NO MATTER WHAT!
07 March 2011
Ceramah
Jawabnyer, aku cuma dapat join separuh jer.
Aku suka laa attend ceramah2 macam ni walaupun apa yang dia cakap mostly menda yang kita dah tau...but its kinda u still need sumone to tell u and throw it right to ur face. Baru ada rasa semangat sikit.
I think I should share it with en.tunang since this kinda talk memang bagus and his field tak da pun nak bagi chance dengar menda2 macam ni.
Erm..cant wait to share it with en.tunang. Hopefully en.tunang pun excited to share such important inputs. Dan yang paling penting....agar jadi pembakar semangat gitu...amin.
Dan....insyaAllah, dengan izin Allah swt.
04 March 2011
Doorgift
Memaksimumkan Jurugambar!
2. Beritahu perjalanan majlis dan aturcara supaya jurugambar bersedia.
3. Rakam gambar potret sejurus selepas selesai disolek.
4. Berlatih untuk senyum depan cermin supaya hasilkan gambar yang cantik.
5. Bila selesai majlis, jangan gesa jurugambar untuk siapkan lebih cepat, takut merosakkan kualiti gambar.
Berjimat untuk kahwin...
- Kurangkan makan di luar. Breakfast dan dinner kat rumah. Tahukah anda kos untuk buat teh kat rumah tak sampai 30sen. Anda terpaksa bayar RM1.20 kat kedai mamak!
- Beli barangan di pasaraya. Beli stok barangan dipasaraya untuk menjimatkan wang. Barangan dikedai runcit agak mahal. Tapi anda mesti berbelanja dengan menulis senarai barang dahulu!
- Rancang perjalanan. Selesaikan urusan sambil-sambil pergi/balik kerja. Jangan keluar banyak kali. Petrol mahal.
- Rancang perjalanan dan berikan lebih masa untuk sampai ke tempat yang dituju. Kalau bawa kereta tergesa-gesa dengan menekan pedal minyak dan brek secara mengejut, akan menambahkan penggunaan petrol. Ingat, petrol mahal.
- Pergi ke pusat membeli belah pada hari bekerja sebelah malam. Kalau pergi hari minggu, ramai orang bersesak-sesak, nak parking pun makan masa setengah jam, parking pun naik harga dari RM1 ke RM3, nak keluar pun jem.
- Beli barangan semasa ada sale. Barang seperti baju dan seluar (selain makanan) ada sale bila tiba musim perayaan. Jadi tunggulah masa harga murah untuk membeli.
8P Tip
1. P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.
2. P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.
3. P ketiga ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.
4. P keempat ialah 'perhatian' yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.
5. P kelima mewakili 'persefahaman' kerana sebagai manusia yang bekerjaya memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.
6. P keenam membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.
7. P ketujuh adalah 'percutian' di mana seseorang itu perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin atau gangguan lain.
8. P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.
Warna Tema
Manyak jauhhhh ooo...
Memula tu dia agak kerek but bila dah berbincang sakan tuh, baru laa dia macam friendly sket.
This time I went with en.tunang.
I rasa macam oklah designer no.3 nih.
Senang nak bincang, harga affordable, design pun boleh tahan...simple yet elegant.
Kan asalnya aku plan nak kurung moden je for the nikah...alih2 dia cadang aku buat dress.
Wahhh tak konfiden mak nokss....mak kan besau gebu-gebu hahahaha.
Kang nampak cam dugong dalam surau pulak kang...
Tapi dia telah yakinkan aku...aku gonna look nice and sweet in his design.
Fuhh...boleh percaya ke dia nih???
Dia tunjuk aku few designs yang die tgh buat.
Siap bagi aku pakai one of the veil yang dh siap which to me sangat lah exclusive rupenye.
Terus I feeling-feeling gadis melayu tau...auwww!
En.tunang senyum sipu-sipu...macam aku baru lepas meminang die pulak.
Cair I tengok senyuman tu tau...auwwww lagi!
Tapi designer no.3 naik angin bila aku tak tau lagi warna untuk dress nikah tuh
I cakaplah the other day I went to other designers aku tgk ada dusty pink la, tiffany blue la etc..
Dia tak berkenan nokks...
Dia ckp elok I pakai soft color like off-white ke.
Unless aku ni berani sgt nak main dengan color lain.
Scary kan designer ni?
Tapi aku sukalah...at least dia being honest sharing his thoughts.
Ke aku je rasa camtuh?
So, dia suh aku balik pikir warna apa aku nak dengan design camne aku suka.
Jadinya sekarang, keadaan aku makin parah nak memikirkan nya...
Do u think tiffany blue suit me or off-white suit me better?
Petang tadi mama cakap, amek off-white je la. Takyah pening kepala.
Kang nak amek gamba lepas nikah, baju kaler len, pelamin kaler lain....
Penin...penin...
Bertambah penin, bila pikir...
Kalau aku pakai of-white...family aku nak pakai kaler ape?
Belah lelaki plak...derg nak pakai kaler ape?
Itu baru nikah...besanding nanti????
Aiyooo...
28 February 2011
InsyaAllah..
Mata aku juling dengan derang punya sebut harga...huhu. Well, at least aku tak sepening kepala penaja aku hahahaha.
But, it was very interesting. Aku tak penah went to see any designers before. Macamlah aku nak attend mana2 event yang aku pun tak kose nak pegi kan? Jadi it was kinda different yet exciting experience. Tapi, aku tetap jugak rasa tak perlu berhabis duit sebanyak itu hanya untuk sehelai baju. Walau orang kata cuma sekali dalam hidup nak merasa. Aku tak rasa terkilan kot kalau tak pakai baju mahal-mahal....tapi kalau handbag, yesss! Aku nak beg mahal muahahahaha!
On the other hand, it was such a dramatic weekend. Agak hectic dan penat.
My brother was not feeling very well. It has been almost a week now. So my mommy tukar plan. Tidur kat rumah abang. Tak senang hati mama kalau tak tidur rumah abang. So, lagi elok kalau mama dekat dengan abang. And early this morning, mama, yana and hub and handz and k.herney (with abang, of cos) bergerak ke darul syifa' and then to taiping. Ikhtiar selagi mampu...
It is hard to be a mommy, kan?
Erm...macam-macam dugaan betul akhir-akhir nih.
I would like to quote ayat seorang ustaz nih (aku dengar dalam radio)...
Wallahuahlam.
Nota-jari-telunjuk : InsyaAllah, ada jalan. Tuhan tidak akan bebani kita dengan sesuatu yang tak tertanggung dan setiap masalah/ penyakit, ada penyelesaian/ penawar.
25 February 2011
Baju Nikah
Dia tanye aku nak dia sponsor hantaran ker baju nikah.
Ish dia nih, hilang akal ape!
Mestilah aku nak dia sponsor set tv 40" LED with hometheater set!
Hahaha...hanya dalam mimpi ku.
We discussed on my solemnization dress.
Here's my idea on my how my solemnization dress gonna be...
note : tidak kena-mengena dengan my sanding dress.
1. Malas citer panjang-panjang...I want it white like toothpaste!
2. No lace
3. Simple yet elegant
4. Combination dua design (A and B)








