29 October 2013

Doa Hari Ini




Ya Allah!
Thank you for this beautiful life...
Please forgive me if I don't love it enough.
Aminnn...

27 September 2013

Hijab

Nur Qaisarah's first hijab

06 September 2013

Sambutan Hari Raya Wisma

Semalam ofis buat Majlis Sambutan Hari Raya.
Teruja giler kot smpai kurang mood nk buat kerja walaupun banyak giler keje.

Majlis start kol 3pm. En. Suami pun nak join sekali.
So lunch break tu stay kat ofis buat kerja...by 215pm camtuh balik rumah.
Ingat En. Suami dah smpai rumah...rupanya belum.
Padahal kol 1.15pm call, dia cakap dah nak balik..

So sempatlah rehat kejap. Baby taknak tido..so main2 kejap dengan dia.
Dah dekat jam 3pm, En. Suami tak smpai rumah lagi...
Dari perasaan marah sikit sebab dia blk lambat...terus jadi perasaan risau.
Setiap 5 minit..makin bertambah kecuakkan...
Azam dalam hati, kalau tepat jam 3pm En. Suami tak smpai rumah lagi...
Aku akan tepon ofis dia tanya, and pegi turut dia jalan dia selalu ulang alik keje
Risau uolss...kot2 laa pape jadikan...

Lebih kurang nk kol 3pm gitu, En. Suami selamat sampai rumah. Alhamdulillah...
Lega hati...
Rupa2 nya minyak motor habis nokks...
Mujur ada orang baik hati tolong En. Suami...kalo tak lencun peluh laa dia tolak motor atas hiway tuh yang oii

So, lps En. Suami mandi n smyang etc...siap2 laa nak ke majlis
Kawan2 ofis dah tepon2 tanya kat mana...katenyer dewan dh penuh
Bawak Baby skali..pkai baju kurung lg tuh..
Ate, bile lagi nk pakai...
Raya dah nak abes..tahun depan dah tak muat nk pakai

Smpai ofis dalam kol 330pm gitu...terus carik port smbil show off Baby hehehe
Dpt laa port kat dalam lobby yang ber aircond..
kalo tak kt lua panas uollss...kesian Baby nti
Tgu colleague..nk pertemukan Baby dengan baby boy dia..
Kate lahir lewat sehari aje di hospital yang sama..

Festaim ni derang di pertemukan...


 Kiutkan derang?
Cant wait to see them together again in future...
Orang2 ofis sebok laa cakap...bolehlah berbesan kami ni nanti...
Hehehhe...itu terserah pada jodoh dan ketentuan Allah SWT.

Baby gigih tak tidur syok main..
Yang aku pun gatal g naik ofis...igt nak bt keje kejap jer...skali smpai kol 7pm gak
Baby tertidur juga akhirnya...setelah penat bermain ngn ramai orang kt ofis

Ok, tak tau nk ending cmne...
Tp sgt rindukan Baby skang...

02 September 2013

Bukan Rezeki Aku (BRA) ehhh...

Permohonan PPA1M Putrajaya telah ditutup pada 18 Mei 2013. 
Semakan status permohonan : Sila hubungi 03-8000 8000 (1MOCC) untuk sambungan kepada Puan Hazarina (8046/8212) bagi pertanyaan lanjut. 

Sila masukkan NOMBOR KAD PENGENALAN (tanpa "-" atau "ruang kosong") 

Nama: N**A A*LINDA BINTI JA**AR 
Kad Pengenalan: 8*102*0*5**4 
Status: 
Permohonan anda tidak berjaya bagi sesi cabutan undi PPA1M (Fasa 1). 
Sehubungan itu, permohonan anda telah dibawa ke Cabutan Undi PPA1M (Fasa 2) yang akan dimaklumkan pada 30 Disember 2013. 


Uwaaaa....tak dapat!!! Sedih. Ya, Allah! Kau bukakanlah rezeki kami yang sebaik-baik mungkin. Sesungguhnya Engkau yang Maha Mengetahui akan sesuatu. Engkau juga yang Maha Kaya dan Maha Pemurah. A-min.

