06 May 2011

Kursus y'all!

Weekend ni ada pameran pengantin di picc. Dekat je dengan rumah tapi aku dihantar pergi kursus di cameron highland pulak. Kuciwa...

Rasa lain macam...separuh hati nak pergi cameron, separuh lagi nak pergi picc. Rasa macam sedih pulak weekend ni tak dapat spend masa dengan en.tunang. Minggu lepas pun tak spend masa sama-sama. Tapi nasib baik semalam dapat dating. En.tunang teman aku shopping sampai nak tercampak kredit kad aku sebab banyak sangat pakai. Hujung bulan nanti, mari kita menangis air mata darah mahu bayar hutang kredit kad uwaaaa!!!!

Ohh...semalam sangat seronok bershopping. En.tunang pun sangat sabar dan tekun teman aku shopping. Syabas! Tapi harus laa ada pengerasnyer...aku kenalah belanja en.tunang makan. Makan oldtown ajer pong...dah tahu menu en.tunang tuh.

Erm, lately ni busy kemain lagi. Memang tak sempat nak berblog. Tapi blog hopping sempat jugak ler...ngeee! Last weekend balik melaka cuz nak attend wedding @cid. Aku tak amik gambar sebab tak ada kamera, sedih. Tunggu derang2 yang berkenaan upload pastu nti aku cilop tepek sini muahahahaha. Buat kenang-kenangan...seronok lepak dengan kawan-kawan lama nih. RIndu....

Erm, ape lagi ekk.

Erm, wedding preparation. Aku bajet bulan Mac and April nak survey2. Tapi kuasa Tuhan, Mac dan April berlalu laju macam air paip. Busy gila. Ingat bulan Mei ni nak buat decision tapi...masih lagi busy. End of Mei nih, rasa aku kena pegi Jepong pulak. Bila masa laa akunak prepare.

Erm, aku tengok orang lain yang nak kawin, bukan main excited survey sana sini, carik itu ini. Aku pulak..macam relax aje. Gelabah tuh tetap ada. Tapi macam takda nafsu nak pergi sini sana beli itu ini. Erm...mungkin sebab bajet pun ciput je.

Bukan tak teringin yang grand, nak tu nak laa jguak kalau ada orang sanggup buatkan hehehe. Tapi bila aku pikir balik...bila dok sorang2, kalau lah majlis aku tak grand pun, aku just harap the majlis akan jadi suatu yang aku akan ingat dan kenang sampai bila2. a-min.

Erm...oklah. Banyak kerja nak kena buat. Nak packing, nak layan perasaan dan miki. Miki? Nanti I story...

Daa!

1 comment:

  1. Sabar... InsyaAllah moga dipermudah segalanya.. hehe. bila nk mai tgk AMANI nih..?=p

    ReplyDelete