31 January 2011

CUTI? Apakah itu cuti?

Orang lain seronok bercuti...aku seronok di pejabat.

Kerja tenang tanpa gangguan.

Tapi aku tetap mental kerana kerja yang menggunung.

Bila nak habis kerja aku nih? Ni baru bulan satu, nak masuk bulan dua. Kerja macam buruh bangunan 17 tingkat. Bulan tiga nanti gerenti kerja aku dah macam kuli barua dah. Belum masuk bulan empat lagi...uwaaaaaaa!!! Aku trauma fikirkan kerja yang makin banyak berganda-ganda ini.

My room is officially macam tongkang pecah dah.

Tapi sejuk balik ati bila pegi tengok bilik is dan syu lagi macam titanic pecah hahaha.

28 January 2011

the wedding date

oh bukan nak announce wedding date.

tapi setelah ahli jemaah tertinggi keluarga berdiskusi, semua boleh 'terima' walau not 100% agreed untuk majlis buat di rumah sahaja.

well, it's not easy to make everyone satisfied and happy. it's not my responsibility to make semua orang happy. jadi...tarikh nya tetap sama seperti yang dirancang cuma lokasi saja berubah. alhamdulillah....

kepada adik-beradikku yang selalu chill dan supportive, terima kasih. u guys memang open and cool.

25 January 2011

Kahwin

Tarikh kahwin yang aku nak tuh...dewan dah fully booked!!!

Not a big deal to others tapi bagi aku it's a HUGEEEEE DEAL!!!

Aku tak akan consider end-of-year. I have my own reasons.
Then, sesenang orang cakap...kita merancang, Tuhan tentukan.

Oi, kalau Tuhan dah bagi kau kuasa merancang...takkan kau nak merancang tanpa pakai KEPALA HOTAK ko?! Loser boleh laa merancang tanpa strategi. Itu orang yang malas berusaha namanye!

Bila aku cakap, hujung tahun selalu hujan dan banyak bencana...lawan balik cakap bulan 6 pun boleh hujan. Kalau macam tuh, ko jangan kahwin. Sebab......kot2 aku pilih bulan 5, tetiba hujan pulak hari tuh. Macam mana?

Memanglah Tuhan yang tentukan. Ada aku cakap mak pak aku yang tentukan? Ngok!

Tapi kalau otak ko pun dah boleh pikir and nampak, akhir tahun selalu hujan and banjir...cuba la elak. Macam kau bawak kereta lepas tuh nampak lubang bapak besar tengah jalan...kau tak elak ker? Kalau boleh elak, kau elak kan?kan?kan? Kalau taknak elak pun tak apa. Tapi sia-sialah Tuhan bagi kau peluang dan jalan. Lainlah kalau kau elak, ko jatuh gaung ker, langar lembu ke. Masa tuh ko kena laa MERANCANG. Langgar lubang ke langgar orang ke terjun gaung??? Haa..pilih.


Aku hangin.

Malam ni, kita lepaskan tekanan dengan bermain basketball. Hip!Hip!Hooray!

24 January 2011

tERGOLEK2...

Aku busy teramat sampai tergolek-golek nak buat kerja.

Pencapaian hari ini : Sudah mula bawa bantal ke ofis. Mungkin esok lusa, aku bawak toto pulak.

Sekian.

Banyak kerja kerana kerja banyak.

19 January 2011

Recycle aluminium can cover

Salam tuan-puan,

Aku ada collect banyak penutup tin minuman aluminium.

Cuma...aku tak tau mana recycle centre yang boleh terima dan beli.

Mine is still less than 1kg kot tapi aku nak try dulu.

Kalau ada sesiapa tau any recycle centers yang terima and beli penutup tin aluminium ni, harap boleh kongsi info yer. Atau sesiapa yang baik hati nak bagi aku penutup tin tu pun ok jugak...

Hope to hear from any of u soon!!!

Thans in advance...

Pancit...

Bukan tayar aku pancit, tapi tayar sahabatku encik is yang pancit. Sedikit terharu kerana tayarnya pancit bila dia pusing-drift semata-mata nak fetch aku bila nampak aku tengah menunggu al and the geng di tepi jalan. Is was with syu aje masa tuh. Moyok muka mamat tu bila tengok tayar pancit.

