20 October 2010

NYahZzz!!!

Cerita-ceriti basi...

Last Sunday, aku balik rumah 'banglo' tingkat 5 aku jam 1030pm. Tengah 'meniarap' depan tv dengan sedikit aksi bergolek-golekan atas lantai, aku received sms from NYahZzz. Dia nak datang rumah. Wowwww Weeee! Terus pergi 'berdandan' dan buang 'sampah-sarap' dalam rumah, tercongok depan pintu rumah tunggu NYahZzz. After 15mins, NYahZz sampai depan rumah. Heeeee~

NYahZzz bawak hadiah wooooo!
Busat woooo!!! Sebesat perut dia woooo!!!

Aku pun tak pasti sebab apa NYahZzz bagi hadiah tuh. Tapi aku bajet it was for my engagement kot since she told me about the gift 2 weeks before. Ker sebab aku masuk rumah baru sebab tu NYahZzz bagi barang rumah? Ker sebab my BIRTHDAY this week NYahZzz?? Tapi ko tak nyanyi lagu HAPPY BIRTHDAY untuk aku pun NYahZzz?!?!?!

Untuk BIRTHDAY aku ko akan bagi HADIAH yang lagi BESARRRRRRRRRRRRRR punya kan?kan?kan? Hakhakhak

Erm aku ajak NYahZzz tido rumah, tapi dia taknak. Katanya kena bangun sebelum ayam berkokok untuk sampai ke destinasi 'kota metropolitan'...metropolitan laa sangat kan...

Lepak dalam setengah jam je kot....NYahZzz nyer 'mr.B' (buwwwwwwwwwweeeekkk!) call ajak dating le pulak. Sepantas kilat NYahZzz nak balik. Cehhh! Bila cek blog NYahZzz, senin tu dia tido sampai tengahari!!!! Uwaaaa!!! Aku nak sumpit NYahZzz...takmo masak nasi paprik untuk ko nanti. Majukkkkkk....


Nota-pergelangan-tangan-melecet :
The night before, l0b0 sms-ed me nak luah perasaan. Ada masalah katanya. Aku dengan serba salah dan malasnya...tak tau nak jawab apa. Jadinya, borak laa kejap. Lepas sesi luahan perasaan dan sedikit segmen nasihat-menasihati, l0b0 sudah boleh bertenang.

Yang aku hangen, masa aku nasihat and force him to lawan balik...mati-mati dia takmo. The very next day, dia sms-ed lagi cakap dia dah buat macam yang aku suruh. Ish, budak ni...kau bajet kalo pergi berperang without proper plans and strategies, boleh menang ke? Apa-apa pun, semua sudah selesai. Alhamdulillah. Semoga lepas ini, l0bo tenang seperti sediakala...

18 October 2010

Erm......Monday blues kah?

Erm...

Banyak kerja.

Big-bos tak ada. Collegues tak ada.

Dapat lagi wahyu dari Division lain.

I have to attend a meeting tomorrow for the whole day, I guess...

Kerja banyak.

Siapa nak siapkan?

Esok siapa nak make sure semuanya dah lengkap?

Sigh!

Perasaan aku rasa macam tak tenang pulak hari ini.

En.tunang pun diam jer hari ini.

Er....

15 October 2010

Perasaan bila cuti di rejek...

Aku dengan gigih informed big-bos, nak amek replacement leave next Monday since last week. Masa meeting, dia verbally cakap boleh. Bila dah semangat.....sekali pagi tadi dia panggil cakap aku kena datang jugak Monday and take the replacement leave another week. Sob sob sob. Baiklah bos...redha.

Why?

Sebab semua officers kena attend Istana. So, aku kena laa jaga kubu. Plus, dia dah assigned few tasks untuk aku dah. Macam biasa, kerja supervisor tapi aku yang kena garu-kepala-cari-kutu nak menyiapkan. Tadi dia dah bagi first paperwork pun aku dah nak tercabut mata. Bila dah siap, baru nampak rupanya senang aje kerjanya. Tapi dok berfikir macam nak buat KLCC...cenggitulah bila pengalaman tak cukup tapi kena buat kerja macam dah 8 tahun bekerja yer....

Kantoi - Zee Avi

D@mn cute!

