30 August 2010

I'm down...

...with fever and flu.

Esok Merdeka, jadi...


SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN NEGARA YANG KE-53!


Semoga Kemerdekaan yang kita kecapi ini akan berterusan hingga ke akhirnya, A-min.

26 August 2010

Rasanya...

...macam nak demam.

Sejak semalam badan rasa lemah aje. Lesu semacam. Makan pun tak selera.
Hari ni pulak, badan rasa sejuk semacam. Selsema sikit2 dan tekak perit. Simptom apakah ini?

Sigh!
Hari ini saya mahu berbuka besar-besaran hekhekhek.

25 August 2010

rAjin~

Semalam dan hari ini, tahap kerajinan bekerja berada di tahap yang hampir EXCELLENT. Hahaha. belum excellent lagik...sikittttt je lagik. Tapi tu laa...bila hormon rajin meningkat, mula la cabaran kerja yang datang semacam aje. Biasa boleh dapat dengan senang, tapi kali ni punya laa payah nak dapat. Sistem pulak macam baby siput baru lahir 4 jam. Menduga kesabaran betol...

Last-last, balik lewat sikit laa dari waktu pejabat. Well, bulan pose hari2 balik sharp 530 or paling lambat pun pukol 6. Tapi bila semalam terlebih dari waktu kebiasaan, adalah perasaan super woman okke! Dah ler semalam janji nak bukak pose dengan en.Muh4z. Terpaksalaa dia menunggu dengan penuh kesabaran. Lepas berbuka dia nak bekejar ke mel4ka pulak...keciannn die.

Ok, tak tau nak cakap apa lagi dah....rindu nak buat kerja HAKHAKHAKHAK


24 August 2010

amarAh!

Sekarang ni asyik nak marah aje...

Mende2 kecik pun nak marah...

Senang betul naik angin sekarang nih...

Ish! Tension lah!

21 August 2010

Fantasia Musim Cinta - Iwan

Ini ketagihan baru en.Muh4z. Suka sangat nyanyi lagu nih. Sebelum tido nyanyi, bangun tido pun nyanyi lagu nih. Siap rekod dalam hp aku tuh. Hp dia memang awal2 dia dah rekod...

Rekod okke! Menyanyi sendiri...aku konfem dalam toilet pun dia nyanyi lagu nih. Sebelum tido telefon aku siap tanya "nak nyanyi lagu boleh?". Aku dah tak payah tanya lagu apa...aku tau dah lagu ni. Siap hafal lirik lagi dah...nasib baik aku cair tiap kali dia nyanyi lagu nih...jiwangggg sehhhh!




Ku genggam awan kelabu
Ku gapai langit yang biru
Arah kita kian bersatu
Tinggalkan lagu rindumu

Langkah kita makin hampir
Kutahu kau menungguku
Dihujung titik menantilah aku
Alam mimpi...

Bulan bintang sang suria
Bagai saksi janji kita
Meniti hari-hari
Yang indah ini...

Gunung akan kudaki
Lautan aku renangi
Demi memburu mimpi
Yang pasti

Pintu kini telah terbuka
Kita pun langkah bersama
Fantasi mimpi berakhir
Cinta pun berpadu

Hari-hari yang berlalu
Menjelma bukanlah mimpi lagi
Umpama sungai dan tebing
Seiring, sehati dan sejiwa

20 August 2010

Setahun sudah berlalu...

Erm...
Hari ini genap setahun perkenalan dan percintaan saya dengan ehem ehem.
Kalau ikutkan aku, memang nak celebrate meriah2. Banyak pulak halangan.

Tapi tetap akan sambut jugak okke! Enjoice!

Lalalala~
Can't hardly wait...

19 August 2010

ohh rupanya....dot...dot...dot

Semalam aku mengamuk sakan. Angin berterabur.

Arini aku sakit-sakit badan, lenguh aje rasenye. Letih dan tak ada mood.

