat aku paling tak suka tau. Tiap kali nak hantar dia balik je..macam-macam drama tau. Kekadang cam dram korea, kekadang mexico, kekadang sepanyol, drama indon pun penah uolls....ni laa naseb bercinta jarak jauh. Nasib baik aku ni jenis setia dan baik tau. En.Muh4z tak penah lagi tengok aku buat prangai pelik-pelik ni...erm. Tetibe dah tak tau nak cakap apa. Daaa...

mana nak carik?

Assalammualaikum warahmatullahiwabarakatuh...

Ehem ehem ehem (sambil tangan terletak rapat macam nak nasyid tuh dan rapatkan saf)

Ekceli, rasa cam segan je nak citer. Tapi sebab I desperately need information and guidelines. So, ada elok jugak aku bercerita dan bertanya khabar.

Aku dgn ehem ehem plan nak bertunang raya nih (plan asal nak buat selepas raya, tapi semalam dah tukar...buat pada hari raya saje). So, tengah prepare nak beli barang-barang hantaran. Perfume dah beli. Skang ni yang tinggal nak beli handfon, kasut, jam tangan dan cincin.

Masalahnya, kami ni bukan nya ada duit sgt. Bajet kecik saja tapi mau yang elok. Aku punye moto shopping, macam biasa... "beli barang murah yang nampak mahal". Bila aku cakap murah...bukan maksudnye nak yang cap ayam macam NOKIA jadi NOKLA. No!No!No!

Maksud aku...nak yang berjenama tapi murah. Maksud yang lebih mendalam...aku nak yang SALE besar-besaran!!!! DISCOUNT 99% gituuu!!!!

Macam cincin...derang kata emas kalau sebelum raya memang murah sikit. Tapi kedai apa dan di mana yang elok? Kalau ada sesape yang tahu kat mana, bila, harga yang murah...mintak jasa baik agar dapat berkongsi info. Tolonglah kami....

Yang aku tau sekarang, SOGO ajerlah. Takkan takde kedai lain dah kot? Nak pergi SOGO tu pun jenuh jugak tau. Jam tangan plak...bila masa yang derang selalu buat SALE besar2 tu ekk?

Kita share infor ekk ekk ekk...korang baik...

14 July 2010

aman...

since end of last week...
aku rasa aman berkerja...hehehe

tapi aku rasa...
keamanan itu akan berakhir tak lama lagi...sigh!

big bos bercuti 2 minggu...
aiyoooo! tak best lah!

saya suka kerja dengan big bos....
aiyo lagi...

12 July 2010

c.o.a.c.h

Tantek tak?

diamond RING

Last weekend, saya sempat jalan-jalan ke beberapa kedai emas (berjalan-jalan???). Saje je nak cuci mata sambil layan perasaan dan berangan. Saya ada impian dan keinginan untuk memakai cincin berlian. Cincin berlian yang besar punyaaaaa!!! (jari i kan besar uollsss).

Dulu, teringin nak dapat cincin berlian yang bentuk macam ni...
.:: Saya bayangkan kalau pakai kat jari, mesti cantik ::.

So, hari tu...saya try lah. Syok...sebab cantik sangat. Memang dari dulu berangan nak pakai cincin macam tuh. Pastu try bentuk lain pulak sebab tengok cincin kawen puan @liyah bentuk 4 segi macam cantik jugak dia pakai....
Bila pakai bentuk yang ini, macam tak cantik pulak kat jari saya. So, tak berapa berkenan sangat. Sekali SA tu cadangkan saya cuba yang 3 stones punya. Memula macam taknak sebab memang dari dulu berangan nak yang batu seketul aje. Tapi SA tu insist jugak nak suh saya cuba. Jadi, dengan tak berapa nak rela hati...saya cuba jugak.

Sekali....amek ko!
Tetiba macam cantik sangat2 bila pakai kat jari sendiri. Terus macam cair dan terlupa angan2 nak batu sebijik jer. Terus berangan nak yang 3 stones pulak. Cantik tak? Saya suka sangat2. Teringin jugaklah. InsyaAllah, ada rezeki...saya beli. Tapi buat masa sekarang...tidaklah kot. Erm...

Mintak-mintak saya sempat merasa pakai cincin berlian, a-min.

Erm...

Hari ini...mengantuk sangat. Malas nak bangun pagi dan malas nak buat kerja di pejabat. Minggu ni saya banyak pakai duit. Saya sangat penat. Rasa seperti mahu pergi spa. Tapi itu memerlukan duit lagi. Saya sudah lama tidak ke spa. Kali terakhir saya ke spa adalah pada Februari 2009 di Bali. Erm...saya sangat teringin ke spa. Sangat seronok kalau dapat ke spa terutamanya apabila saya terasa mental, jiwa dan fizikal saya sangat penat seperti sekarang. Erm...saya ingin ke spa. Ada sesiapa boleh cadangkan mana2 spa atau nak ajak saya ke spa?

08 July 2010

Super Penat....lalala~

Aku teramat penat...sekian, harap maklum.

01 July 2010

pEnat!

Erm...

Mental aku pEnat

Jiwa aku pEnat

Fizikal aku pEnat



Aku...

pEnat lakukan semua seorang diri

pEnat menjaga dan mempertahankan seorang diri

pEnat menangis...