It has been quite a while since aku cuba track down this song...finally, yeay!

14 October 2010

Kalau Berpacaran - Sohaimi Mior Hassan ft. Ana Raffali ft Altimet

Untuk en.tunang jugak...

Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang

Bertambah sayang




Sohaimi Mior Hassan
Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibu bapa adik abang

Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang

Korus

Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang

Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman

Ana Raffali
Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama

Hantarkan rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kekasihmu disambar buaya

Ulang korus

Altimet
Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga

Hahahahaha...
Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa

Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah

Ulang korus 2x

Kekanda Adinda - Monoloque ft. Atilia

So kiuttttttttttt.....

Untuk en.tunang......

Oh Kekanda mari nyawa, kita cuba komunikasi
Oh Adinda mari sayang, kita cuba toleransi




Walau kita janji sehidup semati
Kita berlainan
Kanda polar kutub utara
Dinda kutub selatan
Komunikasi, sikap toleransi, itu yang kita perlu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka

Walau kita sering dengan cara masing-masing
Kanda yang Perdana
Dinda yang Utama
Kanda segalanya
Dindalah nyawa
Kita tetap bahagia bila bersama sama

13 October 2010

10.10.10

My cuz's reception was on 10.10.10.
After the reception, mama papa bertolak dari KL to Melaka dalam jam 830pm and sampai Melaka at 3am!

Kenapa? Sebab tragedi kemalangan 10.10.10.

At first, aku taknak dan malas nak blog about it. But after few days, aku fikir kenapa masih ramai driver bas/ lori/ treler etc kat Malaysia yang bawak vehicle derang macam saiz derang tu sebesar basikal roda tiga? Yang jadik mangsa pulak, orang lain...ramai pulak tuh!

Masa kat Jepun dulu, jarang dengar berlaku accident teruk2 dan melampau macam nih. Even dalam sejarah bullet train derang pun boleh kira dengan jari baper kali je berlaku tragedi macam ni. Aku tak paham kenapalah kat Malaysia ni tak abes2 tragedi macam nih. Negara keliling kita tak abes2 di timpa bencana alam, negara kita pulak tak abes2 dengan bencana buatan manusia sendiri.....*geleng2 kepala*

Dulu kat Jepun, aku pernah laa few times naik bas tambang and express derang. Aku sangat confident dengan derang punya servis.

Kenapa aku confident? Below are the reasons why...

Pertama, ikut average speed limit.
Ex. : Derang akan kira tempoh perjalanan dengan kadar kelajuan sederhana (average speed limit). Let say, speed limit bas on highway is 80-100km/hr...derang akan calculate timing dengan kelajuan 90km/hr.

Kenapa derang buat macam tuh? Untuk pastikan bas tidak dipandu lebih laju dari limit.

Kedua, jadual/ timing derang memang excellent.
Ex. : Kalau kau boleh sampai KL dari Melaka dalam masa 2 jam dengan kelajuan bas 100km/hr, derang akan buat perkiraan masa dengan anggaran bas cuma bergerak selaju 90m/hr (so, akan ambil masa lebih lama dari 2 jam kan?kan?) dan ambil kira kadar kesesakan bergantung pada waktu perjalanan bas. Andai bas gerak waktu rush hours, mesti laa traffic mencanak-canak kan?kan? They'll put that into consideration bila buat jadual perjalanan bas.

Yang menariknya, andai trafik dan bas bergerak lancar yang memungkinkan bas tiba ke destinasi lebih awal dari jadual, bas tu akan berhenti di r&r terakhir (sebelum station terakhir) lebih lama. Biasanya, waktu berhenti di r&r, driver akan pastikan keadaan di dalam bas dan keselesaan penumpang serta jelaskan kenapa berhenti lebih lama. Andai kata bas terlewat sampai, jangan risau...as they'll provide you a notis explaining what happened and mintak maaf. Sopan kan?kan?

Kenapa? Supaya waktu bertolak/ ketibaan terancang. Sekali gus, boleh rancang perjalanan lebih awal.

Ketiga, bas hanya berhenti sekali selepas bertolak dan sebelum tiba destinasi akhir.
Ex. : Bas akan berhenti di r&r yang pertama selepas bertolak dan sekali lagi r&r terakhir sebelum tiba destinasi.