Rupanya aku dapat cuti puasa hari ini......

sAmAn

2 hari lepas kot...aku pergi laa balai polis nak bayar saman. Katanya mesti dibayar dalam masa 7 hari, kalau lebih....hukum tembak kot. Aku pergi hari yang ke-enam. Aku sampai jam 4:10pm. Sekali dia cakap...bayaran boleh dibuat smpai jam 4 sahaja. Ate, opis hour kamu bape jam ni Jah? (assuming counter clerk tu namanya Khadijah). Aku redha...

Datanglah keesokan hari ditemani en.Muh4z. Tunggu kejap aje sebab tak ada orang. Buat aku fikir, macam aku sorang je yang kene saman padahal aku tengok arituh...bederet yang dapat surat cintanya. Aku rasa hari itu sahaja di kawasan itu pakcik polis trefik tu berjaya serahkan hampir 100 surat cinta kot. Habis tuh, sumer orang dh bayar ke? Aku sorang je ke yang blom bayar? Or worse...derang sumer tak bayar, tapi aku sorang je yang baik nak bayar? Cehh...

Aku kena bayar rm30! Uih..itu duit minyak aku pegi keje ulang alik seminggu tau. D@mn you! Dah laa aku parking tuh tak menghalang laluan sapa2 cume mencacatkan pemandangan jaa...aku benci betol laa...duit gaji yang dapat bulan2...senang2 je mengalir keluar balik. Aku rasa lepas nih, aku nak naik basikal aje laa..minyak jimat. So, kalo harga minyak nak naek smpai rm100 seliter pun aku tak heran. Parking pun senang, tak payah bayar. Tapi kalau kena saman jugak naek basikal...aku simbah asid kang!

Nota-duduk-bersimpuh : Aku hangin betol baca paper pasal ahli keluarga kena simbah asid tuh. Tak ada otak ke? Mintak mahkamah jatuhkan hukuman simbah asid balik kepada si pelaku yang durjana tuh! Baru setimpal...erm, tapi apa nak runsing...hukuman akhirat tetap menunggu. Yang itu paling setimpal.

Sekian.

16 August 2010

Cuteee...





6 Ramadhan, 2010

Ramadhan 2010 yang ke-4 dan 5 aku sambut di Melaka. Syok sangat2. Of cos laa bebuka dengan family adalah yang terbaik. Semalam lepas berbuka betolak balik KL, alhamdulillah tak jam. By 1030 pm aku dh selamat smpai umah.


Pada Ramadhan yang ke-4, we received a good news. The one that we have been waiting for quite some time. Bila dapat tau, aku immediately buat sujud syukur and planning for a small celebration. But not until later that nite when everything has changed. We save the celebration for later.

P/S : I Love You! : So many things to do within limited time and limited budget and limited space and limited experience and limited connection and limited edition hakhakhak

14 August 2010

Kembali Terjalin - Slam

Ok, ini lagi satu yang memang dari dulu sampai sekarang aku minat sangat2...zamani punya suara mmg superb. I think those yg kenal aku dari zaman sekolah still can remember how much i love this song especially ms.4rmi...

Enjoice jugak! Esok nak balik mel4ka yeay!yeay!hip hip hooray! Boleh jumpe arf4n and h4ndzalah! Oh, my mommy and daddy tooooooooooooo!



Nota-rambut-bercabang (bukan rambutku) : Hensemnye abang zamani...ohhh! Sayang betol dia ni tak fokus betul2 in his carier. Kalau tak dah kaya mcm ct nurhaliza kot. But well, maybe bukan rezeki dia jugakkan? Wallahuahlam...

13 August 2010

Aku Tak Bersalah - Pearl

Karaoke?

Oh! No! No!

