26 May 2011

can't wait...

Tak sabar tunggu 28 May 2011.

Ekceli...jadi cepat sikit on 27 May 2011.

Can't wait...hoping he's gonna be happy with it.

InsyaAllah.

25 May 2011

Tak perlu risau dengan apa yang kita tidak/ belum miliki
kerana
hilang apa yang telah/ pernah kita miliki itu lebih menakutkan~

23 May 2011

Ke'hectic'an ke'terlampau'an

HECTIC!!!

Breakfast awal pagi tak sempat.
Sekali tengok jam...kol 10.
Sempat lagi nih....siapkan sikit.
Sekali lagi tengok jam...kol 12 dah uwaaa!!!
1235, superior panggil masuk bilik.
Keluar bilik jam dah 1305.
Nice...lunch terus.
Dalam kepala berangan nak makan nasik ulam.
Opss!!!
Superior mintak before 1400.
Cilaaaaak@k!!!!
Jadinya...kita lunch dengan kerja sahaja.

Uwaaaaa!!!Syahdu.
Kalau tau aku puasa je pagi-pagi tadi.
Tapi lepas mandi tadi aku dah teguk ayak suam segelas.
Adoiiiyaaaaiii...

Sedih aaa en.tunang jauh...
Mish u oledi....

20 May 2011

Life

Kerja masih lagi hectic macam biasa.
Tapi takdelah sampai balik lewat sangat sampai kat jalan raya tuh boleh menari bogel-bogel. Sempatlah balik sebelum budak sekolah tutup tv dan masuk tidur.
Sempat jugak melepak dengan kawan-kawan kat kedai mamak gelak-gelak macam kedai mamak tuh kitorang yang punya.
Sempat jugak bawak balik kawan-kawan untuk melenjankan perabot buang-pakai kat rumah aku.
So fun!

Bila pikir-pikir balik...
Penat woo badan aku nih.
Takda rehat yang secukupnya.
Bila balik kerja lewat...mandi, baca buku, tidur.
Bangun pagi...kerja...balik, mandi, baca buku, tidur.
Kalau balik kerja awal, terus keluar dengan kawan-kawan.
Balik rumah...dengar bunyi cengkerik, mandi, baca buku, tidur.
Kain baju kat rumah tak berlipat.
Minggu ni baju yang tak dibasuh...hampir 2 bakul.
Semalam, setelah sekian lama...main badminton.
Pancit nokss...nek dah tuo.

Minggu depan, kalau bos aku halau pergi Jepang...matik aku.
Harap boleh buat pasport spesel...di rejek. Cehh!
Padahal dah seminggu aku berangan.
Tak berkenan kalau last-last minit nih.

Erm...esok ada orang ajak makan free di hotel.
Lagi mau tanya aku nak ke tak.
Gilo apo!
Makan free...kat hotel...dekat pulak tuh!

Nyum nyum nyum...dah berangan ni...daaa!

16 May 2011

Funny, no?

It is funny you see...

Dalam 5 orang yang ada kereta, 1 tidak pernah memandu dan 4 lagi sudah memandu . Dari 4 yang memandu tuh, 3 dah eksiden. Dari 3 yang pernah eksiden tuh, 2 kritikal. Dari 2 yang kritikal tuh, 1 maut.

Jadi...
Adakah kerana kereta yang dipandu, kita maut eksiden? Atau kerana si pemandu yang sebabkan maut? Risiko maut eksiden ada setiap hari setiap saat atas sesiapa saja tak kira tua muda, miskin kaya, sihat sakit etc. Tapi, kenapa makin ramai yang beli kereta dan memandu? Semua nak mati eksiden ke? Patut tak aku beli kereta dan memandu padahal ancaman maut atas jalan tuh sentiasa ada?

Soalan : Perlukah aku teruskan niat untuk memandu?

Ajal maut jodoh ditangan tuhan.

Walau aku ditakdir tuhan maut diatas jalan, tapi biar aku maut dalam keadaan yang beriman dan redha dengan qada' dan qadar tuh. Andai aku eksiden tapi tak maut, itu tanda tuhan beri aku peluang kedua.

Biar walau ancaman maut eksiden sentiasa ada, tapi aku kena berani jugak bawak kereta dan memandu. Yang penting, sentiasa muhasabah diri dan nilai hasil pemanduan diri sendiri.

Wallahuahlam.

11 May 2011

Sangat sakit hati!!!!

Kenapalah jadi macam ni pada aku?!?!?!?!?

Sakit hati!!!!!!!!!!!!!!!!

06 May 2011

Kursus y'all!

Weekend ni ada pameran pengantin di picc. Dekat je dengan rumah tapi aku dihantar pergi kursus di cameron highland pulak. Kuciwa...

Rasa lain macam...separuh hati nak pergi cameron, separuh lagi nak pergi picc. Rasa macam sedih pulak weekend ni tak dapat spend masa dengan en.tunang. Minggu lepas pun tak spend masa sama-sama. Tapi nasib baik semalam dapat dating. En.tunang teman aku shopping sampai nak tercampak kredit kad aku sebab banyak sangat pakai. Hujung bulan nanti, mari kita menangis air mata darah mahu bayar hutang kredit kad uwaaaa!!!!

Ohh...semalam sangat seronok bershopping. En.tunang pun sangat sabar dan tekun teman aku shopping. Syabas! Tapi harus laa ada pengerasnyer...aku kenalah belanja en.tunang makan. Makan oldtown ajer pong...dah tahu menu en.tunang tuh.

Erm, lately ni busy kemain lagi. Memang tak sempat nak berblog. Tapi blog hopping sempat jugak ler...ngeee! Last weekend balik melaka cuz nak attend wedding @cid. Aku tak amik gambar sebab tak ada kamera, sedih. Tunggu derang2 yang berkenaan upload pastu nti aku cilop tepek sini muahahahaha. Buat kenang-kenangan...seronok lepak dengan kawan-kawan lama nih. RIndu....

Erm, ape lagi ekk.

Erm, wedding preparation. Aku bajet bulan Mac and April nak survey2. Tapi kuasa Tuhan, Mac dan April berlalu laju macam air paip. Busy gila. Ingat bulan Mei ni nak buat decision tapi...masih lagi busy. End of Mei nih, rasa aku kena pegi Jepong pulak. Bila masa laa akunak prepare.

Erm, aku tengok orang lain yang nak kawin, bukan main excited survey sana sini, carik itu ini. Aku pulak..macam relax aje. Gelabah tuh tetap ada. Tapi macam takda nafsu nak pergi sini sana beli itu ini. Erm...mungkin sebab bajet pun ciput je.

Bukan tak teringin yang grand, nak tu nak laa jguak kalau ada orang sanggup buatkan hehehe. Tapi bila aku pikir balik...bila dok sorang2, kalau lah majlis aku tak grand pun, aku just harap the majlis akan jadi suatu yang aku akan ingat dan kenang sampai bila2. a-min.

Erm...oklah. Banyak kerja nak kena buat. Nak packing, nak layan perasaan dan miki. Miki? Nanti I story...

Daa!