Kenapa? Supaya jadual perjalanan tak terganggu dan penumpang boleh laa nak pergi toilet ke makan ke...sekali gus, sistem nyah-kumbah badan pun perlu sistematik yer kawan-kawan...

Keempat, driver sangat disiplin.
Ex. : Pakai uniform, sarung tangan, catat buku rekod sebelum/ selepas perjalanan. Ramah dengan penumpang (misalnya, travel malam....sebelum buka lampu bas, driver akan minta izin dari penumpang). Sopan kan?kan?

Kenapa? Aku pun tak pasti...yang penting, keselesaan dan keselamatan penumpang diutamakan.

Kelima, patuh undang-undang lalulintas
Ex. : Takdenyer ko nak tengok orang Jepun tekan pedal minyak dalam-dalam sebab nak kejar lampu oren wehhhh! Yang tekan minyak bila lampu oren tu...only in Malaysia wehhhh...

Kenapa? Hijau = Jalan, Oren = Sedia utk berhenti, Merah = Berhenti! Capisci!?

Keenam, sentiasa hormat orang dan beri laluan
Ex. : Kalau nak keluar simpang, tak perlu kau tunggu 4, 5 hari untuk orang bagi laluan. Akan ada je orang yang bagi kau jalan kalau dalam undang-undang dah termaktub hak kau dulu untuk kau jalan. Tak payah nak hon-hon atau berlumba siapa yang patut jalan dulu.

Kenapa derang macam tu? Itu namanya ADAB! Sepanjang aku duk Jepun, tak pernah lagi aku tengok bas dok kat fast lane...memotong cuma perlu sahaja. Tapi kalau drebar bas dah tak tahan nak terkucil...aku tak tau laa macam mane.

JADI....

Aku sarankan Malaysia hadkan speed limit untuk bas. Let say, buatlah maximum speed untuk bas/ lori/ treler etc 110km/hr....Kalau derang nak cepat sampai, silalah bertolak lebih awal. Aku jugak nak sarankan, agar para pemandu bas/ treler/ lori ni buat rekod pemanduan dan diperiksa oleh supervisor masing-masing. Bukan susahpun...

Sesekali, apa salahnya bagi motivasi talk untuk para pemandu. Mereka pun manusia yang kadang-kadang perlukan galakan untuk menjadi lebih cemerlang dalam kerjaya derang...

Nota-jari-tembam : Lately, selalu tengok lori kena tahan dan saman...tak pernah pulak tengok bas/ treler ditahan dan disaman. Ke aku jer yang tak pernah tengok dan tau?

Nota-lengan-pun-tembam : Aku kagum dengan Jepun sebab derang bleh publish buku jadual (inclusive date, time, destination...very detailed) perjalanan bas dan train dan frequently update if there is any changes. Labih kagum, memang buku itu sangat relevan sebab pergerakan bas/ train SEJIBIK macam dalam buku. Sangat senang untuk travel esp backpack travel.....

Nota-budak-tembam : I used to love backpack and travel....

wheel-clamping is FUN!

Pagi tadi aku bangun, bersemangat macam biasa.
Tik-tok-tik-tok aku kejar masa nak masuk ofis sebelum 830.
Pagi ni niat nak breakfast kat ofis aje.
Ate, bangun lambat...bahan-bahan tak sedia lagi.
(aku malas bangun pagi kecah-kecah nak potong, hiris, sembelih itu ini. Selalu buat semua tu sebelum tidur. Bangun pagi just masak aje)

Jadi, bila aku tengok jam dah 810am, kecuakan dan limpahan adrenalin melampau menyebabkan aku setangkas kilat turun bawah.
Nak buang sampah, tunggu lif, panas enjin lagi...tu sume makan masa 10min kot. Rumah ke ofis 8min aje jarak nyer. Soooooo heaven!

Sekali turun sampai kat subaru ku, d@mn! Tayar depan kena clamp!

Erm....apelah nasib. Dari bersemangat jadi mengantuk. Motif mengantuk???
Ada notis. Sila ke &%*& aras 4 blok #@. Baffffffffffffffffffffffaaaaakkkkk!!!!
Habes tuh dia nak aku jalan kaki? ke merangkak pegi ofis? Nak berenang boleh?!?!