Dulu bila tayar aku pecah, encik is, al and airin lerr yang gigih menghulurkan bantuan. Airin bantu tengok aje. So kali ni, aku balas jasa encik is dengan menengok jugak hehehe.

Kenapa beriya-iya depa nak fetch aku? Sebab kereta aku kena clamped laagi!!! Uwaaaa!!! Pergi kerja dengan belas ehsan encik al. Mula-mula dah kensel sebab ingat nak tumpang cik mega aje tapi tau-tau encik al sudah di bawah banglo-tingkat-5 aku. Terpaksa kensel date awal pagi dengan cik mega. Terharu kerana dari jauh encik al, encik is dan cik airin offer diri untuk pick up aku ke pejabat. Alhamdulillah...

Lagi-lagi terharu bila puan farah offer kereta dia untuk aku pinjam pergi selesaikan hutang clamp aku tuh. RM 100 uoollss!!! Kopak duit aku dihujung bulan ini. Rancangan untuk berjimba terencat seketika. Mak shocked uollsss!. Tapi, anggap sajalah duit yang keluar itu adalah bagi membersihkan rezeki yang mungkin pada hakikinya tidak sebersih pada mata kasar.

Tak paham aku cakap ape? Lantak lerr...ada aku kesah?

Ok, pada petangnya...encik tunang datang fetch aku di pejabat. Terus pergi minum dan makan ringan dengan encik is, al dan cik syu. Menjelang maghrib, encik tunang hantar aku balik rumah tukar baju untuk main badminton. Sampai gelanggang kol 830 tapi ramai nyer umat manusiaa!!!
Main gilir-gilir setiap set with other teams. Haruslah tak puas!

Turun gim kejap, tapi hampagas kerana peluhku malu-malu nak menitik. Jadi 930 kami segerombolan ke kawasan banglo-tingkat-5 aku untuk main basketball pulak. Ya Rabbi!!! Dah 6 tahun aku tak main basketball. Rinduuuuuuuuuuuu!!!

Main sampai 1030 kerana sudah ada jiran-jiran sound kerana bising. Yer, kami memang tak sedar diri. Selain dari itu, kami berhenti main setelah sejam kerana semua telah pancit. Encik tunang tidak terkecuali. Pemain malam tu adalah encik tunang, is, al, cik syu, airin and yours truly. Pancittt, pancitttt...tapi SUPER FUN!!!

Pagi tadi aku lewat ke pejabat penangan kePANCITan melampau hahahaha. Encik tunang teramat jeles bila tahu aku boleh tidur lebih dari dia yang sudah ditempat kerja tapi aku masih belum bangun...jangan jeles yer laling. Hekhekhek...

Esok cuti lagi...encik tunang mahu cari kerja lain. Esok mahu pergi interview. Plan nak tido sampai matahari menegak terpaksa dibatalkan sebab mesti encik tunang dengan jelesnyer paksa aku ikut dia pegi interview....cehh! Tak habis-habis jeles....

Walauapapun, aku sentiasa doakan encik tunang bertemu dengan kerja yang sesuai dengan jiwanya dan yang penting...dia hepi berkerja. Tapi encik tunang, untuk dapat kerja idaman hati, kenalah usahanya pun beribu kali lipat ganda yer...

Sekian, minggu ni tak larat dah nak main futsal...aku tengok kucing-kucing aku main bola jela..

Kucingg??? Nanti aku sambung cerita....hepi cuti uoolllss!!

18 January 2011

Mengantuk...

Hari ini bangun pagi...
Kereta kena clamped!!!

Bad mood betul...

Sekarang, aku mengantuk giler...

Kerja melambank-lambak macam biasa....

Nak tido....

10 January 2011

Erm...

Sekarang, mental, emosi, jiwa aku terganggu.

I'll be away for awhile.

Will be back bila keadaan semakin baik.

Plus, sekarang teramat sibuk.

Nak dapatkan semula momentum kerja maksima.

Performance first...

Thank you.

07 January 2011

Seronok ker?

So far, minggu pertama 2011 ni penuh dengan kekecewaan...

Sekian.

05 January 2011

2011

Baru masuk ofis.

Tak ada semangat nak menulis lagi.

My few last days of 2010 was superb.

Tapi few first days of 2011...was not so well.
Disaster! Literally...