Aku tidak berkaraoke di bulan puasa. Di bulan tak puasa pun aku jarang karaoke kecuali kalau en.Muh4z ajak. Ni aku nak share satu lagu lama yang aku AGAK suka. Am not sure kenapa aku suka lagu ni but it's whether the voice or the song itself yang masyukkk...walaupun vokalis dia tak berapa nak komersial...tapi aku suka lagu ni. Dulu memula aku nyanyi lagu ni kt karaoke, en.Muh4z tak tau pun lagu nih...syahdu yeop! Dulu memang tak ingat tajuk lagu nih, tapi sejak berkenalan dengan en.Muh4z yang memang raja lagu2 melayu rock kapak dan balada, den pun terikut sekali laaa...syok plak layan lagu lama2 nih. Jadi, mari kita zassss~ enjoice!




Nota-kuku-belum-potong : Yaikkss! Geleman ler plak tgk vid klip dia...x komersial sungguh! Sigh!

Sabar...separuh daripada iman~


















Dearest Allah,

Give me the wisdom
To understand my boss

Give me the love
To forgive him

Give me the patience
To understand his deeds

But Dearest God...
Don't give me power

Because if you give me the power
I'LL BREAK HIS HEAD!

3 Ramadhan, 2010

En.Muh4z penat berkerja...kesian dia.
Aku pulak asyik nak berperang aje dengan dia.

Erm...am planning to take him for berbuka puasa at somewhere nice. But am not sure where and when yet. Ada suggestion tak? I don't think buffet is appropriate for en.Muh4z since dia bukan nya jenis makan banyak. Silap2...aku yang habiskan untuk dia semua hakhakhak.

Erm...mana yek? Banyak lagi tempat lain, tapi ni jer sempat usha. Kang ada masa usha lagi...erm, bila laa dapat buka puasa bersama en.Muh4z nih...erm...

http://www.goeatout.com.my/

http://ramadan.701panduan.com/


Marche Restaurant "Ramadhan Fresh Market Buffet"
RM50++ per adult and RM25++ per child (below 4 feet). Marche cardmember for only RM45++. (Available from 6pm onwards). 03-7727 8461

Grand Bluewave, Shah Alam
RM89++, boleh dapat 20% diskaun, www.bluewavehotels.com, 03-5511 8811

IKEA Restaurant Malaysia 2010 Buka Puasa Buffet
RM25.00 per adult & RM12.50 per child (5 to 12 years old), 03-7726 7777

Chakri Xpress 2010 Ramadhan Buffet, Alamanda

  • RM42.90++ Per Adult and RM24.90++ Per Child (6 to 12 years old)
  • "Buy 5 and the 6th eat for FREE!"
  • 03-8890 1616

  • Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur
    RM50 nett, 88 Juadah, www.feldasaji.com.my, 03-2698 8302

    Italiannies 2010 Ramadhan Buffet
    RM42.90++ per adult and RM21.90++ per child (12 years and below).




























    12 August 2010

    macarOOns vs whOOpie pies

    Assalammualaikumwarahmatullahiwabarakatuh...

    Hari ini, saya mengidam nak makan macaroon.
    Ada sesiapa tahu sesiapa yang berada dalam kawasan 100 darjah dari putraj4ya (sampai mane yer 100 darjah tuh?)yang pandai buat macaroon? Saya nak tempah...nak buat sendiri malas dan tidak pandai. Boleh belajar...tapi bukankah memakannya adalah lebih seronok dari membuatnya?

    menitik air mata dan juga air liur mengenangkannya...

    tak dapat macaroon, whoopie pie pun ok jugak...


    Nota siku tangan panjang :
    Tergodakah iman anda melihat gambar makanan tatkala sedang berpuasa? Sabar...sesungguhnya syaitan telah diikat. Itu hanya nafsu kuat makan anda yang sedang menggoda...

    HAHAHAHA!


    2 Ramadhan, 2010

    Alhamdulillah...dah masuk ramadhan kedua.

    Petang semalam I went to PARAM = PAsar + RAMadhan Putraj4ya (again!) with Ms. F4rah. At first, there was some misunderstanding or miscommunication between kami tapi gerak jugak laa ke param. Dalam jam 615 macam tuh kami smpai. Punyalaa ramai orang...bergesel sana sini. Tapi yang frust sampai tahap nak menonggeng nyer adalah kerana dah x banyak choices yang tinggal. Semua dah habis!!! Geram nyer...