Aku cuba nasib kontek ms.d@yah yang tinggal 10min away from my place.
Kot-kot dia berhati mulia nak ambik aku...alhamdulillah.
Dia pun baru nak keluar sebab tetinggal kasut kat rumah.
This is one of the reason why i lap you laaa dear *wink*wink*

Kesudahannya, aku kena mintak tolong ms.d@yah lagi untuk hantar aku ke &%*& dan bayar rm50!!!!!! stupidddddddddoooo....

Seb aku tak bawak monster nih...jenuh ler kamu nak cari clamper pulak. Padan muke!
Rajin sangat nak jadik majlis pebandaran sangat kan? Sile buat koleksi clamper yer....


* Selingan
A : You STUPID!
B : Erm......
A : Ehh, STUPID tu apa aaa?
B : STUPID tu BODOH
A : Haaa!?!?! Eh, saya nak awak diam bukan BODOH.
B : Itu SHUT UP laaaa!!!!!!!!!!!!!!!!
Hakhakhak

12 October 2010

moneyMONEYmoney

Money is not everything
But everything needs money

"He who wants a rose, must respect the thorn"

Sejak kenal en.tunang, aku perasan yang en.tunang ni seorang yang sayangkan kawan-kawan. Kalau kawan-kawan dia susah hati, dia akan turut susah hati. Dia akan cuba sedaya upaya nak tolong kawan-kawan. Tapi kadang-kadang, ada jugak kawan-kawan en.tunang yang seolah-olah tak menghargai, menganiayai, tikam belakang, cakap belakang etc. Aku cukup tak suka bila en.tunang tertekan bila ada kawan-kawan dia yang buat dia macam tuh. Jadi aku selalu laa 'meracuni' en.tunang....

"Pada kita, dia adalah seorang kawan. Tetapi belum tentu pada dia, kita adalah kawan"

Obvious ke aku ni terlalu evil? *rolling eyes*
Okehh, aku bukan nak cerita pasal en.tunang tapi nak cerita pasal diri sendiri. Hahahaha.

Aku memang tak ramai kawan rapat. Boleh bilang dengan jari tapi diorang ni memang betol2 seorang sahabat bagi aku.

Dalam aku berpesan-pesan pada en.tunang, aku sendiri pun pernah jugak 'terlebih batas' dengan kawan-kawan ni. Bila aku dalam keadaan tertekan, bermasalah etc...tanpa fikir panjang aku luahkan and citer pada kawan-kawan yang aku sendiri tak pasti samada derang ni boleh dipercayai atau tak. Kadang-kadang apa yang aku cerita tu, rutin kehidupan biasa dan aku tak rasa itu satu isu yang besar pun tapi ada jugak individu yang so-called kawan ni jadikan keadaan/ cerita aku tu sebagai platform untuk dia tonjolkan kekurangan/ kelemahan dalam kehidupan aku supaya life dia nampak perfect dan terbaik berbanding orang lain.

Ada antara kawan-kawan yang betol-betol tumpang simpati dan tak kurang jugak yang depan aku lain tapi belakang lain. Ada yang ambil kesempatan dengan ke'dukacita'an aku untuk buat diri merasa lg 'superior' dari aku, merasakan life derang lagi happening dan boombastic dari aku etc. Ada yang sampai tahap sanggup menjaja cerita aku depan orang lain supaya orang nampak betapa 'low' nye aku tak sehebat kebahagiaan yang dia sedang kecapi sekarang.

Aku tak kesah, aku tak berdendam. Tapi saat aku sedar apa yang dia buat tu, saat tu jugak dia dah pilih di mana tempat dia dalam hidup aku. Aku nak terasa hati pun takda makna. Cuma aku kena ingatkan diri sendiri...

"Allah swt dah tentukan bahagian masing-masing. Kalau hari ini aku di bawah, akan tiba masa aku merasa berada di atas. Bila aku di atas pulak, aku kena sentiasa bersedia untuk kembali ke bawah. Apa pun yang jadi dalam hidup aku, itu adalah bahagian aku."

Nota-kaki-melecet : Banyak stori pending tapi buat2 lupa dan tak sedar. Bercerita ikut suka hati diri sendiri.