19 January 2011

Pancit...

Bukan tayar aku pancit, tapi tayar sahabatku encik is yang pancit. Sedikit terharu kerana tayarnya pancit bila dia pusing-drift semata-mata nak fetch aku bila nampak aku tengah menunggu al and the geng di tepi jalan. Is was with syu aje masa tuh. Moyok muka mamat tu bila tengok tayar pancit.

Dulu bila tayar aku pecah, encik is, al and airin lerr yang gigih menghulurkan bantuan. Airin bantu tengok aje. So kali ni, aku balas jasa encik is dengan menengok jugak hehehe.

Kenapa beriya-iya depa nak fetch aku? Sebab kereta aku kena clamped laagi!!! Uwaaaa!!! Pergi kerja dengan belas ehsan encik al. Mula-mula dah kensel sebab ingat nak tumpang cik mega aje tapi tau-tau encik al sudah di bawah banglo-tingkat-5 aku. Terpaksa kensel date awal pagi dengan cik mega. Terharu kerana dari jauh encik al, encik is dan cik airin offer diri untuk pick up aku ke pejabat. Alhamdulillah...

Lagi-lagi terharu bila puan farah offer kereta dia untuk aku pinjam pergi selesaikan hutang clamp aku tuh. RM 100 uoollss!!! Kopak duit aku dihujung bulan ini. Rancangan untuk berjimba terencat seketika. Mak shocked uollsss!. Tapi, anggap sajalah duit yang keluar itu adalah bagi membersihkan rezeki yang mungkin pada hakikinya tidak sebersih pada mata kasar.

Tak paham aku cakap ape? Lantak lerr...ada aku kesah?

Ok, pada petangnya...encik tunang datang fetch aku di pejabat. Terus pergi minum dan makan ringan dengan encik is, al dan cik syu. Menjelang maghrib, encik tunang hantar aku balik rumah tukar baju untuk main badminton. Sampai gelanggang kol 830 tapi ramai nyer umat manusiaa!!!
Main gilir-gilir setiap set with other teams. Haruslah tak puas!

Turun gim kejap, tapi hampagas kerana peluhku malu-malu nak menitik. Jadi 930 kami segerombolan ke kawasan banglo-tingkat-5 aku untuk main basketball pulak. Ya Rabbi!!! Dah 6 tahun aku tak main basketball. Rinduuuuuuuuuuuu!!!

Main sampai 1030 kerana sudah ada jiran-jiran sound kerana bising. Yer, kami memang tak sedar diri. Selain dari itu, kami berhenti main setelah sejam kerana semua telah pancit. Encik tunang tidak terkecuali. Pemain malam tu adalah encik tunang, is, al, cik syu, airin and yours truly. Pancittt, pancitttt...tapi SUPER FUN!!!

Pagi tadi aku lewat ke pejabat penangan kePANCITan melampau hahahaha. Encik tunang teramat jeles bila tahu aku boleh tidur lebih dari dia yang sudah ditempat kerja tapi aku masih belum bangun...jangan jeles yer laling. Hekhekhek...

Esok cuti lagi...encik tunang mahu cari kerja lain. Esok mahu pergi interview. Plan nak tido sampai matahari menegak terpaksa dibatalkan sebab mesti encik tunang dengan jelesnyer paksa aku ikut dia pegi interview....cehh! Tak habis-habis jeles....

Walauapapun, aku sentiasa doakan encik tunang bertemu dengan kerja yang sesuai dengan jiwanya dan yang penting...dia hepi berkerja. Tapi encik tunang, untuk dapat kerja idaman hati, kenalah usahanya pun beribu kali lipat ganda yer...

Sekian, minggu ni tak larat dah nak main futsal...aku tengok kucing-kucing aku main bola jela..

Kucingg??? Nanti aku sambung cerita....hepi cuti uoolllss!!

No comments:

Post a Comment