    Aku cuma nak beli kuih yang manis2 je kot...tinggal tepung pelita itu pun orang dok berebut. Air tauhu memang aku dh tak nampak. Yang ada air tebu banyak lagi. Ramai yang jual nasi lemak, roti john, sate dan bla bla bla...aku pun tak ingat. Tapi aku rasa kali ni macam lain aje kemeriahan param. Last year pegi best je...

    Erm skali tgk entri Nyahz pun sama gak citernyer...maknenye bukan param putraj4ya jer. Semua param tahun ni tak best kott....sigh! Last year, macam2 jenis kuih. Ni semalam aku cari agar2 pun takde nokss...kuih muih tak banyak pilihan. Tak tau laa kalau dah habis tapi takkan cepat sgt kot. Tahun lepas datang kol 7 pun ada byk lagi. Erm...maybe sbb hari pertama puasa kot...so, semua berebut2 layan nafsu beli banyak2. Kita tengok tengah bulan ramadhan nanti pulak...

    Ok, dah tak tau nak cite ape. Bai!

    11 August 2010

    Hari ni hari pertama puasa, energy still x stabil lagi muahahaha. Bukan energy, tapi mood sebenarnya. Hari ni kerja, kita kejar2 orang sahaja...

    Bosan pulak hari2 tengok layout blog yang tak berubah-ubah for quite some time now. So, sempena puasa tahun ni...kasik make-over sket sampai raya. Lepas raya, kita buat projek make-under pulak.

    Kenapa puasa kena make-over? Supaya semangat sket tgk colorful nyer blog minah cun yang extra gorgeous ni muahahaha. Lepas raya, kita cool balik. Ehh, tapi i'm not cool and i'll never be...then how? Aisehhh....

    Bila tengok2 balik layout & design blog nih...saket mata pun ada jugak. Tapi aku punya sukak...mau kasik liplap-liplap sket...biar seronok jer aku tengok kaler tepek2 nih...enjoice!

    Sebelum 1 Ramadhan, 2010

    Tajuk apa macam? Hehehe

    Semalam, nak dijadikan cerita...tergerak hati nak pergi pasar malam putrajaya. So lepak ofis kejap, buat pape yang patut...kol 630 gerak laa ke pasar malam. Namanya sebelum berpuasa, so dalam kepala dah ada menu macam2. Sampai sane...macam biasalah, sesak. Nak cari parking pun beratur. Dok pikir dalam hati, selalu kalau dgn en.Muh4z...selalu dapat parking yg dekat2. Makanyer, aku bawak laa slow pusing2 kot2 ada orang nak keluar. Alhamdulillah, ada orang yg park tepi jalan nak kluar. So, aku pun parking situ...

    Masuk kawasan pasar malam, sesak jugak. Aku carik air tauhu tapi takde yang menggegar iman...hehehe. Jumpe cendol aje. Beli kuew teow sup, apam balik and kuih cara berlauk...terbaekkk!. Lepas tuh nak balik..I was there for about 15-20 mins je kot. Sampai dekat kereta...aku nampak ada surat cinta kat cermin....

    Uwaaaa! Nak pose pun saman jugak ker tok? Seb bek tok mase tuh waktu bekerja lg...dpt laa nek moto. Cube kalo tok mcm saya, dh penat seharian kt opis, waktu bekerja dh abes...pastu nek kete...kepala dh mengidam nak makan macam2...parking penuh, orang sesak...tok pun parking situ jugak kan?kan?kan? Tok kejam aaa...uwaaa!

    Dahlaa aku dalam musim kene extra jimat-cermat...sampai ati tok tau! Takmo kawan!

    1 Ramadhan, 2010

    Hari pertama puasa, kesabaran aku diuji....

    Geram sangat2. Hari ni memang aku tak banyak bercakap. Diam lagi bagus.

