30 August 2010

I'm down...

...with fever and flu.

Esok Merdeka, jadi...


SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN NEGARA YANG KE-53!


Semoga Kemerdekaan yang kita kecapi ini akan berterusan hingga ke akhirnya, A-min.

26 August 2010

Rasanya...

...macam nak demam.

Sejak semalam badan rasa lemah aje. Lesu semacam. Makan pun tak selera.
Hari ni pulak, badan rasa sejuk semacam. Selsema sikit2 dan tekak perit. Simptom apakah ini?

Sigh!
Hari ini saya mahu berbuka besar-besaran hekhekhek.

25 August 2010

rAjin~

Semalam dan hari ini, tahap kerajinan bekerja berada di tahap yang hampir EXCELLENT. Hahaha. belum excellent lagik...sikittttt je lagik. Tapi tu laa...bila hormon rajin meningkat, mula la cabaran kerja yang datang semacam aje. Biasa boleh dapat dengan senang, tapi kali ni punya laa payah nak dapat. Sistem pulak macam baby siput baru lahir 4 jam. Menduga kesabaran betol...

Last-last, balik lewat sikit laa dari waktu pejabat. Well, bulan pose hari2 balik sharp 530 or paling lambat pun pukol 6. Tapi bila semalam terlebih dari waktu kebiasaan, adalah perasaan super woman okke! Dah ler semalam janji nak bukak pose dengan en.Muh4z. Terpaksalaa dia menunggu dengan penuh kesabaran. Lepas berbuka dia nak bekejar ke mel4ka pulak...keciannn die.

Ok, tak tau nak cakap apa lagi dah....rindu nak buat kerja HAKHAKHAKHAK


24 August 2010

amarAh!

Sekarang ni asyik nak marah aje...

Mende2 kecik pun nak marah...

Senang betul naik angin sekarang nih...

Ish! Tension lah!

21 August 2010

Fantasia Musim Cinta - Iwan

Ini ketagihan baru en.Muh4z. Suka sangat nyanyi lagu nih. Sebelum tido nyanyi, bangun tido pun nyanyi lagu nih. Siap rekod dalam hp aku tuh. Hp dia memang awal2 dia dah rekod...

Rekod okke! Menyanyi sendiri...aku konfem dalam toilet pun dia nyanyi lagu nih. Sebelum tido telefon aku siap tanya "nak nyanyi lagu boleh?". Aku dah tak payah tanya lagu apa...aku tau dah lagu ni. Siap hafal lirik lagi dah...nasib baik aku cair tiap kali dia nyanyi lagu nih...jiwangggg sehhhh!




Ku genggam awan kelabu
Ku gapai langit yang biru
Arah kita kian bersatu
Tinggalkan lagu rindumu

Langkah kita makin hampir
Kutahu kau menungguku
Dihujung titik menantilah aku
Alam mimpi...

Bulan bintang sang suria
Bagai saksi janji kita
Meniti hari-hari
Yang indah ini...

Gunung akan kudaki
Lautan aku renangi
Demi memburu mimpi
Yang pasti

Pintu kini telah terbuka
Kita pun langkah bersama
Fantasi mimpi berakhir
Cinta pun berpadu

Hari-hari yang berlalu
Menjelma bukanlah mimpi lagi
Umpama sungai dan tebing
Seiring, sehati dan sejiwa

20 August 2010

Setahun sudah berlalu...

Erm...
Hari ini genap setahun perkenalan dan percintaan saya dengan ehem ehem.
Kalau ikutkan aku, memang nak celebrate meriah2. Banyak pulak halangan.

Tapi tetap akan sambut jugak okke! Enjoice!

Lalalala~
Can't hardly wait...

19 August 2010

ohh rupanya....dot...dot...dot

Semalam aku mengamuk sakan. Angin berterabur.

Arini aku sakit-sakit badan, lenguh aje rasenye. Letih dan tak ada mood.

Rupanya aku dapat cuti puasa hari ini......

sAmAn

2 hari lepas kot...aku pergi laa balai polis nak bayar saman. Katanya mesti dibayar dalam masa 7 hari, kalau lebih....hukum tembak kot. Aku pergi hari yang ke-enam. Aku sampai jam 4:10pm. Sekali dia cakap...bayaran boleh dibuat smpai jam 4 sahaja. Ate, opis hour kamu bape jam ni Jah? (assuming counter clerk tu namanya Khadijah). Aku redha...

Datanglah keesokan hari ditemani en.Muh4z. Tunggu kejap aje sebab tak ada orang. Buat aku fikir, macam aku sorang je yang kene saman padahal aku tengok arituh...bederet yang dapat surat cintanya. Aku rasa hari itu sahaja di kawasan itu pakcik polis trefik tu berjaya serahkan hampir 100 surat cinta kot. Habis tuh, sumer orang dh bayar ke? Aku sorang je ke yang blom bayar? Or worse...derang sumer tak bayar, tapi aku sorang je yang baik nak bayar? Cehh...

Aku kena bayar rm30! Uih..itu duit minyak aku pegi keje ulang alik seminggu tau. D@mn you! Dah laa aku parking tuh tak menghalang laluan sapa2 cume mencacatkan pemandangan jaa...aku benci betol laa...duit gaji yang dapat bulan2...senang2 je mengalir keluar balik. Aku rasa lepas nih, aku nak naik basikal aje laa..minyak jimat. So, kalo harga minyak nak naek smpai rm100 seliter pun aku tak heran. Parking pun senang, tak payah bayar. Tapi kalau kena saman jugak naek basikal...aku simbah asid kang!

Nota-duduk-bersimpuh : Aku hangin betol baca paper pasal ahli keluarga kena simbah asid tuh. Tak ada otak ke? Mintak mahkamah jatuhkan hukuman simbah asid balik kepada si pelaku yang durjana tuh! Baru setimpal...erm, tapi apa nak runsing...hukuman akhirat tetap menunggu. Yang itu paling setimpal.

Sekian.

16 August 2010

Cuteee...





6 Ramadhan, 2010

Ramadhan 2010 yang ke-4 dan 5 aku sambut di Melaka. Syok sangat2. Of cos laa bebuka dengan family adalah yang terbaik. Semalam lepas berbuka betolak balik KL, alhamdulillah tak jam. By 1030 pm aku dh selamat smpai umah.


Pada Ramadhan yang ke-4, we received a good news. The one that we have been waiting for quite some time. Bila dapat tau, aku immediately buat sujud syukur and planning for a small celebration. But not until later that nite when everything has changed. We save the celebration for later.

P/S : I Love You! : So many things to do within limited time and limited budget and limited space and limited experience and limited connection and limited edition hakhakhak