29 August 2013

I'm not fat..I'm fluffy! Hehehe

In real life...

After few years

Masha Allah,

Dah lama betol aku tak menulis di blog sendiri. Tadi berkesempatan tgk balik blog dan baca tulisan lama2 dulu. Especially pasal hubungan aku dan en. suami.

Ya, Allah. Terlalu banyak yang dah kami lalui. Perasaan sayang dan benci tu saling bertukar. Tapi alhamdulillah...dengan izin Allah kami bersatu jua. Semoga jodoh kami ini akan dibawa ke syurga, insyaAllah.

Aku sedar, untuk smpai ke mana kami berada sekarang ni...bukan mudah. Cuma Allah swt sahaja yang tahu dan kepada Allah swt aku bersyukur. Kadang-kadang ada sesetengah bahagian tulisan aku tuh..aku sendiri pun malu nak baca dan tak kuasa nak kenang. Tapi overall, tulisan aku tu buat aku rasa lebih menghargai apa disekelling aku, terutamanya keluarga dan en. suami.

Mungkin aku terlalu attached dengan en. suami dulu, tapi smpai sekarang pn masih sgt attached. Aku banyak bergantung pada en. suami jugak. Buat aku terfikir, macam mana kehidupan aku sebelum mengenali en.suami dulu.

Lepas baru kawen dulu, ramai yang tanya...ape perasaan dan perbezaan setelah bergelar suami isteri?

Jawapan aku...
1) Sangat bahagia...kerana salah satu impian aku untuk bersama teman sejati terlaksana
2) Sangat mendebarkan...sebab tak tau apa akan jadi seterusnya
3) Bersyukur...
Perbezaan paling ketara yang aku paling perasan lepas kawen...kami jarang bergaduh. Kalau dulu, kerap selisih faham, gaduh dan merajuk..sekarang dah kurang drama. Merajuk pn tak meleret...sekadar manja2 aje. Tapi, setiap detik perjalanan hidup kami suami isteri...tetap mendebarkan.

Mungkin aku tak cukup menyatakan perasaan aku kepada en.suami...meskipun dia bukanlah insan yang sempurna, meskipun dia tak dapat berikan aku segala kekayaan dan kemewahan dunia, walaupun dia masih lagi terapung-apung untuk mendalami pelbagai ilmu agama dan duniawi...

Tapi dia tetap seorang lelaki yang paling baik yang aku kenal
Dia terus berusaha dan bersedia untuk aku
Dia terus bersabar untuk menjaga dan memaafkan kekurangan aku
Dia terus menjadi seorang yang mendamaikan, meyakinkan dan memanjakan aku

Bila kekurangan aku dan kelebihan dia bersatu...kami mengejek-ejek
Bila kelebihan aku dan kekurangan dia bersatu...kami menjeling-jeling
Bila kekurangan kami bersatu...kami tetap saling menyokong
Bila kelebihan kami pula bersatu...kami panjatkan doa kepada Allah swt agar apa yang kami miliki dan rasai ini diberkati

B,
Terima kasih atas segalanya.
Tak perlu lagi diucapkan tentang perasaan cinta kita...sebab sayang yakin B tau semua itu..

09 March 2013

UPDATES++

1) Alhamdulillah telah selamat melahirkan seorang anak perempuan pada jam 11.53mlm, 2 Januari 2013. Aku dan suami sudah lama sepakat untuk menamakan anak kami Nur Qaisarah. Kegembiraan yang amat selepas melahirkan Nur Qaisarah..Ya, Allah...besar sungguh rahmatMu....

2) Esok, 10 Mac 2013, genaplah setahun pernikahan aku dan suami. Alhamdulillah...sesungguhnya perjalanan perkahwinan kami masih panjang. Terima kasih Ya, Allah di atas segala nikmatMu..

Ini updates versi pendek. Luahan perasaan bila line dah clear sikit...nak kena tido awal malam ni sebab esok nak sambut anniversary...insyaAllah