    Tapi mental dengan hati aku memang sangat2 penat bila benda yang sama berulang, ulang lagi, ulang lagi sampai memang dah penat sangat2. Keadaan tetap sama. Kalau seminggu dua atau sebulan dua atau biarpun 5-6 bulan, aku boleh faham dan tolak ansur...tapi kalau dah setahun tapi macam tuh jugak...sakit hati aku!.

    Nasihat : Berubahlah...sampai bila nak hidup dalam kebodohan diri sendiri? Banyak lagi peluang dalam dunia...Allah swt tak jadikan kita tanpa sebab dan untuk tidak menjadi apa-apa.

    Ish...memang hari ni, lagi bagus diam jangan bercakap. Kurangkan pahala je....

    10 August 2010

    Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.
    Al Baqarah:216

    Ramadhan 2010

    SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK

    Lord Of The RING~

    Oh well, last weekend aku managed ke jewelry store kat Melaka. This time en.Muh4z ada sekali sebab nak carik ring for him as well. My mom yang recommend this store since my dad is quite close with the owner. The store taklah besar sangat tapi suprisingly banyak design dia yang menarik. Bila tengok harga...mak aih, bengkok hati aku. Dengan badan2 bengkok sekali. En.Muh4z lagi laaa...senget terus kepala hakhakhak. Tapi kitorang layan ajelah since my mom yang did da talking. My mom got this special talent dalam bab2 tawar menawar nih. So we just let her do her magic laaa hakhakhak. Magic kah?

    Mula-mula cari yang en.Muh4z punya dulu. Tapi design yang en.Muh4z nak tu takde. So dia macam dah gave-up tapi my mom and the owner pujuk jugak sampailah en.Muh4z cair. En.Muh4z explain laa design macam mana yang dia nak and tup tap tup tap..setel bahagian en.Muh4z. Harga lebih kurang yang aku dah bajet untuk dia. Hehehe...bajet dalam RM300 jer tapi dapat jauh lebih kurang dari tu (thanx to extra discount yer uncle!).

    Next is my turn pulak. Bincang2 dgn en.Muh4z...nak cari yg dalam RM500-600 jer. Sekali auntie tu angkat yg BESAR punya! Dengan harga2 pun besar jugak. My mak terus angguk2 setuju aku pulak geleng2 sebab menangis tengok harga yang berganda dari bajet asal. Nak menitik air mata aku uwaaaaaaaaa!!! Tapi my mom convince me cakap tunang sekali je, bile lagi nak merasa, bayar deposit jer dulu, sesuai dengan jari I yg montok ni etc2...aku pun terpedaya dengan pujuk rayu my mommy. Oh no! En.Muh4z dah terdiam. Kesian dia. Lari jauh dari bajet.

    Pendek cerita, sebelum buat decision tuh...aku try dalam 10 cincin yg lain. Erm, tapi bila dah try yang mama recommend tuh...mmg syok la. Dari jauh orang dh nampak. Tu orang bukan igt aku tunang orang dah tuh...tapi bini orang! Gagagaga! Plan asal nak amek white gold but my mom suggested that I keep that one for wedding nanti. Pikir2 balik...ok jugak macam tuh. Tunggu wedding nnti amek white gold with DIAMONDsss hakhakhak. InsyaAllah.

    Is this ring too big for you?
    Wait until you see mine!!!
    Muahahaha (gelak evil)
    Just kidding lorr...

    Balik rumah I slow talk dengan en.Muh4z. Aku tau dia pening kepala pikir tapi takpe...we'll find a solution yer dear. We'll figure out together later yer darling!

    Pendek cerita lagi, semua barang dah beli. Setel! Dah hantar for gubahan. This time...we just requested for simple yet fabulous gubahan. And of course..with limited bajet. I dont want to spend money on things yang mengarut2. Kalau cincin...aku ok lagik. Terpikir, kalau ring tunang pun dah besar. Kahwin tak payah ring lagi...mintak gelang laa kot. Erm diamond ring tu pulak..tunggulah bila en.Muh4z ada rezeki lebih nnti...besday ke, anniversary ker *wink*wink* hakhakhak.

    09 August 2010

    Adehhh...

    Penat...

    dan

    Mengantuk...

    06 August 2010

    Rinduuuuuuuuuuuuuuuuuu~

    Ohh...

    Dah lame tak citer pasal en.Muh4z yer...

    This weekend 2 hati yang telah terpisah akan disatukan kembali...
    *macam nak kawen ler plak bunyinya...

    Selama sebulan perang-pistol-air dari jarak jauh....

    Kini tidak lagi. Boleh tembak face-to-face muahahahaha...

    Aku rasa aku dengan en.Muh4z ni memang syok begaduhlah...

    Mula-mula aku carik pasal, pastu dia pulak...

    Macam larian 100m berganti-ganti...
    *tapi en.Muh4z lari lagi laju aaaa...

    Ok, ok...sebelum aku melalut lebih2 sampai nak muntah oren, baik aku stop. This weekend gonna be a busy one and full with fun activities! Yeay!

    05 August 2010

    Memories~ Part 8

    Mari kita bercerita tentang zaman pembelajaran saya di sebuah kolej di Suzuk4, Mie dari tahun 2002-2005. Saya adalah pelajar jurusan EE di mana di dalam kelas saya ada lebih kurang 35 lelaki dan cuma 2 gadis (ihik ihik ihik). Salah seorang gadis cun (ehh?) itu adalah saya dan seorang lagi adalah tutor saya yang pelik. I mean, seriously..dia memang pelik!

    Nama cikgu kelas saya adalah En. Hanaii yang sangat suka bercerita kesah percintaan beliau dan isteri beliau kepada kelas. Entah apa motif...pelajar2 sampai tertido malah ada yang sampai mengigau dengar cerita pun dia masih boleh senyum sorang2 terkenang kesah cinta diri sendiri. Sungguh tak faham...

    Oleh kerana dalam kelas tersebut, terlalu sedikit gadis dan hanya saya seorang pelajar asing atau mereka panggil 'alien' sob sob sob...maka, mereka melayan saya dengan baik walaupun ada jugak antara mereka yang hampir setiap hari saya sumpah supaya jatuh longkang. Walaupun kadang2 saya selalu juga dibuli terutamanya di padang bola (kelas wajib untuk lulus yer...tak kira lelaki atau perempuan kena main bola sepak...), tetapi mereka masih menjaga saya dengan baik terutamanya pasal makanan. Mereka sanggup mencuba makanan saya sehingga habis separuh pinggan semata-mata untuk memastikan makanan saya tidak mengandungi sebarang daging/ayam/pork atau alcohol. Walaupun saya sudah meminta tukang masak supaya tidak dimasukkan semua itu ke dalam menu saya tapi mereka tetap baik hati untuk double confirm kan untuk saya. Saya tidak membantah kerana merasakan dengan cara itu saya boleh kurus. Tetapi silap...kerana mereka gemar bawa saya ke kedai kopi dan kek. D@mn you!

    Tak nampak yerr? Takpelah...tapi kalau terer, cariklah di mana saya. Hekhekhek

    Dalam kelas saya, majoriti tidak gemarkan tutor saya (seorang lagi gadis) kerana dia adalah teramat pelik seperti suka mencuri kertas projek kami dan kadang2 mencuri makanan rakan sekelas. Rakan sekelas juga menjangkakan saya akan menjadi antara pelajar top 10 tetapi hakikatnya saya cuma top 20. Sob sob sob...sungguh tragis. Saya tak tau kenapa susah sangat saya nak skor! Mungkin kerana terlalu banyak mengutuk dan mengumpat Yamano dan si tutor dan menguap terlalu banyak kali tatkala mendengar cerita Encik Hanaii.

    Dalam kelas tersebut, saya paling rapat dengan Tanabe. Tanabe adalah seorang yang sangat tinggi dan baik dan rajin belikan barang untuk saya seperti gam, pemadam dan keropok ikan. Saya ada meminati seorang rakan kelas saya yang bernama Kawashima. Saya meminati Kawashima kerana rupanya yang iras Fukuyama Masaharu. Fukuyama Masaharu adalah sangat hensem dan suaranya adalah sangat sedap. Saya tidak ada gambar Kawashima kerana saya malu dan dia suka membuli saya di padang bola.

    Ini bukan Kawashima tapi Fukayama Masaharu.
    Hensem kan?kan? Cumelll....

    Ini adalah saya dan Tanabe. Kenapa saya memegang pen???
    Mungkin supaya ia kelihatan sama seperti sebatang rokok di tangan Tanabe?

    Ada beberapa rakan kelas saya tidak berapa sukakan saya kerana saya selalu mendapat layanan 'lebih' dari cikgu2. Eleh, derang jeleslaa tuh! Kadang2 cikgu beri tumpuan lebih kepada saya dalam kelas. Yelaa...dah ko cakap laju. Aku x sempat salin ape ko cakap pastu padam papan hitam cepat sangat. Macam mane aku nak paham? Aku cakap melayu kang...korang cakap aku kurang ajar pulak. Ish! Emo pulak saya...

    Antara pelajar yg saya selalu sumpah jatuh
    longkang adalah Deguchi dan Yamano.

    Pasukan futsal kelas saya yang jarang2 menang hahaha

    Saya takut mereka tapi mereka tidak takut saya...

    Dulu masa di Suzuka, saya tidak ramai kawan melayu kerana hanya saya seorang gadis melayu terakhir di sana. Tetapi saya rapat dengan pelajar senior kerana sebaya, seperti Megu dan Yuri. Saya juga rapat dengan alien2 yg lain seperti Shiko (Kenya) dan Ha (Vietnam). Kadang2 saya rindu pada mereka semua...

    Yuri nak belajar pakai tudung

    Shiko yg garang tapi kaya giler.
    Motif? Hahaha

    Lepak lepas kecewa kalah basketball

    Sekian. Pena ler pulak...sambung lenkali...

    Happy x 4

    Yosh! Semalam telah berjaya melepakkan diri dengan gigih. Fun giler! Dah lama sangat2 tak lepak dengan kawan2. Mula2 lepak kat Empire Subang, pastu gerak ke Shah Alam pulak.

    Ok, plan asal memang aku laa yg gatal nak ke Empire tuh, ajak Nyahz...minah tuh layan aje. Sebab dah terliur tengok orang sumer citer pasal Whisk's macaroons and red velvet. Seres terliur ok! So, semalam derang sumer setuju...tunggu kt Summit. Janji kol 8, tapi haruslah 830 baru nampak batang hidung sumer kan sbb situ memang traffic mencanak-canak. Then terus gerak ke Empire. Aku ni area Subang memang fail. Nasib baik ada driver yang mantooooppppp! Hahahaha. Sampai2 je terus pegi Whisk but unfortunately, dah x banyak choices yg tinggal. Datte, dekat kol 920 baru sampai kot. Surprisingly, red velvet ada byk lagi cuz it was yg ke6 or ke7 that day. Tapi...macaroons dah tak banyak!!! Tinggal peanut butter aje! Sob sob sob. Aku terkejut jugak laa sebab cafe nyer kecik aje. Yer, memang sumer dah cakap kedai dia kecik tapi tak sangka laa pulak sekecik itu. Tapi tetap mabeles uoolllsss! And at first I thought da owner is chinese but I was wrong. The owner melayu rupanya...kot. Hahaha.
    (Gambar tak ada sebab semua bukan pem'blogger' tegar. Tapi aku telah google images! Gigih nyahzz!!!!)



    Walaupun macaroons dah nak habis, tapi aku amek jugak lah. Cedapppp uolsss...sampai jilat jari. Silap2 jari kaki pun nak jilat. Hehehe. Kitorang order 2 red velvet, hummingbird and carrot cake. Bagi aku...red velvet dia biasa2 je tapi hummingbird dia boleh tahan. Jenuh jugaklah kitorang nak habiskan. Tapi of coz laa habis jugak akhirnya cuma hummingbird je x larat dah sebab besar sgt. Borak2 kat situ siap heret orang kedai sembang skali. Yang si @cid banyak pulak nak komplen. Note : Jaga-jaga kalo ko bawak @cid bejalan2. Tetibe je kang ada mende dia nk komplen. Hehehe. Macaroons dia memang mabeles giler!!! Kesimpulannya, aku akan pegi sana lagi untuk dapatkan macaroons dia yg lain pulak. Oh, mommy..i'm loving it!


    Lepas dah kebas gigi sbb makan manis2 extremely banyak...we made a move to Shah Alam pulak. Sensei kitorang tuh nak ajak lepak port dia pulak. Layankan aje...aku bajet dah makan manis2 mcm tuh, kenyang dah. Cuma teringin nak minum teh tarik. Ada pulak kureng sket kalau kedai mamak ni. So macam oklaa ikut si sensei gi kedai lain. kat seksyen 7. Sampai sana order minum2...sambung borak, ngumpat, gosip dan kenangan lalu. Dekat 2 jam gak kat situ. Fun!

    Dipendekkan citer, tinggal aku dgn Nyahz kat Summit. Borak2 sket (tak puas noks!) pastu kena balik sbb aku x bawak kunci rumah. Kang takde sape sedar aku smpai umah kang..takkan nak tido luar rumah pulak kan? Dipendekkan lagi citer...semua sampai ke rumah masing2 dengan selamat. Sangat puas hati. Plan seterusnya telah dibincangkan oleh AJK yg berkenaan iaitu aku dan Nyahz hehehe. Tak sabarnye nak tunggu next session!

    Ohh...sebagai penutup, terimalah....macaroons!!! Harap2 tidur malam ni mimpi hujan macaroons...oh, heaven sungguh! Taaa....


    04 August 2010

    Hang out ~2nd Session

    Ok, today...me gonna hang out with da same crowd. Gonna be a blast! Blast laa sgt kan...padahal sesi gosip kecil-kecilan. Tambah lagi bila ada male yg join...so kerancakan bergosip kekadang terbantut. Dari citer pasal artis, kutuk diri sendiri 'gemmmss'..tetibe tukar citer pasal bola pulak. Kekadang bola jaring atau bola beracun sahaja hakhakhak. Tak sabarnyer...aku dari minggu lepas nak makan dessert aje...seb bek diorang2 itu sporting sanggup melayan aku. Gonna love them foreva! Yeay!

    02 August 2010

    Memories~ Part 7

    OMG!!!!!!!!!!!!!!!

    Yer, itu saya. Cuba teka yang mana satu.

    Memories~ Part 6

    B0t0...mung ingat lagi dop kito ambek gamba ni?
    Time boring kat opis (opis lama yang fun!),
    ni laa keje kami. Boleh pulak stokin sama dengan b0to.
    Sebab tu memang stokin dia yang aku pau! Muehehe

    Tak lama lagi...

    Lagi seminggu...dah nak masuk Ramadhan. Alhamdulillah dah abes ganti puasa semua. Pada yang belum tuh, nak tunggu ape lagi? Gantiler cecepat. Erm, lagi seminggu jugak...genap sebulan x jumpe en.Muh4z. Gagagaga..lama ooo! Inilah yang paling lama kot. Erm...masing2 ada komitmen. Masing2 tgh berjimat. Minggu ni en.Muh4z turun kl. Sebab tak mau laa biasakan tak jumpa lama2. Lagipun en.Muh4z kena jugak turun kl sebab banyak urusan yg nak diselesaikan. Nak g carik cincin, hantar barang2 hantaran, beli barang hantaran, pilih kek etc2. Ish, macam2 laa.

    Erm...dah tak tau nak tulis apa. Daa!